"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Keperluan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Keperluan Bayi. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Online shopping...

Sejak blogspot, sejak jadi Ummi, sejak ada Anas, Ummi semakin yakin untuk shopping secara online... Sebelum ni hanya Abah yang selalu shopping online nih... Ummi tak berapa yakin sangat sbb ada kawan2 Ummi yang pernah kena tipu... Bukan sikit tp banyak tau!

Ummi pun tak berapa confident sangat tapi Ummi banyak belajar dari Abah macam mana nak shopping secara online... Thanks dear Abang... Bukannya apa, banyak keperluan Ummi & Anas takde jual kat kedai2 biasa tapi ada dalam internet... So, harus la Ummi belajar online shopping plak... shopping biasa pun tak reti tau sbb ummi bukan kaki shopping... hehe... bertuah Abah kawin ngan Ummi... haha...

Benda pertama yang Ummi beli online is Spectra 3 Electric Pump. Ummi beli ni sbb Ummi tak larat pakai manual pump, sakit tangan dan masa yg agak lama utk mengepam. Ummi beli dari Littlewhiz.com yang kebetulan masa tu ada sale... Ummi dapat dengan harga yang sangat murah. Then, Ummi siap tolong belikan untuk kawan Ummi sekali...




2nd item yang Ummi beli online is Fenugreek Seeds untuk increase milk supply. Ummi beli sebelum bulan puasa untuk memastikan prodction ASI Ummi untuk Anas mencukupi. Alhamdulillah, Ummi dapat puasa penuh tahun ni & Anas pun tak kekurangan susu... Ummi beli ni kat BabySnowDrop.


Then, Ummi berjinak2 lagi dalam dunia online shopping ni, sekaligus nak beramah mesra dengan kawan2 blogger Ummi... Ummi bercita-cita nak menjoinkan diri dalam dunia online shopping gak sebenarnya, hehe... So, Ummi beli ikan pekasam dari Kak Miela utk support first business online die dan dalam masa yang sama nak merapatkan ukhuwah kami... Hehe... Sekarang ni best tau kawan dengan Kak Miela..


Pastu, Ummi dah mula jadi seronok nak online shopping untuk Anas sbb banyak keperluan baby takde jual kat luar... Macam2 ada dalam internet... Tapi kan, takde la sampai nampaktu je nak beli... Berpada-pada la jugak sbb Ummi kalau kat luar pun mmg tak reti nak keluarkan duit untuk benda yang Ummi rasa tak perlu... So, keperluan tu masih top priority berbanding kehendak & luxury... untung betul la Abah Anas... haha... Disebabkan Anas ni kulit sangat lah sensitif, asal kena gigit nyamuk sket je, akan jadi luka yang sangat menakutkan semua yang memandang, Ummi pun beli Bugslock ni dari SayangBabyIbu.com. Then lepas tu, Alhamdulillah, kurang la sket nyamuk dok cium Anas tu... Produk ni datang dari Korea, bau die cam serai wangi je memang serai wangi pun Abah cakap, lepas dah hilang bau tu nnti, kita sembur je spray serai wangi tu kat situ, haha...

Agak lama tak shopping, Ummi kembali bershopping bila Kak Miela ada jual Cloth Diapers dengan harga murah... Dah lama Ummi bercita2 nak menCDkan Anas... Tapi price yang ditawarkan tak menepati citarasa Abah... Abah ni banyak contact, so dia tahu brapa kos sebenar beberapa barang tu... Tu yang susah tu... So, bila Kak Miela jual harga murah, Ummi terus beli 2 dulu untuk Anas cuba... Then, bila dah serasi, Ummi beli lagi 10. Sekarang Anas ada 12 CD dan Anas pakai CD bila dengan Ummi je, samada kat rumah (malam2 & weekend) dan bila jalan2... Anas cuma pakai DD kat nursery je sbb bs Anas ckp leceh nak berCD kat sana... It's ok... Yang penting, Ummi tetap berjimat setiap bulan... Rasanya dah hampir 1 bulan lebih Ummi tak beli DD utk Anas. Kalau tak setiap bulan Ummi habiskan almost RM80 for DD... Ummi cuma spent almost RM300 sekali je utk CD Anas, dan Ummi jimat almost RM3000 tau... Jimat2... Alam sekitar pun terpelihara...

Di samping tu jugak Kak Miela ada jual UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal masa musim H1N1 ni... Anas selalu selesema dulu, so, Ummi beli 1 botol 5ml... Sekarang dah habis, sbb tumpah, huhu...


Last but not least, Ummi ada beli kain, sekali kat blog mamanoa. Nampak tak kain kat bawah ni, dah siap jadi baju dah... Cantik tau! Ummi buat Baju Kebaya Riau, butang kat depan, senang nak nursing... Belum pakai lagi, baru gi amik kat kedai last week...


Sekian dahulu cerita online shopping... Ada kawan2 Ummi yang tanya Ummi beli kat mana barang2 baby sbb tak jumpa kat luar. So, entry ni dapat membantu kalian kat mana nak dapatkan barang2 keperluan... Sekarang ni pun Ummi tgh berkira2 nak belikan exersaucer untuk Anas... Dah jumpa satu tempat... Kite tengok nnti plak ye...
Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi