"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, May 31, 2010

Award & Award

Terima Kasih kepada pemberi2 awards ini.... Terharu dan appreciate sangat!


ni plak award yang di create sendiri oleh Izza. Cantik kan pinky rosses tu... Izza snap gambar masa Izza bermalam kat Quantity Inn at Grand Canyon. Ni mesti masa Izza bercuti hari tu kan?

Thanks a lot!
Ummi & Abah sayang Anas!

Happy 14-months-old Anas & Happy 2nd Anniversary Ummi & Abah!


Assalamualaikum Anas sayang... Lama sudah Ummi tak mencoret di sini kan... Dah besar dah putera Ummi sekarang... Dah macam2 ragamnya, dah macam2 yang Anas pandai...

video

29/5/2010 hari tu, genap lah usia Anas 14 bulan bersamaan setahun 2 bulan.... Masih belum boleh berjalan tapi dah mula nak berdiri sendiri... Kalau dah boleh berdiri tu, sekejap je... Hari tu Anas dah menapak tapi 2 langkah je, pastu terus takmau dah... Hehe...

Hm, gigi Anas dah masuk 6 batang... Cepat kan gigi Anas dah 6... Masa umur setahun, baru sebatang gigi.... Uniknya, gigi pertama Anas kat bawah,yang kedua pun kat bawah... Yang ke-3 dan ke-4 tumbuh serentak kat atas, tapi bukan kat tengah2, dia tumbuh apit kiri dan kanan... Yang ke-5 tu baru kat tengah... Sekarang tgh nak keluar gigi yg ke-6, kat tengah jugak... Sangat susah nak tayang gigi dia okey...Huhu....

Banyak jugak vocabs baru... Dah semakin memahami apa yang orang cakap dengan dia... Yang lawaknya sangat excited bila nampak balloon... Tapi dia akan jerit "Ballooh (belluuuh)" haha.... Dah tahu camne nak buka baju dan seluar sendiri...

Sangat ringan mulut... Kadang2 nak tergelak dengar dia dok membebel sorang2... Bebai pun dah pandai tau! Yang sedihnya, bila Anas bebai, suka sangat menghempas badan ke belakang... Risau Ummi kalau terhempas kepala tu....

Anas kan sangat suka dengan orang lelaki je... Dengan orang perempuan ni, mmg slow sket... Cmtu gak, antara Ummi dgn Abah, Abah tetap menjadi pilihan pertama dia... Hehe... Kalau time die tanak kat sesape tu, nak kat Ummi je, maknanya dia mengantuk, nak nyusu la tu...

video
Hm, makanan yang Anas suka makan... Nasi + Sup Ayam atau any makanan berkuah cair mcm sup, masak pindang/singgang, Mushroom soup, Cheese Omelette, Roti, Buah: betik, pisang, anggur, Fresh milk (Anas tak suka yang berperasa coklat/strawberry). Every day, Ummi akan masak sendiri makanan Anas & bekalkan ke nursery. Ummi taruk dalam bekas tahan panas... Ummi mmg nak sediakan sendiri makanan untuk Anas... Kalau boleh, hari2 Ummi nak Anas makan masakan dari air tangan Ummi sendiri... Dan hari2 Ummi sediakan makanan yang berkhasiat untuk Anas... Hari2 Ummi akan pelbagaikan makanan Anas dan Ummi akan pastikan setiap apa yang Ummi masak, terkandung semua khasiat dan diet yang seimbang untuk tumbesaran Anas...
Cerita pasal tumbesaran kan, Anas semakin tinggi... Seronok Ummi tengok Anas dah boleh capai tangan atas meja solek Ummi... Sebelum2 ni mmg tak sampai, hehe... Tapi Ummi harus jaga2 lebih sikit la sbb Anas dah suka memanjat & akan capai apa saja... Electrical items kat kitchen pun Ummi kena make sure takde wayar2 yang berjuntai, kalau tak Anas akan tarik kan...

Ya, semua orang akan tegur Anas makin kecik... Ummi tak kisah sbb Ummi nampak tumbesaran Anas melalui ketinggian, Ummi tahu selera makan Anas, Ummi sedar betapa aktifnya anak Ummi nih, mmg taleh dok diam... Orang lain plak tgk tumbesaran Anas melalui ketembaman dan berat badan.... Takpe la Anas kan, bukan semua orang faham mcm kita faham... Paed Anas cakap Anas sihat, aktif, so no worries! Nurse kat Klinik Kesihatan Jitra pun tak pernah sound Ummi pasal berat badan Anas walaupun mmg dah masuk line merah... Diorang cakap as long berat badan naik, anak sihat, aktif, ok la... Cuma kena jaga pemakanan bagi cukup zat la... Diorang mmg sangat2 support Ummi, nasihat Ummi macam2... Ummi dah start campur susu... Kat nursery Anas minum 3 jenis susu, EBM, Fresh Milk dan susu BioLac (rumusan homeopathy Dr.Azizan Ismail, Era Edar Marketing). Kiranya dalam sehari Anas akan minum sekali je susu formula dan fresh milk. Selebihnya mmg Anas akan dengan Ummi lagi...

Hm, cukup tak cerita pasal Anas? Ummi nak cerita pasal Ummi & Abah plak ni....

Semalam genap 2 tahun usia perkahwinan Ummi & Abah... Happy Anniversary Ummi & Abah! Abah hadiahkan Ummi perfume Japanese Cherry Blossom dari Body Shop. Ummi nak perfume sbb perfume Ummi baru je habis, hehe... Wangi, lembut je bau die... Abah suka sangat...



Abah plak, die nak handphone Nokia yang jenis biasa2 tu as 2nd handphone die... Hm, Abah ni kalau die nak ape2 kan, die akan dapatkan secepat mungkin. So, Ummi memang pening la hadiah ape nak bagi kat Abah tau... Kalau nak bagi hadiah kat Abah pun, mmg jgn tunggu time special event cmni la... Bila2 pun mmg kena bagi dah... Haha...

Malam semalam Ummi belanja Abah makan special kat D'Jitra Seafood. Memang sedap makanan kat situ. Tapi sayang, tak amik gambar la... hehe...

Apa yang special masa Anniversary kami tahun ni? Kami ngemas bilik sama2... Seronok sangat... Kena plak hari cuti kan (Kedah cuti ganti Hari Wesak smlm, ganti Hari Wesak yg jatuh pada hari Jumaat lepas)... Pagi tu kami gi Hot Air Balloon Festival kat Taman Jubli Emas... Dah last day kami pergi, dah tak meriah dah... Gambar? next entry lah... Tak larat la, sakit pinggang sangat2 dah ni, ingat nak gi KMC la...


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, May 26, 2010

Himpunan Perdana Palestine LifeLine4Gaza:8 May 2010

Assalamualaikum mujahid kecil Ummi... Wah bersemangat kan dengar Ummi panggil Anas 'MUJAHID'... Hari2 Ummi nak panggil Anas MUJAHID... Semoga Anas membesar menjadi MUJAHID yang menegakkan ISLAM!

Ingat tak entry Ummi yang ini? Baru skrg Ummi berkesempatan nak update ttg cerita itu... Lama kan... Ummi baru siap tugasan Ummi, Alhamdulillah... Weekend hari tu, kunun je Ummi nak update byk2... Tapi susah Ummi nak update blog sbb Anas terlalu merap sbb Abah pun takde masa tu...

Tak apa lah, asalkan Ummi tetap boleh update walaupun lambat...

Hm, layan gambar dulu ek... Malas nak story banyak2 sbb cite dah basi... Hehe...



Kami bertolak hari Jumaat malam. Sampai kat Selayang kul 3.30 pagi... Hari Sabtu pagi tu free, so bawak Anas jalan2 Petrosains... Bawak Anas naik LRT... tp xde bukti coz mane ntah pegi gambar tu... Abah?

Malam baru gi Stadium Malawati, Shah Alam... Dengan sesat, alhamdulillah dapat jugak join himpunan perdana ni... Best sangat! Semangat Palestine! Semoga Allah bantu kita nak bebaskan Palestine dari cengkaman zionis2 Yahudi yg jahat itu. AllahuAkbar!!!


P/S: gambar byk dh upload kt fb sbnrnye....

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, May 20, 2010

Tag Barang Pertama

Assalamualaikum putera kecil yang dikasihi... Anas cepat sihat ya sayang... Sejak Anas masuk 1 tahun ni, makin kerap plak perut Anas meragam... Dah macam2 Anas nak cuba makan, mungkin perut Anas belum boleh terima lagi...

Dah lama Ummi tak update blog kan... Ummi agak sibuk sikit kat ofis. Banyak dah senarai Ummi nak update blog ni... Ummi cuba buat entry banyak2 dlm weekend ni, buat skali schedule post utk next week punye... kebetulan Abah takde weekend ni, boleh la Ummi berblogging kejap...

Entry pertama ni, Ummi mulakan dgn menjawab tagging by Ibu_Arifa a.k.a Kak Meen.
  • Barang kahwin pertama yang dipakai
bukan handbag tu tp jam tangan yang kat depan tu.
alkisahnya jam tangan lama Ummi rosak seminggu sebelum kenduri, merajuk kot sbb tau kite nak dapat jam baru.
  • Barang elektrik yang pertama dibeli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung.
kami beli tiga barang sekaligus: peti sejuk, mesin basuh dan TV. 4 bulan lepas kawen baru beli sbb 4 bulan lps kawen tu br pindah masuk umah sewa sendiri.
  • Barang pertama yang dibeli guna duit hantaran
Duit hantaran Ummi terus simpan masuk Tabung Haji, Ummi cuma guna duit mas kahwin je. Guna pun masa dah sarat mengandungkan Anas. Asalnya Ummi nak beli emas, tp masa tu harga emas melambung2, Ummi tunggu punya tunggu punya tunggu, last2 Ummi beli Sony Ericsson K800i cybershot nye.
  • Barang peribadi pertama yang dibeli selepas bergelar isteri
Ups, Anas tak leh tau!
  • Barang mahal pertama yang dibeli sebagai suami isteri (beli dengan capai keputusan bersama)
DSLR kot. Kami beli raya tahun lepas, masa tu Anas nak masuk 6 bulan. Beli sbb minat dlm photography, sama2 mengumpul. Excited nak amik gambar Anas banyak2
  • Tag 5 orang blogger yang lain

Ummi & Abah sayang Anas!

Sunday, May 16, 2010

Tak sempat...

Assalamualaikum my lil caliph Allah... Alhamdulillah hari ni Anas dah semakin sihat lps 3 hari muntah2, cirit birit dan sedikit demam. Anas dah mula ada selera makan tapi Anas prefer bubur, sedangkan sejak Anas masuk 1 tahun Anas dah tak berapa suka bubur, nak nasi lembik je... Takpelah, asalkan anak Ummi dah mau makan... Ummi nampak Anas sukakan mushroom soup (jenis western punye tu). Sebelum ni Ummi akan beli dari kedai yang jual western food. Tapi Ummi tanak ajar Anas selalu, takut Anas selesa dgn fastfood dan Ummi tanak Anas makan makanan yg ada MSG. So, Ummi akan belajar buat sendiri sbb Anas boleh habiskan semangkuk sup tu sorang2... Hm, suka betul ya Anas...

Sebenarnya entry ni Ummi nak cite pasal ke'tak sempatan' Ummi join 1st season contest ajuran [-suziey-] dan momguess yg dh habis smlm, tepat jam 2pm...

Nak tahu cerita tak? Disebabkan Ummi asyik terlupa dan bertangguh, akhirnya pagi2 semalam baru tergedik2 nak shoot photo Anas pakai baju biru... Abah sempat la edit sikit2, tiba masa untuk Ummi buat entry, tetibe iPhone Abah takde line, tak dapat 3G*, so tak dapat la nak online & tak dapat la nak hantar penyertaan... Luckily diorang buat seasonal contest. So, kali ni takde rezeki, next time Ummi leh join lagi kan...

*Kami balik Arau weekend hari tu, bila nak online, mmg akan guna 3G iPhone Abah je...

Gambar ni la yang Ummi nak submit tu....



Ummi & Abah sayang Anas!

Saturday, May 15, 2010

Kedai kawan Abah terbakar


~STICKY ENTRY~
~scroll down untuk baca new entry~

Assalamualaikum Anas sayang... Semoga Anas sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat dan kuat agar mampu bekerja untuk Islam. Anas sayang, dalam hidup kita ni, kadang2 Allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian demi memantapkan iman kita... Tak semestinya perjalanan hidup kita ni sentiasa manis dan bahagia. Kadang2 bila kita terlalu senang dlm menjalani kehidupan, kita akan mudah lupa dengan Allah. Jadi Allah datangkan pelbagai ujian kepada hamba2Nya yang beriman supaya kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang diuji oleh Allah kerana Allah sayangkan dia.

Dalam surah al-Ankabut:2 Allah berfirman: "Adakah manusia itu dibiarkan berkata mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?" Ingatlah Anas, Allah sangat menyayangi setiap hamba2Nya dan ujian dari Allah itu bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita. Dalam setiap ujian dari-Nya, Dia mahu melihat samada kita redha atau sebaliknya dengan ujian itu. Adakah kita mengambil ujian itu secara positif atau negatif? Adakah ujian itu memantapkan iman kita atau semakin melemahkan iman kita? Ummi ingatkan Anas dan diri Ummi sendiri, SETIAP MUSIBAH ITU ADALAH UJIAN DARI ALLAH, PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

Nikmat kesenangan hidup juga adalah ujian dari Allah sebenarnya. Jadi, usahlah kita leka dan hanyut dalam kesenangan, jangan sesekali kita lupakan Allah dan jagalah HDA (Hubungan Dengan Allah).

Anas sayang, Anas kenal kan Uncle Abu Fida? Kita selalu singgah ke kedai dia di Ipoh setiap kali kita ke selatan. Allah izin baru2 ni on 13/04/2010 @ 10.00pm, kedai dia, AFIX ENTERPRISE kat No.5 Medan Gopeng 3, Ipoh, Perak terbakar. 90% kedai dia musnah dan kerugian dianggarkan sekitar RM 50,000.00. Kesiankan kat Uncle Abu, tu lah punca pendapatan die... Mesin jahit habis hangus, stok baju pun sikit je yang terselamat... Dah la baru je kawin last month... Sian kat Cik Ecah gak...

~kenangan majlis perkahwinan Abu Fida Idris & Aisyah Suhaimi pada 20/03/2010~

Ni gambar2 kedai Uncle Abu yang terbakar tu...


~punca kebakaran: litar pintas, mungkin disebabkan iron yg lupa dipadamkan oleh salah seorang pekerja... (unfortunately, Uncle Abu tak de insurance. Jadi, sumbangan kite semua amat2 dialu2kan utk membantu beliau...)


~mesin jahit yang habis hangus dalam kebakaran~


~stok baju, hanya sikit je yang terselamat~

~tempat menggunting kain, habis rentung~

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun
Abu Fida bin Idris:
Maybank 158172899528


Anas sayang, beginilah kehidupan aturan Allah S.W.T. Hari ni mungkin hari Uncle Abu memerlukan kita, esok lusa, mungkin kita plak di tempat dia sekarang... Uncle Abu dah banyak sangat tolong keluarga kita. Sampai ke besar pun, Ummi nak Anas ingat dan rapat dengan Uncle Abu & Cik Ecah... Ada satu baju melayu yang Uncle Abu hadiahkan untuk Anas, mungkin raya tahun ni boleh pakai...


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, May 12, 2010

Happy Mother's Day!


Masya Allah, hampir terlupa Ummi wat entry tentang Mother's Day ni... Happy Mother's Day untuk semua Mommies... Semoga kalian sentiasa bahagia bersama anak-anak tersayang... Tahun ni, tahun kedua Ummi celebrate Mother's Day tapi Anas masih belum mengerti apa-apa lagi... Tapi kan sayang, Ummi bahagia sangat dah jadi Ummi ni... Ada anak yang shumel, soleh, baik, bijak, cerdik, cergas, aktif dan sentiasa membuatkan Ummi & Abah terhibur di kala kami keletihan... Engkau lah penyeri hidup kami. Semoga anak Ummi terus membesar di bawah naungan Allah S.W.T...


Tak lupa juga ucapan Happy Mother's Day untuk my mom, Ummi, Salmah binti Ishak yang dicintai... Semoga Ummi terus tabah! Allah bersama kita! Pengorbanan Ummi sangat2 tinggi... I Love you Ummi!

Kepada mak mertua, Mak, Mashitoh Abdul Rahman... KakLong sayang sangat kat mak! Mak insan yang sangat2 istimewa dalam hidup ini... Terima Kasih atas segalanya...
Kepada kedua-dua Ummi & Mak, maafkan diri ini andai telah banyak melukakan hati kalian. ~~speechless~~nangis~~huhu~~

**sukarnya nak sebut Selamat Hari Ibu... sbb sukar rasanya nak wish menyebut pkataan IBU. padahal ia adalah perkataan yang sangat2 mulia... entahlah.... dia yang menyebabkan saya susah nak terima dia sebagai IBU....**


Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, May 11, 2010

Diari Anas Utara-Selatan-Utara

Malasnye nak update blog... Tapi demi Anas sayang, Ummi gagahkan diri jugak... Sebenarnya Ummi agak tertekan sket dgn keje Ummi nih! Masa untuk audit akaun syarikat dah lepas. Skrg tgh kejar due utk audit income tax plak... Tapi UBS Accounting Software Ummi takleh bukak sbb server kt ofis ni rosak... Huhu... Tension jugak la... Sblm UBS Accounting Software 9.4 kat ofis ni wat hal... bercelaru akaun jadinye... Sian Ummi...

Actually, Ummi baru nak update cite gi Johor last week tu... Huhu, dah basi kan... Takpalah, asalkan ada kenangan dalam blog Anas nih...

Selasa, 27 April 2010

Bertolak dari Alor Setar kul 10.00am, after setelkan keje2 ofis. Sampai kat Penang (Airport Bayan Lepas) kul 11.30am, check-in pastu terus makan (brunch). Flight kul 1.05pm dari Penang, sampai Airport Senai kul 2.05pm... Then amik teksi masuk UTM, terus gi check-in kat Scholar's Inn... Penat sangat, ketiduran sampai Achik datang... Achik datang bawak kawan2nak main ngan Anas... Anas tido, tapi Ummi kejutkan jugak... Sudahnya, langsung tanak kat sesape pun...

Malam tu gi makan Asam Pedas Power kat mane ntah, area JB la, kawan Abah Uncle Ammar belanja... Then gi jalan2 kat Danga Bay, Anas dapat hadiah dari Uncle Ammar...

Balik dari Danga Bay, singgah fakulti Achik jap, Ummi nak guna internet, guna broadband la... Ummi baru nak masukkan gaji online... Huhu, datang JB bawak cash sikit je, ngarut tul... Sibbaik la sistem gaji ni Ummi yang buat... Alhamdulillah...

Rabu, 28 April 2010

Achik bawak gi breakfast kat tempat die selalu makan dlm UTM ni pastu balik, berkemas dan bersiap, sumbat barang2 dalam kete Achik sampai boleh sumbat & bagi Achik sedikit ruang... Pastu terus bertolak nak balik... Singgah kandang kuda jap, bergambar, then bergambar kat pintu gerbang UTM dan terus keluar dari UTM. Babai JB...




On da way balik singgah R&R Machap, Nenda kirim dodol... Then singgah Ayer Hitam beli kerepek2 dan pisang tanduk yang Nenda kirim. Then, teruskan perjalanan ke Nilai plak. Ateh sumbat barang lagi, tempat duduk Achik dah kesempitan... Sian Achik kat belakang...

Dari Nilai, terus gi umah Wan Cu kat Batu Caves. Kita ziarah Ucu Ummi yang baru lepas keguguran. Ummi rapat dengan Ucu Ummi nih. Masa study kat UIA dulu, selalu sangat gi umah Ucu Ummi. Cousins Ummi, PakLong Adam& PakNgah Ammar ni close sgt dgn Ummi... Masa Achik Hana Safiyyah lahir, Ummi dah kawin dah sbb tu Achik Hana tak bape nak kat Ummi...
Dari umah Wan Cu, gi Kg.Baru. Ummi dah janji ngan Achik dari dulu lagi nak bawak die gi makan kat Chop n Stick kat situ... Tapi kitorang tak makan sgt sbb kekenyangan, huhu... tragis tol...

Malam tu transit kat Selayang jap. Esoknya baru bertolak balik Kedah...

Khamis, 29 April 2010

On da way balik, kite singgah tempat Mak Ndak Meen kat UPSI, dh lama die tak jumpe Anas. Pastu singgah jumpe Uncle Abu jap, ziarah kedai die yang terbakar tu. Alhamdulillah, kebakaran tu tak memusnahkan structure kedai die... So, Uncle Abu skrg tgh basuh balik kedai tu & nak renovate balik... Bila sembang2, diorang cakap 30 guni jugak baju2 yang terselamat cuma sedikit berbau asap la...Diorang basuh balik baju2 tu bagi wangi2, iron & re-packing... Baju2 tu masih elok. Sayang kalau tak dapat jual... (Gambar akan di upload kemudian dlm entry yg lain)

Perjalanan diteruskan ke Zoo Taiping... Hm, tak berapa best pun, huhu... Tapi Anas dapat la kenal elephant, chimpanzee, fish, giraffe, zebra, camel, tiger, lion, hippo, n banyak lagi la haiwan2 ciptaan Allah... Nanti bila Anas dah besar & mula mengenal, Ummi bawak lagi ya...


Lepas tu, dah keletihan sangat, terus balik umah.....


Ummi & Abah sayang Anas!

Friday, May 7, 2010

Perhimpunan Perdana Palestine: LifeLine4Gaza

Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.



Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org


Kepada anda yang tidak dapat hadir, ayuh! Sebarkan usaha ini kepada kenalan-kenalan yang anda kenali tanpa mengira batasan bangsa, agama & politik!

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

P/S: Kami akan bertolak ke KL malam ni untuk sama2 berjuang untuk Palestine! Jom Ikut kami!

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, May 6, 2010

Tag cekodok dr Ibu Arifa

Assalamualaikum semua... Mesti semua dah breakfast kan... Korang breakfast ape pg tadi? Shira breakfast cucoq udang... Similar la to cekodok pisang kan... Ala2 kuih jemput2 jugak... Sedap kan cekodok pisang seperti dlm gambar ni... Sape suka cekodok pisang, sila jawab tag ni ye, then inform saya tau! Ummi Anas dpt tag ni dr Ibu Arifa aka Kak Meen...

Ummi suka cekodok pisang, Anas pun suka... Senang je nak buat, paling sedap makan panas2... Anas pun suke! Sbb Anas suka pisang.....

Jemput 'makan' cekodok ye kawan2.... Jgn lupa, sape yg suka makan cekodok pisang, amik tag ni ye, dh jwb, inform Ummi Anas tau!


Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi