"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Cabaran Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Breastfeeding. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Dan perjalanan breastfeed adik Aliff pun bermula....

Alhamdulillah, impian Ummi nak Aliff minum susu Ummi dulu lepas lahir tercapai jugak. Masa Abang Anas dulu, Ummi tak tahu yang diorang akan terus bagi fm... Sedih sangat masa tu.

Walaupun agak lambat (sbb Aliff ada masalah sikit lepas lahir), tapi makanan dan minuman pertama yang masuk ke mulut dan perut Aliff lepas dilahirkan ialah susu Ummi. Alhamdulillah, Ummi dapat peluang menyusukan Aliff buat pertama kali di labor room @ 5.00 pm. Agak lewat sikit kan sbb Aliff lahir kul 3.30pm. Masa lahir Aliff tak menangis (mungkin sbb Ummi banyak sangat hidu gas Ethonox masa tgh sakit tu, so Aliff pun lali sama) so Aliff dipantau for 1 hour lepas lahir. Lepas Abah azankan Aliff, baru la nurse bawak Aliff kat Ummi.

Ummi dah cerita kan kat KMC takleh rooming-in, so Ummi yang kena turun ke nursery every time baby nak menyusu. Tapi KMC bukan hospital rakan bayi lah. Servis lain sume ok. Tapi bab tu masih banyak kekurangan dan harapnya pihak KMC leh baiki. KMC kena faham betapa pentingnya bayi terus diberi susu ibu selepas lahir, betapa pentingnya rooming-in & skin to skin contact tu. Stop bebel about KMC, huhu... Ummi dah story sikit dalam previous entry.

Pregnantkan Aliff, Ummi dah kumpul ilmu ttg breastfeeding. Dah faham masa awal2 bersalin susu memang sikit je. Tapi mentality org tua2, ttp tak puas hati pasal susu sikit tu. Bagi diorang baby kena minum 2oz sekali minum, hadoi. Oh ya, ni Ummi bercakap ttg bidan Ummi ya. Awal2 die datang die dah suh Abah gi beli fm utk top up sbb Ummi pam dapat 0.5oz je. Die cakap mana cukup. Nanti nak berurut susah, baby asyik nangis nak susu je. Malas nak lawan cakap ngan die, Abah gi beli jugak fm, Ummi pesan cari yg paling murah sbb bukan nak bagi baby minum pun, nak jaga hati makcik bidan je... huhu...

Alhamdulillah, sblm berurut, Ummi dah nyusukan Aliff siap2 dan dia elok je tido sampai Ummi selesai mandi. Mak Bidan bancuh je fm tapi mmg baby tak minum langsung. Ada sekali tu lepas Aliff menyusu dia ckp cmni tau.

Bidan: Sat ja minum, cukup ka susu tu? Ntah2 baby tak kenyang. Awai2 ni mmg la susu sikit, along kena la beli gak susu tepung bagi baby minum, kesian kat dia tu.
(Masa ni baby memang dah tido, sua nenen lagi pun, die takmau)
Ummi diam je, senyum2, dalam hati, insya'Allah, susu Ummi cukup untuk baby.
Bidan: Cuba bagi dia sendawa, kalau dia kenyang tu nanti dia belahak. Kalau dak tu, memang la susu along tak cukup untuk dia.
Ummi pun pusingkan baby nak sendawakan. Baru je angkat sikit, dengar 'burp', baby dah sendawa.
Ummi: Tu baby dah belahak dah.
Bidan: Hm, dah kenyang dah takpa la. Dok takut tak cukup ja. (Nada takmau mengalah) Tapi kan along, awai2 ni memang la kena bagi susu tepung dulu. Bukan lama pun, 2 3 hari nanti susu banyak, takyah la bagi susu tepung dah.
Ummi malas nak balas sbb dia bidan kan... So, senyum and diam je la...

Psstt... Baru last week masa mengemas, dah buang satu tin susu tu, huhu... Sayang je duit Abah beli susu tin ni hari tu.

Ada yang dah tahu, Ummi menyusukan Anas sampai la malam sebelum bersalin. Dan selepas Aliff lahir, Ummi terus susukan Aliff. Mula2 Ummi ingat susu untuk Aliff ada sebab Ummi still breastfed Anas sampai nak bersalin. Tapi sebenarnya tak macam tu. Nanti Ummi cite kenapa Ummi cakap cmtu.

Nak tahu, lepas je bersalin, cuma 3 kali Anas nak menyusu. Lepas tu dia sendiri takmau dan cakap susu Ummi rasa lain. Sekejap cakap masam, sekejap cakap manis. Yang pasti die tanak & buat muke pelik sbb susu dah berubah rasa.

Mesti korang sume pernah dengar orang tua2 ckp masa mengandung takleh menyusu anak sbb nanti takde susu untuk adik.. Kan? Dan abang/kakak takleh kongsi susu dengan adik. Selalu kan dengar camtu. Lagi satu orang cakap kalau dah mengandung nanti susu kering. Ummi sepanjang mengandungkan Aliff, Anas memang menyusu je. Gi mana2 memang tak pernah bawak fm. Anas memang takmo minum fm kalau dengan Ummi. So, gi berjalan pun memang die menyusu je.

  1. Orang cakap bila mengandung susu akan kering. Alhamdulillah, susu Ummi cuma makin berkurang tapi tak kering. Cukup untuk Anas. Buktinya, Anas tak pernah mengamuk tak cukup susu. Lagipun dia dah boleh makan macam2. So, tak perlu risau die tak cukup zat makanan.
  2. Orang cakap tak boleh menyusu anak masa mengandung, nanti adik tak dapat susu. Dari apa yang Ummi alami sekarang, Aliff lagi cepat besar dari Anas, sekarang sangat la debab. Dan susu Ummi sekarang lagi banyak dari dulu.
  3. Ada lagi orang cakap, kalau menyusu anak sampai nak bersalin, nanti kesian kat baby baru lahir tak dapat kolostrum. Tapi Alhamdulillah, itu masih mitos dalam penyusuan. Faktanya, kolostrum Ummi untuk Aliff ada sampai hari ke-10, susu kuning pekat.
  4. Ada jugak yang cakap, abang/kakak tak boleh berkongsi susu dengan adik sbb diorang amik hak adik. Ummi mmg tak tandem nurisng tp kawan2 Ummi cakap, susu makin banyak bila tandem nursing sbb demand tinggi. Kan konsep penyusuan susu ibu ni ialah demand & supply. Bila demand banyak, kilang akan berusaha lebih untuk supply lebih.
Hari ke-10, Ummi pam susu awal2 pagi untuk Aliff minum sebelum dia cukur rambut dan Ummi nak bertungku. Susu kolostrum masih ada kan.

Oh ya, mitos tentang kalau anak masih menyusu masa mengandung, abang/kakak minum hak adik tu kan, ape yang ummi nampak berdasarkan pengalaman Ummi dan Anas sendiri, tak betul la. Sebab Anas masih selesa menyusu sampai la Ummi nak bersalin. Tapi lepas bersalin je terus die takmau sebab susu dah rasa lain. Automatik rasa susu tu berubah lepas bersalin bukan masa mengandung. Means, susu untuk adik keluar lepas bersalin, khas untuk adik plak.

Apapun, Ummi berjaya menyusukan Anas sampai 2 tahun 1 bulan 2 minggu. Bila Anas dah tanak menyusu lepas Ummi bersalin pun, Ummi puas hati sebab hak Anas dah tertunai. Ummi tak pernah berehat lagi dari penyusuan susu ibu, sekarang continue untuk adik Aliff plak. Tipu la kalau Ummi cakap tak rindu saat menyusukan Anas. Ummi rindu sangat. Lebih2 lagi sekarang bila Anas semakin nakal, Ummi rasa cam nak suh Anas menyusu balik. Tapi Anas pun dah besar. Dah 2 tahun lebih dah...

Alhamdulillah, Aliff masih eksklusif bf. Ramai yang cakap Aliff lagi debab dari Anas. Aliff fully bf sejak lahir dan Anas plak dah campur fm sampai 2 bulan. Lepas 2 bulan baru fully bf. So, mitos anak yang fully bf ni kecik, tak betul sama sekali. Dan mitos, kalau abang minum susu ibu masa mengandung, adik lahir kecik tak cukup zat pun tak betul. Sebabnya Aliff lahir 3.15kg, Anas plak lahir 2.8 kg. Means, berat Aliff lagi banyak dari Anas.

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Monday, February 7, 2011

Bersalin dan menyusukan: Pilihan hospital bersalin. Di mana?

Permata hati kesayangan Ummi & Abah, anak2 Ummi yang dikasihi, Anas dan adik yang masih kecil di dalam kandungan. Semoga kalian terus membesar di bawah rahmat kasih sayang Allah, dalam tarbiyah Islamiyah....


Sekarang kandungan Ummi dah masuk 25 minggu. Masih jauh lagi perjalanan adik di alam rahim. Tapi Ummi dah rasa sakit2 yang agak menyukarkan pergerakan Ummi. Allah nak uji Ummi ni, Alhamdulillah...

*Nurse kat Klinik Kesihatan dok bising2 cakap Ummi dok rasa sakit sbb tak gap 2 tahun, huhu. Takpelah, cepat sikit Abang Anas dapat kawan kan...

Sekarang ni Ummi dok tengah survey nak bersalin kat mana? Masih dalam dilema ni....

~Kalau pilih bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah (govt):
  • Belum tentu doc ape yang akan sambut baby. Kalau boleh Ummi nak doc Muslim mcm Dr. Annuar yang sambut Abang Anas dulu. Sangat Islamic suasananya, tenang sikit hati ni. Sebab doc azankan masa keluarkan baby.
  • Bab breastfeeding sejurus bersalin plak, mmg dah confirm govt hosp especially hospital rakan bayi mcm HSB ni mmg akan terus bagi baby breastfeed.
~Kalau pilih bersalin kat private hospital?
  1. KMC
  2. PMC
  3. Pusat Rawatan Mahsuri
Sayangnya, Pusat Rawatan Mahsuri tempat Abang Anas dilahirkan dulu dah tutup. Dah takde sambut baby kat situ. Melainkan ada yang nak take over Mahsuri dan ade Pakar Perbidanan yang Islamic, sure Ummi pilih bersalin kat situ.

Dr.Annuar yang sambut Abang Anas kat Mahsuri dulu dah pindah ke PMC. Ummi dah gi jumpa dia baru2 ni. Suasana dah tak macam dulu la. PMC pun milik Chinese. Suasana Islamic non ado la...

KMC? Ada 2 doc yang menjadi pilihan. Satu lelaki, satu lagi perempuan. Hm, majoriti cakap doc perempuan tu agak kasar nak dibandingkan dgn doc lelaki tu. So, pilihan?

Sekarang ni Ummi & Abah lebih prefer KMC la. Tapi.... Ada tapinya.... Bab breastfeeding la... Ummi target nak terus bf baby lepas lahir. Tapi kebanyakan private hospital ni lebih suka bagi FM kat baby sebab nak bagi ibu rehat... Tapi, bagi Ummi, terus bf baby lebih cepat buat ibu sihat... Betul tak?



Hm, boleh ke kite request nak terus bf baby? Dengar citenye, diorang takkan hantar baby kat kite mcm govt hosp. Kite yang kena kuat utk pergi sendiri kat nursery untuk bf baby...

So, bab doc - Ummi pilih private hosp
Bab bf plak - Ummi pilih govt hosp
Camne ni? Huhu....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, December 8, 2010

Dah merasa gerakan baby

Orang cakap masa pregnant anak sulung, 5 bulan baru kita rasa pergerakan baby kan... Bila pregnant 2nd baby dan seterusnya, seawal 4 bulan dah dapat rasa kan? Sekarang kandungan Ummi dah 16 minggu, which means, dlm 4 bulan la kan...

Alhamdulillah, Ummi dah merasai kehadiran adik dalam rahim Ummi. Sekarang ni, malam2 sebelum tido adik mesti gerak2. Ummi suka letak tangan atas perut layan adik. Ramai cakap perut Ummi tak nampak lagi. Tapi Ummi sendiri dah rasa la...

Hm, Anas pun dah leh rasa kot ada adik dalam perut. Sebabnya, kalau time die dok nyusu tu, bila adik gerak je, Anas stop nyusu. Dia akan sebut, 'adik, adik...'

Kadang2 bila Ummi tanya nak nenen tak, die akan jawab, 'baby, baby...' Ntah la apa yang die faham masa tu. Ummi ingat die mula nak wean off, nak bg kat adik plak. Tapi takdenye. Lagi nak ade la...

Sekarang pun Ummi dah mula rasa braxton hicks yang mcm mamanoa cite ni. Mmg la rasa mcm contraction. Tapi sikit je dan takde la rasa sangat2 sakit tu... Sekejap je la... Dan Ummi memang dah kumpul info sebelum2 ni. So, Alhamdulillah dah fully prepared utk hadapi keadaan itu.

Best jugak rasa pengalaman pregnant dan masih breastfeeding ni. Jarang sangat orang dapat rasai pengalaman ni. Kebanyakannya pregnant lepas anak dah stop breastfeeding ataupun bila tahu pregnant je terus stop bf. Bagi Ummi plak, selagi Ummi mampu (sehingga Anas 2 tahun) Ummi akan teruskan. Ramai suruh wean off, tapi ntah lah, Ummi belum bersedia kot sebabnya Ummi sangat enjoy the breastfeeding moment tu... Anas pun of course belum bersedia nak pisah dgn best friend die...

Dan sangat2 bersyukur jugak, dah 4 bulan pregnant ni, susu masih ada. Risau jugak akan kering. Keep berdoa je ke hadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Lebih kurang 3 bulan lebih je lagi sebelum Anas genap 2 tahun... Insya'Allah...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, July 26, 2010

Ummi cuba menerima hakikat...

Kesinambungan dari entry ini dan ini....

Thanks a lot atas semangat yang kawan2 berikan...

Nak tahu cerita petang smlm?

Biasanya Anas lepas Ummi amik dr umah pengasuh dia, dia akan terus mintak nak nenen... Balik umah mesti dia merengek2 nak... Kadang2 dlm keta pun terus mintak... Pastu dia akan minum dan terus tertidur sampai ke Maghrib. Kadang2 lepas Maghrib minum, terus tido sampai ke Subuh...

Tapi apa yang berlaku ptg smlm?

Anas langsung tak mintak. Bila Ummi tanya & sua, dia just tengok je... Pastu dia touch sket, then gelak2 & terus geleng kepala... Dia angkat jari telunjuk dia, goyang2kan & cakap, 'no..no..no...' Aduh, nak tergelak pun ada tapi serious sangat2 sedih... Dia dah pandai say no...

Sungguh Ummi tak sangka secepat ini... Ummi belum bersedia... Sob...Sob...Sob...

Dulu, bila nak tido je, Anas mmg akan cari Ummi. Kadang2 Abah suka ngusik pegang dia kuat2 tak bagi mai kat Ummi, ataupun Abah letak jauh2 dr Ummi. Tapi bila dia nampak Ummi dah baring, cepat2 dia datang & landing sebelah Ummi... Ummi rindu sangat saat tu...

Rindu gaya dan posisi dia yang bermacam2 tu bila menyusu... Oh, tidak... kenapa tetibe sangat semua tu hilang dr Ummi.....

Smlm Ummi tetap mengepam, Ummi tetap bg susu Ummi kat Anas walaupun Anas dah tanak direct feeding... Apapun Ummi bersyukur sbb Ummi masih mampu nyusukan Anas walaupun bukan secara direct... Ummi positif, mungkin Allah nak bagi Ummi rasa macam2 pengalaman masa breastfeeding ni...

Apapun, yang best nya. Anas still nak nyendeng ngan Ummi masa minum dr botol pun. Dia nak Ummi ada sebelah dia, dodoikan dia. Kalau Ummi bangun je, nangis...

Dan Anas masih boleh terima direct feeding walaupun hanya di tengah malam, masa dia dah tido tu... Kan dia tak sedar. So, bila dia merengek nak susu, Ummi suakan ja & dia minum dengan elok ja... Kalau dia sedar, of course dia akan gigit & say 'no'...

Lagi satu kan, dulu kalau dia nak nenen, dia akan sebut, 'nak ek...' sambil tunjuk kat situ or kat dada dia... Tapi skrg dia sebut, 'nak tutu....' hadoi.... anak oh anak...

*** Anas baru boleh berdiri sendiri & dah mula menapak setapak dua... Adakah dia meragam tanak nenen sbb dia nak boleh benda baru? (harapnya begitulah & dia akan kembali direct bf seperti dulu...)


*** Ummi tak boleh nak biasakan diri siapkan susu untuk Anas dalam botol... Ummi nangis je... Harap semua ni akan cepat berakhir...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, July 25, 2010

Susu oh Susu!


Sambungan dari entry ini

Hm, Anas ni plak, tiap2 kali minum susu tepung (any type of susu tepung la) akan jadi rashes kat blkg penggung dia...

Firstly, masa nursery lama dia bagi Isomil, susu soya, jadi cmtu la. teruk sangat, ada bintik2 kecil mcm nanah, banyak sangat kt belakang tu...

Secondly, masa BS baru ni cuba bagi dia Dumex sbb hari tu susu Ummi terkurang. Pun jadi camtu gak...

Smlm masa Ummi try Anmum & Bio-Lac pun, naik rashes jugak...

Situasi Ummi skrg, susu Ummi dah tak meriah macam dulu. Ada pun hanya cukup2. Bila Anas minum semakin banyak dan susu Ummi makin kurang, Ummi sedih sangat...

Ummi ada cuba supplement, dan Ummi nampak la keberkesanan itu... Tapi baru je rasa kegembiraan kerana susu makin bertambah tu, tetibe ade masalah yang datang bertimpa2 (tanak story ttg masalah itu sbb by the time Anas leh baca entry ni, masalah ni dah takde) sampai hari2 Ummi nangis dan stress sgt2!

Ya, Ummi akui, susu Ummi makin berkurang sbb keadaan emosi Ummi yang tak berapa stabil kebelakangan ini... (Ada tak supplement nak bagi cool? huhu...)

Adakah ini (kekurangan susu) puncanya Anas asyik menggigit je? Tapi Anas gigit sebelum isap lagi, bukan masa sedang menyusu tu... Kadang2 cik B tgh bengkak pun, Anas tetap gigit...

Ummi nyusu dlm keadaan emo? Oh tidak, Ummi sangat2 happy bila nak nyusukan Anas. Ummi put aside segala kesedihan... Dan masa kejadian, masalah Ummi dah selesai...

Satu sebab yang perlu di consider, Ummi mengandung pulak? Ye ke? Kalau betul, mmg Ummi bersyukur sangat2... Tapi Ummi tak pasti lagi...

Anas nak tumbuh gigi kot... Positif to this, harap2nya begitulah...

Yang pasti, Ummi anggap semua ini sebagai cabaran dalam breastfeeding. Semua ibu2 akan mengalami situasi ni kan.... Ummi harap keadaan ni tak berlanjutan dan Ummi akan tetap berusaha nak bagi Anas terima direct feeding dgn Ummi balik...

Hari ni Ummi tetap mengepam walaupun berdarah. Ummi sapu cream, Ummi pam. Bila luka lagi, Ummi stop kejap, sapu cream & continue, Alhamdulillah, dah tak berdarah...

Anas still mau direct feeding walaupun hanya ketika dia mamai...Means, Anas tetap nak nenen...

Langsung tak terlintas di hati Ummi nak stop bf. Ummi dah harungi banyak cabaran selama 16 bulan ni, dan Ummi akan bertekad untuk 8 bulan je lagi...

Ummi harap sangat Anas boleh bf sampai Anas 2 tahun... Ummi yakin dengan Allah!


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Oh, tidak! Kenapa tetibe sangat?!

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas... Assalamualaikum sayang.... Kenapa tetibe je sayang? Ummi belum bersedia lagi...

Dah dua hari Anas mcm ni... Ummi nampak Anas ngantuk, Ummi tahu Anas nak nenen... Tapi tiap kali Ummi sua, belum apa2 Anas dah gigit sekuat hati & terus rentap... Mmg Ummi sedikit terjerit, sakit sayang buat mcm tu... Luka tau Anas buat Ummi cmtu... Ummi terjerit bukan sbb Ummi marah kat Anas, tapi Ummi sakit sangat...

Ummi surf internet, cari info kenapa Anas buat mcm tu... Dari

Yuitsumuni *sweetstory*,

dia cakap if anak on off nak direct bf, kenal pasti perubahan pd dia dan kita.

Perubahan pada anak
  • Adakah dia nak tumbuh gigi? (Ummi dah cek gusi2 dia, tp takde plak tanda2 nak tumbuh gigi... huhu...)
  • Ada ulser ke dlm mulut die? (pun tak dak)
  • Anas tak sihat ke? (hm, sbb ni ke? tapi Anas nampak sihat... makan selera ja...)

Perubahan pada Ummi
  • Adakah Ummi tak sihat? (Ummi sihat cuma sedikit stress... affected ke ha?)
  • Adakah Ummi mengandung lagi? (Yang ni Ummi belum dapat pastikan lagi... Kalau ye, Alhamdulillah sangat2)
  • Adakah Ummi menukar sabun mandi / bedak / perfume? (tak de tukar pun...)
  • Adakah puting Ummi luka? (luka pun sbb Anas gigit la...)
Tips yang Ummi dapat untuk atasi masalah ini ialah:
  1. Pujuk dia baik2, katakan "JANGAN!" kpd dia. Jangan menjerit kerana takut dia ingat kita marah... Huhu, Ummi tak marah sayang, Ummi terjerit sbb sakit. Tapi lepas Ummi dpt tahu ttg ini, Ummi dah tak jerit, Ummi ckp pelan2, "Jangan gigit Ummi sayang, Ummi sakit" Tapi entahlah, dia tetap ulang & keep ulang smpai luka kesan gigitan dia tu...
  2. Leraikan gigitan dgn memasukkan jari kelingking, dan keluarkan puting dr mulut dia...
  3. Picit hidung dia, nnti dia akan buka mulut utk bernafas, tapi berhati2, takut dia fobia...
  4. Pesan kat dia selalu, jangan gigit...
Huhu, semua tips ni Ummi dah cuba, tapi tak berhasil. Dia ttp ulang nak gigit sampai dia menangis yang teramat2 sangat... Gaya dia mcm dia marahkan Ummi sebab lepaskan puting dr mulut dia.

So, Ummi mengalah, Ummi cakap, "ok, ok ni Ummi bagi, tapi Anas jangan gigit tau! Ummi sakit sayang," dia diam, pusing cr nenen, masuk je, die terus gigit lagi... cepat2 Ummi lepaskan balik, and dia mengamuk lagi... hadoi!

Last2 Abah cakap, dah susah sangat cmni, bagi botol la, nak wat camna? dia lapar, ngantuk tp taleh nak minum...

Ummi agak tak setuju nak bagi botol. Susu Ummi bukannya takdak, ada, cuma Anas takmau direct, asyik nak gigit je... So, Ummi pam, mlm tu dpt 5oz (read: slalunya 3oz je skali pam) & Ummi terus bagi kat dia. Sangat lahap dia minum... Sian dia dah lapar sangat & dah ngantuk sangat.

Masa Abah tgh tunggu Anas minum tu, Ummi menangis sorang2 membelakangkan Anas. Ummi tak sanggup tgk. Dengar bunyi je pun dah sedih sangat2...

Tetibe, Anas nangis lagi, dia masih lapar... Selalunya skali minum, dia minum 3oz je, ni dh bg 5oz pun, dia nangis lagi... So, Ummi terpaksa amik stok ebm kat fridge, ada 12oz semuanya, mmg cukup2 utk hantar ke umah BS hari Ahad. Ummi amik 3oz,habis jugak Anas minum. Then, dia nangis lagi, Ummi amik plak lagi 2oz. Kali ni dia takmau plak. So, Ummi sua nenen (dlm keadaan takut2 if Anas gigit lagi, ya la, dh luka teruk kena gigit, agak fobia la jugak...) Alhamdulillah, dia mula isap betul2, dah tak gigit...

So, baru Ummi tau, bila dia dah mamai, dah ngantuk sangat baru dia mau isap betul2...

Tu cerita hari Jummat, hari Sabtu lain plak jadinya...

Mcm biasa, bila nak nenen, dia akan gigit. Tapi smlm Ummi mmg terpaksa mengalah awal sbb terlalu pedih luka Anas gigit tu. Bila dia gigit lagi, Ummi terus tarik & tak sua dah (buat sementara je, Insya'Allah)...

Hm, stok ebm tinggal lagi 7oz je, mmg tak cukup utk hantar kat umah BS. Ummi pam tapi sangat terseksa sbb akan mengalir darah sekali... Cuba hand express tapi sungguh Ummi tak mampu, Ummi tak kuat... So, dengan tangisan, Ummi bancuh susu untuk Anas (ada sample dok dapat dr Anmum masa Anas masuk 1 tahun dulu).

Anas minum sampai dia dah lali nak tido, then dia nangis tak cukup, cepat2 Ummi sua, Alhamdulillah, dia minum dengan elok. Kami dua beranak tido sampai 3 jam...

Tapi tu lah, Ummi hanya mampu bf dia bila dia betul2 nak tido. Kalau dia berjaga, mmg tak la... Dia dah tak mintak mcm dulu. Bila tanya pun, dia cuma tgk je.. Kalau baring pun, dia pegang2 sambil 'ghenyih' (senyum gaya nakal), that's it...

Cik B Ummi ni plak, sgt cpt engorge klu lama xkeluarkan. 3 jam tak keluarkan, dh rasa bengkak yg sangat2, sakit sgt... Ptg smlm plak kami keluar berjalan, Ummi tak prepare any botol, pam, etc... Sudahnya Anas mmg tak minum, dan cik B Ummi sangat2 bengkak. Kul 11pm br dpt pam keluarkan susu, hasilnya dpt 7oz sekali pam...

Ptg smlm plak, Ummi dah beli susu Bio-Lac. Sblm Ummi dpt pam mlm td, Ummi dah cuba bagi Anas minum susu tu. Sblm tu, Ummi cuba gak bagi nenen, tapi dia tak nak. Dia cuma gelak2 je tgk, pastu dia pegang botol dia... Sedih sangat!

Lastly, mlm td, for the first time sejak hampir 16 bulan usia Anas, dia tido dgn botol di mulut dia, bukan 'bestfriend' dia! 8oz susu dia minum mlm td sampai tertido... Selama ni dia sangat2 susah nak tido tanpa 'bestfriend' dia... Tetibe je dia berubah angin, Ummi langsung tak prepare utk situasi cmni... Ummi ingat lambat lagi... Sangat TIBA-TIBA Anas dah tanak 'bestfriend' dia...

~sape yang tak sedih tgk anak nyusu botol sampai tertido sdgkan slama hampir 16 bulan dia tak leh tido tanpa Ummi dia~

Ummi: Abah tak sedih ke tgk Anas cmni?

Abah: Kenapa lak tak sedih?

Ummi: Habis tu?

Abah: Nak buat camna, terpaksa sayang, dia lapar, ngantuk sangat2 dah tu, sbb tu dia terus tido...

Ummi: Selama ni dia taleh tido tanpa Ummi, tetibe sangat Abang.. Cmne Sha nak terima?

Abah: Dah sampai masa dia kot sayang. Bukannya dia tak minum susu Ummi dah. Sha tetap pam susu untuk dia kan?

Ummi: Tak sama rasa bila anak isap dari badan dgn bagi anak minum dr botol. Lain sangat... Rasa mcm bonding tu dah terlerai...

Abah: Tak dak lah sayang. Anas tetap sayang Ummi dia...

Ummi: Lain sangat Abang... Sayu je rasa tengok dia minum botol...

To be continued.....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, July 4, 2010

Ummi harus kuat!

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas. Assalamualaikum....

Anak Ummi sayang, minggu lepas Ummi dapat tahu Ummi kena pergi ke Shanghai for 5 days, 3-7 August 2010 ni... Ummi kena pergi atas urusan kerja, melawat kilang lif KONE di Shanghai. Ummi kena iringi pegawai2 SIRIM utk testing dan untuk make sure lif tu dihantar ke Malaysia dengan selamat....

Dan kerana itu, apa yang Ummi nampak sekarang, Ummi terpaksa tinggalkan Anas buat sementara waktu. Berat hati Ummi nak tinggalkan Anas dan pisahkan Anas dgn 'Best Friend' Anas... Sebolehnya mmg Ummi nak bawak Anas sekali, tapi itupun kalau Abah ikut. Tapi kemungkinannya Abah tak ikut sama... Perjalanan jauh, melawat kilang, dan negara orang yang jauh dari Abah, Ummi harus fikirkan keselamatan Anas...

Anas sayang, Ummi harus dan Ummi dah mulakan untuk kumpul stok EBM utk Anas minum masa Ummi takde nanti... Ummi dah congak,

Anas minum 3oz x 8 kali sehari = 24oz sehari....
24oz x 5 hari = 120 oz...

Pendek kata, paling kurang Ummi kena tinggalkan 120oz utk Anas... Dengan itu, Ummi harus continuously pumping for 20 days tau! Dan Ummi kena pam kat rumah jugak walaupun time Anas ada dgn Ummi. Skrg ni Ummi cuma pam 2-3x sehari kat ofis, cukupkan 9oz untuk Anas minum kat umah pengasuh. Skrg Anas minum 3oz x 3 kali je kat umah pengasuh.

Kalau Ummi nak buat stok, Ummi kena pam 5x sehari...

5x sehari x 3oz = 15oz sehari
kena tolak 9oz utk hantar kat rumah pengasuh
So, utk stok, dpt la 6oz sehari...
120oz / 6oz = 20 hari!!!

Dan semua Ummi akan dapat kalau Ummi berjaya pump 5x sehari, dapat kumpul 15oz sehari setiap hari selama 20 hari!

Ummi harap Ummi terus kuat utk berikan Anas hanya susu yang terbaik! Ummi perlukan sokongan... Really need that this moment......

Jangan la bila Cik P dtg ziarah nnti, supply merudum... Kalau mcm tu, ssh Ummi nak dptkan smpai 120oz tu... Kalau sekali pam dpt lebih, boleh la Ummi tampung mana yang kurang tu... Anas mmg minum 3oz je sekali minum. Ummi pam pun kadang2 lebih, kadang2 cukup2... Harap Allah bantu kita kan sayang...

Ummi tak akan biarkan Anas minum FM... Alhamdulillah skrg Anas dah makan banyak, boleh la tampung sikit2... Tapi Anas tetap perlukan susu Ummi...

Yang merisaukan Ummi sangat2 is, Anas tak boleh berenggang dgn 'bestfriend' dia... Tgh2 mlm pun pusing2 cari, mcm mana Ummi nak tinggal ni? Sayu sangat hati Ummi... Anas kalau nak tido, mmg kena nenen dulu. Selagi tak dapat, dia susah nak tido...

Ummi pernah cuba bagi Anas minum EBM dlm botol ms Ummi diziarahi Cik P, ms supply kurang. Tapi apa yang Ummi nampak, Anas bukan nak susu tu saja, tapi Anas nak 'bestfriend' dia jugak... Tu yg Ummi sedih tu...

Harapan 1: Ummi dapat kumpulkan stok yang cukup, Anas boleh berenggang sekejap, tapi Anas jangan lupa kat bestfriend Anas plak lps Ummi balik nanti (tu satu lagi yg Ummi takutkan)

Harapan 2: Abah & Anas boleh ikut Ummi pergi sekali.....

Dan Ummi lebih prefer kepada harapan Ummi yg ke-2 tu... Kalians tolong doakan ya!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Thursday, April 1, 2010

Masih breastfeeding tetap menjadi isu... Kenapa?

Assalamualaikum Anas sayang, Alhamdulillah Anas semakin sihat dan aktif. Sampai sakit pinggang Ummi ngejor Anas, hehe... Smlm Ummi dah bawak Anas amik suntikan utk setahun. Anas langsung tak nangis malah tak de riak mcm sakit pun masa kena cucuk td. Alhamdulillah, anak Ummi ni mmg khalifah kecil, kuat! Berat badan Anas 6.9kg & kalau ikut carta klinik kesihatan, dah masuk merah, kurang zat makanan & below -3SD...

Alhamdulillah jugak sbb Ummi tak de kena marah dengan staff nurse tu mcm yg Ummi slalu bc dr blog kawan2 Ummi. Jururawat Masyarakat kat Klinik Kesihatan Jitra mmg baik2. Ummi sangat selesa berurusan dan check-up kat sana sejak pregnant lagi... Mmg layanan yang sangat puas hati. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kita sekeluarga...

Staff nurse berbincang dgn Ummi ttg diet Anas. Bila dia tahu Anas masih breastfeeding tanpa campur any FM, dia puji Ummi & dia nasihatkan Ummi ttg diet Anas slps usia setahun ni... Abah mesti suka sbb Anas dah boleh makan apa saja yang Ummi dan Abah makan kecuali pedas & keras je la yang tak boleh lagi, hehe... Dah lama Abah tunggu nak bagi Anas makan apa je yang Abah makan... Hee~~

Anas sayang, apa yang Ummi nak coretkan di sini bukan isu check-up tu... Ada benda lain yang membuatkan entry ini di publish ke blog hari ini...

Ummi sering menerima sindiran, ada yang anggap Ummi taksub dengan breastfeeding (sbb dlm blog Ummi slalu cite pasal breastfeeding). Then, Ummi masih menyusu Anas sampai setahun, orang anggap pelik dan tertanya2, ada lagi ke susu awak? Anak awak kecik, cukup ke dia minum susu badan je? Eh,eh, anak awak dah setahun? Keciknya dia... Minum susu apa? Ha, breastfeeding lagi, mana cukup... Campur la sikit, kesian budak tu... Then kalau dlm majlis, bila Ummi lari ke belakang nak nyusukan Anas, ada la yang bersuara, tu la bagi minum botol kan senang, tak payah kalut2 bila anak nak susu...

Ummi dah lalui semua ni sejak sebelum Anas setahun lagi. Dan Ummi berjaya hadapi segala cabaran2 nak bagi Anas yang terbaik... Abah ucap TAHNIAH kat Ummi sbb Ummi berjaya hadapi semuanya.. Dulu kan Abah tak berapa setuju dgn Ummi, skrg Abah la yang paling seronok tgk keletah Anas hari2 yang makin bijak dan aktif... Abah puas hati sbb Anas fully breastfeeding... Abah kagum dgn semangat Ummi...

Bukan senang nak breastfeeding sebenarnya... Tak semudah yang semua orang sangkakan... Ummi mengumpul semangat dan kekuatan, Ummi biarkan emosi Ummi stabil utk berjaya dalam penyusuan susu ibu ni... Perlu ada persiapan fizikal dan mental.. Kalau ada yang tak ready, takkan berjaya...

Ramai yang menganggap fizikal memainkan peranan penting utk breastfeed dan ramai yang percaya badan kecik kurang susu... Kecik besar badan ibu bkn faktor yang mempengaruhi berjaya atau tidak penyusuan susu ibu... Tak bermakna org kurus, susu sikit, org badan besar, susu banyak... Susu yang keluar bkn dipengaruhi oleh fizikal seseorang... Percayalah, susu ibu is on demand... Bila baby nak, signal akan ke otak bagitau, kilang kena supply susu...

Bab mental dan emosi, yang ni mmg kena betul2 stabil, klu tak traffic dr otak ke kilang susu akan jammed atau block, then susu pun tak keluar la... Dah setahun Ummi nyusukan Anas, Ummi dapat rasa perbezaan bila emosi positif dan bila emosi negatif... Bila Anas direct BF Ummi tak rasa sangat, tapi bila mengepam, mmg ketara sgt2 perbezaan. Kalau Ummi tengah stressed, tension, serabut, marah mmg susu takkan keluar walaupun rasa Cik B bengkak sesangat. Keluar la sikit, xsampai 1oz pun... So, bila Ummi nak ngepam, Ummi akan pastikan emosi Ummi stable... Kalau tgh emo skali pun, Ummi cpt2 istighfar dan cuba lupakan buat sementara masalah2 yg dtg tu, Ummi ngepam sambil tgk gmbr2 Anas to cheer me up...

Lagi satu, kalau ibu tak ready or ragu2 nak nyusukan anak, susu pun nak tanak je kluar... Dari pengalaman Ummi, masa awal2 nak nyusukan Anas dulu, masa Anas selesa dgn botol, Ummi mmg dh hmpir give up, mmg pasrah tanak BF Anas. Tapi Ummi kutip ilmu ttg bf ni, Ummi cuba positif. Ummi set mind, Ummi yakin dgn diri Ummi, Ummi boleh bf Anas. Walaupun Ummi tpaksa guna NP, Ummi positif jgk. Mmg ada perasaan malu n terpaksa lari jauh2 bila nak bf, tp Ummi teruskan jugak... Sampai la satu tahap,Anas mula selesa direct tanpa NP anymore... Serious, Ummi tak jangka Ummi akan berjaya ke tahap ini. Tapi hari2 Ummi positif, Ummi berdoa kat Allah semoga Allah banyakkan susu Ummi untuk Anas... Alhmadulillah Ummi dah separuh jalan utk berjaya skrg. Dan kini Ummi masih positif dan Ummi masih mengadu, berdoa kat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...

Apa yang Ummi ceritakan dalam blog ini, bukan bermakna Ummi taksub or fanatik or obses dengan breastfeeding. Ummi cuma seorang ibu yang sedar ttg kebaikan susu ibu. Tujuan Ummi story dalam blog ni sbb Ummi nak share, Ummi nak jurnalkan kisah Ummi utk Anas baca satu hari nanti... Lain2 sebabnya, dr blog Ummi dpt sokongan dan Ummi dpt build satu komuniti ibu2 dan kami saling menyokong, membantu antara satu sama lain... Bila antara kami ada masalah, kami sama tolong dan selesaikan... Kadang2 mmg tak boleh selesaikan tp bila kt saling memujuk dan memberi sokongan, kita akan jadi kuat...

Buktinya, Ummi dr awal mmg fight sorang2 untuk jayakan bf ni. Ummi langsung tak dapat sokongan dr keluarga terdekat terutama Abah Anas. Tapi Ummi tetap perjuangkan bf ni. Tak lama lepas tu nenda Anas mula nampak kebaikan susu ibu dan dia selalu canang2kan kat orang cucu dia fully bf. Pastu bl Ummi de masalah, nenda la yg pujuk Ummi spy bsabar dan kena kuat semangat....

Cite pasal Abah Anas plak... Abah dr awal mmg slalu suh Ummi campurkan FM. Ummi tahu Abah tak faham... Bermacam2 cara Ummi buat nak bagi Abah fahamdan terima perjuangan Ummi ni... Allah izin Abah berpeluang ikut Ummi join gathering susuibu.com, sejak tu Abah dah boleh terima dan faham betapa Ummi sangat2 beria perjuangkan penyusuan susuibu ni... Ada la kawan2 yang dok perli2, dulu Abah gelak2 je, tapi skrg Abah diam je. Pastu bila berdua dgn Ummi Abah pujuk Ummi jgn amik hati sgt dgn kawan2 sbb depa tak faham... Alhamdulillah... Abah tahu emosi Ummi agak cepat tersentuh ttg isu BF ni, dan Abah tahu sume tu boleh mempengaruhi pengeluaran ASI sbb tu Abah akan cpt2 pujuk Ummi.... Thanks to Allah for all these, perjuangan Ummi dah dapat difahami dan diterima...

Kalau dulu bila orang dok cakap Anas kecik, bila berdua dgn Ummi Abah akan pujuk Ummi suh campur FM sket kat Anas... Tapi skrg bila org cakap Anas kecik, Abah akan tolong jawab bg pihak Ummi... Pastu kot belakang Abah akan pujuk Ummi jgn sedih2, anak kita sihat... Tapi skrg, dh kurang kot org dok cakap Anas kecik ataupun Ummi mmg dah tak peduli apa org cakap...

P/S: Ummi tgh cari sling... Sape2 leh tolong?


Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, February 23, 2010

Soal jawab breastfeeding dgn Dr.Balkees

Assalamualaikum Anas yang comel... Rasulullah ada berpesan, sampaikanlah ilmu walau satu ayat... Kita kena kongsi ilmu yang kita dapat dengan orang lain dan sebarkanlah yang baik2 agar ajaran Islam tu berkembang dengan baik... Anas sayang, ilmu Allah tu sangat banyak... Belum habis pun manusia di muka bumi ni mengkaji ttg ilmu2 Allah yang Maha Besar ini... Andai kita menulis ilmu2 Allah dengan 7 lautan dakwat sekalipun, masih ada lagi ilmu2 Allah itu... Bayangkanlah betapa luasnya ilmu Allah...

Kali ni Ummi nak kongsi apa yang Dr. Balkees cakap masa breastfeeding session kat gathering hari tu... Dr.Balkees ni paed merangkap LC kat Pantai Hospital, Penang... Breastfeeding session hari tu citer pasal weight bf baby...

~Dr.Balkees yang pakai baju peach~

First soalan Dr. Balkees, who think that your baby is underwight? Ummi suh Abah angkat tangan coz Abah rasa cmtu, keh3...

Dr. Balkees keluarkan chart, mcm yg Ummi tunjukkan kat entry ini, boleh rujuk link2 yg ada dalam entry tu for more details... So, berat Anas is normal dan sihat... So, mommies tak perlu risau sbb chart yang klinik2 kesihatan kasik tu based on FM baby nye growth...

Kat Malaysia ni memang tahap kesedaran tentang kebaikan susu ibu sangat2 rendah sampai Dr, Balkees cakap, kita ibu2 yang memperjuangkan pasal BF ni dah jadi mcm alien kat tempat kite sendiri... Ibu2 yang nursing baby diorang kat public hatta dlm nursing room sekalipun org asyik pandang2 je... tambah2 la klu anak tu dh boleh jalan, mmg org akan pandang pelik je... Kite plak kena berkempen untuk penyusuan susu ibu padahal benda tu fitrah sejak dulu lagi dan itu yang Allah kurniakan untuk para ibu dan babies...

Perasan tak orang sekarang rasa, baby ataupun kanak2 bawah 3 tahun tu wajib minum susu mengikut sukatan2 tertentu mengikut peringkat umur ...hadoi, paham tak ape Ummi cakap nih? Ummi pun pening nak explain, haha... Maksudnya, kalau la orang cakap, oh, baby setahun kena minum susu 6oz lima kali sehari plus makanan pelengkap (Ummi pun tak tahu bape sukatan ni, hantam saja), kita pun ikut je tanpa pikir perut baby tu dah full ke ape ke...

Baby ni dilahirkan dengan perut yang hanya sebesar duit syiling 10 sen... sangat kecil kan... Perut tu akan membesar ikut apa yang kita kasik dia makan... Means, kata Dr. Balkees, klu dr lahir kita bagi dia FM (yang lebih tepu, pekat dan berlemak), perut dia akan lebih besar berbanding baby yang minum susu ibu sejak lahir... Susu ibu ni lebih cair, ada lemak (hindmilk) di akhir2 penyusuan sahaja yang mengenyangkan baby dan membantu tumbesaran dia... So, perut baby bf lbh kecil sbb susu ibu cpt hadam dan menguatkan tulang...

So, kalau kita bagi byk makanan + susu, ikut sukatan yang dicadangkan (tanpa ikut keperluan tampungan perut baby), baby akan overfeeding seterusnya akan muntah2... Kalau kita pun kan, klu tlebih makan, akan rasa sebu, muak, sengkak kan...

Lagi pasal underweight ni, Dr. Balkees cakap tumbesaran bf baby & fm baby mmg berbeza coz fm kan susah nak hadam & dia akan tersimpan lama dalam perut baby yg akan bertukar jadi lemak. So, fm baby akan membesar lebar ke tepi, sbb tu fm baby sume chubby... susu ibu plak teksturnya lbh halus, mudah hadam & akan diserap oleh tulang utk kuatkan tulang. So, bf baby ni tulang lbh kuat & dia membesar memanjang (makin tinggi la). Betul tak? Anas mmg camtu...

Then Dr.Balkees ada cakap pasal DHA yang pengeluar2 fm dok kecoh2 tu. Dia cakap, kandungan susu ibu lagi banyak DHA untuk perkembangan otak bayi, lagi original, lagi natural... Kalau DHA dlm fm tu, ia dikaji dalam lab, for sure ada chemicals...

Ha, satu fakta baru yang Ummi dapat... Selama ni Ummi sendiri pun ingat susu adalah makanan utama baby & kanak2 bawah 2 tahun, dan solid food tu sebagai pelengkap... Tapi Dr. Balkees de terangkan sebenarnya makanan pejal is makanan utama baby dan susu tu sebagai pelengkap, for bf babies lah... Bila baby dah boleh makan solid food (6 bulan ke atas) susu adalah sebagai pelengkap. Doesn't matter kalau baby tak berapa kuat nyusu lps makan, sbb dia dah kenyang dengan makanan pejal... Ni jawapan Dr.Balkess kpd soalan siapa ek, Ummi tak ingat. Dia de masalah baby tak berapa nak minum susu.. Hm, Anas pun sama, siang2 kat nursery mmg tanak minum susu... Bila Dr.Balkees ckp camtu, lega la sket Ummi dengar sbb malam2 mmg Anas kuat nyusu, tak sempat nak rasa full langsung pun...

Dr. Balkees cakap kalau anak takmo minum susu kt nursery, ada dua cara:
  1. Bekalkan makanan pejal secukupnya + biskut & fruits for his desert + air masak.
  2. Bagi anak minum susu guna sudu atau cawan. Lebih baik mcm ni dari bagi botol.
(oh ya, makanan pejal tu, tekstur dia kena la ikut usia anak. kalau br mula solid food, blend bubur bagi halus, sehalus-halusnya. 2nd stage, lecek2kan je makanan dia, 3rd stage dah boleh kasi ketul2 sikit. kalau dah besar pun still blend halus2, sure die susah nak makan nanti)

Ummi de tanya pasal susu soya (kan bs Anas de kasik susu soya). Tegas Dr.Balkees, soy milk cannot be given to baby bawah setahun. Most of babies allergic dgn kekacang, moreover soy milk ni tade ape2 nutrition utk mbantu perkembangan baby pun... Then Dr. Balkees de cakap lps anak dah setahun, boleh bagi fresh milk (bukan formula milk tau!)

Fresh milk & Formula milk are two different things... So, baby setahun dah boleh minum Fresh Milk, lebih baik dari Formula Milk. Pilih yang fresh, full cream bukan low fat... Huh, sebulan lagi for Anas, lepas ni boleh minum fresh milk...

Ada sorang ibu ni cite masalah die susu dah kering, terpaksa kasik anak die fm jugak. So, Dr tanya cara dia pumping camne... Banyak la isu yang disembangkan pasal pumping session ni tmasuk la nursing room kat ofis... Mmg kbykn tmpt keje tak provide nursing room. So, kite kena fight for that...

Hm, pasal nursing ni kan, mmg Ummi kecewa sangat dgn mentality masyarakat kita... Baru2 ni Ummi de survey nursery baru utk Anas... Tempat die mmg ok, cantik, kemas, budak2 pun tak ramai, tempat ni pun mmg famous kat Alor Setar ni, dekat sangat dgt ofis Ummi... Tapi 1 je problem, pengurusan tak kasik Ummi dtg during lunch time mcm slalu, agak mengganggu diorang katanya... Huh, tak jadi la... Lagipun lps sembang2 dgn pihak nursery Anas skrg, Ummi tgk mcm dah ok, hopefully akan terus ok, cuma Anas je yang susah nak berenggang dgn Ummi, dah pandai nangis kuat2 kalau kena tinggal...

Hm, ibu2 yang de join gathering hari tu, kalau ade ape2 yang Dr.Balkees cakap hari tu, Ummi tak citer kat sini, tolong top up ek... Shira pun tak bape ingat sangat...

Haha, bila baca balik dari atas, Ummi ni macam tulis report plak... Haha... Tape lah kan, asalkan dapat share info dgn mommies out there yang tgh susah hati pasal berat anak nih... Bukan kita tak kasik campur2 dgn fm tapi seboleh2nya tak la. FM bukan solution utk naikkan berat baby. Kecik2 pun, kalau dia aktif, sihat, ceria kan lebih afdhal.

Ha, Kak Shida ade cite pasal kat US ade wat kajian kaitan criminal dgn breastfeeding tau! Bila dikaji, penjenayah2 kat sana kesemuanya tak minum susu ibu masa kecik... So, pilihan di tangan ibu2 sekelian, cakap2 orang keliling bukan penyebab kita nak kasik FM. Sesungguhnya character anak2 yang minum susu ibu ni lebih lembut, penyayang dan cerdas... Boleh baca kat blog IZZA.. Kalau kat Barat kan, susah sangat nak jumpa FM, kalau ada pun sangat2 mahal. Cuma ibu2 yang menghadapi masalah je kasik anak FM. Pulak tu, FM kat Malaysia ni sume imported kan...

P/S: risau plak akan ada entry sentap dr mana2 ibu yang kasik FM lepas ni, huhu... Shira tak berniat nak kata FM tu tak bagus... Entry ni hanyalah untuk share info ttg susu ibu yang Dr.Balkees sampaikan tu kpd kawan2 yang tak dapat dtg gathering hr tu.
Then, Shira rasa Shira perlu berkempen sikit ttg breastfeeding dan semoga lps ni lebih ramai yang breastfeed baby kalian... Jangan sentap2 ya... Peace no War, Sharing is Caring...


Ummi & Abah sayang Anas!

Sunday, February 21, 2010

Rentetan entri 'Anas is no longer fully BF baby'

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang... Semoga Anas senantiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...

Ummi rasa ada sesetengah pihak tidak senang dgn entry Ummi, "Anas is no longer fully BF baby..." Abah pun cakap, entry tu terlalu direct... Hm, sebelum Ummi mencoret pun, Ummi dah agak mcm ni... Tapi, 100% tujuan Ummi mencoretkan entry itu hanyalah untuk meluahkan apa yang Ummi rasa... Terus terang mmg Ummi lemah, takde kekuatan mcm mana nak setelkan hal tu... 100% coretan Ummi hanyalah utk dapatkan sokongan dr kawan2 blogger Ummi yang Ummi tahu, semuanya berpihak di sebelah Ummi dan akan memberikan Ummi sokongan dan kekuatan utk Ummi berhadapan dgn pihak2 tertentu.... Ummi tak highlight apa2 nama pun dlm entry tu demi menjaga hati mereka... Cuma insan yang dekat dengan Ummi je yang tahu....

Ya, tekaan Ummi tepat...Ummi dapat banyak sangat yang sumenye positive, sokong dan beri kekuatan kat Ummi dan secara tak langsung bantu Ummi untuk menyelesaikan hal ni...

Komen2 dr mamanoa, Ibu Ayra, temp. housewife, Jadirah, kakyong, Nadiah Sidek, NURUL IZZA, shakeymirza, Lady Qay, [-suziey-], puan punyer, Momma Mia, lin muhamad, Sharini aka Ummi Khayra, @e_da, Ummi Salsabila, ibu_arifa & Fara memang menguatkan semangat Ummi yang hampir berputus asa meneruskan impian Ummi untuk fully BF Anas sampai 2 tahun... Ummi sangat2 menghargai komen2 membina kalian, yang telah membuka mata ramai pihak tentang isu ni terutama Abah Anas... Kan Ummi pernah cerita Abah Anas tak begitu yakin Ummi fully BF Anas & minta Ummi campur gak dengan FM... Sebelum ni memang Ummi buntu macam mana nak explain kat Abah, bagi Abah faham & terima pendirian Ummi...

Huhu, Ummi dengan Abah sejak dulu mmg jarang sependapat, contohnya macam Abah suka tengok movie tapi Ummi tak... Abah suka outing tapi Ummi lebih suka duduk rumah... Abah suka memancing tapi Ummi rasa buang masa je mancing nih... Tapi perbezaan ni lah yang meluaskan perjalanan hidup kami... Tak suka bukan bermakna kita tak buat kan... Kadang2 kita sebagai pasangan ni kena terima lifestyle pasangan kita terutama yang newly married couple mcm kami nih baru la jugak kan... Abah boleh kongsi minat Ummi, dan Ummi boleh selami minat Abah... Contoh mancing la... First time ikut Abah mancing mmg Ummi rasa boring pada mulanya, tapi lama2 rasa seronok walaupun tak dapat udang galah... Siap ajak Abah pi lagi plak tu... (huh, dah out of topic nih...)

Pendek kata, rentetan entry Ummi tuh, Ummi dapat mesej dr mamanoa kat fb tanya Ummi tak join ke gathering susuibu & ratuhati zon utara kat penang... Cepat2 Ummi buka susuibu.com, baca details, pujuk Abah ajak pegi, Abah setuju, terus Ummi bagi nama kat rozie... So, berangkatlah kami semalam ke Taman Belia Penang utk join gathering tuh! Best sesangat...

Ops, kena buka entry baru nih! Tunggu ya! Ummi nak habiskan keje sket.... Pendek kata, pandangan Abah dah berubah & Abah setuju pendirian Ummi, Ummi dah berjaya bersemuka dengan pihak nursery & Ummi boleh buat kerja dengan sedikit tenang hari ini....

p/s: Izza, akak print out entry Izza tu untuk kasik hubby baca... Nanti akak cite apa komen dia ek... Huhu... Thanks sesangat kat Izza....


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, February 17, 2010

Anas is no longer fully BF baby....

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang... Semoga Anas senantiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...

Anas sayang, Ummi dah rancang dan cuba berikan yang terbaik buat anak Ummi, namun Allah dah tetapkan segalanya... Tika ni mmg Ummi sangat2 sedih, kecewa, geram, marah sangat2 tapi apalah yang Ummi boleh buat.... Ummi hanya mampu bersabar....

Ummi tak tahu sejak bila, tapi dari cerita babysitter Anas, dah lama diorang bagi FM (soy milk) kat Anas, kata diorang Anas minum FM tu lg laju dr EBM yang Ummi tinggalkan untuk Anas... Kebetulan diorang nampak Anas tanak menyusu dengan Ummi masa Ummi pergi kat Anas during lunch. Of course la Anas tanak nyusu sbb Anas dah kenyang makan bubur kan sayang... Selama ni bila Ummi tanya mcm mana Anas minum susu, diorang cuma jawab Anas taknak minum EBM yang Ummi tinggalkan tu... Tapi diorang tak pernah berterus terang yang diorang bagi Anas soy milk... Yang Ummi sedihkan diorang tak pernah cakap... Anas ni ada allergic... Selama ni Ummi selalu elakkan Anas makan apa2 yang boleh menyebabkan allergic tp diorang ikut suka hati je bagi apa2 tanpa pikirkan hal tu... Ummi dah pernah ckp kat diorang yang Anas allergic...

Bila Anas sakit baru2 ni, tergerak hati Ummi nak sembang2 dgn diorang... Cite punye cite, diorang terbukak la 1 cerita yang Anas suka minum soy milk... Siap diorang tunjukkan tin susu tu kat Ummi... Patut la selama ni diorang beria suh Ummi bawak fm untuk Anas... Selama ni diorang cuma amik susu anak orang lain untuk kasik Anas minum... Bukan setakat susu, botol susu baby lain pun diorang pernah kasik Anas pinjam... Ini memang Ummi sangat2 marah. Tapi Ummi cakap baik2, sbb Ummi hormat diorang, diorang tolong ngasuh Anas... Tapi tu lah, Ummi tak puas hati... Dah lama Ummi pendam rasa tak puas hati ni, Ummi rasa Ummi dah tak boleh pendam... Ummi dah call kawan Ummi kat pengurusan, bincang ngan dia.... Hope diorang dpt tukar balik babysitter lama Anas tu...

Ummi sedar skrg ni rakyat Malaysia belum cukup ilmu tentang breastfeeding. Dan Ummi tahu ramai readers kat luar sana yang kutuk2 bf mommies, yang suka perli2 Ummi pertahankan breastfeeding ni... Ummi pekakkan telinga, buat dek je kat orang2 mcm tu... Memang sakit hati tp buat tatau je la... Klu dilayan lg sakit hati kan....

Ada plak pendapat org ckp ibu2 yg still bg susu badan walaupun anak dah besar ni, mcm mendera anak, tak kasik anak makan cukup la... Bila Ummi pertahankan jugak2 pendapat Ummi, orang tu akan ckp cmni, "Awk tu anak baru sorang, awak muda lagi, takde pengalaman... Kami ni dah tua, dah banyak pengalaman, anak dah ramai, kami lebih tahu mcm mana nak besarkan anak.... Anak2 kami membesar, sekarang sihat takde masalah apa pun..." Ummi sangat2 sedih dengar statement cenggini... Bukan Ummi tak hormat orang2 yang lebih berpengelaman tp bila diorang langsung2 memperlekehkan pendapat kite ttg BF ni, sakit la jugak...

Ummi ada luahkan kat paed Anas... Dia ckp apa tau, "Sebab orang2 dulu2 pakai hantam saja bagi anak makan, sbb tu la, orang2 skrg byk penyakit... Muda2 dah ada darah penyakit 3 serangkai.." Sedap sikit hati Ummi dengar jawapan paed Anas tu... Betul tak pendapat dia? Bukalah minda, fikir2kanlah.... Bantulah negara kita kurangkan penyakit2 org kaya tu....

Ummi dah sembang dgn BS Anas baik2, tapi nampak gaya diorang susah nak terima pendapat Ummi.... Ummi cadangkan pihak pengurusan, tolonglah amik serius apa yang Ummi luahkan ni... Kalau perlu bagi kursus semula tentang breastfeeding, Ummi leh tolong carikan someone utk bagi talk ttg susu ibu & mcm mana nak uruskan EBM kat nursery...

Kepada BS Anas, tolong la hormat saya sebagai ibu sbb kalian pun ibu jugak... Kalau kalian tak suka orang buat sesuatu kat anak kalian, saya pun mcm tu la jugak... Sakitnya hati saya, bila saya harapkan orang menjaga anak saya dengan baik, kalian buat anak saya ikut suka hati kalian je... Saya tahu kalian memang tak kisah sbb tu bukan anak kalian kan, tapi mcm mana klu kena kat anak kalian? Saya titipkan anak saya dengan harapan pengasuhnya mengasihinya seperti mana saya sangat2 sayangkan dia, tiap2 bulan saya bayar yuran yang agak mahal dengan harapan saya akan mendapat imbuhan setimpal dengan wang yang saya invest tu...

Pengajaran buat Ummi dan readers out there:
  1. Siasat latar belakang BS.
  2. Bincang dgn BS baik2 before hantar anak. Beritahu dia apa yang kita nak.
  3. If anak BF, terangkan cara nak kendalikan EBM.
  4. Bantu BS utk kendalikan EBM, jgn susahkan dia.
Ummi dah buat sume ni awal2 lagi, tapi tak tahu kat mana silapnya... Ummi tak alami sume masalah yang Ummi cite kan di atas dgn BS lama Anas... Tapi dengan BS baru Anas, Ummi rasa mcm nak benti keje, atau bawk Anas dtg ofis... Mmg berat hati Ummi nak hantar Anas kat nursery stay ngan BS baru... Dia baik tapi Ummi tak begitu senang cara dia kendalikan baby... Pihak pengurusan ada ckp kat Ummi, diorang tgh dlm proses nak tukarkan balik BS lama Anas... Harap2 cepat la proses tu...

Ummi ada terpikir nak cr FM utk Anas bekalkan kat nursery. Ye lah, dh diorang pun nak sangat Anas minum FM, biarlah Ummi belikan sendiri kan, tak perlu la nak amik org lain punya. Dah la mak bapak budak tu beli mahal2, suka2 je diorang nak kasik orang lain minum kan... Senyap2 plk tu, tak ke mcm mencuri tu... Dah la kasik anak kita yg minum, nauzubillah, mudah2an dijauhkan Anas dr makan makanan dr sumber2 haram... Allahuakbar! Takut bila pikir soal halal haram yg akan menjadi darah daging kita nanti...

Ummi tahu Ummi perlu bertegas, Ummi dpt email dr lactation td, die cdgkan Ummi bekalkan buah2an, biskut dan air masak selain bubur nasi kat nursery... Kalau Anas tetap taknak minum EBM yg Ummi bekalkan, Anas still ada makanan lain yang lebih baik dr soy milk...

Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi