"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, July 6, 2009

Insafi lah sebuah kematian...p.2

Dalam entry sblm ni, saya bercerita ttg Allahyarhamah Ummi Halimaton, guru BM saya di MATRI... MATRI, sebuah sekolah agama rakyat yang terletak dalam kawasan perkampungan kecil di Beseri, dikelilingi kebun getah... Di sekolah ini lah Ummi mencurahkan baktinya selepas pencen... Matlamat Ummi bukan saja nak anak2 MATRI cemerlang akademik tapi juga cemerlang sahsiah mereka... Besar sungguh jasa Ummi dan guru2 MATRI yang lain dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan murabbi...

Memang la diakui ada pelajar yang benar2 cemerlang sahsiahnya di MATRI, ada juga yang tak seberapa... Terpulang pada individu itu sendiri la kan...

Allahyarham MUHAMMAD AMMAR B ZULKIFLI adalah antara pelajar MATRI yang cemerlang kedua2nya, baik akademik dan juga sahsiahnya... Dalam usia awal 20-an, mujahid muda ini telah dipanggil Ilahi... Pemergiannya sangat2 menginsafkan hati ini dan juga ramai orang... Dia mati syahid... Dia mati dalam Iman, Alhamdulillah... Dia pergi ketika dalam jihad menyatukan kawan2 se'batch'nya yg dikatakan tidak begitu rapat...

Saya dapat berita kematiannya selepas Subuh (waktu Malaysia), pagi 11 June 2009... Saya tergamam... Ammar, saya tahu dia kawan adik saya, Nazim... Usia mereka baru 21 tahun... Innalillahi wainna ilaihi raji'un, Allah lebih menyayangi mujahid kecil ini...

Pemergian Allahyarham menjadi perbualan hangat di kalangan kami sekeluarga dan juga keluarga MATRI... Saya tak begitu mengenali arwah, sekadar tahu dia kawan adik... Masa arwah Form 1, saya dah Form 5... Tapi saya tahu dia 'budak pandai'... Saya tahu dia soleh... Akhlak dan budi pekertinya menyenangkan semua orang di sekelilingnya...

Arwah terlibat dalam kemalangan di Cairo ketika dalam perjalanan pulang dari meninjau tempat rehlah (untuk gen6 medic student, Cairo Uni) di Ain Sokhna, Suez... Dalam kemalangan tu arwah satu2nya mangsa yang meninggal dunia, di tempat kejadian... 4 org lagi, 2 cedera parah, 2 lagi cedera ringan...

Saya sangat2 nak tahu perkembangan berita arwah dan sangat2 nak tahu tentang kemalangan tu... Adik saya, Hafidzah cakap dalam website komuniti.perubatan.org ada semuanya... Saya masuk ke web tu... Kebanyakan rakan2 arwah di sana dah update blog memasing ttg perkhabaran yang menyedihkan itu... Meruntun hiba, saya menangis baca tulisan rakan2 arwah... Sungguh, arwah sangat soleh... Pemergiannya sangat memberi kesan kepada ramai orang... Yang tak begitu mengenali arwah seperti saya pun sangat2 merasai kehilangan 'adik' saya itu, apatah lagi keluarganya... Keluarga kami juga mengenali keluarga arwah... Ummu Ammar sangat tabah... Dia ibu kepada mujahid yang telah syahid... Pasti dia sangat berbahagia...

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat melihat dunia dari jendela akhirat" Allahyarham Ammar
Arwah benar2 menjadi anak2 akhirat yang melihat dunia dari jendela akhirat... Sepanjang hayatnya yang hanya berusia 21 tahun (genap 21 tahun this July, 27th), dia menjadi da'i (pendakwah) muda... Dan pengakhiran hidupnya sangat baik... Matinya juga turut menginsafi ramai orang... Sungguh dia menjadi da'i ketika hayat sehingga ke akhir hayatnya... Bahagianya dirimu dijemput Allah dalam Iman yang kukuh di dada dik... Subhanallah, kakak nak jadi sepertimu... Kakak nak anak kakak jadi sepertimu dik... Allahuakbar, berat rasa dada ini... Mampukah kami sepertimu, dijemput pulang oleh Allah dengan bekalan amalan dan Iman yang cukup? Mampukah kami menjadi anak2 akhirat, jadikan anak2 kami anak2 akhirat...

Pemergianmu sungguh menginsafkan, mebangkitkan kami dari kealpaan duniawi, menyedarkan kami tentang akhirat yang hakiki, yang kekal abadi... Syahidmu menegakkan Islam, pasti dirimu sedang berbahagia di sana...

Nazim balik menziarahi jenazah yang tiba di Malaysia Sabtu malam (sampai kat rumahnya jam 4.44 pagi Ahad)... Nazim cakap arwah senyum, mereka rakan2 MATRI Ammar, hero2 ini menangis menatap jenazah, semua merasai kehilangannya... Terdengar pebualan seorang teman yang menghadiri solat jenazah dan pengebumian arwah, "Solat Subuh pagi tu, masjid penuh macam Solat Jumaat" Teringat kata2 seorang ulama'... "Musuh kafir akan kembali gentar dengan Mujahid2 Islam hanya apabila masjid penuh ketika solat Subuh sama seperti solat Jumaat" Masya'Allah, sungguh dirimu adalah da'i ketika hayat dan pengakhiran hayatmu...

Untuk mebaca lebih lagi tentang arwah (kronologi peristiwa, pengebumian, etc...), boleh ke link2 di bawah ni:
ehsan (rakan2 MATRI arwah)
brohamzah (senior merangkap dua pupu arwah)
kalam-puncak (blog arwah, skrg ibunya yang menulis)
perubatan.org (bulletin)
komuniti.perubatan.org (ada senarai blog2 pljr medic sana..)
YouTube (search for Ammar Zulkifli)

Rata-ratanya, kebanyakan bloggers yang mengenali arwah di Malaysia, Cairo dan seluruh dunia menulis tentang pemergian yang menyentuh jiwa insan ini...

Oh ya, click sini untuk ke link Ustazah Amani, anak tunggal perempuan Ummi Halimaton... Baca blog Kak Amani pun, nangis jugak...

Sungguh hati ini sebak menagisi pemergianmu, tapi kami redha, dan kami juga bakal menyusulnya... Harapan kami, Allah menjemput kami dalam Iman... Ameen...

Ummi & Abah sayang Anas

4 comments:

isya said...

ya.. ammar mmg sorg budak yg cukup baik. pemergiannya cukup mberi kesan pd kita. alfatihah .

[-suziey-] said...

sedih baca kisah ni..huhhuh..insaf sgt rasa..betapa sejuknya perut ibu yg mengandungkan ammar..

criestz said...

akak..
sy da lame xnangis..
rase cm sy da xreti nk nanges..
tp time ama mninggl..
mmg btol2 rase khilngn..
ble akak cmmnt sy arini(tepat sebulan ama mninggl)
sy sje bukak blog akak blk..
sy scroll bwh trbace psl ama..
sy nangis lg ...
tibe2 je je sedih sgt..
xtau nape..
sy cube thn xnk nanges..
tp xley..
lg2 bile akak ckp y solat sboh mcm slt jmt..
mmg bt0l.. sgt2 rmai..
tr0s tringt saat2 tnggu arwah tgk muke arwh sltkn arwah n kuburkn arwah..
rase mcm bwu td je..
c0z still rase sdey sgt...
huhhuuu~

AshAnas said...

::criestz::
akak yang tak bape kenal arwah pun rasa kehilangannya, apatah lagi korg yang sangat rapat dengannya... banyakkan bersabar... insafi pemergian dia sbb kita pun bakal menyusul & banyak sedekah al-fatihah utk dia... bila teringatkan arwah, bc lah al-Quran, hadiahkan kat arwah... dia diambil dgn cara baik, kita patut ikut dia...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi