"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 21, 2011

Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)

Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi jugak ruang dan masa untuk Ummi kongsikan apa yang Ummi dapat masa gi Seminar Pendidikan Anak-Anak masa cuti Maulidur Rasul baru-baru ni. Apa yang Ummi nak kongsikan ni, untuk Ummi juga... Kalau ada apa-apa maklumat tambahan, tinggalkan kat ruang komen ya. Boleh kita share sama2. Apa yang tercatat di bawah, Ummi ambil dari nota kursus ya. Dan Ummi masukkan ke blog peringkat demi peringkat. Andai terlambat, Ummi minta maaf siap2 sebab kesihatan Ummi sekarang tak begitu mengizinkan. Doakan Ummi sihat sampai bersalin....

Hadith:
"Mulakan pengenalan kalimah La Ilaha Illa Allah kepada anak-anak kamu"


BAHASA

Sentiasa mengucapkan kalimah “La Ilaha Illa Allah” dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal.
(Contoh: menyentuh mukanya, membuka tangannya, menggosok atau mengurut badannya selepas mandi.)

Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan.

INTELEK

Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
(Contoh: Set anggota – pegang anggotanya yang berkenaan)
Tekankan hanya Allah yang berkuasa memberikan kepadanya anggota itu. Terus baca “La Ilaha Illa Allah”.

Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah.
(Contoh: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya.)

Membawa  bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekalian alam. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah.

Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya.
(Contoh: panas, sejuk,  kasar, licin, rata, bulat,  kesat, halus)
Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan-Nya.

JIWA

Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya.

FIZIKAL

Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit.

Bagi keseimbangan badannya -  biasanya beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan.




Nota Ummi:

1.      Jangan sesekali menggunakan bahasa yang kasar dengan anak-anak. Jika kita biasakan mereka mendengar percakapan yang kasar dari kita, kelak mereka akan terbiasa dan susah nak faham jika kita berlembut sekalipun. Memang la kadang2 karenah anak-anak ni sangat menguji kesabaran, tapi bersabarlah untuk masa depan mereka. Takut nanti mereka turut berkasar dengan orang lain. Ingat jugak, jangan mudah nak angkat tangan dengan anak-anak
§       Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Lindungilah lisan-lisan kami dan tangan-tangan kami dari mengasari anak-anak kami.
§      Ummi perasan, jika kami berkasar dengan Anas, dia akan balas balik macam tu jugak. So, adik-adik ku sekalian, jangan berkasar dengan Anas ya. Pesanan untuk Ummi dan Abah jugak. And please, jangan ajar Anas pukul benda yang menyakiti dia……. Better cakap macam ni kat dia, “Anas terhantuk kat kayu. Kayu ni keras, sebab tu Anas sakit. Lain kali hati-hati ya sayang…”

2.      Berilah peluang pada anak-anak merasai semua sifat. Jika kita tahu benda itu bahaya bagi dia, lagi la kita kena beritahu dia. Contoh, bila dia nak pegang cerek panas, kita jangan jerit pada dia. Nanti dia terkejut. Jika kita menghalang, perasaan ingin tahu dia semakin mendalam dan risau dia akan mencuba sendiri tanpa pengetahuan kita. Kan lebih membahayakan tu? So, cara yang terbaik ialah, katakan macam ni kat dia, “Sayang, ini cerek panas. Panas sangat sebab air baru masak. Suhu dia boleh melecurkan tangan. Nanti tangan luka, sakit…” Sebaiknya, tuang air panas ke dalam mug tebal dan biar dia rasa panas itu. So that, dia tahu, panas itu menyakitkan dan dia takkan cuba sentuh lagi lepas ni.
§       Masa Achik tolong jaga Anas kat Vistana (masa Ummi kursus) dulu, pernah sehari Achik terlewat masak bubur Anas. So, bila time dia nak makan, bubur masih panas tapi Anas dah merengek2 nak mamam. So, Achik biar Anas rasa panas tu dari bawah bekas makanan dia. So dia tahu bubur tu masih panas dan masih belum boleh dimakan. Dan dia boleh tunggu, Alhamdulillah… Sekarang ni pun, kalau nak makan or minum, dia akan rasa dulu panas atau sejuk – dia akan letak tangan dia bawah gelas or pinggan utnuk rasa.

3.      Biarpun kita nampak anak kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya mereka memerhatikan segala gerak geri dan tindak tanduk kita. Jangan terkejut jika satu masa nanti, dia akan tiru perbuatan kita. So, masa ni la kita kena tunjuk kelakuan baik depan dia. Solat dan baca ayat-ayat suci Allah depan dia sangat-sangat meransang dia untuk mencintai Allah sejak dia kecil.
§       Alhamdulillah, sejuk hati kami bila tengok Anas ikut kami solat. Walaupun tak ikut sampai habis, tapi dia dah tahu steps dalam solat. Kadang-kadang dia ambilkan Al-Quran minta Ummi bacakan, Alhamdulillah…

4.      Kebanyakan orang tak bagi kita melambung atau menimang anak. Ya, ia boleh menggarkan otak. Bagaimana dengan penggunaan buaian? Kita menimang dan melambung anak bukanlah kerap. Kita cuba buat secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Baik untuk keseimbangan badan dia dan juga untuk biasakan dia supaya tidak gayat. Janganlah terlalu kerap dan berturut-turut. Buat perlahan-lahan, beransur-ansur untuk biasakan dia.
§       Ummi cuba jugak menimang dan melambung Anas sikit2 masa baby dulu. Tapi selalu mendapat halangan, hihi… Biasa la kan, orang ni cepat risau. Tapi Ummi buat jugak sendiri2. Perlu diingat, berhati2! Janganla plak anak tu masih lembut lagi, dilambung sampai lepas tangan tu… Tunggu la sampai badan anak keras sikit dan mula dari bawah dulu… Jangan la sampai lepas tangan plak… Ummi pun seriau…



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

2 comments:

edane said...

tq for the sharing kak.

Anonymous said...

bestnya kalau ada kemahiran dlm mendidik anak2 ni kan?

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive