"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Ummi dan Abah. Show all posts
Showing posts with label Ummi dan Abah. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Tetamu dari jauh dan ramai on weekend

Masih tak habis letih lagi... Masih terasa sakit2 badan lagi, huhu... Weekend baru2 ni kami sangat sibuk melayan tetamu yang ramai dan masing2 datang dari jauh. Tapi kami seronok orang datang rumah kami, hehe...

Kawan Abah kawen 26.02.11 hari tu. Rumah kenduri dekat je ngan rumah kami. So, kawan2 Abah yang lain pakat tido umah kami la. Dari Johor, Pahang, KL, Perak... Kawan2 Ummi ade gak tapi dekat2 je, datang solat, makan laksa & rehat2 je, hehe...

Ummi & Abah satu sekolah, satu batch. So, kawan2 Abah, kawan2 Ummi jugak. Kawan2 Ummi, kawan2 Abah gak. Meriah bila berkumpul ramai2...

Gambar? Belum amik dari Abah & tengah tunggu gambar dari Munet gak... Cek nak cilok ja gambar dari 7D tu...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, February 20, 2011

Main layang-layang @ Tasik Darulaman

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi & Abah, Anas dan Adik yang masih di dalam kandungan. Dah lama Ummi tak cerita pasal Abang Anas kan. Asyik cerita perkembangan Ummi dan Adik je. Dah ramai yang mula merindu nak tengok gambar Abang Anas ni, siap request kat Ummi lagi, hehe...

Alhamdulillah, petang Jumaat dan Sabtu lepas, Ummi & Abah berkesempatan bawak Abang Anas & Adik beriadhah di Tasik Darulaman. Kita main layang-layang bersama-sama. Seronok sangat dapat luangkan masa together2. Ye la, Abah kan busy, jarang dapat luangkan masa dengan kita semua. So, bila ada kelapangan, Abah mesti akan cari aktiviti untuk kita sekeluarga dapat luangkan masa sepenuhnya. Thanks Abah!

Ummi nak bercerita dengan gambar je ni since mmg banyak amik gambar je...

Tinjau peluang dulu sebelum mula main

 Siap sedia nak beraksi




 Sambil tunggu Abah tolong naikkan layang-layang, Anas berlari-lari dulu...



 Sebenarnya adik dalam perut pun nak main layang-layang jugak. Ummi tolong je...
(Bila Abah amik gambar ni ntah.... huhu...)


 Sudahnya anak teruna ni main lari-lari je dengan layang-layang tu bila Ummi & Abah dah kepenatan, hehe...

Lepas tu sambung balik...







Esoknya kami pergi lagi. Kali ni Abah ajak kawan dia sekali. So, Abah nak main kayak dulu. Tinggal la Anas dengan Ummi & wife kawan Abah. Tapi Ummi tak larat nak naikkan layang-layang. Sudahnya Anas main tarik-tarik je, sampai la Abah datang balik sebab kayak habis.







Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Tuesday, July 27, 2010

Memancing dan Johan!

Ups! Abah Anas yang memancing dan johan pertandingan memancing tu...

Ceritanya masa family day UiTM Arau kat Tasik Darulaman, 18/7/2010 hr tu... TokWan Anas kan lecturer UiTM Arau. Nak plak Abah & TokWan Anas ni sangat2 gila memancing, haruslah menjoinkan diri dlm pertandingan ini....

Nak dijadikan cerita, ni lah first time Ummi ikut & teman Abah mancing ikan... Sebelum ni Ummi dah pernah ikut Abah mancing udang galah je... Ikan lom pernah lagi la...

Hm, malas nak banyak cerita sbb takut tade org nak baca, hehe... (Ummi busy la...)

~gaya Abah menaikkan ikan lohu~

~ikan lohu yang ke-2~

~anas geli dgn ikan ni~

~tiga ekor sudah~

~senyuman gembira Abah~

~joran bertuah~

~anas kepanasan suda~

~ikan ke-4~

~senyuman TokWan Anas walaupun pancing dia langsung tak mengena~

~hadiah johan memancing~

~Mak Tok Anas tgh makan~

  • Abah berjaya menaikkan 6 ekor ikan lohu, sekor bagi kat orang, 2 ekor bakar, 3 ekor lg lepaskan dalam kolam kat umah....
  • Abah menggunakan mata kail & umpan ex-lecturer Abah tapi org tu dpt 2 ekor ikan je...
  • First time Abah mancing dapat ikan... Tu sebab Ummi ikut skali la tu...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Saturday, May 15, 2010

Kedai kawan Abah terbakar


~STICKY ENTRY~
~scroll down untuk baca new entry~

Assalamualaikum Anas sayang... Semoga Anas sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat dan kuat agar mampu bekerja untuk Islam. Anas sayang, dalam hidup kita ni, kadang2 Allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian demi memantapkan iman kita... Tak semestinya perjalanan hidup kita ni sentiasa manis dan bahagia. Kadang2 bila kita terlalu senang dlm menjalani kehidupan, kita akan mudah lupa dengan Allah. Jadi Allah datangkan pelbagai ujian kepada hamba2Nya yang beriman supaya kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang diuji oleh Allah kerana Allah sayangkan dia.

Dalam surah al-Ankabut:2 Allah berfirman: "Adakah manusia itu dibiarkan berkata mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?" Ingatlah Anas, Allah sangat menyayangi setiap hamba2Nya dan ujian dari Allah itu bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita. Dalam setiap ujian dari-Nya, Dia mahu melihat samada kita redha atau sebaliknya dengan ujian itu. Adakah kita mengambil ujian itu secara positif atau negatif? Adakah ujian itu memantapkan iman kita atau semakin melemahkan iman kita? Ummi ingatkan Anas dan diri Ummi sendiri, SETIAP MUSIBAH ITU ADALAH UJIAN DARI ALLAH, PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

Nikmat kesenangan hidup juga adalah ujian dari Allah sebenarnya. Jadi, usahlah kita leka dan hanyut dalam kesenangan, jangan sesekali kita lupakan Allah dan jagalah HDA (Hubungan Dengan Allah).

Anas sayang, Anas kenal kan Uncle Abu Fida? Kita selalu singgah ke kedai dia di Ipoh setiap kali kita ke selatan. Allah izin baru2 ni on 13/04/2010 @ 10.00pm, kedai dia, AFIX ENTERPRISE kat No.5 Medan Gopeng 3, Ipoh, Perak terbakar. 90% kedai dia musnah dan kerugian dianggarkan sekitar RM 50,000.00. Kesiankan kat Uncle Abu, tu lah punca pendapatan die... Mesin jahit habis hangus, stok baju pun sikit je yang terselamat... Dah la baru je kawin last month... Sian kat Cik Ecah gak...

~kenangan majlis perkahwinan Abu Fida Idris & Aisyah Suhaimi pada 20/03/2010~

Ni gambar2 kedai Uncle Abu yang terbakar tu...


~punca kebakaran: litar pintas, mungkin disebabkan iron yg lupa dipadamkan oleh salah seorang pekerja... (unfortunately, Uncle Abu tak de insurance. Jadi, sumbangan kite semua amat2 dialu2kan utk membantu beliau...)


~mesin jahit yang habis hangus dalam kebakaran~


~stok baju, hanya sikit je yang terselamat~

~tempat menggunting kain, habis rentung~

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun
Abu Fida bin Idris:
Maybank 158172899528


Anas sayang, beginilah kehidupan aturan Allah S.W.T. Hari ni mungkin hari Uncle Abu memerlukan kita, esok lusa, mungkin kita plak di tempat dia sekarang... Uncle Abu dah banyak sangat tolong keluarga kita. Sampai ke besar pun, Ummi nak Anas ingat dan rapat dengan Uncle Abu & Cik Ecah... Ada satu baju melayu yang Uncle Abu hadiahkan untuk Anas, mungkin raya tahun ni boleh pakai...


Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, March 2, 2010

Abah Anas punye bithday...

Assalamualaikum khalifah kecil Ummi dan Abah. Allhamdulillah, Anas semakin sihat membesar walaupun ramai yang cakap Anas makin kecil... Allah tahu Ummi tak mampu nak dukung kalau Anas berat sangat kan... Sebab tu Allah bagi Anas kecik je, senang Ummi nak kendong, hehe... Anas semakin manja, semakin cute, semakin menceriakan hidup Ummi dan Abah...

Anas sayang, 24 February 2010 hari tu, Abah Anas genap 26 tahun (mude lagi Abah, tapi rammai orang cakap Abah nampak macam dah 30-an... Hehe, jangan marah ye Abang...) Atuk Anas pun sama turns 52 years old pada tarikh yang sama... Hehe, Abah & Atuk kongsi tarikh lahir, beza tahun je...

Lambat Ummi nak story ek... Sbbnya Ummi malas nak update, hehe... Ummi try buat scheduled post for tarikh 1 Mac 2010, so that, Ummi malas nak update & nak tengok hasil cubaan Ummi tu dulu...

Malam before besday Abah tu kan, Ummi mmg niat nak wat surprise... Tapi Ummi buntu, hadiah apa nak kasi kat Abah... Abah mmg ade wishlists, tapi Abah nye wishlists ni tak pernah lama dalam list. Means, kalau Abah dah aim nak something, Abah akan terus dapatkan in at least two days la... Macam siang tu, Abah de sebut Abah nak harddisk 1 terabyte... Ummi cari kat tenet harga dia, aimed nak beli as hadiah Abah la... Tapi petang tu Abah balik dah bawak balik harddisk 1.5 terabyte.... So, ape lagi Ummi boleh cari sebagai hadiah untuk Abah? Tolong jawab...

Then, malam tu fikiran Ummi dah buntu sampai pitam, hehe... pitam sbb tak sihat bkn pitam sbb stress pikir hadiah Abah tu... So, Ummi tanya la Abah, "Abang, Abang nak hadiah apa untuk birthday Abang esok?" Then, Abah tengok jam... "Alah, Sha ni tak surprise langsung la... Abang lupa esok birthday Abang tau! Kalau Sha simpan sikit lagi (masa tu kul 9 mlm), mmg surprise la Abang, haha..." Ala, Abah lupa birthday die upenye, kalau Ummi tak tanya tadi, mesti Abah terharu giler, haha...

Tu satu citer haru... Ni satu lagi haru biru punye citer... Bab hadiah dah setel la, Ummi dah belikan masa lunch tu... Then petang tu Ummi singgah kedai kek, nak belikan kek untuk Atuk lah cadangnya sbb belum beli hadiah lagi... Dok pilih2 kek tu (mmg tgh ralit + penat) Abah call tanya kat mana, spontan je Ummi jawab, kat kedai kek... Haha, gelak besar la Abah... Apa la Ummi nih!

So, mlm tu mmg dah tak semangat nak wat surprise dah... Atuk & Wan gi masjid, lambat sangat balik sbb ada burdah dari mana ntah datang kat masjid tu sempena MaulidurRasul... Tak semangat je nak potong2 kek bagai, kami potong sendiri, makan sendiri, haha...

Ummi kasik hadiah t-shirt untuk Abah sbb Abah kekurangan t-shirt sejak Abah dah makin berisi ni sejak Abah tukar keje... Abah kena pakai t-shirt berkolar skrg dah tak pakai kemeja lagi dah...

Niway, Happy Birthday Abah! Masa Anas baca entry ni, mungkin umur Abah dah 36 tahun kot, kan... Semoga kita semua dipanjangkan usia, Insya'Allah...

To Abang, Happy Birthday! Semoga kita terus bahagia sampai ke akhir hayat kita, Semoga kita dapat anak2 yang soleh yang akan mendoakan akhirat kita nanti... Semoga kita dapat mendidik anak2 kita dengan Deen yang syumul dan kamil, Ameen...

~selingan pict: Anas get ready nak drive, sila bagi signal sblm membelok ya!~

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, February 1, 2010

Kesinambungan entry udang galah

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Haha, jom gelakkan Ummi ramai2... Lambat update kisah Ummi, Abah dan udang galah ni, mesti sume dapat agak Ummi & Abah tak dapat udang... Haha...

Sebenarnya dapat gak, tapi dua ekor je... Ye, diulangi DUA ekor udang galah je selepas menanti selama DUA jam dan kena bayar DUA puluh ringgit malaysia....

~Ummi google je gambar ni, buat tatapan sume, haha...~

Kalau ikutkan, Ummi memang tak suka tunggu lama2 memancing ni, bosan dan buang masa je rasanya... Tapi, bila dapat hasil, seronok sangat tau! Udang yang kami dapat malam tu besar2 bapak udang jugak, lagi la seronok... Tapi, mmg sangat2 la bosan nak tunggu je umpan dimakan oleh udang... Sometime, udang makan, tapi tak sangkut kat mata kail... Ataupun, kami yang tak pandai nak jinakkan udang naik ke atas, terus terlepas... Haduh, kalau udang tak terlepas, 8 ekor jugak la kot dapat udang galah malam tu...

Tapi, takpelah, Ummi happy jugak sbb dapat kongsi hobi Abah, dapat berdua-duaan je ngan Abah (Ummi tipu je, sebenarnya asyik tingat kat Anas je tau! Call Mak Tok kat umah, Mak Tok cakap Anas dah lama tido... Sian Anas malam tu tido tak nenen Ummi dulu... Bila Ummi angkat Anas letak sebelah Ummi, terus Anas cari2 nak nyusu... Sian Anas... Ummi dah tak sanggup nak tinggal Anas lagi...)

Sekali sekala je ni, kena kongsi gak apa yang suami kita suka buat, temankan dia... Abah pun happy malam tu... Selalu Abah lebih suka keluar dengan kawan2 dia, tinggal Ummi & Anas kat umah. Tapi malam tu, bila Ummi ajak Abah mancing udang galah, Abah terus cancel nak jumpa kawan lama dia... Huhu...

Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi