"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, November 13, 2011

@ Cameron Highlands 2 jam je...

Ni bulan lepas punye cerita hokay, huhu....

Gambar di bawah adalah sekadar hiasan. Tapi ni strawberry yang bawak balik dari CH la. Celup coklat yang dijual oleh Ummu Sulaim Handmade Chocolates (Nenda Anas & Aliff). Menjadi hidangan istimewa untuk kawan2 Ummi.



17/10/11 Ummi kena gi site visit kat Langkap, Perak. So, Abah kena la ikut sekali. Pastu xsampai hati nak tinggalkan anak2 terutama Aliff yang masih menyusu badan, kecil lagi untuk ditinggalkan, so ajak TokWan dan MakTok Anas Aliff sekali tolong jagakan mereka sekejap masa Ummi & Abah kerja.

Kami bertolak ke Ipoh 16/10/11 lepas waktu kerja. Bermalam di Simpang Pulai dan pagi2 esoknya terus bertolak ke Langkap. Lepas selesai kerja dalam kul 12 camtu, gi isi perut dulu. Then Abah ajak naik Cameron Highlands sbb kami dah dekat dengan Tapah. Abah ajak naik ikut Tapah, dan turun ikut Simpang Pulai. Naik sekejap je Abah cakap.

So, lebih kurang pukul 3 pm dah sampai Tanah Rata. Berhenti rehat kat Bharat sekejap. Pastu naik lagi & gi masuk Taman Rama-Rama sbb masa gi CH dulu, Anas kecik lagi, baru nak masuk 11 bulan. So, kali ni bawak Anas sekali lagi sbb dia dah kenal binantang. Nampak die seronok sangat.

Lepas tu singgah Day Market borong sayur segar -TokWan Anas yang borong sakan walaupun sebelum die pesan kat kami jangan beli, hahaha...- dan strawberry. Lepas tu terus turun balik & solat jama' taakhir Zuhur Asar di kedai Uncle Abu, kawan baik Abah....







Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Friday, November 4, 2011

Giliran Aliff dapat exersaucer

Aliff ni sedikit manja dgn Ummi. Along Anas dulu manja dgn Abah. Aliff ni akan nangis je kalau tak nampak Ummi. Kalau Abah tolong jaga tu ok la. So, Ummi bawak kuar exersaucer along Anas dulu bg Aliff plak duduk dalam ni. Excited die dpt toys banyak2.... Senyap la skrg, hehe....


~via iPhone4~

Tuesday, November 1, 2011

Kesayangan Ummi : 3 A's & my 3 heroes!


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Solid food for baby: When to start?

Oleh kerana Aliff dah nak masuk 6 bulan, Ummi sekrang tengah mempersiapkan diri nak kenalkan Aliff kepada makanan pejal atau istilah yg popular, solid food. Ramai yang bertanya kenapa 6 bulan baru nak bagi makan? Orang dulu-dulu dalam hari (pantang) pun dah bagi makan nestum atau pisang lenyek. Perkara ini lah yang sentiasa menjadi dilema kepada ibu-ibu muda sekarang ni. Pendapat orang lama-lama di sekeliling mereka bercanggah dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu selama 6 bulan pertama tanpa makanan tambahan (makanan pejal) termasuklah air masak. Bila nak ikut, orang lama-lama akan labelkan mereka sebagai ibu yang kejam, kesian anak dibiarkan berlapar.

Saya sangat suka nak kongsikan tulisan MommyLyna tentang Solid Food, baca la bagaimana Kak Lyna membandingkan situasi dahulu dan sekarang. Semoga ia membuka mata dan minda orang-orang lama. Saya quote kan di sini:


Kenapa kena tunggu sampai 6 bulan? Ye la, ada orang baby umur 2 hari dah bagi makan nestum atau pisang (biasanya orang dulu2), okay je.Benda ni sama lah macam kita ambil UPSR dulu, dengan adik/anak kita ambil UPSR sekarang. Otak manusia ni sama je, orang jenis yang sama tapi kenapa soalan lain2? Kenapa tak sama je dari dulu?
Samalah dalam bidang perubatan dan kesihatan, makin lama semakin banyak kajian dibuat dan semakin banyak teori yang dihasilkan. Jadi banyaklah perkara2 yang tidak diketahui pada zaman2 dulu, dah ‘dibongkar’ sekarang ni.


Ummi dan kawan-kawan Ummi selalu mendengar ayat-ayat begini, 'Alah, aku 6/9/10 orang anak, semua aku bagi makan pisang lenyek masa umur 3 hari lagi. Bagi depa kenyang senang sikit nak buat keja. Ni keja nak menetek ja. Macam mana nak buat keja?'

Ataupun, ayat ini, 'Anak dah 4 bulan, bagi la makan nestum dah, buh dalam botol tu bagi dia nyonyot.'

Kawan Ummi seorang nurse komen, "Hang nak tau, depa dulu bagi makan pisang lenyek la, nestum la, depa ingat baguih la anak kenyang, depa senang nak gheja. Ha, la ni yg penuh katil hospital sampai tak muat2 dah ni sebab depa ni la baby yg mak pak depa bagi makan awai sgt ni. Hang tau, penuh wad pakat diabetes la, sakit buah pinggang la. Tu yang kat wad baby tu, yang hang tengok penuh tu bukan sebab kuning ja. Ada hat mai usus pecah dah. Mau tak pecah baby tu mak dia bagi makan awai sangat. Tak sabaq2. Bagi la anak tu sesuaikan diri dulu. Ni dak, anak teqiak ja hampa kata susu takdak, baby tak cukup minum pastu pi bagi makan nasik. Terkejut la kot. Bab tulang baby lembut hampa ghejan sangat, bab usus lembut lagi hampa tak penah amik tau!" kwn Ummi ni org Kedah, haha... Sape tak faham tanya ek? Malas plak nak translate. Ni copy & paste chatting dgn dia.

Macam yang MommyLyna cakap, sekarang dah macam2 kajian yang dibuat, banyak benda dah reveal. Peraturan baru, dibuat berdasarkan zaman yang baru. So, orang lama pun kena terima cara baru ni...

Pendek cerita apa yang Ummi nak cuba sampaikan ialah, makanan dulu dan makanan sekarang dah tak sama. Kalau dulu diorang tanam tak guna racun pun, pokok tumbuh elok ja. Sebab tanah dah sedia elok. Sekarang ni macam2 asid ada di serata muka bumi ni. Asid2 ni dah pun mencemari makanan kita. Dengan kita pun agak tak sesuai apatah lagi nak diberikan pada bayi kecil. Ayam sekarang pun dah kena suntik nak bagi cepat besar. Ikan di laut pun orang taruk macam2 untuk kekalkan kesegarannya bila nak dijual. Kita diberi akal, fikir2kan lah sendiri.

Kenapa bayi bawah setahun tak sesuai dikenalkan dengan rasa masin dan manis (garam dan gula)? Sekarang dah banyak sangat penyakit kan. Penyakit yang membunuh ialah penyakit 3 serangkai, jantung, darah tinggi dan kencing manis. Berkaitan dengan gula dan garam kan?

Perbualan Ummi dengan seorang kawan juga seorang nurse.
Ummi: Kak, Aliff ni kan lagi 2 minggu nak masuk 6 bulan dah. Tapi kan kak, sekarang ni pun die dah tunjuk sign untuk makan. Kesian die kak asyik tengok je kitorang makan, cmne ek?
Kak N: Kalau sayang anak, jgn bagi makan lagi.
Ummi terdiam, dan kakak tu memahami.
Kak N: Dia akan tunjuk keinginan nak makan sebab kita selalu makan  depan dia, ofkos dia akan nak merasa. Kajian dah dibuat, majoriti usus baby matang masa dia umur 6 bulan. Mungkin ada yang matang lebih awal tp we never know that sebab tu yang kat dalam, kita tak nampak. Biarlah kita ikut majoriti, xperlu nak tanggung risiko. Macam org cakap, 1 dari 10 wanita akan mengalami kanser ini. Adakah 1 itu kita atau org lain, we never know, kan?
Ummi: Kalau baby pramatang mcm mana plk?
Kak N: better consult dgn paed. Apa yang akak faham, baby pramatang perlukan penjagaan rapi, penjagaan yang lebih berbanding bayi biasa. Kalau susu ibu perahan pun, cara penyimpanan tak sama dengan bayi cukup bulan. Susu kita untuk anak kita tahan 4-8 jam pada suhu bilik tapi untuk bayi prem ni, susu perahan tahan 2-4 jam je.

Ummi harap entry Ummi ni dapat memberi sedikit info kepada ibu-ibu muda yang nak memulakan solid food. Bak kata seorang bteman, biarlah kita menjadi ibu yang mengurangkan pesakit2 kronik di hospital di masa hadapan. WallahuA'alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Aliff my lil bam bam

Hihi, suka sangat panggil Aliff bam bam n debob... Sian anak Ummi nih... Bukan nak panggil dengan panggilan lain. Tapi tu menunjukkan 'kegeraman' Ummi dan Abah yang teramat sangat tengok paha Aliff yang berketul2, pipi yang tembam tu. Ye lah, masa Along Anas baby dulu, sume cakap Anas kecik, macam tak cukup makan. Sedih Ummi tau! Sedangkan Ummi dah bagi yang terbaik untuk anak2 Ummi... (Forget it!)

Ummi nak cite tentang Aliff je hari ni. Si montel Ummi ni tengah nak 'terbang' sekarang, haha... Dah meniarap sejak umur 3 bulan setengah tapi belum mau move forward or backward lagi... Yang Aliff tau cuma buat gaya nak terbang, dah macam gaya org pakai payung terjun membuat terjunan dari kapal terbang, hehe....

Jap nak tunjuk video Aliff 'terbang'. Sila abaikan suara Anas yang sedang menjerit berebut iPhone Ummi, sibuk nak rakamkan aksi adik jugak... =p


Walaupun Aliff lom move forward backward lagi, tapi Ummi perlu risau jugak sbb dia bergerak dgn bergolek dan memusingkan badan. Sangat pantas, tak boleh tinggal sendirian atas katil.

Pastu Aliff ni becok sangat. Dah pandai nak bersembang, pandai sangat ketawa, mulut pun bising walaupun duduk sorang2. Dia dah tahu nama dia, dah kenal Ummi sangat2. Kalau kena tinggal lps tu Ummi muncul, melonjak2 dan menjerit2 suh Ummi amik. Dengan orang lain buat dek je...

Aliff dengan Anas dulu beza sangat. Yang plg ketara Anas dulu xpandai hisap jari or masukkan benda2 ke dalam mulut. Anas dulu isap puting je. Kalau jumpa apa2 atas lantai, dia tak mengutip la. Tapi Aliff sangat pandai isap jari sendiri, sangat suka masukkan benda2 ke dalam mulut. Risau pulak dia akan suka mengutip bila dah menjelajah nanti...

Aliff sekarang ni lepas menyusu je mesti cari jari jugak untuk lelap. Lepas tu mmg akan meniarap untuk tido. Kadang2 CD dia akan basah lenjun kat depan sbb tido meniarap. Ummi dah cari alternatif lain untuk elak kebasahan melampau tu... Oh ya, Aliff dah fully berCD sejak habis pantang. Nak berjalan jauh pun Ummi bawak CD jugak. Adakalanya kena bawak DD, bergantung pada perjalanan dan tempat jugak la. Kalau gi KL mmg berCD je.

Tengok tu, dalam kereta, atas riba pun nak tido meniarap. Kalau tak dapat tido meniarap, asyik meragam je. Kalau baby lain mungkin susah nak berjalan sebab nak tido berbuai. Aliff plak susah nak berjalan sbb nak meniarap. Kalau perjalanan tu lebih banyak atas kereta, memang jenuh la. Huhu, maaf ler, kadang2 tak leh nak tumpangkan orang kalau berjalan jauh sebab need space utk keselesaan Aliff.

Macam mana Ummi kalihkan balik badan dia, dia tetap akan berpusing balik untuk meniarap. Selesa tido gitu agaknya.... Perut pun sedap kan... Kurang terkejut tapi harus kena pantau selalu...

Adik hisap jari, Anas pun nak hisap jari jugak. Tapi awak tu tak pandai hisap jari, haha... Sekarang dia plak yang tolong hisap jari adik. Oleh kerana Aliff dah pandai hisap jari kaki, agaknya die kesian tengok Aliff tak sampai nak hisap ibu jari kaki, Anas boleh pi bagi ibu jari kaki die... Hai la Anas, bertuah sungguh, terjerit Ummi tengok dia sua kaki bagi adik hisap...

Adik tido meniarap die pun nak meniarap jugak... Esok2 kalau adik baru merangkak mesti die pun nak ikut merangkak jugak nih, hahaha....

Aliff dah berapa bulan? 11/11/11 ni Aliff akan genap 6 bulan. Dah tak sabar nak suap Aliff makan. Aliff sekarang sedang dilengkapkan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Alhamdulillah Aliff dapat exclusive bf tanpa air masak dan makanan tambahan. Kalau orang tengok Aliff, diorang mesti tak sabar suh Ummi bagi Aliff makan sbb badan dah besar takut tak cukup dengan hanya menyusu badan. Tapi Alhamdulillah, walaupun Aliff dah menunjukkan minat kepada makanan pejal, dia tak pernah merengek lapar atau kekurangan susu. Biarlah Aliff makan pada masa yang sesuai. Sebab Ummi de sembang dgn kawan Ummi, nurse di wad kanak-kanak. Die jaga wad bayi. Die cite kat Ummi sekarang ni banyak sangat kes baby yang admitted sebab de masalah perut, usus dan buah pinggang. Kebanyakannya sebab dah makan solid food awal sangat. Pasal solid food ni kite cite next entry lah plak ye...

Ummi bercadang nak masak sendiri untuk Aliff macam Ummi buat untuk Anas dulu. Hari2 masak sendiri. Lebih puas hati rasanya... Tak sabar nih!

Lagi kan different antara Anas dan Aliff, Aliff lebih menghargai toys yang Ummi belikan. Anas dulu main jugak toys tapi lebih suka pada benda yang betul, bukan mainan such as kunci kereta yang ori, yg plastik ni xmain la, hehe...

Alhamdulillah, setakat ni Aliff lum pernah demam lagi. Lepas cucuk pun tak pernah demam. Aliff cuma perlu follow-up kes 'anu' die yang ade masalah sikit. Syukur, antibodi Aliff kuat dengan susu Ummi, Alhamdulillah...

Dear Aliff sayang,
Kelahiranmu menambahkan keceriaan dalam rumah kita. Kehadiranmu menambakan satu lagi amanah besar buat Ummi dan Abah. Semoga kau membesar dengan sihat, cergas, cerdik menjadi anak soleh yang mampu membawa Islam kembali menyinar di bumi Allah...
Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Anas kena buli...

Hah? Sape yang buli Anas tu? Hihi, Ummi la yang buli die. Sebabnya suka sgt nak main iPhone Ummi, kena denda la...







Habis hilang kemachoan dan kechomelan Anas... Haha...

Dan Abah pun ketawakan Anas
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/

Sekian update ringkas dari Ummi...

(hm, betul la Odah aka Ummi Salsabila cakap, bila anak dah dua ni, mood berblogging semakin kurang, huhu)

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi