"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, April 28, 2010

Blog & facebook

Kadang2 kan bila malas nak update blog, Ummi akan upload gambar ke facebook. Tapi bila kedua2nya takde gambar terbaru, tu tandanya:
  1. Ummi malas edit gambar, atau
  2. Abah belum convert RAW ke JPEG, atau
  3. Kami sibuk dengan kerja, atau
  4. Kesemua di atas, hehe...
Dan bila kesemua di atas berlaku:
  1. Blog Ummi akan sunyi sepi,
  2. Orang pun tak datang bertandang,
  3. Ummi pun tak ziarah blog kawan2 (hanya terjadi bila berlaku situasi no.3, saya selalu jalan2 blog korg tau, cm xsempat nak tinggal jejak, sembat baca scr skimmig n scanning je...)
  4. Then, Ummi rasa kehilangan yang teramat sangat...
Sungguh indah peraturan Allah kan, di kalangan kawan2 baik Ummi (kawan2 sejak MATRI mahupun kawan2 masa UIA) Ummi je yang stay jauh dr diorang semua. Semuanya kerja & stay kat ibu kota. Ummi sorang je yang stay & kerja kat Kedah. Memang Ummi sunyi sangat hidup takde teman baik yang dulunya sangat2 mewarnai hidup Ummi.

Tapi Allah itu Maha Adil. Allah gantikan Ummi dengan kawan2 alam maya ini. Walaupun tak pernah bersua muka, kita sangat akrab berkongsi kisah hidup kita, berkongsi cerita yang sama, berkongsi suka duka kehidupan, saling membantu dan memberi sokongan serta kekuatan di kala kesusahan, susah dan senang dikongsi bersama... Saya sangat seronok berkawan dengan korang semua...

Kadang2 bila Ummi kesunyian tak dapat nak update blog, Ummi still leh guna laman sosial facebook, semua kawan2 Ummi ada kat situ... Seronok dapat jumpa balik kawan2 lama...

P/S1: Ummi membebel ni sbb Ummi takde idea nak update blog, hua~~
P/S2: Bila banyak sangat benda nak update, tak dapat nak update, dan bila dapat update, takde benda plak nak update, guano nih?

Gambar selingan (dah takde keje la Ummi Anas ni...)
P/S3: AshA's FaMiLy masih bercuti... (Ummi wat scheduled post sbb tanak blog ni sunyi sepanjang ketiadaan Ummi, tapi tade idea... ~(T_T)~

Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, April 27, 2010

We're on holiday!


Ketika entry ini di'auto-published'kan, kami mungkin sedang berada dalam perut kapal terbang AirAsia yang sedang membawa kami ke Johor. Fly dari Penang kul 1.05pm tadi & dijangka sampai di Johor kul 2 lebih. Ni first time lah kiranya Anas naik kapal terbang. Dulu pernah gak naik flight tp masa tu Anas 5 weeks old dlm perut Ummi...

Malam ni bermalam di Rumah Tetamu UTM Skudai. Nak kena punggah barang2 Achik masuk kete die... Malam ni Ummi nak suh Achik bawak kite gi Danga Bay. Best ke ek? Achik cakap tak best, haha... kecik hati org Johor kan... Nenda pesan otak-otak, harus kena cari banyak2 untuk family kat Arau sekali...

Kami akan balik Kedah on 29/04/2010, Insya'Allah... Doakan perjalanan kami selamat... On da way balik dr Johor ke Kedah, kite akan singgah di Nilai, amik barang Ateh. Then singgah KL jap, nak tengok umah Atuk & Nenda kat Selayang... Cadangnya nak bermalam kat sana 1 malam lah. Ummi dah lama janji ngn Achik nak belanja dia makan kat Kg.Baru tu... Hehe... Ummi janji since Achik memule masuk UTM Jalan Semarak lagi... Mungkin kali ni (Achik dah habis degree kat UTM Skudai dah pun) baru rezeki Achik kan, haha...

Hope Anas sihat sepanjang perjalanan...

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, April 26, 2010

1 day to go...

~AshA's FaMiLy sedang dalam mood bercuti, hehe... We're going to Johor & KL tomorrow, 27/04/2010-29/04/2010~

Anas akan ikut Ummi & Abah gi amik Achik kat UTM Skudai. Achik dah habis degree die. Congrats Achik! Lepas ni Achik leh la keje ngan Atuk, pastu tiap2 bulan boleh la belikan hadiah banyak2 untuk Anas, kan... Yeee, bestnye... Hehe!

Achik, tunggu Anas tau! Tak sabarnya nak pegi esok!

Ummi & Abah sayang Anas!

Adik susuan Anas...

Sebenarnya Ummi nak update ttg adik susuan Anas. Tapi Ummi nak kena pastikan dulu dah lengkap ke syarat Ummi jadi ibu susuan... Ada sesiapa boleh bantu Ummi? Ummi sekarang keliru dengan pelbagai pendapat tentang syarat menjadi anak susuan nih....

Camnilah, Ummi faham syarat2 nya ialah:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum susu sehingga 5 kali kenyang
Yang timbul kekeliruan di sini ialah, cara susu tu diberikan. Ummi hanya bagi stok EBM Ummi pada anak kawan Ummi tuh. Dia baru berusia 5 bulan, dan dah minum sampai 5 kali kenyang lah.

Dia minum susu Ummi melalui botol.... Ada pendapat mengatakan tak jatuh status anak susuan bila dia tak minum direct dari badan ibu susuan...

Ada plak pendapat yang mengatakan jadi status anak susuan sbb ianya tetap susu ibu walaupun cara baby tu minum bukan direct dari badan, tetapi ia tetap susu ibu...

Ada pendapat yang mengatakan, jadi status anak susuan apabila susu tu dari badan ibu susuan dan masuk ke perut anak susuan walau dengan apa cara sekalipun ia masuk (direct atau guna sudu atau botol)...
Tak jatuh status anak susuan walaupun susu tu dari badan ibu tapi tak masuk ke perut baby, maksudnya, disuntik dari jarum masuk ke liang rongga baby...

Jelas, syarat yang dinyatakan:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum sehingga 5 kali kenyang
Yang menjadi kekeliruan:
  1. Cara susu tu diberikan (direct, sudu atau botol?)
Susu ibu tetap susu ibu, baby dah 5x kenyang dan umur pun bawah 2 tahun... Camne ek?

Ummi & Abah sayang Anas!

Saturday, April 24, 2010

Anas @ Kuala Perlis

Assalamualaikum Anas sayang… Masuk hari ni, dah 3 minggu Anas demam, on and off… Smlm Ummi & Abah bawak Anas gi KMC, jumpa Dr. Sharifah sekali lagi. Dr terpaksa start antibiotic on Anas sbb mulut Anas dah kena jangkitan bacteria. Kesian anak Ummi sayang nih! Semoga Anas cepat sihat ya sayang… Kite nak gi jalan2 lagi ni….

Entry kali ni Ummi nak story pasal cite2 yang dah basi. Tapi Ummi tetap nak story gak! Hehe…

Lepas majlis kesyukuran ulangtahun kelahiran Anas hari tu, esoknya Ummi gi kenduri kawan sekolah Ummi kawen, Mak Cik Hanisah Ishak kat Kuala Perlis. (Cik Icah ni tak kasik la Ummi masukkan gambar kawen die dalam tenet, huhu…)

Lepas kenduri kawen tu, Ummi ajak Abah ke Kuala Sanglang, umah TokNyang Anas yang tgh uzur skrg, dah lama tak ziarah die… Dari Kuala Perlis nak ke Kuala Sanglang tu, Abah drive ikut persisiran pantai. So, harus la berenti utk ber’photo2’ kan… Sambil tu Abah nak ajar Ummi teknik2 nak amik gambar guna dslr nih since Ummi blum pandai guna lagi…

Rasanya ni first time Anas tengok laut. Luckily, Anas belum pandai nak teruja lagi… Hehe…





Ummi & Abah sayang Anas!

Friday, April 23, 2010

Kenduri Kesyukuran Hari Lahir Anas yang pertama


Alhamdulillah, Ummi & Abah sembat buat sedikit majlis kesyukuran kecil-kecilan sempena hari ulangtahun kelahiran Anas yang pertama. Majlis tu Ummi & Abah pilih untuk buat kat Arau, kat umah TokWan Anas sbb dalam seminggu, cuma 2 hari je family sana dapat jumpa Anas...


Menu utama untuk hari tu is LAKSA... Mmg faveret Ummi tau! Tapi disebabkan Ummi masih berpantang, Ummi hanya mencuba rasa laksa tu sikit2 je... Agak malam tu ok, esok makan sikit lagi... Ummi tak berani gak nak pulun makan sbb laksa kan sejuk...


Ummi belikan sebiji kek untuk Anas. Hm, laku di kalangan budak2 la. Ada gambar Upin Ipin plak tu... Plannye nak taruk gambar Anas. Tapi Ummi sangat2 tak sempat sbb Ummi habiskan akaun hujung Mac tu... Majlis ni pun Ummi buat on 2/4/2010...


Ummi hadiahkan buku bedtime story ttg kisah Nabi Muhammad utk Anas... Semoga Anas jadi anak yang suka membaca dan sayangkan Allah dan Rasul-Nya... Semoga Anas terus membesar dgn sihat, cerda, cergas, pintar dan bijak... Semoga Anas sayangkan Ummi & Abah sebagaimana kami sangat2 mengasihi Anas tika waktu kecil mu... Semoga Anas jadi insan yang berguna kepada agama dan negara... Jadilah abang yang mengasihi adik2mu.... Semoga kita dipanjangkan usia utk lebih lama bersama, Ameen....
Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, April 22, 2010

Milestone Anas 1 year


Assalamualaikum Anas yang amat2 dikasihi... Permata hati Ummi dan Abah kerap demam kebelakangan ni... Ummi risau sayang... Esok Ummi nak bawak Anas gi jumpa Dr.Sharifah sekali lagi... Semoga Anas cepat sihat dan terus ceria macam selalu. Berat Anas pun susut sikit sbb Anas tak bape ade selera nak mamam, kesian Anas Ummi sayang...

Hari ni Ummi curi masa sikit nak update achievement Anas sbb Ummi langsung tak sempat nak update sebelum2 ni. Ummi cite seringkas yang boleh ya. (Ye ke Ummi ni? Bukannya org tak tahu Ummi kalau dapat keyboard, berjela2 Ummi akan taip. Orang pun malas baca kan. Abah pun malas baca, nak tgk gambar je, hihi...)

Milestone Anas:

  • Setakat baru sebatang gigi yang baru tumbuh, ada 5 lagi yang nak keluar tu, masih belum habis tumbuh lagi, dok nampak putih2 je... (Gambar? Susah la nak amik gambar. Anas tanak buka mulut, segan nak tayang gigi die yang lambat tumbuh tu...)
  • Anas dah pandai cium Ummi dan Abah. Bila Ummi cakap 'sayang Ummi cket!' Anas pun rapatkan bibir dia kat pipi Ummi, pekup lama2 sambil bunyi 'mmmuahh!' cute sangat. Pastu nak bagi fair, lps cium Ummi, Anas akan cium Abah plak, pehtu cium Ummi balik, pehtu cium Abah balik sampai dia penat, haha... (ada la video yg Ummi rakam ni, mesti ada kat komp kat umah, huhu...)
  • Masih belum boleh berjalan lagi. Orang cakap, baby kalau lambat berjalan, dia cepat bercakap. Alhamdulillah, Anas dah boleh sebut beberapa perkataan. Anas boleh tiru apa yang orang cakap. Antara words yang keluar dari mulut Anas: -mam (makan)--dap (sedap)--Abah--mmii (Ummi)--yak (berak)--nak- (kdg2 bunyi nanana, sambil nangis minta nenen kt Ummi)--auk (refer kpd Atuk, TokWan & MakTok)--de (Nenda)--aye (air)--di (mandi)--nga (Bunga)--iow (buat bunyi kucing)--nah (bile die bagi something kat org)--juk (sejuk)-eyo (Hello, sambil bergaya cakap tepon)
  • Dan Anas pun dah boleh faham cakap kami. Bila Ummi say sit down, duduk, Anas akan duduk. Bila Ummi cakap nak, Anas pun bagi kat Ummi apa yang dia tengah pegang tu... Ummi tanya Abah mana, dia tunjuk Abah. Ummi ckp, 'angkat tangan, buka baju' Anas pun angkat tangan... Kalau Ummi londehkan seluar Anas, Anas pandai angkat kaki untuk buka seluar...
  • Anas sekarang dah boleh duduk sendiri dengan stabilnya. Sebelum ni, boleh duduk tapi Ummi yang duduk kan la. Dan, Ummi dah train Anas makan sendiri. Tapi belum train betul2 la. Lambatnya Ummi train Anas mamam sendiri... Hehe, sebabnya, Ummi tak suka Anas comot2, Ummi rela suapkan tapi tu la, Anas lambat berdikari la nanti, huhu...
  • Hobi baru Anas sekarang, 'ngemas'... Apa2 yang boleh dikemas, habis 'dikemas' nye... Yang selalu jadi mangsa, handbag buruk Ummi tuh. Pantang terbuka, habis diselongkarnya.

~ni masa Anas ngemas meja Ummi kat ofis, habis dia main Ummi nye cop. Kan dah tercop nama Ummi kat betis Anas tu. Senang orang tahu Anas anak Shaakira Uzir, haha~
  • Suka muncungkan mulut macam 'Pinggu' tu. 'UUUU' bunyi dia...
  • Mulut dah bising dah sekarang ni. Lebih2 lagi kalau dapat 'telefon'. Handphone ke, telefon biasa ke, bersembang macam betul2 pandai bersembang je... Kadang2 betul2 ada orang cakap kat sebelah sana, kadang2 berlakon je... (tak sempat lagi rakam aksi Anas yang ni)
  • Dalam keta (dalam car seat Anas), mulut asyik pok pek2 je... Ape yang dibebelkan pun Ummi tak faham, hehe... Kalau keta baru bergerak, Anas pun buat bunyi, 'uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu', ikut rentak bunyi keta bergerak tu...
video

dok pok pek2 sorg2 tu sampai la terlelap sendiri, huhu... sian anak Ummi letih main kat skool ya?
  • Kalau makan, dah pandai jilat bibir, pendek kata, bersihkan mulut sendiri...
  • Ha, 1 lagi. Kalau Ummi sebut 'takdak dah / habih dah / sampai dah / (apa2 yang ada 'dah' kt blkg tu) tangan Anas pun pusing2kan. Padahal Ummi ajar pusing2 tangan tu bila Ummi sebut 'habih dah' & takdak dah' ja... Anas plak, ape yang ade 'dah' kt belakang tu, tangan pun pusing skali... Hehe...
  • Anas kan, kalau 'ngemas', kadang2 dia pandai sembunyikan barang. Pastu nnti dia cari balik & konon2 excited bila jumpa, haha...
  • Hm, ni yang sedikit tak best. Anas kalau dah taknak sesuatu barang tu, bila dah boring, Anas akan baling cmtu je... Hm, tak soleh la sayang...
  • Anas suka suap orang lain makan sama.. (Tu yang Ummi boleh tergigit jari Anas hari tu. Anas suap fries, Ummi ingatkkan Ummi dah gigit fries la, rupenye Ummi dah tergigit jari Anas, huhu... Pe lagi, meraung la kawan sbb Ummi gigit sepenuh hati, hehe... Sori Anas sayang..)
  • Sekarang Anas dalam proses bertatih. Ummi tengah train Anas untuk berdiri sendiri. Tapi Anas belum yakin dgn diri dia sendiri lagi...
  • Anas dah pandai nak tarik perhatian Ummi & Abah. Pandai sapa & panggil orang... Kadang2 bila Ummi & Abah tak layan Anas, Anas akan berdiri dlm playpen Anas tu, pastu jatuhkan diri sendiri... Melayang ke belakang dan bub! Pastu bila Ummi & Abah kelam kabut gi tengok, Anas akan gelak suka. Pastu buat sekali lagi.... Hadoi hai... hehe...
Sekian dulu untuk entry kali ni...
On weekends, slalunya Ummi tak sempat nak update blog or buat scheduled entry utk minggu seterusnya... Hari ni, ingatnya nak cuba buat scheduled entry byk2... Lama Ummi tak berblogging, blog Ummi sunyi je rasanya. At least, bila slalu ada entry, tak la sunyi sgt kan...

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, April 19, 2010

Bila Anas tak sihat...

Uhuk...Uhuk! Dah bersawang la blog Ummi... Lamanya Ummi tak update blog... Ada la menjengah skali skala, jalan2 umah kawan2 Ummi tp tak boleh berlama.... Hari ni ada la peluang tp tatau la boleh berlama ke tak ni... Takut separuh jalan, then tinggal camtu je...

Hm, assalamualaikum buah hati Ummi dan Abah sayang... Alhamdulillah, Anas dah sihat hari ni... Baru la senang sikit hati Ummi dan Abah....

Since last week Ummi tak senang duduk sbb Anas demam berpanjangan... Kisahnya bermula pada Rabu 2 minggu lepas. Suhu badan Anas tak menentu, kejap panas kejap biasa... Mungkin sbb nak tumbuh gigi lagi... Then masa Abah tinggalkan kita Khamis malam Jumaat n Jumaat malam Sabtu, badan Anas panas sepanjang malam... Pastu Anas tak lalu makan, cuma minum susu Ummi je... Pampers pun asyik bertukar je sbb Anas cirit... Ummi tak pakaikan CD sbb Anas kerap sgt poo poo... So, Ummi decide nak amik ubat... Memule Ummi gi homeopathy untuk amik ubat sbb Ummi ingatkan Anas demam biasa. Lagipun Anas jarang demam... Esoknya tu badan Anas naik biji2 merah... Dok pikir Anas demam campak la... Tapi 2 hari je dah hilang biji2 merah tu... Ummi tunggu 2 hari baru hantar Anas ke nursery balik...

Baru je hantar beberapa jam, kawan Ummi suh gi amik Anas sbb dia risau Anas kena penyakit kaki tangan dan mulut... Ummi berdoa sgt2 semoga Anas dilindungi Allah dari penyakit tu... Ummi tetap amik Anas dr skool sbb Ummi risaukan bab penyakit berjangkit ni...

Esoknya Anas demam semula... Ummi gi klinik pakar kanak2.. Tapi mmg sakit hati la dgn doktor kat klinik tu... Kata pakar kanak2 tp tak nampak gaya langsung dia boleh treat Anas dgn baik. Dia cek pun ala kadar je... Bila Ummi cakap Ummi risau itu ini, takde pun dia cuba tenangkan Ummi... Apa yang keluar dr mulut dia hanyalah, "takpa,takpa..." huh! Caj? RM55... mak aih! keluar dr klinik Abah ckp, xmau mai dah klinik ni!

Ummi bagi Anas makan ubat... Makan la jugak kan, kalau tak burn RM55 camtu je... Tapi malam tu, muka Anas penuh naik merah2... Anas tak selesa, Ummi tahu... Anas nangis sampai takde sape pun leh pujuk Anas... Ummi tahu Anas sakit... Lastly,Nenda sapukan air penawar kat muka Anas.. Tak lama lepas tu baru Anas mau minum susu Ummi & terus lena... Alhamdulillah....

Esoknya Ummi ajak Abah gi Kedah Medical Centre (KMC) sbb Anas demam lagi... Badan panas sangat... Time ni plak la thermometer yg slalu stand by tu hilang, huhu... Kami stand by duit beratus la jugak untuk bawak Anas gi KMC, huhu...

Kami pergi dah agak kelewatan. Sume pakat suh jumpa pediatrician, Dr.Razif.. Tapi ramainya orang, Subhanallah... So, nurse bagi kami alternatif utk jumpa Dr.Sharifah Khadijah sbb tak ramai org... Memule ragu2 la jugak sbb Dr tu baru... Tapi, Ummi serahkan pada Allah, yakin, ok, jumpa Dr. Sharifah...

Tak lama pun menunggu terus dipanggil... Subhanallah baiknya Dr.Sharifah tu... Ummi suka cara dia treat Anas, cara dia sentuh Anas, macam2 dia tanya... Itu la yang Ummi suka... Ummi cite kat Dr yang muka Anas naik merah lps makan ubat, siap Ummi tunjukkan ubat tu... Setelah di diagnose, Anas rupanya allergy dgn penicillin & family penicillin lah... So, Dr nasihatkan Ummi lps ni klu nak amik ubat utk Anas, kena bagitau Dr or pharmacist yang Anas allergy dgn penicillin... Dr. Sharifah cakap demam Anas ni tak perlu bagi antibiotic pun... Dr. dr klinik tu pun ada bagi ubat cirit sebenarnya... Nasib baik Ummi tak bagi Anas makan ubat cirit tu sbbnya Dr.Sharifah cakap budak2 tak boleh makan ubat cirit... Huhu, Alhamdulillah gerak hati Ummi semalam betul, Ummi tak bagi Anas makan ubat tuh...

Lagi satu, yang naik merah2 kat badan Anas tu bukan chicken pox sbnrnya... It is roseaila (Ummi tak sure ejaan, search dlm wikipedia pun takde.. tp bunyi die is sumtin like that la...) beza dgn campak halus tu... Yg ni naik kejap je & tak tinggalkan parut, kalau campak seminggu br hilang & akan tinggalkan kesan yang die pernah singgah kat badan kite, hehe... Dr ckp seumur hidup akan jadi sekali je... Baru la lega hati Ummi, Alhamdulillah...

So, Dr.Sharifah cek semua anggota badan Anas, mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, kuku... Die cakap hidung Anas de masalah sket... So, die bagi ubat demam & ubat utk hidung tu. Hari ni 2 hari dah Anas makan ubat. Alhamdulillah, Anas makin sihat dan ceria... Sebelum ni pun tak macam orang demam pun, badan je panas tp aktif sangat2 & langsung tak merengek... Cuma bila time nak tido tu, harus Ummi kena stay by his side lebih kurang 2 jam. 2 jam tu lah Anas nak nenen je, takmo bagi Ummi bangun... Huhu...

P/S1: Kan Ummi dah cakap Ummi tinggal separuh jalan & sambung hari ni (20/04/2010)

P/S2: Homeopathy Era Edar cuma ada ubat biji je. Anas tak pandai kemam, kalau taruk ubat dalam air pun, Anas minum & luah balik, huhu...

P/S3: Masa anak kecik ni, jgn la berkira sgt pasal duit. Biar la kita cerewet pasal kesihatan die, bawak jumpa pakar terus, biar puas hati. Sebabnya dia tak leh cakap kat kita macam mana dia sakit. So, hanya doktor pakar yang boleh tolong diagnose sakit anak2 kecil ni...

P/S4: Nak tahu tak bape caj yang kami kena kat KMC? RM50.80 sahaja... Ummi & Abah gelak2 masa bayar tu. Huh, pi klinik pakar kanak2 biasa, caj RM55.00, ubat ntah ape2, cek pun besa2 ja... Tak mencerminkan doktor pakar kanak2 pun... Better gi KMC, pakar segala pakar kat situ, doktor pun cek detail se'detail'2nya, nasihat macam2 doktor bagi, peringat Ummi ttg ubat2 yang Anas allergy.


Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, April 12, 2010

Anas demam campak


~entry dr handphone ummi~

Assalamualaikum khalifah kecil amanah Allah buat Ummi & Abah, Anas yg dikasihi.. Allah izin Anas kena demam campak pd usia 1 tahun 2 minggu. Anas deman sejak sabtu, panasnya amat merisaukan Ummi dan semua orang. Anas jarang demam dan panas demam kali ni lain mcm sgt. Rupanya Anas nk kena demam campak..

Hari ni Ummi amik EL tp Ummi kena pegi ofis jgk kejap lagi ni.. Ummi nak masakkan sup ayam kampung untuk Anas dulu. Pagi2 td Ummi dah gi market cari ayam kampung..

Bersambung ke entry seterusnya yg lbh proper. Post blog via handphone ni mmg limit sgt2..

Syafakallah ya Anas...
Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, April 5, 2010

2nd child? Adik for Anas?


Assalamualaikum Ummi & Abah's beloved son... Semoga Anas sentiasa di bawah pemeliharaan Allah yang Maha Memelihara... Semoga kita terus berada di bawah nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan kepada kita... Hari2 Ummi doakan Anas jadi anak yang soleh dan semoga doa Ummi dikabulkan Allah... Ameen...

Anas sayang, sekarang ini kerap kali Ummi ditanya ttg soalan2 cepumas. Semua orang keep asking the same question... Haha... Jawapan Ummi is: biarlah Anas besar dulu... Hehe...

Dulu kan, masa nenda dok tak bagi Ummi buat itu, buat ini, Ummi marah Nenda anggap Ummi macam budak kecik padahal Ummi dah besar. Macam2 Ummi nak buat tapi Atuk & Nenda susah sangat nak izinkan... Dulu Ummi selalu memberontak dalam diam... Tapi skrg Ummi faham, bila Ummi dah jadi ibu baru Ummi faham... Sampai bila2 pun seorang ibu akan anggap anaknya seperti anak kecil yang masih memerlukan bantuan, yang tak boleh dilepaskan begitu saja....

Berbalik pada soalan2 yang femes di telinga Ummi sekarang... Mmg orang keliling keep asking sbb Anas pun dah setahun... Ummi pun dapat adik (Bunga) masa Ummi setahun 5 bulan... Abah pun dapat adik (Pak Ngah Atim) masa Abah setahun 3 bulan... Anas plak masuk umur setahun, Ummi masih belum nak bagi Anas adik, ngeh~~~ bukan takmo tp Ummi rasa Ummi perlu merancang jugak for next baby...

Antara alasan-alasan Ummi: alasan yang tak boleh diterima orang lain, hihi...

Ummi & Abah masih cuba menstabilkan diri... Kami skrg masih menumpang di rumah family Ummi, tp dah merancang nak berpindah la before kenduri Bunga nanti... Bila dah ada rumah sendiri nanti, baru la rasa selesa nak beranak pinak kan... Nak berpantang pun dok kat umah sendiri ja... Lagipun Abah sekarang hari2 berulang Jitra-Kulim, jauh tu, 3 jam atas highway semata2... Ummi stay dgn family Ummi sbb ni lah, Abah pun selalu kena tinggal2kan Ummi... Ummi ni plak penakut dok sorang2...

Kenduri Bunga dah di'schedule'kan penghujung tahun ni, 19/12/2010... Kalau Ummi pregnant skrg, bulan 12 tu perut Ummi ~8 bulan la. Mesti masa tu Ummi dah tak larat nak buat kerja berat2... Dah la masa Bunga bertunang tu, mmg dah dekat due Anas nak lahir... (Anas lahir just after selesai majlis, ngeh~~) Masa tu mmg Ummi dah tak larat nak buat keje... Bunga banyak tolong Ummi masa kenduri Ummi dulu, sampai kena operate lutut tau! So, Ummi pun nak tolong Bunga banyak2 gak masa kenduri Bunga nanti. Ummi pun excited nak kenduri kawen ni... So, Ummi postponed jap planning for 2nd baby nih....

Lagi satu kan, bila tengok muka Anas yang macam baby tu dah mmg Anas tu baby, mmg la muka cam baby... Eh, Anas dah toddler la! cair hati hati Ummi, kesian kalau Anas jadi Abang. Dah la Anas sangat2 manja ngan Ummi... Cmne Anas jadi abang ek? Haha.... Lagipun Ummi ada baca, kalau kita jarakkan kehamilan, sekurang2nya 2 tahun, kita dapat beri perhatian secukupnya kat anak yang besar tu. Dan anak yang besar tu dah puas bermanja masa dia nak dapat adik tu. Bila dia dah puas bermanja, dengan sendiri nya dia akan pandai berdikari dan pandai bawak diri. So, tak la banyak ragam dia bila dia nak dapat adik...

Anas masih breastfeeding. Ummi target nak nyusukan Anas sampai Anas 2 tahun. Sunnah pun ajar nyusukan anak sampai 2 tahun, di samping boleh jarakkan kehamilan... Sesungguhnya dengan menyusu badan, itulah perancang keluarga yang terbaik... Ummi yakin dengan Allah... Ummi yakin dengan susunan Allah...

Ada orang nak beranak sekali harung (setahun sorang), biar anak membesar sama2, biar penat skali je time anak2 masih kecik. Bila anak2 dah besar, boleh rehat terus...
Ada plak yang nak jarakkan, biar hilang sakit bersalin yang dulu tu, biar anak besar sket dulu, tak susah nak kawal, nanti abang kacau adik tido lah, ape lah...

Nenda & Mak Tok Anas, keduanya anak setahun sorang... Nenda keje tapi Mak Tok tak keje... So, Mak Tok mungkin rasa tak susah nak jaga anak kecik2 setahun sorang pun... Tapi Nenda dah pesan kat Ummi awal2 kena jarakkan kehamilan... Nenda dah rasa betapa letihnya bersalin setiap tahun, dengan kerja yang sibuk as tax officer masa tu...

Ummi skrg kalau nak pregnant plak, kena fikir dan pilih masa yang sesuai untuk bersalin dan berpantang... Ummi tanak jadi macam masa berpantangkan Anas dulu... Ummi still kena datang ke pejabat, still kena uruskan hal2 banking, hal2 kontrak masa berpantangkan Anas dulu... 2 minggu berpantang, Ummi terpaksa mintak pihak bank datang ke umah utk sain dokumen2 berkaitan bank guarantee... 32 hari dalam pantang, Ummi kena gi pejabat NCIA utk sain dokumen kontrak, gara2 Atuk tersilap info. Dia ingat kena gi KL, padahal kat Kedah ja... Atuk dah gi KL dah masa tu, so, terpaksa la Ummi yang gi sain dokumen kontrak tuh! Then hari ke-40, Ummi kena dtg ofis setelkan akaun dgn org audit...

Bila Ummi dah dapat pembantu yang sesuai nanti br Ummi rasa tenang nak berpantang kot, hehe... Ummi pun dah mula rindu nak mengandung semula, rindu bau baby br lahir, rindu nak pegang baby kecik, rindu nak rehat dr buat keje umah.... rindu yang best2 je la... dok pikir gak, takut sakit nak bersalin tuh, takut alah teruk lagi mcm dulu, malas nak berpantang lama2 tu, boring... huhu...

Kita merancang, Allah yang menentukan... Rezeki Allah nak bagi, Ummi dan Abah terima dengan redha... Doakan yang terbaik buat kami... Setakat ni, Anas belum nak dapat adik lagi... Hehe...



Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, April 1, 2010

Masih breastfeeding tetap menjadi isu... Kenapa?

Assalamualaikum Anas sayang, Alhamdulillah Anas semakin sihat dan aktif. Sampai sakit pinggang Ummi ngejor Anas, hehe... Smlm Ummi dah bawak Anas amik suntikan utk setahun. Anas langsung tak nangis malah tak de riak mcm sakit pun masa kena cucuk td. Alhamdulillah, anak Ummi ni mmg khalifah kecil, kuat! Berat badan Anas 6.9kg & kalau ikut carta klinik kesihatan, dah masuk merah, kurang zat makanan & below -3SD...

Alhamdulillah jugak sbb Ummi tak de kena marah dengan staff nurse tu mcm yg Ummi slalu bc dr blog kawan2 Ummi. Jururawat Masyarakat kat Klinik Kesihatan Jitra mmg baik2. Ummi sangat selesa berurusan dan check-up kat sana sejak pregnant lagi... Mmg layanan yang sangat puas hati. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kita sekeluarga...

Staff nurse berbincang dgn Ummi ttg diet Anas. Bila dia tahu Anas masih breastfeeding tanpa campur any FM, dia puji Ummi & dia nasihatkan Ummi ttg diet Anas slps usia setahun ni... Abah mesti suka sbb Anas dah boleh makan apa saja yang Ummi dan Abah makan kecuali pedas & keras je la yang tak boleh lagi, hehe... Dah lama Abah tunggu nak bagi Anas makan apa je yang Abah makan... Hee~~

Anas sayang, apa yang Ummi nak coretkan di sini bukan isu check-up tu... Ada benda lain yang membuatkan entry ini di publish ke blog hari ini...

Ummi sering menerima sindiran, ada yang anggap Ummi taksub dengan breastfeeding (sbb dlm blog Ummi slalu cite pasal breastfeeding). Then, Ummi masih menyusu Anas sampai setahun, orang anggap pelik dan tertanya2, ada lagi ke susu awak? Anak awak kecik, cukup ke dia minum susu badan je? Eh,eh, anak awak dah setahun? Keciknya dia... Minum susu apa? Ha, breastfeeding lagi, mana cukup... Campur la sikit, kesian budak tu... Then kalau dlm majlis, bila Ummi lari ke belakang nak nyusukan Anas, ada la yang bersuara, tu la bagi minum botol kan senang, tak payah kalut2 bila anak nak susu...

Ummi dah lalui semua ni sejak sebelum Anas setahun lagi. Dan Ummi berjaya hadapi segala cabaran2 nak bagi Anas yang terbaik... Abah ucap TAHNIAH kat Ummi sbb Ummi berjaya hadapi semuanya.. Dulu kan Abah tak berapa setuju dgn Ummi, skrg Abah la yang paling seronok tgk keletah Anas hari2 yang makin bijak dan aktif... Abah puas hati sbb Anas fully breastfeeding... Abah kagum dgn semangat Ummi...

Bukan senang nak breastfeeding sebenarnya... Tak semudah yang semua orang sangkakan... Ummi mengumpul semangat dan kekuatan, Ummi biarkan emosi Ummi stabil utk berjaya dalam penyusuan susu ibu ni... Perlu ada persiapan fizikal dan mental.. Kalau ada yang tak ready, takkan berjaya...

Ramai yang menganggap fizikal memainkan peranan penting utk breastfeed dan ramai yang percaya badan kecik kurang susu... Kecik besar badan ibu bkn faktor yang mempengaruhi berjaya atau tidak penyusuan susu ibu... Tak bermakna org kurus, susu sikit, org badan besar, susu banyak... Susu yang keluar bkn dipengaruhi oleh fizikal seseorang... Percayalah, susu ibu is on demand... Bila baby nak, signal akan ke otak bagitau, kilang kena supply susu...

Bab mental dan emosi, yang ni mmg kena betul2 stabil, klu tak traffic dr otak ke kilang susu akan jammed atau block, then susu pun tak keluar la... Dah setahun Ummi nyusukan Anas, Ummi dapat rasa perbezaan bila emosi positif dan bila emosi negatif... Bila Anas direct BF Ummi tak rasa sangat, tapi bila mengepam, mmg ketara sgt2 perbezaan. Kalau Ummi tengah stressed, tension, serabut, marah mmg susu takkan keluar walaupun rasa Cik B bengkak sesangat. Keluar la sikit, xsampai 1oz pun... So, bila Ummi nak ngepam, Ummi akan pastikan emosi Ummi stable... Kalau tgh emo skali pun, Ummi cpt2 istighfar dan cuba lupakan buat sementara masalah2 yg dtg tu, Ummi ngepam sambil tgk gmbr2 Anas to cheer me up...

Lagi satu, kalau ibu tak ready or ragu2 nak nyusukan anak, susu pun nak tanak je kluar... Dari pengalaman Ummi, masa awal2 nak nyusukan Anas dulu, masa Anas selesa dgn botol, Ummi mmg dh hmpir give up, mmg pasrah tanak BF Anas. Tapi Ummi kutip ilmu ttg bf ni, Ummi cuba positif. Ummi set mind, Ummi yakin dgn diri Ummi, Ummi boleh bf Anas. Walaupun Ummi tpaksa guna NP, Ummi positif jgk. Mmg ada perasaan malu n terpaksa lari jauh2 bila nak bf, tp Ummi teruskan jugak... Sampai la satu tahap,Anas mula selesa direct tanpa NP anymore... Serious, Ummi tak jangka Ummi akan berjaya ke tahap ini. Tapi hari2 Ummi positif, Ummi berdoa kat Allah semoga Allah banyakkan susu Ummi untuk Anas... Alhmadulillah Ummi dah separuh jalan utk berjaya skrg. Dan kini Ummi masih positif dan Ummi masih mengadu, berdoa kat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...

Apa yang Ummi ceritakan dalam blog ini, bukan bermakna Ummi taksub or fanatik or obses dengan breastfeeding. Ummi cuma seorang ibu yang sedar ttg kebaikan susu ibu. Tujuan Ummi story dalam blog ni sbb Ummi nak share, Ummi nak jurnalkan kisah Ummi utk Anas baca satu hari nanti... Lain2 sebabnya, dr blog Ummi dpt sokongan dan Ummi dpt build satu komuniti ibu2 dan kami saling menyokong, membantu antara satu sama lain... Bila antara kami ada masalah, kami sama tolong dan selesaikan... Kadang2 mmg tak boleh selesaikan tp bila kt saling memujuk dan memberi sokongan, kita akan jadi kuat...

Buktinya, Ummi dr awal mmg fight sorang2 untuk jayakan bf ni. Ummi langsung tak dapat sokongan dr keluarga terdekat terutama Abah Anas. Tapi Ummi tetap perjuangkan bf ni. Tak lama lepas tu nenda Anas mula nampak kebaikan susu ibu dan dia selalu canang2kan kat orang cucu dia fully bf. Pastu bl Ummi de masalah, nenda la yg pujuk Ummi spy bsabar dan kena kuat semangat....

Cite pasal Abah Anas plak... Abah dr awal mmg slalu suh Ummi campurkan FM. Ummi tahu Abah tak faham... Bermacam2 cara Ummi buat nak bagi Abah fahamdan terima perjuangan Ummi ni... Allah izin Abah berpeluang ikut Ummi join gathering susuibu.com, sejak tu Abah dah boleh terima dan faham betapa Ummi sangat2 beria perjuangkan penyusuan susuibu ni... Ada la kawan2 yang dok perli2, dulu Abah gelak2 je, tapi skrg Abah diam je. Pastu bila berdua dgn Ummi Abah pujuk Ummi jgn amik hati sgt dgn kawan2 sbb depa tak faham... Alhamdulillah... Abah tahu emosi Ummi agak cepat tersentuh ttg isu BF ni, dan Abah tahu sume tu boleh mempengaruhi pengeluaran ASI sbb tu Abah akan cpt2 pujuk Ummi.... Thanks to Allah for all these, perjuangan Ummi dah dapat difahami dan diterima...

Kalau dulu bila orang dok cakap Anas kecik, bila berdua dgn Ummi Abah akan pujuk Ummi suh campur FM sket kat Anas... Tapi skrg bila org cakap Anas kecik, Abah akan tolong jawab bg pihak Ummi... Pastu kot belakang Abah akan pujuk Ummi jgn sedih2, anak kita sihat... Tapi skrg, dh kurang kot org dok cakap Anas kecik ataupun Ummi mmg dah tak peduli apa org cakap...

P/S: Ummi tgh cari sling... Sape2 leh tolong?


Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi