"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Friday, May 29, 2009

Anas jalan-jalan....

Semalam Ummi & Abah bawak Anas jalan-jalan jauh... First time Anas jalan jauh ni... Kitorang gi KL, Sabtu ni Uncle Naim nye kenduri kat Seremban... Skrg Ummi, Abah & Anas kat umah Uncle Munet & Aunty Mashittah kat Sri Kembangan, tido sini 1 malam... Lepas ni nak jalan2 gi Putrajaya plak... Ahad ni baru balik Kedah... So, jumpa lagi nanti...

Ummi & Abah sayang Anas

Petua from aunty Irma

Assalamualaikum..
Akak nak bagi petua ni dalam komen blog. tapi tak boleh. sebelum ni ok je.
kalau ada petua lg nanti akak bg. hehe
yg penting niat. Insyaallah, moga Alla permudahkan urusan kita mahu memberi yg terbaik untuk anak2..
Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " (Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
" Gunakanlah Halba sebagai ubat."
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


Ummi & Abah sayang Anas

Tuesday, May 26, 2009

Sayang nak tinggal Anas


Next week Ummi dah start keje.. Sayangnya nak berpisah dengan Anas... 2 bulan Ummi dengan Anas 24 hours (tolak yang 6 hari 5 malam Anas kat ward)... 1 bulan jugak la Ummi jaga Anas sendiri waktu siang (tolak seminggu stay kat arau sbb kat sana, siang ada maktok, tok wan, mak njang, mak ndak)...

Ummi dah faham karenah anak Ummi ni... Ummi dah kenal macam mana tangisan anak Ummi bila lapar, basah, ngantuk... Ummi dah tahu macam mana nak pujuk anak Ummi bila menangis... Ummi dah tahu bila masanya Anas lapar walaupun tengah malam...

Ummi susah hati sebab sejak keluar ward, Ummi tahu Anas dah tak suka minum susu formula... Sejak keluar ward, ummi bagi fully breast feeding... Tapi, bila Ummi dah nak kerja ni, Ummi kena perah susu siap2 untuk simpanan 3 bulan buat Anas nak minum bila Ummi tinggal nanti... Masalahnya, susu Ummi tak banyak bila perah/pam... Tapi bila Anas minum direct, memancut2 susu Ummi keluar...

So, Ummi terpaksa la ajar anak Ummi minum susu formula balik... Nanti kesian kat pengasuh Anas...

Nanti Ummi akan tinggalkan Anas kat Asuhan Ummi (tempat Ummi kena tinggal ngan Wan masa kecik2 dulu) sepanjang Ummi kerja kul 8.30pg - 5.30ptg... Dekat ngan pejabat Ummi... So, waktu lunch, boleh la Ummi gi menyusu Anas... Ummi akan usahakan untuk banyakkan air susu Ummi untuk tinggalkan kat pengasuh...

Tapi, Abah marah Ummi makan banyak... Huhu... Ummi makan banyak sebab nak menyusu Anas la... Menyusu anak, mmg lapar kan? Abah dah suh Ummi diet sikit sbb pipi Ummi dah chubby balik... Masa pregnant, Abah cakap Ummi nampak kurus je.. Lepas bersalin pun nampak slim (sebab Ummi menyusu).. Tapi lepas habis pantang, dah nampak chubby balik... Chubby kat pipi je plak tu... Huhu..


Ummi & Abah sayang Anas

Vaksin 2 bulan untuk Anas

Hari ni Anas dah 59 hari, esok genap 2 bulan... Hari ni appoinment Anas untuk vaksin umur 2 bulan. So, pagi2 Ummi, Abah & Anas bersiap nak ke klinik kesihatan... Before that, Ummi & Abah breakfast dulu... Roti canai segera je... Ummi tak leh nak makan sendiri coz pangku Anas tgh tido... So, Abah suapkan Ummi... Wau! Sayang Abah Anas!....

Sampai je kat klinik kesihatan, mak ai, ramainya orang! Tapi yang ramai2 tu, ibu2 mengandung dtg wat pregnancy check-up... (Teringat time Ummi dok berulang gi pregnancy check-up masa mengandungkan Anas dulu)... Baby & kanak-kanak tak la ramai sgt...

Tak lama pun kami tunggu... Diorang cek berat & panjang Anas dulu. Hari ni berat Anas lebih kurang 4.55kg & panjang 58cm... Nurse tanya Anas ada masalah tak? So, Ummi cerita la pasal nampak mcm Anas selalu susah nak bernafas... Anas selalu jadi macam semput bila lepas minum susu Ummi. Kadang2 Anas jadi camtu bila Anas tersedak... Risau jugak Ummi... Alhamdulillah, Anas jadi time Ummi ada.. Risau pulak kalau Anas jadi camtu lagi time Ummi tak ada..

So, nurse cakap mungkin sebab susu Ummi terlalu laju dan banyak, so Anas tak sempat nak telan. Mungkin dia nak luahkan balik, tu yang jadi camtu... Apa pun nurse suh pantau lagi keadaan Anas, if bertambah teruk terus bawak jumpa doctor... Nurse nasihatkan Ummi suh perah dulu susu sblm bagi Anas minum... Tujuan dia untuk kurangkan 'kelajuan' susu Ummi mengalir...

Nurse cakap lagi, berat Anas naik sederhana ja bulan ni... Sepatutnya Anas kena naik berat 1kg, tapi ni naik 0.6kg je... Berat Anas masa lahir 2.8kg, 1st month 3.96kg, 2nd month 4.55kg je... Sepatutnya 4.8-4.9kg, ok la... Mungkin sebab Anas kurang nak menyusu sejak akhir2 ni... Kenapa ya Anas? Anas sedih ke Ummi dah nak kerja? Anas nak berlatih kurang minum susu Ummi ek? Jangan la camtu sayang...

Lepas check-up, Ummi gi buat 'Pap Smear' dulu... Tujuan ujian Pap Smear adalah untuk cek abnormalities ataupun perubahan sel2 tissue dlm rahim yg menunjukkan barah pangkal rahim or something yang boleh jadi barah pangkal rahim... More info about Pap Smear Sakit sikit la... Tak lama pun, kejap je... Nurse cakap result dia lebih kurang 2bulan lagi la... Lamanya... Biasa la, hospital kerajaan, mmg akan makan masa lama...

Lepas settle hal Ummi, baru bawak Anas gi cucuk... Ummi takut nak tengok, kesian kat Anas.. So, Abah yang pegang paha Anas, Ummi pegang tangan Anas supaya Anas tak terkejut... Masa kena cucuk, Anas nangis tapi kejap je... Kuat hero Ummi ni... Tapi Abah kata, sebab Abah ada Anas kuat... Betul kan sayang, Anas kena jadi kuat mcm Abah...

Lepas tu, Nurse bagi ubat demam. Kena makan immediately after kena cucuk. And kalau demam, kena bagi 6jam sekali... Harap2 Anas tak demam la.. Ummi sempat sempat ngan sorang aunty, dia bagi petua sapu vicks kat tempat kena cucuk untuk cegah demam.. Ummi cuba la...



Kesian anak Ummi dah lapar susu, sampai isap sarung tangan... Lepas cucuk, Anas kena puasa setengah jam... Merengek jugak la kawan, lapar... Ummi tak tahu kena puasa, kalau tak Ummi dah bagi minum siap2...

Sampai rumah, Anas tido je, senang Ummi buat keja hari ni... Tapi bila time makan Ummi, Anas mula merengek macam selalu... Lapar + mengantuk... Hehe... Anas ni bila nak tido, dia suka ada something dalam mulut dia tapi bukan susu... Dia minum susu Ummi sekejap je buat ubat tido dia, bila dia dah tido, dia akan 'marah' sebab susu dok masuk lagi... So, Ummi & Abah terpaksa la bagi puting...

Anas demam jugak la... Paha Anas, tempat cucuk tadi bengkak sikit... Nangis kuat bila Ummi terpegang paha Anas... Ummi cek suhu, 37.7... So, Ummi amik napkin, basahkan & jerlum badan Anas, kat pelipat2, tuam kat tempat bengkak & letak napkin basah kat kepala Anas... Alhamdulillah, Anas tido balik dengan selesa...


Ummi & Abah sayang Anas

Tuesday, May 12, 2009

Hadiah Hari Ibu dari Anas



SMS Abah untuk Ummi:
Hadiah hr ibu untuk sayang.anas tak menangis lg mcm malam sblm ni..malah anas tak mnganggu bile abah die tdo dgn ummi die mlm td..itulah hadiah tahun ptame mothers day u sayang,pasni abang dan anas sndr akan plan untuk celebrate sayang :-) I love you dear
~|(O,o)/~

Syukur alhamdulillah, malam hari ibu, saya tetap dapat hadiah drpd Anas.. Stlh 4 mlm dia lgsung tak tido, malam tu dia tido nyenyak sgt. Kami usahakan dgn minyak celak. Dan saya minta Abang bykkan baca Al-Quran & buat 'pagar' kat bilik kami.. Alhamdulillah kami semua dapat tido dgn tenang dan Anas dah dapat tukar balik jadual tido dia yg betul.. Thank you Allah!

Malam tu, km cuba letak Anas kat dalam katil dia sendiri.. Sblm ni Anas tido sebelah Ummi & Abah tido kat bawah... Alhamdulillah, Anas boleh tido nyenyak & Anas kejut Ummi time Anas lapar & basah je....



Ummi & Abah sayang Anas

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu untuk saya!






First of all, nak ucap selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu, mama, mak, bonda, ummi dan banyak lagi lah...

For the first time, tahun ni saya celebrate hari ibu dengan dua org ibu, ummi saya dan mak mertua saya... And for the first time jugak saya celebrate hari ibu as ummi kepada baby secomel Anas... Selamat Hari Ibu untuk saya... Haha!
Hari ini saya dapat ucapan dari Abang, adik2 dan adik2 ipar juga dari kawan2... Excitednya! Betapa saya bahagia jadi Ummi...

Hadiah untuk Ummi dah bagi, hadiah untuk mak plak baru nak cari lepas habis pantang nanti... Hadiah untuk saya? Ala, Anas baru 43 hari la hari ini... Tapi Anas kena bagi hadiah jugak kat Ummi tau hari ini... Ummi nak Anas tido lena malam2... Macam sebelum Anas masuk ward dulu... Kejut Ummi bila Anas lapar je tau! Huhu... Dah 4 malam kami tak tido lena sebab Anas asyik nangis je sepanjang malam sampai ke pagi... Macam mana nak bantu dia ubah waktu tido dia ek?



Ummi & Abah sayang Anas

Anas masuk ward




Hari ke-33 Anas, Anas asyik muntah lepas minum susu... Kami risau dia susah nak telan susu sbb nampak mcm dia selesema dan berkahak... So, bwk la pergi klinik... Dr cakap dia ada demam sikit... Dr bg ubat demam, cairkan kahak, selesema & antibiotik... Susah jugak nak bagi baby makan ubat...

Malam tu, Anas muntah lagi lepas minum susu, lepas muntah terus tido... Sampai ke pagi dok muntah jugak, Abang ajak ke hospital sbb klinik swasta semua tutup sempena cuti Hari Pekerja... So, kami terus ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pantang bawak ke hospital.... Anas kena tahan masuk ward... Tapi Anas tak demam pun... Diorang nak cek perut dia kot ada apa2 yang tak kena...
Anas kena stay kat Sepsis Room, dan ibu tak boleh tunggu temankan anak kecuali untuk menyusu... So, 1st day tu, saya temankan sampai malam sbb Anas memang menyusu badan... Dr tak bagi antibiotik lagi sbb Anas tak demam... Harap esoknya tu Anas dah boleh balik...
Tapi esoknya bila gi HSB, saya tengok tangan Anas dah dipasang line untuk suntik antibiotik... Specialist tetap suh Anas diberi antibiotik... Yang sedih sangat, once dah cucuk antibiotik, diorang akan tahan baby sekurang2nya 5 hari bgantung kpd ujian darah...

So, Anas kena tahan 6 hari sbb nak habiskan antibiotik dia... Alhamdulillah ujian darah dia ok, takde kuman... So, 5 malam di HSB, Anas dah boleh balik...

5 malam kami tido tanpa Anas, rasa sedih sangat... Sangat2 terasa bila tiba waktu nak menyusu Anas... Kat ward plak, dia asyik meragam... Tak boleh nak tinggal langsung... Saya nak makan pun, takut nak tinggal dia lama2, takut dia nangis... Dah la dia nangis kuat... Budak dah besar, dah pandai... Tu yang lagi sedih nak tinggal dia stay kat ward...

Bila dah balik rumah, Anas tido je... Cover susah tido kat HSB kot... Tapi yang parahnya, dia susah nak tido waktu malam... 3 malam dia tak langsung tak tido sampai Subuh... Jumpa Wan mintak air ubat sket... Wan ajar baca surah2 dan ayat2 tertentu bila Anas meragam malam2... Alhamdulillah, malam ni nampak nyenyak tido dia...


Ummi & Abah sayang Anas

Saturday, May 9, 2009

Seronoknya jadi ummi...



Seronoknya jadi ummi, lihat anak membesar depan mata, lihat ragam anak dari hari ke hari...

Awal2 lepas bersalin, memang perasaan saya agak bercampur baur... Antara seronok dah bergelar ibu, ada anak sendiri dan takut nak membesarkan anak... Pada awalnya, saya rasa agak susah nak uruskan Anas... Mujur family banyak membantu... Tapi bila anak meragam malam2, saya mula rasa betapa susahnya jadi ibu...

Tapi, semua ini menyedarkan saya, betapa susahnya Ummi saya membesarkan saya... Dulu dia pun macam saya bila dapat anak sulung... Saya harus membalas jasa Ummi membesarkan saya menjadi manusia dan Muslimah... Dan itulah tanggungjawab saya terhadap anak saya... Macam mana saya sayangkan Ummi saya, macam tu lah saya nak anak saya ingat dan sayang saya...

Dari hari ke hari saya mula memahami karenah Anas... Cara tido dia, makan dia dan sebagainya... Dan saya mula seronok menjadi Ummi kepada bayi secomel Anas...

Excited sangat tengok perkembangan Anas dari hari ke hari... Bila dia mula senyum, ketawa dan nak bersembang dengan kita... Excited sangat bila dia dah mula mengenali kami semua... Paling excited bila tengok dia membesar dengan sihat, aktif dan cergas dengan susu badan... Say yes to breast feeding!





Ummi & Abah sayang Anas

Semuanya pengalaman pertama





Satu malam kat PRM, kami dah boleh balik... Bermulalah episod baru kehidupan kami sekeluarga... Tapi ada lah kisah di sebalik pengalaman pertama kami jadi parents ni... Malam mula, kami 3 beranak nyenyak je tido.. Esok tu Ummi tanya, semalam anak meragam tak? Saya jawab tak, kami semua tido elok je sampai pagi... Ummi tanya lagi, tak bangun bagi susu kat anak ke? Saya jawab tak... Ummi terkejut... Mana lah saya tau kena bangun nyusukan anak sebab baby kena menyusu setiap 2-3 jam... Walaupun baby tanak bangun, tetap kena kejut untuk menyusu...

Luruh tali pusat, cukur rambut & menamakan anak

Awal pagi hari ke-7, saya bangun menyusu dan salin pampers baby. Masa tu tali pusat belum luruh lagi.. Elok je saya nak pakaikan pampers dia, tgk2 tali pusat dah luruh... So, lepas subuh terus call mak bidan suh dtg bawak peralatan nak cukur rambut baby...
video

So, hari ke-7 baby kami sudah botak... Dan mulai hari itu, kami dah mula panggil nama dia... Sebelum ni panggil, baby atau sayang je...

Kami menamakan anak kami Anas... Simple... Tapi banyak betul alkisah di sebalik nak menamakan anak ni... Masa mengandung, nama Anas ni takde pun dalam senarai... Nama ni Ummi yang bagi... Ummi sebut selepas saya selamat bersalin... Sekali je Ummi sebut, kami dah berkenan dengan nama ni... Lembut je bunyinya... Makna pun sedap...

Kenduri Aqiqah Anas & Tahnik

Tepat 14 hari usia Anas, kami buat kenduri Aqiqah, 2 ekor kambing, 400 jemputan... Alhamdulillah, lauk cukup2 dan tak membazir. Sebelum majlis Aqiqah, ada majlis Tahnik (belah mulut baby) dulu... Tahnik ni sunat dilakukan kepada bayi baru lahir... Masa Anas baru lahir dulu, Ummi terus suapkan madu. Tapi hari ke-14 ni, kami panggil Ustaz yang alim untuk suapkan kurma dan air zam-zam untuk Anas. Sunat Tahnik ni, bagi benda manis pada baby... Tapi Anas ni, orang ramai2 datang nak tengok dia, dia tido je dr pagi... Macam2 orang buat nak kejutkan dia, langsung taknak bangun pun... Anas, Anas...
~(O,o)/~

Info: Nama ‘Anas’ diberi sempena nama anak angkat Rasulullah S.A.W Anas Ibn Malik RA
Latar belakang Anas ibn Malik ra.
Anas ib

n Malik dilahirkan pada tahun
612 h
dan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Anas
ibn Malik
juga merupakan seorang hamba kepada Rasulullah s.a.w. Beliau
berasal dari Bani
an-Najjar dan berketurunan Ansar serta dilahirkan di
Yathrib (Madinah) . Anas
ibn Malik b

ukan lah seorang yang dilahirkan sebagai
seorang yg beragama islam
pada awalnya. Beliau merupakan anak kepada
Ghumaisho’ bt Milhan (Umm Sulaym) .
Ibu beliau telah memeluk islam dan
kemudian ibu beliaulah insan yang telah
mengajar b

eliau untuk mengucapkan
dua kalimah syahadah dan scr langsung memeluk
islam sebelum penghijrahan
Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah . Sejak dari kecil
lagi ibu beliau telah
menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasullullah dalam
diri beliau. Dan
kerana itulah Anas ibn Malik teramatlah cinta kepada Rasulullah
dan sentiasa
merindui untuk bertemu dengan baginda s.a.w sejak beliau berusia 10
tahun
lagi . Anas ibn Malik merupakan perawi hadis ketiga terbanyak selepas Abu
Hurairah r.a dan Abdullah b. Umar r.a.


Ummi & Abah sayang Anas

Thursday, May 7, 2009

Syahdunya.....

Bila anak dah lahir, kena la azan, bg anak lelaki dan iqamah bg anak perempuan... Mcm tu la jugak Abang azankan untuk baby kami...

Selesai je tali baby dipotong, doktor bagi baby kat nurse untuk dibersihkan... (Actually, ms doktor nak sambut baby tu, sambil tarik baby keluar, Dr. Annuar Husainy dah azankan...) Lepas baby dah bersih, nurse bg baby kat Abang. Abang azankan... Syahdunya dengar Abang azan untuk anak kami... Walaupun bukan azan yang berlagu, suara Abang yang membuatkan saya rasa syahdu sgt...

Nak tahu kisahnya?

Dulu ms zaman sekolah, selalu je dengar Abang azan... Memang sedap & menusuk ke kalbu la dengar Abang azan. Tapi tak la sampai terjatuh cinta kat Abang masa tu... Hehe... Memang langsung tak sangka kami ada jodoh...

Bila dengar je Abang azan untuk anak kami, saya memang tak sangka suara azan Abang yang menusuk kalbu saya suatu ketika dulu, suara itu juga lah yang mengazankan anak saya... Betapa bahagia nya saya rasa... Rasa bertuah sangat2....




Ummi & Abah sayang Anas
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi