"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 28, 2011

Nasi Goreng Udang, Changlun

Gambar untuk entry ini


Lokasi: Sebelah Petronas Changlun
Harga sepinggan: RM8 (6 ekor udang yang besar-besar)

Kedai ni jarang-jarang bukak. Hanya beroperasi bila ada udang je. So, Abah memang simpan no.tepon toke kedai ni. Bila nak gi makan kena call dulu tanya dia bukak ke tak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tetamu dari jauh dan ramai on weekend

Masih tak habis letih lagi... Masih terasa sakit2 badan lagi, huhu... Weekend baru2 ni kami sangat sibuk melayan tetamu yang ramai dan masing2 datang dari jauh. Tapi kami seronok orang datang rumah kami, hehe...

Kawan Abah kawen 26.02.11 hari tu. Rumah kenduri dekat je ngan rumah kami. So, kawan2 Abah yang lain pakat tido umah kami la. Dari Johor, Pahang, KL, Perak... Kawan2 Ummi ade gak tapi dekat2 je, datang solat, makan laksa & rehat2 je, hehe...

Ummi & Abah satu sekolah, satu batch. So, kawan2 Abah, kawan2 Ummi jugak. Kawan2 Ummi, kawan2 Abah gak. Meriah bila berkumpul ramai2...

Gambar? Belum amik dari Abah & tengah tunggu gambar dari Munet gak... Cek nak cilok ja gambar dari 7D tu...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Happy Birthday Abah!

Sebenarnya birthday Abah 24.02.2011 hari tu. Sanah Helwah Abah! Kebetulan Abah dan Atuk sambut birthday pada hari yang sama. So, hari Khamis hari tu agak banyak la Ummi makan. Mula2 dengan Abah pastu dengan family plak. Ummi tempah kek untuk Abah. Menjadi surprise Ummi walaupun Abah balik agak lambat malam tu, hehe... Sayang, lupa nak amik gambar sebab merajuk Abah balik lambat, hehe...

Sempena birthday Abah, Ummi masak laksa untuk Abah. Dah lama Abah request nak makan laksa Ummi. So, hari Jumaat hari tu Ummi masakkan la. Abah ajak kawan2 dia datang makan. Ajak jugak family sebelah Abah tapi Mak Tok Anas tak sihat. Kami plak tak sempat langsung nak gi hantar kat diorang sebab malam tu ada tetamu dari jauh datang.

Masa makan2 siang Jumaat tu, Ummi segan2 nak amik gambar. Sayang kan...

Ummi ni masak je laksa tapi Ummi makan sikit je sebab tekak ni tak rasa nak makan laksa. Abah la makan paling banyak sekali... Malam tu masa kawan2 Abah sampai, Ummi cakap kat Abah, Ummi nak makan nasi, tanak makan laksa. Kebetulan kawan2 Abah request Abah belanja makan Nasi Goreng Udang kat Changlun. Abah terus call toke kedai tu, dia cakap malam tu ada udang, malam esok tak tentu lagi. So, kami terus pergi sana makan Nasi Goreng Udang. Gambar? Ummi tengah tunggu gambar dari kamera kawan Abah...

Hadiah apa untuk Abah? Haha, memang susah nak jawab soalan ni. Sebabnya Ummi tak tahu nak bagi hadiah apa kat Abah. Disebabkan Abah ni jenis yang agak cerewet dan sedikit high taste, Ummi suh Abah cari sendiri hadiah die. Aci tak? Haha... Tapi Ummi cakap la Ummi nak bagi hadiah beg kat die sebab beg die sekarang dah koyak sana-sini, bertampung sana-sini... Kalau Ummi cari sendiri, takut Abah tak berkenan. So, biar Abah cari sendiri, nanti Ummi bayarkan, hehe...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, February 24, 2011

Ok tak design ni?

Hari tu cubaan pertama Ummi, design die simple je kan... Pastu saja la Ummi try touch up nak bagi ceria sket. Ok tak macam ni?
Bila letak kat gambar, jadi camni la... Ni pinjam gambar Anas jap wat contoh...


Ummi nak tukar watermark jugak. Tapi masih tak tahu nak design camne, huhu...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, February 22, 2011

Jo Cendol Pulut


Kalau datang ke Kedah, jangan lupa singgah makan cendol kat Jo Cendol Pulut tau! Yang Ummi tahu tempat die, satu kat Napoh (kat Highway Jitra-Changlun), satu lagi dekat ngan Airport Kepala Batas, Kedah. Dari Alor Setar, selepas Kompleks Kerajaan Anak Bukit. Kalau dari Jitra, selepas airport. Tepi jalan je, senang nampak.

Antara menu lain, laksa, bihun sup, nasi ayam, cucur udang... Semuanya marvelous, sedap Alhamdulillah! Cendol dia sangat sedap! Uisy, terliur lagi ni...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Cubaan pertama

Semalam Aisyah @ EcahAbu.blogspot.com ade tanye camne nak buat watermark untuk letak kat gambar. Hm, Ummi nak ajar, Ummi pun masih belajar lagi. Masih cuba nak godek2 Photoshop CS3 & Photoscape tu. So, Ummi offer nak cuba buatkan watermark untuk Ecah. Alhamdulillah berjaya disiapkan setelah banyak kali tukar sana sini...

Inilah hasilnya yang tak seberapa pun. Tak macam kawan2 lain yang dah expert such as [Kak Min][kakyong][Kak Sya] dll tu... Masih banyak kekurangan lagi kan design Ummi nih... Nak study lagi... Good Luck to me!

Ummi mengalu-alukan komen membina dari kawan-kawan yang pandai design guna Photoshop / Photoscape... Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Jangan pecahkan hati Ummi sudah la...


Anak pecahkan pinggan? Biasa la tu kan... Tapi yang paling Ummi sedih Anas pecahkan pinggan ni masa Anas mengamuk marahkan Ummi. Anas terus je capai pinggan atas meja & lempar ke lantai. Ya, pinggan ni hadiah perkahwinan Ummi dan Abah, tapi Ummi baru je keluarkan hari Jumaat lepas. Saja nak merasa guna pinggan cantik plak.

Anas dah mengantuk sangat agaknya masa ni. Dia mintak air, Ummi bagi air, dia lempar cawan ke lantai. Habis basah tikar kat dapur. Lepas tu dia mintak cheese plak, Ummi taruk dalam pinggan, potong2 bagi dia makan. Lepas tu dia campak-campak jugak cheese tu kat karpet. Lepas tu Ummi amik la balik pinggan tu letak atas meja, sambil nak kutip balik cheese yang dia lempar tu. Tetibe je dia capai pinggan kat atas meja tu terus lempar ke lantai dan prang!

Speechless! Ummi terus bawak Anas masuk bilik, tutup pintu sekejap, sebab Ummi nak sapu lantai, takut Anas terkena kaca plak. Mula2 dengar dia nangis jap pastu diam. Bila Ummi masuk bilik, tengok dia dah sepah2kan baju & kain pelikat Abah plak. So, terus bancuh susu dan ajak dia tido. Sekejap je minum botol, mata dah layu, lepas tu dia nak sambung ngan n***n, then terus tido... Hai la anak...

Ummi tak tahu punca dia mengamuk sakan. Dah la Abah keluar minum dengan kawan dia. Ummi plak tengah sakit kepala. Nak marah tak boleh, Ummi call Abah nangis2, huhu... (Ummi memang camni, takleh marah anak, nangis2 luah perasaan kat Abah... Sedih tau Anas wat Ummi camni...)

**Anas sekarang suka sangat mengamuk baling2 barang. Camne nak buat ek?

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, February 21, 2011

Peringkat pertama potty training Anas

Anas akan masuk 23 bulan hujung bulan ni. Dan sekarang Anas dah mula sesi pertama untuk potty training. Ummi dah start training sikit2 sejak dia 1 tahun 9 bulan.

Mula-mula ajar dia sebut 'nak kencing' or 'nak berak' bila rasa nak pee pee or poo poo tu, then ajar dia cepat2 berlari ke toilet if rasa nak membuang. Awal-awal dulu memang susah sebab apa yang dia faham, bila dah buang baru cakap, hihi... Ummi belum diaperless dia lagi setakat ni, belum bagi dia pakai training pants lagi. Cuma lepas mandi tu, biar dia relaks jap tak pakai diaper. Dulu memang selalu terbabas, dah kencing baru cakap, "Ummi, cing..." Tapi sejak last week, dia akan sebut, "nak cing, nak cing" sambil cepat2 lari ke toilet if tak pakai diaper. Mula2 tu jatuh gak setitik dua tapi dia cepat2 tahan. Means dia dah tahu la kan... Dia dah leh control sendiri...

Ummi belikan Anas mangkuk tandas comel dan ajar die guna bowl tu. Tapi most of the time dia suka berdiri dalam tu atau main 'masak-masak' ketuk-ketuk je, huhu... Dia lagi suka nak guna toilet bowl org dewasa. So, nak kena beli pelapik tandas yang kecik tu plak la.

Setelah banyak kali Ummi ajar dia nak buka seluar sendiri, sekarang ni Alhamdulillah, dah 3x dia berjaya buka seluar sendiri tanpa bantuan Ummi atau Abah! Good Job Anas!

So, sekarang nak mula ajar dia pakai training pants plak... Hope Anas boleh diaperless sebelum adik lahir...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ransangan Tarbiyyah Anak (12-18 bulan dan 18-36 bulan)

Ransangan Tarbiyah Anak (12-18 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini (umur 0-6 bulan & 6-12 bulan)

  1. Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat yang lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini Insya'Allah membantu perkembangan behagian tertentu otak anak (cortex).
  2. Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
  3. Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleg anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah (Subhanallah, Masya'Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar). Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: Bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.
*Teringat masa kecik-kecik dulu, banyak sangat nasyid kanak-kanak tentang kebesaran Allah. Nasyid dari Kumpulan Raihan pun sangat-sangat membantu.



Ransangan Tarbiyah Anak (18-36 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini.

Maksud hadith:

  1. Ajarlah anak kamu surah al-Furqan (25:2) apabila dia mula berkata-kata.
  2. Ajarkan anak kamu 3 perkara: mencintai Nabi, mencintai keluarganya dan membaca Al-Qur'an.
INTELEK
AQIDAH
TAUHID

Mengajar potongan-potongan surah al-Furqan (25:2) menggunakan teknik pembelajran yang menarik dan berkesan.

Ayat-ayat lain termasuk:
An-Nahl (16:17) ; Al-A’laa (87:1-4) ; Al-Ikhlas (112:1-4) ; Al-Fatihah (1:1-3)
dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah.

SEERAH
RASUL

Pengajaran seerah para Rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iatu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun.

Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.

AL-QURAN

Perkenalkan Al-Qur’an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30 (Juz ‘Amma). Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran Aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari Al-Qur’an.

Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi Al-Qur’an.


*Bapa-bapa pun boleh aplikasikan sesi ransangan tarbiyah ni ya.
*Bila waktu solat lebih berkesan dengan bapa sebabnya bapa boleh baca kuat untuk memperkenalkan surah-surah lazim dibaca ketika solat kepada anak. ~Solat Jemaah~


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ransangan Tarbiyyah Anak (6-12bulan)

Sambungan siri Ransangan Tarbiyah Anak
Teruskan ransangan yang dibuat untuk kumpulan umur 0-6 bulan.
BAHASA

Mengajar kalimah tauhid yang berikut dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur mengikut cara yang sama seperti dahulu.

   §  La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
   §  Allah Yang Maha Esa
   §  Tiada sekutu bagi-Nya (tiada yang serupa dengan Allah)
   §  Kepunyaan-Nya kerajaan (semua milik Allah)
   §  Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah)
   §  Dia menghidupkan dan mematikan
   §  Di tangan-Nya segala kebaikan
   §  Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

INTELEK

Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar (flash cards) atau buku-buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya.

   §  Kad gambar berukuran 25cm x 25cm
   §  Gambar jelas tanpa latar belakang yang mengelirukan
   §  Gambar betul atau lukisan yang tepat
     
Contoh:

   §  Set tanda kekuasaan Allah di langit (matahari, bulan, bintang, planet)
   §  Set tanda kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika)
   §  Set haiwan : [set mamalia], [set burung], [set ikan], [set serangga]
   §  Set tumbuhan: [set bunga], [set daun], [set buah], [set pokok]

Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
           a)      kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaa ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
            b)      memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan-persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya, juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set yang sama jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.

JIWA

Solat di samping anak.  Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. Bacaan jelas didengarkan pada anak.

Pada mulanya anak mungkin akan menggangu kita solat. Tapi bila sudah biasa, dia akan mengerti waktu solat tidak boleh diganggu dan dia akan cuba mengikut gerak solat kita.

FIZIKAL

Untuk meransang fizikal anak, biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini Insya’Allah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan kiri). Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan.
(Contoh: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk dilalui oleh anak)

Kalau boleh, elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.


Nota Ummi:
1.       Sentiasa biasakan lidah kita menyebut kalimah-kalimah tauhid untuk biasakan anak-anak mendengarnya. Semoga kalimah-kalimah itu sentiasa membasahi lidah mereka kelak.
§  Sentiasa baca Bismillah jika nak buat sesuatu. Bab baca doa makan, sekarang Anas yang akan tegur Ummi kalau Ummi terlupa baca doa makan masa nak suapkan dia…

2.    Biarpun anak tidak menunjukkan minat terhadap kad-kad yang kita tunjukkan, jangan putus asa, terus mencuba dan menyebutnya. Percayalah, anak anda akan minat untuk belajar.
§       Anas lebih suka tengok flash cards kat iPod Ummi, huhu… Yang tu ada bunyi sekali. So, Ummi guna iPod untuk proses ni…

3.      Anak kecil sentiasa memerhati dan cuba meniru tindak tanduk kita. Jadi, tunjukkan lah segala yang baik di depan mereka untuk di contohi.
§  Bila masuk waktu solat, Ummi akan cakap kat Anas, sekarang waktu solat apa? (Subuh;Zohor;Asar;Maghrib;Isya’) dan bagitau dia jumlah rakaat dalam solat untuk setiap waktu.

4.      Janganlah risau bila anak lambat berjalan kerana bila dia merangkak lebih lama, dia perlukan lebih masa untuk mengenali sekeliling dia. Jangan memaksa dia dengan baby walker dan sebagainya. Dia akan berjalan bila tiba masa dia untuk berjalan. Setiap anak tak sama. Jadi jangan bandingkan dia dengan anak orang lain.   Sebaiknya pelbagaikan aktiviti untuk meransang motor dia, bukan memaksa dia untuk cepat melakukan sesuatu yang dia masih belum bersedia untuk melakukakannya.
§         Ummi memang bertegas tidak menggunakan baby walker untuk Anas. Rasa puas bila dia dapat explore dunia dia dengan cara dia sendiri. Biarpun Anas lambat berjalan, tapi dia berusaha sendiri untuk berjalan (tanpa bantuan, cuma sokongan padu dari kami  sekeluarga.)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)

Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi jugak ruang dan masa untuk Ummi kongsikan apa yang Ummi dapat masa gi Seminar Pendidikan Anak-Anak masa cuti Maulidur Rasul baru-baru ni. Apa yang Ummi nak kongsikan ni, untuk Ummi juga... Kalau ada apa-apa maklumat tambahan, tinggalkan kat ruang komen ya. Boleh kita share sama2. Apa yang tercatat di bawah, Ummi ambil dari nota kursus ya. Dan Ummi masukkan ke blog peringkat demi peringkat. Andai terlambat, Ummi minta maaf siap2 sebab kesihatan Ummi sekarang tak begitu mengizinkan. Doakan Ummi sihat sampai bersalin....

Hadith:
"Mulakan pengenalan kalimah La Ilaha Illa Allah kepada anak-anak kamu"


BAHASA

Sentiasa mengucapkan kalimah “La Ilaha Illa Allah” dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal.
(Contoh: menyentuh mukanya, membuka tangannya, menggosok atau mengurut badannya selepas mandi.)

Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan.

INTELEK

Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
(Contoh: Set anggota – pegang anggotanya yang berkenaan)
Tekankan hanya Allah yang berkuasa memberikan kepadanya anggota itu. Terus baca “La Ilaha Illa Allah”.

Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah.
(Contoh: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya.)

Membawa  bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekalian alam. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah.

Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya.
(Contoh: panas, sejuk,  kasar, licin, rata, bulat,  kesat, halus)
Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan-Nya.

JIWA

Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya.

FIZIKAL

Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit.

Bagi keseimbangan badannya -  biasanya beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan.




Nota Ummi:

1.      Jangan sesekali menggunakan bahasa yang kasar dengan anak-anak. Jika kita biasakan mereka mendengar percakapan yang kasar dari kita, kelak mereka akan terbiasa dan susah nak faham jika kita berlembut sekalipun. Memang la kadang2 karenah anak-anak ni sangat menguji kesabaran, tapi bersabarlah untuk masa depan mereka. Takut nanti mereka turut berkasar dengan orang lain. Ingat jugak, jangan mudah nak angkat tangan dengan anak-anak
§       Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Lindungilah lisan-lisan kami dan tangan-tangan kami dari mengasari anak-anak kami.
§      Ummi perasan, jika kami berkasar dengan Anas, dia akan balas balik macam tu jugak. So, adik-adik ku sekalian, jangan berkasar dengan Anas ya. Pesanan untuk Ummi dan Abah jugak. And please, jangan ajar Anas pukul benda yang menyakiti dia……. Better cakap macam ni kat dia, “Anas terhantuk kat kayu. Kayu ni keras, sebab tu Anas sakit. Lain kali hati-hati ya sayang…”

2.      Berilah peluang pada anak-anak merasai semua sifat. Jika kita tahu benda itu bahaya bagi dia, lagi la kita kena beritahu dia. Contoh, bila dia nak pegang cerek panas, kita jangan jerit pada dia. Nanti dia terkejut. Jika kita menghalang, perasaan ingin tahu dia semakin mendalam dan risau dia akan mencuba sendiri tanpa pengetahuan kita. Kan lebih membahayakan tu? So, cara yang terbaik ialah, katakan macam ni kat dia, “Sayang, ini cerek panas. Panas sangat sebab air baru masak. Suhu dia boleh melecurkan tangan. Nanti tangan luka, sakit…” Sebaiknya, tuang air panas ke dalam mug tebal dan biar dia rasa panas itu. So that, dia tahu, panas itu menyakitkan dan dia takkan cuba sentuh lagi lepas ni.
§       Masa Achik tolong jaga Anas kat Vistana (masa Ummi kursus) dulu, pernah sehari Achik terlewat masak bubur Anas. So, bila time dia nak makan, bubur masih panas tapi Anas dah merengek2 nak mamam. So, Achik biar Anas rasa panas tu dari bawah bekas makanan dia. So dia tahu bubur tu masih panas dan masih belum boleh dimakan. Dan dia boleh tunggu, Alhamdulillah… Sekarang ni pun, kalau nak makan or minum, dia akan rasa dulu panas atau sejuk – dia akan letak tangan dia bawah gelas or pinggan utnuk rasa.

3.      Biarpun kita nampak anak kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya mereka memerhatikan segala gerak geri dan tindak tanduk kita. Jangan terkejut jika satu masa nanti, dia akan tiru perbuatan kita. So, masa ni la kita kena tunjuk kelakuan baik depan dia. Solat dan baca ayat-ayat suci Allah depan dia sangat-sangat meransang dia untuk mencintai Allah sejak dia kecil.
§       Alhamdulillah, sejuk hati kami bila tengok Anas ikut kami solat. Walaupun tak ikut sampai habis, tapi dia dah tahu steps dalam solat. Kadang-kadang dia ambilkan Al-Quran minta Ummi bacakan, Alhamdulillah…

4.      Kebanyakan orang tak bagi kita melambung atau menimang anak. Ya, ia boleh menggarkan otak. Bagaimana dengan penggunaan buaian? Kita menimang dan melambung anak bukanlah kerap. Kita cuba buat secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Baik untuk keseimbangan badan dia dan juga untuk biasakan dia supaya tidak gayat. Janganlah terlalu kerap dan berturut-turut. Buat perlahan-lahan, beransur-ansur untuk biasakan dia.
§       Ummi cuba jugak menimang dan melambung Anas sikit2 masa baby dulu. Tapi selalu mendapat halangan, hihi… Biasa la kan, orang ni cepat risau. Tapi Ummi buat jugak sendiri2. Perlu diingat, berhati2! Janganla plak anak tu masih lembut lagi, dilambung sampai lepas tangan tu… Tunggu la sampai badan anak keras sikit dan mula dari bawah dulu… Jangan la sampai lepas tangan plak… Ummi pun seriau…



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, February 20, 2011

Main layang-layang @ Tasik Darulaman

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi & Abah, Anas dan Adik yang masih di dalam kandungan. Dah lama Ummi tak cerita pasal Abang Anas kan. Asyik cerita perkembangan Ummi dan Adik je. Dah ramai yang mula merindu nak tengok gambar Abang Anas ni, siap request kat Ummi lagi, hehe...

Alhamdulillah, petang Jumaat dan Sabtu lepas, Ummi & Abah berkesempatan bawak Abang Anas & Adik beriadhah di Tasik Darulaman. Kita main layang-layang bersama-sama. Seronok sangat dapat luangkan masa together2. Ye la, Abah kan busy, jarang dapat luangkan masa dengan kita semua. So, bila ada kelapangan, Abah mesti akan cari aktiviti untuk kita sekeluarga dapat luangkan masa sepenuhnya. Thanks Abah!

Ummi nak bercerita dengan gambar je ni since mmg banyak amik gambar je...

Tinjau peluang dulu sebelum mula main

 Siap sedia nak beraksi




 Sambil tunggu Abah tolong naikkan layang-layang, Anas berlari-lari dulu...



 Sebenarnya adik dalam perut pun nak main layang-layang jugak. Ummi tolong je...
(Bila Abah amik gambar ni ntah.... huhu...)


 Sudahnya anak teruna ni main lari-lari je dengan layang-layang tu bila Ummi & Abah dah kepenatan, hehe...

Lepas tu sambung balik...







Esoknya kami pergi lagi. Kali ni Abah ajak kawan dia sekali. So, Abah nak main kayak dulu. Tinggal la Anas dengan Ummi & wife kawan Abah. Tapi Ummi tak larat nak naikkan layang-layang. Sudahnya Anas main tarik-tarik je, sampai la Abah datang balik sebab kayak habis.







Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, February 16, 2011

Pregnancy check-up @ 27 weeks & Pre-Eclampsia

Something wrong dengan Ummi. Berat badan makin naik walaupun kurang selera makan. Tapi bp rendah dan normal. Tak pernah plak bp tinggi.

Kadang2 Ummi langsung takde selera makan. Kalau makan pun sangat2 tak mampu nak makan banyak2. Perut cepat full lepas tu mula la termengah-mengah. Tapi berat badan cepat tul naik. Camna tu?

Plak tu akhir2 ni Ummi kerap sangat pitam dan sakit kepala. Nurse kat Klinik Kesihatan dok risau Ummi kena pre-eclampsia. Biasanya terjadi bila ibu mengandung kena darah tinggi semasa hamil. Atuk ada darah tinggi.

Nak tahu lebih lanjut pasal pre-eclampsia? Boleh klik sini untuk baca artikel berkenaan penyakit ni. Dan ini plak simptom dan rawatan PE ni. Nurse kerap kali pesan kat Ummi, if ada tanda-tanda yang di beritahu tu, cepat2 pergi hospital. Diorang risau sangat. Mula-mula Ummi pelik la kenapa diorang risau sangat. Rupanya, ada bahaya nya penyakit ni. Tak tahu plak penyakit ni boleh bawa kepada kematian ibu hamil. Masya'Allah, takutnya mengenang kematian....

*Lagi artikel tentang tekanan darah tinggi semasa hamil.
*Doakan kesihatan Ummi dan adik.
*Ummi sangat takut........

Perkembangan adik

Alhamdulillah, yang penting adik sihat. Kepala pun dah memusing ke bawah. Degupan jantung normal dan dia aktif bergerak. Semoga Ummi selamat melahirkan dan adik dilahirkan dengan selamat dan sihat..... Ameen...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Satu Kad Satu Saat Tiga Kali Sehari


GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.  
GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.
PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.
Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30. 

   
  • Foto
    MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.
  • Foto
    BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.


Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.




Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.



“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa. 

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak. 

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain. 

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya. 

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius. 

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka. 

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra. 

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari. 

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit. 

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain. 

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya. 

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya. 

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang. 

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka. 

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya. 

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive