"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, January 31, 2011

Tema dapur hitam putih

Lately ni bila kerap cite pasal masak, Ummi akan selitkan gambar kat dapur sekali. Then, ade plak request dr teman blogger nak tengok dapur ummi. Aiseh! Malu sebenarnya nak tayang dapur ni. Kalau orang datang umah pun, memang segan kan nak bagi orang masuk dapur, hehe... So, Ummi tanya la Abah, camne. Setelah berbincang, kami bukan berniat nak tayang pun. Sekadar nak berkongsi je la... Tapi dapur kami ni sederhana je...


Buat Sha@Mama Tina, kami memang suka konsep hitam putih. Tapi umah kami ni umah lama. So, dinding dapur kami ni memang klasik cket la.. So, takde la fully ikut tema dapur kami ni... Kayu kat kabinet plak, masa menempah, nampak dalam album diorang warna hitam, bila siap macam warna coklat la plak... Huhu, takpelah, asalkan ade daripada takde... Bersyukur!


Ummi kalau nak masuk mana2 rumah, benda first yang Ummi tengok ialah dapur. Ummi suka dapur yang luas. Biar sempit mana pun rumah tu, yang penting dapurnya luas. Kawan2 plak camne?

Semenjak kawin ni, dah 3 kali kami pindah rumah. Dan kesemua dapurnya luas. Alhamdulillah. Ntah lah, Ummi memang lebih selesa dengan dapur yang luas.

Ok, cite pasal dapur ni. Asalnya dapur rumah ini agak klasik la. Stail lama punya. Dulu kabinet kayu warna coklat. Yang dalam gambar ni sume dah di renovate la, siling, lantai dan kabinetnya. Tiles kat dinding je masih kekal. Memang pattern lama kan...

**Ummi berkenan sangat konsep dapur baru kat rumah Achik Ummi kat Sentul... Masa Ummi gi sana baru2 ni, belum siap renovate lagi...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Tuesday, January 25, 2011

Resipi: Pengat Pisang Warisan


Kenapa Ummi panggil pengat pisang warisan? Sebabnye die resipi turun temurun family sebelah Nenda Anas. Kami tak pasti cara orang lain masak. Tapi ini la yang Ummi belajar dari arwah nenek Ummi, dari Nenda Anas... Dan katanya dari Buyut (Moyang Ummi) jugak. Adik beradik Nenda Anas pun buat macam ni jugak la...

So, memang la takde sukatan yang khusus. Sebab family Nenda ni kalau masak, mmg takde sukatan. Main agak-agak je...

Bahan-bahan:
Pisang Nangka (agak-agak la nak masak berapa banyak kan)
Santan (agak-agak leh terendam pisang tu)
Sagu (tak banyak sangat - agak-agak dalam 1-2 sudu besar)
Gula Merah (pun main agak-agak ni - depends la nak bagi warna die merah2 sikit) 1 sudu besar pun dh cukup if masak banyak.
Gula Biasa (pun agak-agak ye - depends pada kuantiti yg korang masak - kena rasa sendiri, hehe) ok la, dlm 3 sudu besar camtu la - nak bagi rasa manis
Garam secukup rasa - jgn terlalu masin ya! Bagi balance je rasa pengat tu.

Cara membuatnya:

Mula2 potong pisang kecik2 then rebus sekejap bg lembut...
Then masukkan santan - agak-agak la nk banyak mana kuah pengat tu...
Basuh sagu dan masukkan sekali dgn santan.
Biarkan mendidih dulu then masukkan gula merah, then gula putih dan garam...

Hm, korang kena agak-agak dan rasa tau... Ummi mmg agak-agak je, takde sukatan pun....

** Dah resipi ni main 'agak-agak' je, agak-agaknye korang nak cuba buat tak? hehe....
** Boleh tukar nama resipi la, Pengat Pisang Agak-Agak, haha...
** Nak wat camne, bila tanya Nenda pun, Nenda akan jawab - 'agak-agak je la Long, kena rasa-rasa la, tak reti nak bagi sukatan ni...' hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Resipi: Karipap


Ummi dah pernah postkan resipi karipap ni kat blog lama Ummi. Ni masa zaman anak dara lagi ni. Dulu buat dengan bantuan bibik la. Tapi yang dalam gambar di atas, sendirian berhad la...

ni gambar2 dr blog lama - masa ni rajin amik gambar step by step - skrg dah ngak rajin lagi, hehe... boleh je nak refer blog lama tu...

Biasanya Ummi buat inti karipap kentang+ayam+kari. Hari tu je saja cuba2 nak wat inti karipap kentang+lada.

Inti karipap (kari) - amik dari blog lama gak...

bahan2nya… (org pun xtau the exact measure…coz main campak2 je…)
kentang dipotong dadu kecik2 je…
bawang merah/putih…untuk menumis
udang/ayam/daging… org guna udang kali ni punye…
serbuk kari sket… pndai2 bajet la nk taruk byk mana….
garam secukup rasa

>>tumbuk bawang dulu sampai halus pstu tumis la, pastu masukkan serbuk kari yg tlh dibancuh dgn air…bila dh naik minyak, masukkan kentang….tunggu smpai kentang empuk baru masukkan udang…pastu taruk la garam secukup rasa…dh agak masak, angkat n sejukkan…

Inti karipap (lada)

Yang ni Ummi tak tahu resipi yang betul2 cmne. Tapi Ummi buat ikut agak2 Ummi je le...

1 ulas bawang besar - didadu
5 biji kentang - dipotong dadu (kentang Ummi guna hr tu halus2 je)
Air
Garam
Lada Hitam
Daun Sup + Daun Bawang

Mula2 tumis bawang dulu sampai layu, then masukkan kentang dan air. Biar kentang empuk dan air kering, masukkan garam dan lada hitam. Gaul rata, then masukkan daun sup & daun bawang. Dah masak tu, tutup api, ketepikan inti dan sejukkan...
Cara nak buat kulit karipap plak:

bahan2:
tepung gandum…agak2 la nk wat byk mana…td org pakai 2cawan tepung
marjerin ckit…agak2 jugak
secubit garam
air
campurkan sume bahan di atas n uli smpai lembut…
dh jadi doh, betukkan bulat kecik2 mcm dlm gambar…
Ummi guna 1 cawan air untuk 2 cawan tepung. (tepung ayak dulu bg halus) air plak masukkan sikit demi sikit tau, jgn sekaligus...

Then, biarkan sekejap doh tu (bertutup) - org ckp bg lembut dulu... Pastu boleh la mula buat karipap - boleh follow step Ummi kat sini.

Selamat mencuba ye kawan2... Karipap ni leh wat frozen. Bila2 nak makan, goreng je la... Tapi simpan elok2 la. Jangan tindan karipap (nanti melekat antara 1 sama lain) - lapik dgn plastik dan jarak2kan sikit bg ada ruang. Yang penting jgn bg melekat je...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Resipi: Ayam Goreng Berempah


Ummi tak ingat mana Ummi amik resipi ni. Tapi Ummi jumpa masa dok cari2 resipi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah masa Ummi dok ngidam dulu tu... Resipi dia simple, tak macam resipi yang bibik lama Nenda Anas bagi dulu - renyah sikit yang tu...

Dah alang2 ramai bertanya kat fb, so, Ummi post kat sini je...

AYAM GORENG BEREMPAH

(untuk 1 ekor ayam ya)

Bahan2:
1 ekor ayam (ikut suka la nak potong berapa kan)
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
3 sudu besar cili kering di blend
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung goreng ayam
Garam secukup rasa

(bahan utk blend):
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 inci halia
3 batang serai

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan & perapkan selama beberapa jam.
2. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Simple the dimple je kan... Selamat mencuba!


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, January 24, 2011

Nasi lemak for our dinner...

Tadi blogwalking kat blog sape ye, tak ingat. Die cite pasal nasi lemak. Tetibe rasa teringin nak masak sendiri. Tanya Abah nak tak dinner nasi lemak. Abah tanya, ada pilihan lain tak? Hehe... Ummi cakap, Ummi teringin nak buat nasi lemak, lauk ayam goreng berempah. Kalau Abah tanak, Ummi wat nasi goreng je la sbb tak de idea nak masak ape2 lauk, boleh tak? Hehe...

Abah cakap, kalau ayam goreng berempah Ummi, Abah nak la, hehe... Senang cerita. Set, menu dinner Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah....

Rest kat umah ni, semangat sket nak masak sbb ada banyak masa. Kalau balik keje petang2 tu mmg penat sket la...

Jom jengok2 aktiviti kami 2 beranak kat dapur...


Hah! Sape nak buat menantu angkat mouse na!
Rajin tak anak teruna Ummi tolong Ummi kat dapur... Sebenarnya sebelum ni dia tengah nangis sbb nak n***n. Nampak je Ummi bawak turun lesung, terus nak tolong Ummi tumbuk bawang.


Senyum sayang!
Ni Ummi suh dia senyum, cmtu plak gaya dia senyum...


Kenapa muncung mulut tu?
Masa ni dengar bunyi aeroplane lalu kat atas bumbung...


Perap ayam dengan rempah...


Menu kami for dinner - Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah


Yang paling ditunggu2 oleh Abah - Ayam Goreng Berempah


psttt... Abah cakap sambal tumis ikan bilis Ummi sedap - Alhamdulillah...
Best kan tgk suami berselera makan penat2 balik keja ni...


Hidangan wajib bersama nasi lemak - Telur rebus & ikan bilis goreng


Juga timun


Nasi lemak - Ummi taruk santan sikit je -diet ok!- pastu taruk halba & halia bg wangi... Lupa plak taruk daun pandan bg lebih aroma...


Bila bagi Anas makan sendiri gini la jadinya... Comot sangat... Ummi biar je die makan sendiri. Tapi lepas tu mmg kena suap la... Anas kalau makan sendiri, dia akan pilih, nasi-nasi saja, telur-telur saja, ayam-ayam saja... Die tanak campur2...

Dalam gambar ni, pinggan nasi dia Ummi dah letak tepi sbb lebih banyak berterabur atas high chair dia & atas lantai. Then baru suap dia makan... Baju mmg dah comot habis la, toksah cakap...


Bersih je meja dia? Sebabnya sume die dah tolak ke bawah, huhu....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Breaastfeeding SGM sesi 1/2011 @ Alor Setar, Kedah


Ni la karipap yang Ummi buat Jumaat malam tu, pagi Sabtu goreng je untuk breakfast... Bila nak makan je, aiyark! camne leh masin ni padahal masa masak rasa ok je... Kat mana silap ni... Sudahnye, cantik2 pun takleh makan gak... Sedih bangat!


Ni plak pengat pisang kali ke-2 Ummi untuk dibawa ke SGM. Kali ni baru jadi, belajar dari kesilapan semalam untuk hasilkan yang lebih baik lagi... Cumanya, sayang sangat Ummi tak jumpa pisang nangka. Kalau pengat pisang guna pisang nangka lagi sedap la...

Ni kiranya first SGM kami di Alor Setar utk tahun 2011. PC, Sis Hana Seman masih tak sihat, so topik bebas je untuk kali ni. Kami lebih kepada perbincangan masalah penyusuan utk ibu2 yang baru join SGM ni. Ummi banyak gak bertanya pada PC ttg persediaan nak breastfeed 2nd baby ni. Masa Abang Anas dulu kan, zero knowledge. So, kali ni harus dan wajib buat persediaan yang cukup dari awal lagi... Best sangat join SGM, mmg berguna la!

Abah tanya, best ke pi SGM ni? Huish, mesti la best! Abah tanya kenapa? Sebabnya kita sharing & caring ttg breastfeeding. Kalau kat luar kami tak dapat sokongan, kat sini kami happy sbb semua orang sokong & sembang & support breastfeeding semata2... Kami saling membantu, saling melengkapi, saling mendengar, meluahkan masalah dan kami dapat solution ttg permasalahan kami. Kami mendengar cerita dan pendapat orang lain. Walaupun kekadang kami tiada masalah, tapi bila dengar masalah orang lain, kami dah bersedia untuk menghadapinya..

ITULAH BESTNYA SGM KAMI!

Ahli baru & juga ibu baru (baby baru 3 bulan) - Syazly sedang berkongsi cerita. Sblm ni dia tak tahu langsung camne nak pam, perah & simpan susu. Alhamdulillah, dia jumpa group ni dan dia sangat teruja nak fully bf baby dia lepas ni... Kita sama2 doakan untuk dia ya!

Muka lama dan muka baru. Yang kat tengah bersama anak2 yang ramai itu ialah otai bf kami, Kak Yus - seorang lawyer. Dah 7 orang anak, kesemuanya fully bf tau! Ada plan ke no.8? - Good Luck Kak Yus!


Kiri sekali, PC kami, Sis Hana Seman - Kak Pah - Sis Mariani - adik Syazly & Syazly


See, kami happy sharing & caring pasal breastfeeding. Darikiri: Azan, ahli baru jugak - K.Rini owner Whizchini - tempat kami berSGM setiap bulan. Kanan sekali ni, Kak Nida - sejak Rifhan 8bulan dia jadi exclusive expressing mother sbb Rifhan reject direct feeding. Tapi dia tak pernah kenal erti putus asa. Chaiyok Kak Nida!


Ni la Rifhan


Firas yang sgt suka makan. Syok tau tgk budak2 suka makan ni, sbb my lil Anas makan banyak bila dia rasa nak makan banyak je, ada time & mood die la... hehe...


Anak Kak Pah yang kecil molek...


Ahli baru SGM juga, Amy


Healthy fully bf baby, anak Azan.

Kepada ibu2 di nluar sana, HAPPY BREASTFEEDING! Selagi kalian mampu, keep bf your baby. Dalam pantang mmg banyak cabaran. Insya'Allah for this baby, Ummi akan berusaha kuatkan semangat utk exclusive bf. Masa Abang Anas dulu mmg zero knowledge even target nak fully bf for 2 years... Sekurang2nya Ummi bersyukur sbb Ummi belum terlambat jumpa blog2 ibu2 yg fully bf ni... Lepas Ummi dah tahu, faham, mmg no more FM for Anas sampai la Ummi pregnant plak. Even skrg pun, Ummi mcm tak syiok bg Anas minum FM. Lepas ni kena educate org sekeliling lebih sket.

But Alhamdulillah, walaupun pregnant dan susu tak meriah cam dulu, walaupun sakit bila bf, Ummi masih mampu bf Anas lagi sekarang ni... Perjalanan kami dah hampir ke 22 months... Ada 2 bulan lebih lagi utk completekan hak Anas... Chaiyok Ummi!

P/S: Ummi sangat happy sejak semalam sbb dapat msg dr kawan Ummi. Alhamdulillah, Ummi bantu seorang lagi ibu baru dalam breastfeeding. Walaupun mak die suh die campur, die tetap bertekad nak banyakkakn susu untuk anak die... Alhamdulillah, tips2 yang Ummi bagi kat die sangat berguna kata dia... Ada kelapangan nanti Ummi share dgn semua... Good Luck Nor!



Doa buat semua ibu yang menyusukan anak dengan susuibu...

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sepetang di dapur...


Sepatutnya Ummi kena banyakkan rehat sekarang. Hari Khamis lepas gi jumpa gynae refer masalah Ummi ni. Kan sejak kandungan masuk 20 weeks, Ummi dah mula rasa sakit sangat kat bawah, susah nak bergerak. Masa Anas dulu, 32 weeks baru rasa sakit camtu...

Jumpa Dr.Annuar Husainy, die ckp tulang pelvis Ummi kiri dan kanan dah lembut. Ummi cakap la kat dia, masa Anas dulu 32 weeks baru rasa. Dia cakap tu la, setiap kandungan takkan sama tapi tu la, awal plak tulang pelvis Ummi dah lembut pregnant kali ni. Dia kata, mmg takde ubat & takleh watpe except kena banyakkan rest.

So, dia suh Ummi banyakkan rehat, jgn buat kerja berat, jangan angkat berat2. Sampai bila? Sampai bersalin... Huhu...

Tapi kita orang perempuan ni, bukan setakat kerja kat ofis, kerja kat umah lagi nak kena setelkan, tul tak? Kalau dapat MC tu, just rest dr kerja ofis la. Kerja umah? Mr.Hubby terima ke MC kite tu, hehe... Tambah plak Ummi ni, time kerja Abah tak menentu. Kadang2 weekend kena kerja, balik ofkos la lepas kul 8 baru sampai umah. So, cmne la Ummi nak rest?

Tapi bab masak mmg takleh rest pun. Kalau tak ape kami nak makan kan... Tapi sejak doc cakap Ummi kena rest ni, rajin la plak Ummi berlama2an kat dapur petang Jumaat lepas.
Alkisahnya Abah penat sangat, tido mati baru balik mancing kat Penang. So, dalam keboringan tu, Ummi kemas dapur. Tengok2 banyak plak kentang kat dapur ni. Taktau nak masak ape. Pastu teringin la plak nak buat karipap. Tanpa banyak bicara, kupas kentang, potong dadu. Kupas bawang. Ada udang dlm peti ais tp cam malas nak bg lembut dulu. So, guna kentang je buat inti karipap berlada. First time nak try buat inti kentang berlada ni. Sebelum (last time buat before kawen tau, haha) ni pakai kari je.


Menjadi jugak, tapi rasanya better taburkan lada masa kentang dah empuk dan air dah kering... Takpe next time cuba lagi... Lepas siap intinya, uli doh kulit karipap plak. Lepas tu bulatkan kecik2 dan biarkan sekejap.

Sementara tunggu tu, Ummi sempat buat pengat pisang plak (orang utara panggil serawa - read: seghawa pisang). Pun first time cuba buat. Tak berapa jadi sangat tapi boleh la makan.


Malam tu baru sambung balik buat karipap.

Nak tahu, petang tu disebabkan Abah terlalu penat, takleh nak layan Anas, Anas pun datang meneman Ummi kat dapur, lalu tertidur sambil minum susu. Betul tak caya, tengok gambar2 kat bawah ni... Sian die kan...


Tak namoak mcm tido kat dapur ek... Jap2, scroll bawah lagi...


Ha, nampak tak kaki meja makan?

Tong sampah & mesin basuh

Kasi clear sikit suasana dapur...

Sian Ummi tengok die sampai tertido kat dapur sbb nak teman Ummi. Siap bawak bantal die lagi... Anas ni mmg tak boleh tido sendiri. Pernah sekali tu dia amik bantal Ummi bawak ke dapur sbb nak ajak Ummi bum bum sekali padahal masa tu Ummi nak masak untuk dinner...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive