"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Pendidikan Awal Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Awal Anak-Anak. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Hadiah Birthday


Inilah hadiah birthday dari Ummi & Abah untuk Anas tahun ni. Ingat tak Ummi pernah cerita ttg hobi Anas main iPod Ummi? Dalam iPod Ummi tu, dia suka application MyFirst Iqra'. Application tu dari IslamKids.my ni la. Ummi jumpa produk ni dari Brainy Young Caliph. Terus niat nak hadiahkan untuk Anas sempena dia 2 years old.

Anas excited sangat dapat hadiah ni. Tapi rasanya Ummi yang terlebih excited, hehe... Tak sabar nak ajar dia macam-macam. Ummi suka la buku2 ni. Menarik perhatian kids to learn. Lukisan kartun dia pun comel sangat. CD dia Ummi cuba bukak kat TV tapi takleh baca. Belum cuba kat laptop or komputer lagi sbb tak sempat. Weekend ni, insya'Allah...

This CD set is best used as an educational aid for your 2-4 years old kids. The cute and interactive characters makes learning about Islam and FUN adventure for the Baby Khalifah.
So what will you get when you purchase this set? 
  • 6 Baby Khalifah CDs on [My First Solat], [My First Kalimah], [My First IQRA], [My First Arabic], [My First Adab] & [MyFamily],
  • 6 workbooks, on [My First Solat], [My First Kalimah], [My First IQRA], [My First Arabic], [My First Adab] & [MyFamily],
  • 1 color set,
  • 1 car sticker,
  • 1 flashcard set; and
  • 1 bookmark.

Harga? RM90.00 sahaja. Berbaloi kan....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Saturday, March 26, 2011

Recognizing Shapes

Alhamdulillah, Anas dah boleh mengenal bentuk. Ni application dr iPad. So far, iPad ke iPod ke iPhone ke sgt byk membantu kami for early educations ni.

Tak sabar tunggu next week. Ade something special untuk Anas - birthday present for Anas lah. Birthday dia 29 March ni...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, February 21, 2011

Ransangan Tarbiyyah Anak (12-18 bulan dan 18-36 bulan)

Ransangan Tarbiyah Anak (12-18 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini (umur 0-6 bulan & 6-12 bulan)

  1. Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat yang lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini Insya'Allah membantu perkembangan behagian tertentu otak anak (cortex).
  2. Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
  3. Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleg anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah (Subhanallah, Masya'Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar). Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: Bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.
*Teringat masa kecik-kecik dulu, banyak sangat nasyid kanak-kanak tentang kebesaran Allah. Nasyid dari Kumpulan Raihan pun sangat-sangat membantu.



Ransangan Tarbiyah Anak (18-36 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini.

Maksud hadith:

  1. Ajarlah anak kamu surah al-Furqan (25:2) apabila dia mula berkata-kata.
  2. Ajarkan anak kamu 3 perkara: mencintai Nabi, mencintai keluarganya dan membaca Al-Qur'an.
INTELEK
AQIDAH
TAUHID

Mengajar potongan-potongan surah al-Furqan (25:2) menggunakan teknik pembelajran yang menarik dan berkesan.

Ayat-ayat lain termasuk:
An-Nahl (16:17) ; Al-A’laa (87:1-4) ; Al-Ikhlas (112:1-4) ; Al-Fatihah (1:1-3)
dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah.

SEERAH
RASUL

Pengajaran seerah para Rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iatu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun.

Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.

AL-QURAN

Perkenalkan Al-Qur’an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30 (Juz ‘Amma). Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran Aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari Al-Qur’an.

Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi Al-Qur’an.


*Bapa-bapa pun boleh aplikasikan sesi ransangan tarbiyah ni ya.
*Bila waktu solat lebih berkesan dengan bapa sebabnya bapa boleh baca kuat untuk memperkenalkan surah-surah lazim dibaca ketika solat kepada anak. ~Solat Jemaah~


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ransangan Tarbiyyah Anak (6-12bulan)

Sambungan siri Ransangan Tarbiyah Anak
Teruskan ransangan yang dibuat untuk kumpulan umur 0-6 bulan.
BAHASA

Mengajar kalimah tauhid yang berikut dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur mengikut cara yang sama seperti dahulu.

   §  La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
   §  Allah Yang Maha Esa
   §  Tiada sekutu bagi-Nya (tiada yang serupa dengan Allah)
   §  Kepunyaan-Nya kerajaan (semua milik Allah)
   §  Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah)
   §  Dia menghidupkan dan mematikan
   §  Di tangan-Nya segala kebaikan
   §  Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

INTELEK

Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar (flash cards) atau buku-buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya.

   §  Kad gambar berukuran 25cm x 25cm
   §  Gambar jelas tanpa latar belakang yang mengelirukan
   §  Gambar betul atau lukisan yang tepat
     
Contoh:

   §  Set tanda kekuasaan Allah di langit (matahari, bulan, bintang, planet)
   §  Set tanda kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika)
   §  Set haiwan : [set mamalia], [set burung], [set ikan], [set serangga]
   §  Set tumbuhan: [set bunga], [set daun], [set buah], [set pokok]

Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
           a)      kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaa ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
            b)      memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan-persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya, juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set yang sama jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.

JIWA

Solat di samping anak.  Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. Bacaan jelas didengarkan pada anak.

Pada mulanya anak mungkin akan menggangu kita solat. Tapi bila sudah biasa, dia akan mengerti waktu solat tidak boleh diganggu dan dia akan cuba mengikut gerak solat kita.

FIZIKAL

Untuk meransang fizikal anak, biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini Insya’Allah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan kiri). Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan.
(Contoh: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk dilalui oleh anak)

Kalau boleh, elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.


Nota Ummi:
1.       Sentiasa biasakan lidah kita menyebut kalimah-kalimah tauhid untuk biasakan anak-anak mendengarnya. Semoga kalimah-kalimah itu sentiasa membasahi lidah mereka kelak.
§  Sentiasa baca Bismillah jika nak buat sesuatu. Bab baca doa makan, sekarang Anas yang akan tegur Ummi kalau Ummi terlupa baca doa makan masa nak suapkan dia…

2.    Biarpun anak tidak menunjukkan minat terhadap kad-kad yang kita tunjukkan, jangan putus asa, terus mencuba dan menyebutnya. Percayalah, anak anda akan minat untuk belajar.
§       Anas lebih suka tengok flash cards kat iPod Ummi, huhu… Yang tu ada bunyi sekali. So, Ummi guna iPod untuk proses ni…

3.      Anak kecil sentiasa memerhati dan cuba meniru tindak tanduk kita. Jadi, tunjukkan lah segala yang baik di depan mereka untuk di contohi.
§  Bila masuk waktu solat, Ummi akan cakap kat Anas, sekarang waktu solat apa? (Subuh;Zohor;Asar;Maghrib;Isya’) dan bagitau dia jumlah rakaat dalam solat untuk setiap waktu.

4.      Janganlah risau bila anak lambat berjalan kerana bila dia merangkak lebih lama, dia perlukan lebih masa untuk mengenali sekeliling dia. Jangan memaksa dia dengan baby walker dan sebagainya. Dia akan berjalan bila tiba masa dia untuk berjalan. Setiap anak tak sama. Jadi jangan bandingkan dia dengan anak orang lain.   Sebaiknya pelbagaikan aktiviti untuk meransang motor dia, bukan memaksa dia untuk cepat melakukan sesuatu yang dia masih belum bersedia untuk melakukakannya.
§         Ummi memang bertegas tidak menggunakan baby walker untuk Anas. Rasa puas bila dia dapat explore dunia dia dengan cara dia sendiri. Biarpun Anas lambat berjalan, tapi dia berusaha sendiri untuk berjalan (tanpa bantuan, cuma sokongan padu dari kami  sekeluarga.)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)

Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi jugak ruang dan masa untuk Ummi kongsikan apa yang Ummi dapat masa gi Seminar Pendidikan Anak-Anak masa cuti Maulidur Rasul baru-baru ni. Apa yang Ummi nak kongsikan ni, untuk Ummi juga... Kalau ada apa-apa maklumat tambahan, tinggalkan kat ruang komen ya. Boleh kita share sama2. Apa yang tercatat di bawah, Ummi ambil dari nota kursus ya. Dan Ummi masukkan ke blog peringkat demi peringkat. Andai terlambat, Ummi minta maaf siap2 sebab kesihatan Ummi sekarang tak begitu mengizinkan. Doakan Ummi sihat sampai bersalin....

Hadith:
"Mulakan pengenalan kalimah La Ilaha Illa Allah kepada anak-anak kamu"


BAHASA

Sentiasa mengucapkan kalimah “La Ilaha Illa Allah” dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal.
(Contoh: menyentuh mukanya, membuka tangannya, menggosok atau mengurut badannya selepas mandi.)

Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan.

INTELEK

Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
(Contoh: Set anggota – pegang anggotanya yang berkenaan)
Tekankan hanya Allah yang berkuasa memberikan kepadanya anggota itu. Terus baca “La Ilaha Illa Allah”.

Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah.
(Contoh: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya.)

Membawa  bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekalian alam. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah.

Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya.
(Contoh: panas, sejuk,  kasar, licin, rata, bulat,  kesat, halus)
Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan-Nya.

JIWA

Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya.

FIZIKAL

Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit.

Bagi keseimbangan badannya -  biasanya beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan.




Nota Ummi:

1.      Jangan sesekali menggunakan bahasa yang kasar dengan anak-anak. Jika kita biasakan mereka mendengar percakapan yang kasar dari kita, kelak mereka akan terbiasa dan susah nak faham jika kita berlembut sekalipun. Memang la kadang2 karenah anak-anak ni sangat menguji kesabaran, tapi bersabarlah untuk masa depan mereka. Takut nanti mereka turut berkasar dengan orang lain. Ingat jugak, jangan mudah nak angkat tangan dengan anak-anak
§       Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Lindungilah lisan-lisan kami dan tangan-tangan kami dari mengasari anak-anak kami.
§      Ummi perasan, jika kami berkasar dengan Anas, dia akan balas balik macam tu jugak. So, adik-adik ku sekalian, jangan berkasar dengan Anas ya. Pesanan untuk Ummi dan Abah jugak. And please, jangan ajar Anas pukul benda yang menyakiti dia……. Better cakap macam ni kat dia, “Anas terhantuk kat kayu. Kayu ni keras, sebab tu Anas sakit. Lain kali hati-hati ya sayang…”

2.      Berilah peluang pada anak-anak merasai semua sifat. Jika kita tahu benda itu bahaya bagi dia, lagi la kita kena beritahu dia. Contoh, bila dia nak pegang cerek panas, kita jangan jerit pada dia. Nanti dia terkejut. Jika kita menghalang, perasaan ingin tahu dia semakin mendalam dan risau dia akan mencuba sendiri tanpa pengetahuan kita. Kan lebih membahayakan tu? So, cara yang terbaik ialah, katakan macam ni kat dia, “Sayang, ini cerek panas. Panas sangat sebab air baru masak. Suhu dia boleh melecurkan tangan. Nanti tangan luka, sakit…” Sebaiknya, tuang air panas ke dalam mug tebal dan biar dia rasa panas itu. So that, dia tahu, panas itu menyakitkan dan dia takkan cuba sentuh lagi lepas ni.
§       Masa Achik tolong jaga Anas kat Vistana (masa Ummi kursus) dulu, pernah sehari Achik terlewat masak bubur Anas. So, bila time dia nak makan, bubur masih panas tapi Anas dah merengek2 nak mamam. So, Achik biar Anas rasa panas tu dari bawah bekas makanan dia. So dia tahu bubur tu masih panas dan masih belum boleh dimakan. Dan dia boleh tunggu, Alhamdulillah… Sekarang ni pun, kalau nak makan or minum, dia akan rasa dulu panas atau sejuk – dia akan letak tangan dia bawah gelas or pinggan utnuk rasa.

3.      Biarpun kita nampak anak kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya mereka memerhatikan segala gerak geri dan tindak tanduk kita. Jangan terkejut jika satu masa nanti, dia akan tiru perbuatan kita. So, masa ni la kita kena tunjuk kelakuan baik depan dia. Solat dan baca ayat-ayat suci Allah depan dia sangat-sangat meransang dia untuk mencintai Allah sejak dia kecil.
§       Alhamdulillah, sejuk hati kami bila tengok Anas ikut kami solat. Walaupun tak ikut sampai habis, tapi dia dah tahu steps dalam solat. Kadang-kadang dia ambilkan Al-Quran minta Ummi bacakan, Alhamdulillah…

4.      Kebanyakan orang tak bagi kita melambung atau menimang anak. Ya, ia boleh menggarkan otak. Bagaimana dengan penggunaan buaian? Kita menimang dan melambung anak bukanlah kerap. Kita cuba buat secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Baik untuk keseimbangan badan dia dan juga untuk biasakan dia supaya tidak gayat. Janganlah terlalu kerap dan berturut-turut. Buat perlahan-lahan, beransur-ansur untuk biasakan dia.
§       Ummi cuba jugak menimang dan melambung Anas sikit2 masa baby dulu. Tapi selalu mendapat halangan, hihi… Biasa la kan, orang ni cepat risau. Tapi Ummi buat jugak sendiri2. Perlu diingat, berhati2! Janganla plak anak tu masih lembut lagi, dilambung sampai lepas tangan tu… Tunggu la sampai badan anak keras sikit dan mula dari bawah dulu… Jangan la sampai lepas tangan plak… Ummi pun seriau…



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, February 16, 2011

Satu Kad Satu Saat Tiga Kali Sehari


GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.  
GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.
PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.
Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30. 

   
  • Foto
    MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.
  • Foto
    BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.


Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.




Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.



“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa. 

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak. 

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain. 

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya. 

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius. 

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka. 

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra. 

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari. 

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit. 

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain. 

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya. 

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya. 

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang. 

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka. 

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya. 

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, February 15, 2011

Aktiviti bermanfaat di cuti Maulidur Rasul

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi dan Abah, Anas dan adik yang masih di dalam kandungan tika ini... Hari ni cuti umum sempena ulangtahun kelahiran Rasul junjungan kita, kekasih Allah, Rasulullah S.A.W yang telah lama pergi meninggalkan kita... Perginya Rasulullah meninggalkan bermacam2 amanat untuk kita. Sayangnya Rasulullah pada kita, umat-umatnya tidak terhingga. Seharusnya kita juga menyayangi Rasulullah S.A.W.

Anak-anak Ummi sayang, sejak menjadi Ummi ni, baru lah Ummi sedar betapa beratnya amanah yang Allah berikan pada ibu bapa untuk mentarbiyah anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Ummi sangat takut jika Ummi gagal menjadi ibu yang solehah pada anak-anak Ummi.

Hari ni Ummi bereksempatan ikut program Tarbiyatul Aulad. Banyak sangat Ummi dapat pendedahan tentang hal-hal pendidikan awal anak-anak dalam program siang tadi. Insya'Allah, Ummi nak sangat berkongsi dengan semua orang. Tapi terlalu banyak untuk dikongsikan dan Ummi letih sangat malam ni. Rasa macam nak tidur awal je.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, January 5, 2011

Anas cepat kenal barang orang

Assalamualaikum hero kesayangan Ummi dan Abah, Anas... Bahagia sangat Ummi & Abah tengok Anas membesar dengan sihat, cerdik dan penuh kasih sayang. Kenanglah kami bila Anas dah besar nanti. Jadi anak yang soleh yang sentiasa memelihara agama dan kedua ibu bapa nya. Jadilah hamba Allah yang bertaqwa...

Anas sayang, Alhamdulillah, ramai yang sayang dengan Anas, Ummi bangga sangat sebab saat ini Anas soleh sangat. Kekalkan sahsiahmu ya anakku...

Ummi nak update ttg kecekapan Anas kenal semua barang2 kami. Ummi pasti anak2 yang lain pun macam ni.

Kalau ditunjukkan satu persatu kasut orang kat luar rumah, semua dia dapat kenal pasti dengan betul siapa pemiliknya walaupun jarang tengok. Kami tak pernah pun ajar dia untuk kenal pasti barang2 orang ni. Begitulah kanak2, daya pemerhatian dan ingatan diorang memang sangat tajam, tepat dan kreatif.

Kalau dia nampak si A pakai kasut si B, dia akan jerit2 mengatakan kasut tu milik si B. Macam baru2 ni Atuk Long dia pakai kasut Abah die, die pergi kat Atuk Long die cakap 'Abah,Abah' sambil tunjuk ke arah kasut Abah die tu. Punyala tak bagi orang lain pakai kasut Abah die.

Kalau Ummi jemur & lipat baju pun, satu2 dia akan sebut pemilik pakaian itu. Baju dia pun dia kenal.

Hari tu Ummi pakai jam tangan Bunga dia, asyik dok jerit2 je kat Ummi, 'Ngang,Ngang' sambil tunjuk2 jam tangan Bunga dia tu... (Anas panggil Bunga dia, 'Ngang'. Skrg km dah train dia sebut 'Ngah')

Bab barang2 lain plak. Dia dah kenal la setiap barang2 dalam rumah. Alhamdulillah, sekarang tak susah kalau nak mintak tolong dia amikkan apa2 pun. Dia seorang yang ringan tulang. Rajin sangat tolong Ummi. Ummi train dia dengan sebut perkataan 'Tolong Ummi amikkan ........ sayang' sbb Ummi taknak la bagi kat arahan kat dia. Biar nampak lembut, kita minta tolong dgn dia bukan suruh dia...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Monday, January 3, 2011

Kisah Anas dan Adik


Lama tak story pasal anak bujang Ummi yang sorang nih... Anas ada hobi baru tau sekarang. Hobi dia main iPod Touch Ummi. Selalu datang kat Ummi mintak 'iPod, iPod' sambil tangan buat gaya dok tekan2, hehe... Dulu gaya tangan dia buat 'twinkle twinkle little star' sbb dulu Ummi selalu pasang lagu tu kat iPod. Sekarang ni iPod Ummi lebih banyak kat tangan die la. Suka2 hati die je nak buat apa pun, huhu...

Banyak gak application yang Ummi installed untuk Anas belajar. Selain dari guna buku, applications dalam iPod ni pun sedikit sebanyak membantu Ummi dan Anas untuk belajar.... Thanks Abah sbb hadiahkan iPod Touch ni untuk Ummi...

My First Iqra' - Ni feveret application Anas. Dari sini Anas dah kenal sikit2 abjad Arab. Best guna application ni. Anas suka tekan2 kat gambar tu sebab nanti die bergerak2... Anas tahu sendiri kat mana nak tekan for next page, previous page dll...


Kat atas ni, page khas untuk applications for Anas semata2. Banyak jugak kan. Nak cerita satu2 mau penuh entry ni plak. Ummi story yang mana paling Anas suka je lah.

Sound Touch - dalam ni ada banyak bunyi2 binatang, vehicles, music instruments & household. Setakat ni, dah banyak binatang dan vehicles yang Anas kenal, Alhamdulillah...


Ni tekan2 je kat gambar tu, akan keluar 4 gambar yang berlainan dengan bunyi sekali.

Pendek kata, every time iPod Ummi kat tangan die, sume die cari sendiri ape yang die nak. Bab main games plak, die bukak, pastu suh Ummi tunjuk camne nak main, pastu die main sendiri...


Anas sedang khusyu' menelaah iPod
  • Lagi satu hobi dia, tengok cite Upin & Ipin. Sekejap2 mintak pasangkan Upin & Ipin. Kalau dah ngadap tu, khusyu' betul. iPod Ummi jugak la selalu jadi mangsa dia tengok Upin & Ipin. Nak tido je, 3 benda wajib ada: n***n, iPod & Upin & Ipin...
  • Oh ya, 1 thn 9 bln ni, Anas masih bf. Alhamdulillah, susu Ummi tak kering, masih ada untuk Anas. Cuma Ummi la sedikit tak selesa sekarang ni. Pelan2 Ummi cakap kat die. Bile die leh faham tu, Alhamdulillah la. Tapi kalau dia nak tido, memang takleh ganti dgn apa2 pun. Tetap nak Ummi jugak... Sekarang, siang2 dgn Ummi pun, dia banyak mintak susu. Time nak tido je die tetap nak n***n. Takleh berenggang langsung.
  • Cite pasal cloth diapers plak, Ummi tak tahu la nape tetibe je die tanak sangat pakai CD kecuali CD Spongebob die. Ade 1 je plak tu. CD yg lain die tanak. Siap pilih sendiri nak pakai DD. Hadoi! Pastu siap suh Ummi pakaikan bedak, siap tunjukkan kat Ummi suh taruk bedak kat mana, haha... Baju2 die pun, semua dia pilih sendiri oke~~ Ummi pilihkan je, 'amau!'
  • Hoho, perkataan baru die - 'amau' means takmau. Dah pandai say tamau pi umah tok (his pengasuh). Pagi2 nak hantar je, 'amau umah tok...' hoho... tapi sampai sana, die masuk je umah tok die...
  • Sekarang ni tengok Anas, semua benda nak buat sendiri. Kadang2 je, ada la time die nak bermanja. Manja die tak boleh tinggal sorang2 langsung. Ummi Abah gi mana pun, mengekor je, sampai melalak2 depan pintu bilik air kalau Ummi atau Abah masuk bilik air.
  • Kalau naik kereta plak, dah pandai mintak nak duduk kat belakang. Lebih bebas kot dok kat belakang sorang2. Oh ya, kalau kat umah tengok Upin & Ipin tu, dia suka duduk atas kerusi komputer. Pastu kan, jangan la ada sapa2 nak numpang, hatta nak tumpang dagu sikit pun dia tak bagi tau! Haha....
  • Sangat suka gosok gigi (lebih kepada hisap ubat gigi tu sebenarnye... Camne nak buat ek?) Nak kumur2 pun dah pandai, ade la bunyi tapi air yg diluahkan balik tu, sikit je... Hadoi, die telan sikit, haha...
  • Anak Ummi ni rajin tolong Ummi tau! Suka tolong Ummi sapu sampah, mop lantai. Tapi tolong cara dia la kan. Takpe la, asalkan dia rajin dan cuba jugak nak tolong Ummi... Thanks sayang!
  • Dah cekap memanjat, berlari dan mencapai benda2 atas tempat tinggi... Part ni memang kena berhati2 sangat. Takut gak die tercapai kettle... Bab berlari tu sangat laju, macam lipas kudung. Comel tengok die lari...
  • Sudah pandai guna kamera hp Ummi untuk amik gambar Ummi. Sgt cepat2 budak2 sekarang belajar guna gadgets kan... Risau plak Anas ni 'gila gadgets' cam Abah die, huhu...
  • Copier yang sangat berjaya. Huhu... Suka dan cepat sangat tiru gaya orang. Cakap orang pun cepat sangat dia dapat tangkap dan tiru balik. Dan sangat suka ikut apa yang orang cakap. So, please, please... Behave & jaga percakapan anda depan Anas dan juga kanak2 yang lain ya...

ni la aksi dia, tiru cara abang tu duduk landing di tengah2 tetamu. Masa ni family meeting pasal nak kenduri Bunga Anas tu....


Hm, cukup kot cite pasal Abang Anas nih... Ummi nak update cite Adik plak... Adik dah masuk 20 weeks dah skrg. Ummi pun dah rasa makin cepat letih. Makan pun cepat kenyang. Last week gi scan. Alhamdulillah, Adik sihat. Dah dengar bunyi jantung Adik. Jantina Adik? Belum nampak. Hm, memang la harap baby girl plak. Tapi ape pun Allah nak bagi, Ummi & Abah terima ja.


sedang train Anas sayang Adik. Baby ni anak lecturer UiTM. Anas boleh jadi Abang yang baik kan?

Kali ni Ummi nak prepare betul2 untuk breastfeeding Adik sepenuhnya. Ummi dah banyak belajar dari kesilapan Ummi masa mula2 nak bf Abang Anas dulu. Yang penting, keluarga dah dapat terima Ummi nak fully bf anak2 Ummi. Hope diorang terus support Ummi bila Adik lahir nanti... Tu je yang Ummi harapkan...

Perut dah nampak dah sikit. Belum sempat nak amik gambar buat kenangan lagi... Nanti lah, tunggu Abah lapang sikit. Kesian kat Abah kerja teruk sekarang ni... Dah hitam kot Abah berjemur tengah panas je...

Perbezaan pregnant kali ni dan dulu:

  • Dulu tak suka makan masam2, tak suka mencicah, tak suka asam & jeruk. Padahal tu la feveret masa zaman anak dara. Sekarang ni suka plak mencicah, nak benda masam.
  • Dulu sangat malas nak masak. Sekarang hari2 teringin nak masak tapi tak boleh nak masak plak, sebabnya masak makan sorang2 buat apa? Abah selalu kena balik lewat. Weekend pun Abah keje tau! Tapi bila ada peluang nak masak, Ummi suka masak special utk Abah.
  • Dulu masa preggy kat Anas, langsung takde masalah keguguran rambut. Sekarang, hari2 kena vacuum bilik. Tapi takde la rajin nak angkut vacuum tu hari2... Huhu...
  • Dulu, masa preggy Anas, walaupun tak suka mekap, walaupun muka nampak sememeh, Ummi tetap rasa cun sebab muka tak berminyak. Cik jerawat pun tak menyinggah. Sekarang, rasa comot je muka. Muka tak berminyak, Cik jerawat pun takde la meriah sangat tapi Ummi rasa comot je. Nak mekap, Abah tak kasi, huhu...
Bila cite kat orang, orang cakap mungkin kali ni baby girl kot... Wallahua'alam... Kalau keluar lelaki jugak? Kesimpulannya, setiap kali mengandung tu, lain rasa dia... Betul tak?


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi