"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, November 29, 2010

Resipi Laksa Ummi

Suka suka hati je taruk nama Laksa Ummi kan. Eh, dah Ummi masak, harus la nama Ummi kan, hehe.... Hari tu ada yang request resipi laksa. Bagi Ummi setiap orang ni taste die lain2. Ada yang suka kuah cair, ada yang suka kuah pekat. Kuah laksa plak, setiap orang cara dia masak sangat berbeza2. Cara Ummi mungkin sangat berbeza dgn cara kawan2 semua. Rasa dia pun mungkin berbeza dgn yang korang makan kat kedai laksa yang sangat sedap dan femes. Tapi, inilah cara Ummi masak yang Ummi boleh kongsikan....

Tapi, kelemahan Ummi ni, Ummi main agak2 je bila memasak, tak reti nak sukat2. So, sukatan Ummi bagi ni sebagai panduan je k. Korang pun boleh main agak2 la nanti. Sebabnya, ada yang guna periuk besar, ada yang guna periuk kecik. Ada yang asam keping nye masam terlampau, ada yang kurang masam kan...

Kuah Laksa (utk 1kg ikan kembung *ada gak orang panggil ikan temenung kan?)

Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang baru (fresh) – siang molek2, cuci bersih2
15 biji cili kering – rebus (kalai nak pedas, lebihkan la)
4 ulas bawang besar
1 sudu kecil biji ketumbar
Belacan sebesar ibu jari kaki
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Garam
Air

Cara memasak:

  1. Rebus ikan dengan air yang agak banyak bersama asam keping dan sedikit garam. (Jangan buang air rebusan ya!)
  2. Bila ikan dah masak, sejukkan dulu kemudian baru perisi ikan tu. Amik isi ikan sahaja. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan tadi. (Tulang ikan pun jangan buang tau! Blend bersama air rebusan jugak)
  3. Sambil tu boleh siapkan bahan cili. Blend cili kering yg telah direbus bersama bawang, biji ketumbar & belacan. Kemudian masak di atas api (guna periuk besar utk masak kuah laksa tu siap2). Bukan tumis tau, tak perlu minyak langsung. Cuma masak je.
  4. Bila nampak cili dah agak masak, masukkan isi ikan yang telah di blend tu. Habiskan sume isi ikan. Then baru masukkan tapisan air tulang2 ikan tu. (Tapis, jangan tak tapis! Karang ada plak yang tercekik tulang ikan)
  5. Kemudian baru masukkan lebihan air rebusan ikan (tapis jugak ya!)
  6. Masukkan 3-5 keping asam keping, daun kesom, bunga kantan. Last sekali baru masukkan garam secukup rasa.
  7. Kalau nampak kuah agak pekat, tambah air. Bila dah mendidih, masak la kuah laksa kita.

*Ummi suka laksa halus. Tak suka sangat laksa yang besar.
*Bahan nak makan dengan laksa, wajib ada timun, bawang, daun selom, bunga kantan, cili api, telur rebus dan limau (nipis @ kasturi)
*Abah Anas plak, wajib ada kicap. Dan Abah Anas makan kuah laksa, dia amik yang paling atas, bila kuah tu mendap. Means, dia akan amik yang paling cair. So, kurang sket isi ikan tu. Dia tak suka kuah pekat2.
*Ummi plak paling suka kuah pekat2. Beza gak taste kami berdua, hehe...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, November 25, 2010

Bil Hospital Swasta Terlalu Mahal & TAK LOGIK!

Baru2 ni kecoh bil hospital swasta terlalu mahal dan ada kos perubatan yang tak logik. Mula la Kementerian Kesihatan kecoh nak siasat. Pada Ummi, mesti kena siasat betul2. Perkara ni dah lama dah. Mungkin baru sekarang orang realize dan nak kecoh2. Bagus la. Khabarnya, 26% rakyat Malaysia yang buat loan dan guna kad kredit untuk jelaskan bil hospital swasta yang terlalu mahal, tapi tak mampu nak bayar balik. Kesian kan. Mereka tertindas dalam keadaan yang terdesak.


Pagi tadi Ummi & Abah sempat dengar Hot Chat kat Hot.fm Am Krew kat 8TV, ade sorang kakak ni call cite pasal pengalaman die kene kaw2 ngan private hospital (PH).

Die pilih nak bersalin kat PH sebab die selalu wat pregnancy check up kat situ & PH tu offer die pakej bersalin yang maximum kos die is +/- RM 5,000.00. So, die memang menyimpan dalam RM 5,000.00 je la untuk nak bersalin.

Die masuk labor room petang. Sampai ke malam pun die tak bersalin lagi. Last2 die kena emergency operate pukul 2 pagi la kalau tak salah. Warded for 3 days. Bila nak bayar bil, diorang suami isteri terkejut beruk bill sampai RM 10,000.00. So, dia mintak PH explain kenapa bil mahal sangat sedangkan die amik pakej.

So, PH explain, disebabkan die kena emergency operate pukul 2 pg, kos jadi triple. (Kalau normal hour-rate biasa, after 5pm sampai 12am- double, lepas pukul 12am plak jadi triple). Die sangat2 terkilan sebab masa die agree untuk amik pakej tu before bersalin, takde pun diorang cite pasal double & triple cost tu sume. Means, ada caj tersembunyi yang tak diberitahu awal2. Sadis kan. Tak pasal2 je...

Lagi kisah yang Ummi nak kongsikan, kebanyakan kawan2 Ummi yang bersalin kat PH yang agak terkenal di Kedah ni, kebanyakannya kena emergency operate. Why ha? 3 kes kawan2 Ummi, bila dah dekat nak bersalin, diorang just gi wat check up je. Scanning sume, doc cakap tali pusat terbelit kat leher baby and kena cepat2 operate. So, dari bajet RM 3,000.00 utk bersalin normal, dah kena RM 7,000.00 sebab operate.

Kes terbelit tali pusat ni tak boleh nak kata apa la kan. Kalau kes yang baru 4 jam masuk labor room tapi tak bersalin2 jugak (sebab takde contraction), doc akan terus suruh operate. Pengalaman Ummi la, kat govt, diorang akan tunggu bagi kita leh bersalin normal jugak2 walaupun agak lama dalam labor room, melainkan if condition baby terlalu lemah baru diorang wat emergency operate.

Sorang kawan Ummi yang bersalin kat PH camtu la. Masa die masuk labor room, baru buka 3cm. Anak sulung biasa la, agak lambat sikit kan. Die tak rasa sangat sakit contraction tu. Lepas 2 jam doc pecahkan ketuban. Lepas tu diorang masukkan ubat bg kuat contraction. Agak2 lepas 2 jam, bukaan baru 4 cm. Means, dalam 4 jam, 1cm je bertambah. So, doc terus decide suh operate. Die yang tak tahu ape2, ikut je... Maka dengan itu, terbang la RM 7,000.00

Tu baru kes bersalin. Kes sakit2 lain tu Ummi tak pasti la. Ada yang Kementerian Kesihatan siasat, ada PH yang bagi ubat yang tak sepatutnya dan tak berkaitan dengan penyakit tu pun.

  • Ummi dulu pun bersalin kat private gak. Tapi milik orang Islam. Sangat berbeza la dengan apa yang Ummi story kat atas. Best sangat doc tu sambut Anas dengan laungan azan. Ummi masuk labor room pukul 12pm (bukaan 3cm). Nak tunggu ke 6cm, 5 jam lbh jugak la. Tapi dari 6cm ke 10cm 5 minit je, huhu. Akhirnya Ummi selamat bersalin tepat jam 6.08 pm lepas 3 kali push. Kena bantu jugak dgn forsep sbb Ummi amik epi (nyesal tak sudah amik epi sbb sakit tak lama pun, hehe - Ummi amik epi 2 jam before bersalin, mmg nyesal!)
  • Kos yang Ummi kena masa tu around RM 1,700.00 je
  • Yang sedihnye, sekarang Pusat Rawatan tu dah tak de khidmat sambut baby. Doc tu pun dah pindah ke PH yang lain. Ummi nak bersalin kat die jugak ni. Tapi risau caj2 tersembunyi ni.
  • Nak bersalin kat govt, ada lak pro & con nya, tapi lebih kpd con la plak, huhu...
  • Nak bersalin kat mana ni?
Pendapat Ummi ttg bil mahal di PH - Harus ada Medical Card! Ye la, kita tak dapat nak jangka kan if apa2 berlaku kat kita. Sekurang2nya, tak la kita ditindas...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, November 23, 2010

Ummi @ 14 weeks pregnancy

Alhamdulillah, morning sickness Ummi semakin berkurangan. Ummi masih lagi loya tapi tak la sampai muntah. Selera makan pun makin ok cuma tak boleh makan lebih dari separuh pinggan. Dan yang paling Abah senang hati, Ummi dah boleh masuk dapur dan masak.

First masakan Ummi lepas Ummi dah boleh masuk dapur ialah laksa. Bukan setakat first time kali ni je, tapi first time sejak Ummi & Abah kawen. Zaman anak dara dulu Ummi rajin gak masak laksa tapi family Ummi tak berapa laju sangat makan laksa.

Abah Anas seorang penggemar laksa. Malah FIL Ummi semuanya memang sangat2 sukakan laksa. Kuah laksa Mak Tok Anas plak memang terbaik. Dulu sebelum kawen, Ummi belajar buat laksa dari Mak Tok Ummi dan juga Mak Tok Anas. Ummi gabungkan kedua2 resipi, buat kuah laksa Ummi sendiri.

So, sejak kawen Ummi memang tak pernah buat laksa sbb Mak Tok Anas dah memang pakar. Segan Ummi nak buat, hehe... Lagipun Ummi terus je pregnant dan alah teruk lepas sebulan kawen, langsung tak boleh nak masak dan sangat malas nak masak. So, Abah Anas tak pernah la rasa laksa Ummi.

Masa raya hari tu bila Ummi cakap nak masak laksa, Abah cam ragu2 ngan Ummi, boleh ke Ummi masak laksa? Hehe, belum rasa, belum tau la bang...

Sudahnya Abah makan bertambah2 tau laksa Ummi, pagi petang siang malam mintak laksa Ummi... Hehe, baru tau la...

Ummi takde amik gambar pun masak laksa hari tu. Tapi Ummi masak kuah laksa guna 2kg ikan kembung. Ramai gak kawan2 Abah datang. Licin laksa Ummi, Alhamdulillah...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Kenapa Kedah Perlis banjir teruk hari tu?

Sekarang ni kami di utara tanah air masih berjaga2 takut banjir gelombang kedua yang dijangka hujung tahun ni. Petang semalam pun Sg. Kedah dekat area Kelubi melimpah lagi. Air naik sikit kat kawasan seberang sana. Kawasan seberang sini terutamanya kawasan Taman Bunga Raya masih selamat. Kami berharap takde la banjir lagi. Kesian sangat kat semua yang jadi mangsa banjir hari tu. Kalau banjir datang lagi,bertambah2 la beban yang diorang kena tanggung. Bantuan yang diterima tak cukup nak menampung semua harta benda diorang yang dah rosak teruk.

Rata2 kawasan lapang di Jitra sekarang dah jadi macam tempat buang sampah. Yang paling banyak ialah sofa dan almari. Ada jugak mesin basuh dan peti sejuk. Kesian sangat. Kalau setakat bantuan RM500, cukup ke nak bantu diorang beli balik kelengkapan yang dah rosak tu?

Bagi mangsa2 banjir hari tu, kalau orang datang tolong cuci rumah diorang pun, diorang dah happy sangat. Tapi setakat datang nak bergambar konon2 bantu diorang cuci rumah tu, nampak sangat korang tak ikhlas. Kecik hati diorang yang sangat2 memerlukan bantuan ketika itu. Lepas amik gambar, tayang kat TV, korang pun blah... Nape la ade gak orang2 yang macam ni?

Berbalik pada tajuk entry, kenapa agaknya Kedah Perlis kena banjir teruk hari tu? Ada macam2 isu berbangkit tentang banjir ni...
  1. Selatan Thailand banjir teruk (tapi nak mencucinya tak la teruk sbb govt diorang sangat2 membantu nak cuci semua kawasan yang terlibat)
  2. Jumlah hujan yang turun 4 hari berturut2 tanpa henti di Utara Semenanjung bersamaan dengan jumlah hujan untuk 1 bulan.
  3. Disebabkan jumlah hujan yang melebihi had, empangan2 tak dapat menampung lagi air yang terlalu banyak. So, Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu di Kuala Nerang, Kedah terpaksa dibuka bagi melepaskan air yang terlalu banyak. Kalau air tak dilepaskan, kemungkinan empangan akan pecah, maka akan berlaku banjir besar.
  4. Fenomena air pasang di laut menyebakan air sungai tidak dapat mengalir ke laut. Sementara laluan air ke laut, air melimpah dulu ke kawasan2 berhampiran dan mengambil masa yang lama untuk surut.
  5. Difahamkan projek landasan keretapi berkembar turut menyumbang kepada banjir besar di Utara.
Wah, isu sensitif ni! Mesti ramai nak tahu kenapa Ustaz Azizan, MB Kedah salahkan projek double track tu kan?
  • Tempat2 yang selalu naik air, kali ni naik lagi teruk. (Rumah PIL masa 2005, air naik paras pinggang je. Kali ni, naik sampai ke paras dada) - Ada jugak yang terus tenggelam. Orang yang tinggi melayut 180cm pun terpaksa jinjat meredah banjir. Bayangkan la!
  • Tempat2 yang tak pernah banjir pun, air naik sampai 2 kaki (paras lutut) dan ada jugak yang sampai ke paras pinggang.
  • Banjir kali ni amik masa yang terlalu lama untuk surut. Ada yang seminggu tenggelam.
  • Kebanyakan kawasan yang teruk2 berdekatan dengan kawasan pembinaan landasan keretapi berkembar.
  • Anehnya, kawasan di seberang sini naik tinggi tapi kawasan yang di sebelah sana plak, kering. Selepas beberapa hari, bila air naik semakin tinggi, baru la kawasan di seberang sana turut banjir. Sebab air baru melimpah ke seberang sana.
  • Ini kerana, bila landasan baru tu dibina, tanah dinaikkan lebih tinggi (sebab diorang bajet, bila banjir melanda, perjalanan keretapi takkan terjejas). Diorang cakap diorang dah buat saliran air yang cukup. Tapi masa kejadian, kenapa air tak mengalir dengan baik? Biarlah mereka yang telah dilantik menjalankan siasatan kan... Ummi tanak sentuh apa2, sebab isu ni terlalu sensitif. Ummi tak berpolitik di sini, Ummi tulis berdasarkan apa yang Ummi nampak, Ummi rasa dan alami sendiri.
  • Ummi nampak semua ni tapi tak boleh nak amik gambar pemandangan tu sebab orang terlalu ramai berkumpul di atas flyover Jalan Tun Razak tu, kami naik pajero dan tak boleh nak berhenti. Lagipun kami agak tergamam dengan realiti dan kebenarannya. Kami lihat dengan mata kepala kami sendiri. Hari Khamis (4/11/2010) lebih kurang pukul 2pm, banjir dah naik ke paras lutut di Taman Rakyat, manakala di Alor Semadom, langsung takde air. Malah parit di kawasan Alor Semadom, air masih cetek. (Ni pemandangan dari atas flyover Jalan Tun Razak - bawahnya projek landasan keretapi berkembar tu). Taman PKNK di seberang jalan pun masih kering. Air naik ke kawasan2 itu pada hari Sabtu (6/11/2010)
* Bagi Ummi, Allah nak bagi semua orang rasa peritnya banjir. Selalunya kawasan rendah je yang kena banjir. Diorang pun dah rasa camna peritnya. Kali ni nak bagi kawasan2 yang tak pernah banjir plak banjir. Allah adil, nak bagi orang yang belum biasa alami sendiri dan faham macam mana peritnya banjir.

* Alhamdulillah, rumah kami tak banjir. Kawasan kami sangat tinggi. Kalau kawasan kami turut banjir, tenggelam satu Kedah rasanya. Tapi bila Allah izinkan sesuatu tu untuk jadi, maka jadi la kan.

* Ingat lagi kisah Nabi Nuh? Dia ajak anak dan isteri dia naik ke kapal. Tapi mereka angkuh, diorang cakap Nabi Nuh gila sebab air takkan naik ke kawasan tinggi. 3 kali mereka lari ke kawasan yang lebih tinggi utk meyelamatkan diri, akhirnya mereka tenggelam jugak bersama keangkuhan mereka terhadap Allah.

* Sekarang, berhati2 lah dengan penyakit berjangkit bawaan bakteria di musim banjir yang lepas.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, November 22, 2010

alif-ba-ta-ba-ba-ba

Agak dah lama jugak Ummi tak godek2 application baru kat iPod Ummi. Semalam tergerak hati nak cari application baru utk Anas. Jumpa la satu application Iqra', hm, menarik... Ummi terus download.

Balik rumah, malam tadi sebelum tido, Ummi buka application tu untuk Anas, nak ajar dia baca Alif-Ba-Ta plak. Hm, sekarang ni Anas dah boleh ikut Ummi sebut a-i-u (bunyi huruf vokal tu ya). Tapi bila Ummi sebut laju2, a-i-u tu, die ikut ape tau, ayiayouayo, haha.... (Ummi guna buku Bacalah Anakku)

Berbalik pada Iqra' tadi, cubaan pertama...

Ummi: Alif
Anas: Alif

Ummi: Ba
Anas: Ba

Ummi: Ta
Anas: Ta

Ummi: Tsa
Anas: Ta

Ummi: Jim
Anas: Jim

Ummi: Ha
Anas: Ha

(Lepas tu dia sibuk2 nak pegang iPod tu jugak, dan macam biasa, dia tekan 'Home')

So, kena ulang balik..

Ummi: Alif
Anas: Alif

Ummi: Ba
Anas: Abah
Ummi gelak la, hahaha (masa ni Abah belum balik lagi @ 9.30 pm camtu la...)

Ummi: Ta
Anas: Ba

Ummi: Tsa
Anas: Ba

Ummi: Jim
Anas: Ateh
Huhu, gelak lagi... tak tahan tul budak ni.... Ateh dia nama Nazim. Kadang2 dia ikut Ummi panggil, jadi la Jim... Hadoi!


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat seluruh Muslimin di seluruh dunia terutama pembaca AshA's FaMiLy. Tingkatkan ketaqwaan di Aidil Adha ini.

Agaknya bila ya Ummi dan Abah akan beraya di Tanah Suci Makkah? Semoga Allah cepat memilih kami menjadi tetamu-Nya.

Tahun ni, Ummi akan buat korban, Insya'Allah.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, November 15, 2010

My 2nd Pregnancy @ 1st trimester

Kandungan Ummi sudah pun masuk minggu ke-13. Alahan juga semakin berkurangan. Tapi masih kurang selera makan dan masih belum boleh bau aroma masakan. Kesian Abah Anas yang dah lama tak makan masakan Ummi, dan hari2 balik umah pening fikir nak makan apa, nak makan kat mana? Dah la pening hal perut dia, tolong pening hal perut Ummi sama sbb Ummi memang takde selera makan. Abah pujuk2 suh makan sebab kesian baby dalam perut. Boleh la Ummi makan, tapi tak lebih dari separuh pinggan pun. Kadang2 2 3 suap Ummi dah surrender.

Masa pregnant Anas dulu, Ummi alah sampai 4 bulan, berat turun 10kg dalam masa 2 minggu. Muntah setiap hari dari pagi sampai ke malam walaupun tak makan apa2. Minum air masak pun keluar balik. Pregnant kali ni, Ummi alah jugak tapi tak la seteruk 1st prenancy dulu. Cuma sekarang lagi cepat letih. Berat Ummi cuma turun 5kg je dalam masa sebulan. Ni dah naik balik sikit.

Awal2 dulu Ummi cuma leh makan time breakfast je. Pastu boleh la makan masa lunch. Dan sampai sekarang mmg sangat susah nak makan malam. Kadang2 memang tido dalam kelaparan sbb memang tak de selera langsung nak makan. Abah selalu bancuh glucose untuk Ummi, bagi tambah tenaga.

Masa pregnant Anas dulu, sampai nak bersalin Ummi hanya mampu makan setengah pinggan je, takleh lebih. Yang kali ni plak, Ummi boleh gak habiskan 1 pinggan penuh tapi lepas tu mesti keluar balik. Rupanya Ummi kena makan half jugak, hehe....

Hm, Anas bila Ummi pregnant ni, dia sangat manja (org utara cakap, merap) dengan Abah dia. Kalau Abah ada, memang takmau la kat Ummi ni. Kadang2 senang gak keje Ummi, tapi kesian gak kat Abah, nak gi mana2 pun susah, Anas asyik nak ikut je. Tapi kalau Abah takde, Ummi nak masuk toilet pun susah. Dia nak ikut jugak2, huhu...

Ramai orang tanya Ummi, Anas bf lg ke? Ye, Anas masih bf cuma malam2 and weekend je. Siang die minum FM dah kat umah BS die. Alhamdulillah, setakat hari ni, susu Ummi masih ada dan cukup untuk memenuhi demand Anas. Masih terasa lg bengkak susu sbb Ummi dah tak mengepam bila kat ofis. Pagi2 sebelum gi keje mmg kena kosongkan, petang2 balik keje pun cepat2 kena bagi Anas minum. EBM stok plak masih berbaki 2 ketul.

Kadang2 Ummi rasa penat jugak bila Anas bf. Tapi Ummi dah niat, dah janji nak bagi Anas bf sampai dia 2 tahun, so, Ummi kuatkan semangat. Merasa gak Ummi bf masa tgh pregnant. Harapan Ummi sekarang, susu ni masih ada sampai habis hak Anas menyusu badan dgn Ummi.

Anas pun bila Ummi ada, dia memang reject FM. Tu yang membuatkan Ummi kuat semangat nak teruskan penyusuan susu ibu. Masih hak dia selagi dia belum 2 tahun. 5 bulan je lagi dia nak genap 2 tahun. Semoga Allah bantu Ummi.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, November 14, 2010

Anas dan adik

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi, Anas dan adik yang semakin membesar dalam rahim Ummi.

Hari Jumaat lepas, kami pi tengok adik. Diizinkan Allah, Ummi sakit kuat di bahagian bawah perut. Ummi risau sangat sebab masa pregnant Anas dulu takde plak sakit kuat camni masa 1st trimester. So, kami decide nak gi cek & scan.

Masa scan tu dah nampak adik dah makin besar. Nampak adik gerak2. Cepat2 Ummi panggil Anas suh tengok adik. Anas pun panggil 'adik'. Oh bahagianya saat itu. Anas dah semakin memahami dia akan ada adik. Adik ada dalam perut Ummi. Tiap2 hari Ummi suruh dia cium adik & panggil adik.

Nanti abang jaga adik baik2 ya... Sayangi adik... Tolong Ummi jaga adik... Jadi abang yang soleh ya, jadi contoh untuk adik2...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Friday, November 12, 2010

Tips elak anak pelat


Firstly, Ummi nak kenalkan dulu Kamus Anas @ usia dia 19 bulan ni. Anas punya first word is 'Abah'. Banyak dah yang dia boleh sebut tapi ada gak yang Ummi lupa bila nak masukkan ke entry ni


Bahasa Baku
Bahasa Kami (+loghat utagha)
Bahasa Anas
Abah
Abah
Abah
Ummi
Ummi
Ummi / Ammi
Anas
Anas
Anah (kes orang utara la ni)
Atuk
Atuk
A-tuk
Nenda
Nenda
Nanny
Mak Ngah
Bunga (Panggilan Anas kat Mak Ngah dia)
Ngang
Mak Chik
Achik
A-chik
Pak Teh
Ateh
Teh
Mak Su
Ucu
Tcu
Tok Wan (org utara)
Tok Wan
Tok
Mak Tok (org utara)
Mak Tok
Mak / Tok
Pak Ngah
Pak Ngah
Pak / Ngang
Pak Lang
Pak Lang
Lang
Mak Njang
Njang
Njang
Mak Ndak
Ndak
Nak
Pak Su
Pak Su
Tcu
Lori
Lori
Low-ri
Kereta
Kereta
Car
Motor
Motor
Broom broom broom
Cat / Kucing
Cat / Kucing
Miaw
Ikan / Fish
Ikan / Fish
Ikang / Pish
Bird / Burung
Bird / Burung
Bid / Rung
Kolam
Kolam
Kolam
Jatuh
Jatuh
Jatuh
Duduk
Duduk
Duduk
Sit down
Sit down
Dang
Letak
Letak
Tak
Tutup
Tutup
Tutup / Katup
Air
Air / Ayaq
dulu Air, skrg Ayaq
Minum
Minum
Minum
Susu
Susu
Su-su
Kakak
Kakak
Ka-kak
Abang
Abang
Abang
Adik
Adik
Adik
Muntah
Muntah
Uwek (ajuk Ummi la ni)
Buku / Book
Buku / Book
Book
Kunci
Kunci
Tonci
Lapar
Lapaq
Paq
Makan
Mamam
Mamam
Kentang
Kentang
Tang
‘request for bf’
Nenen
Nenen
Tidur
Tidoq /Bum Bum
Tidoq / Bum Bum
Bantal
Bantai
Atai
Buang
Buang
Buang
Kasut
Kasut
Tachut
Pintu
Pintu
Pintu
Ayam
Ayam
Ayam
Nasi
Nasi
Achik
Pisang
Pisang
Chang
Buah
Buah
Buah
Hanya ini lah yang Ummi mampu ingat setakat hari ni.
Pendek kata, Anas sekarang mmg ringan mulut. Pok pek je. Kadang2 tak terlayan, hehe...
Macam ni lah bila anak baru pandai cakap, baru nak mula faham apa yang kita cakap, baru nak mula berbual2 dengan kita. Yang penting, jangan bosan layan dia & jangan bosan ajar dia benda2 baru.
Apapun, kami Ummi & Abah Anas sangat gembira tengok perkembangan dia dari hari ke hari. Budak2 memang cerdik dan cepat belajar. Jadi, ajarlah segala yang baik2 je. Jangan tunjukkan yang tak elok depan dia. Budak2 sangat cepat ikut.
Sekarang, Ummi banyakkan bahan bacaan dan flash card untuk Anas. Kenal gambar dan Ummi ajar dia sebut. Dia akan ikut.
Lagi satu, jangan cakap pelat dengan anak. Nanti dia akan ikut dan keep in his/her mind tau. Cakap terus, guna bahasa baku. Ummi akan tetap guna bahasa baku dengan Anas. Kalau Anas keluar loghat utara tu, bukan dari Ummi la tu, ada la tu dari sapa2, haha... Maklumlah, kami kan dok belah utara ni, mana leh lari dari loghat utara tu...
Apa yang Ummi dapat kongsi tentang anak pelat ni, ianya dari ibu bapa dan orang sekeliling anak2 tu sendiri. Kalau kita cakap pelat dgn dia (konon nak ikut bahasa baby, cth: bucuk-busuk, tatak-kakak), itulah yang akan masuk dalam minda dia dan akan kekal dalam jangka masa yang panjang. Dia akan ingat, 'oh, ini bahasa yang betul...' Contoh macam Ummi cakap 'mamam' dgn Anas, kalau Ummi sebut 'makan' pun, dia tetap cakap 'mamam'.
Dekat adik2 Ummi, sedara2 Ummi dan orang2 sekeliling Anas pun Ummi pesan, cakap bahasa baku dengan Anas, sebab Ummi takmau Anas pelat. Nenda Anas pun pesan camtu, jangan cakap pelat ngan anak, cakap terus, bagi terang.
Perasan tak, budak2 pelat selalunya susah sebut huruf S dan K. Huruf2 ni akan jadi C atau SH dan T. Siapa yang ajar? Tepuk dada tanya diri kita sendiri. Kitakah atau semulajadi anak itu pelat?
Ada gak Ummi baca satu artikel ni, dia tak setuju parents yang menyebabkan anak pelat. Katanya, itu faktor semulajadi. Ya, mungkin betul sebab lidah toddler ni belum boleh sebut huruf dengan betul. Ada peringkat2 umur yang dia boleh sebut sesuatu huruf. Tapi, kalau kita mengiakan, means kita pun cakap macam dia cakap, dia akan ingat itu adalah word yang betul.
Sebetulnya, walaupun anak sebut tak betul, kita akan tetap betulkan sebutan dia. Jangan ikut apa yang dia cakap, keep sebut perkataan yang betul supaya benda tu masuk dalam minda dia. Nanti bila sampai waktu dia boleh sebut huruf tu dengan betul, dia akan sebut jugak.
Lagi satu, budak2 ni memang akan sebut perkataan dengan suku kata yang kat belakang dulu. Cth: Belakang - dia akan sebut 'kang' je. It is normal sebab mereka dapat tangkap bunyi perkataan tapi mereka masih belum berupaya nak sebut balik dengan suku kata penuh. Jadi, sebagai ibu bapa, jangan pendekkan perkataan, sebut je penuh sampai diorang dapat sebut dengan sempurna.
Ummi amik contoh satu kisah ni. Anak jiran sangat petah bercakap di usia 2 tahun lebih. Tak de pelat langsung. Abah Anas selalu pesan, dah anak nanti jangan cakap pelat sebab jiran kami tu memang tak cakap pelat dan singkat2kan perkataan dengan anak dia. Abah Anas cakap, dia dah jumpa macam2 jenis budak. Kebanyakannya pelat sebab parents kat rumah cakap tak betul dengan anak2.
Semoga info yang Ummi kongsi hari ni dapat membantu kurangkan isu anak pelat. Yang penting, jaga lidah kita, hehe... Bunga Anas cikgu sekolah rendah. Dia cakap ramai lagi anak2 murid dia yang pelat. Kawan Ummi kat sekolah dulu, darjah 6 masih pelat, kesian sangat.
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi