"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, May 15, 2010

Kedai kawan Abah terbakar


~STICKY ENTRY~
~scroll down untuk baca new entry~

Assalamualaikum Anas sayang... Semoga Anas sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat dan kuat agar mampu bekerja untuk Islam. Anas sayang, dalam hidup kita ni, kadang2 Allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian demi memantapkan iman kita... Tak semestinya perjalanan hidup kita ni sentiasa manis dan bahagia. Kadang2 bila kita terlalu senang dlm menjalani kehidupan, kita akan mudah lupa dengan Allah. Jadi Allah datangkan pelbagai ujian kepada hamba2Nya yang beriman supaya kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang diuji oleh Allah kerana Allah sayangkan dia.

Dalam surah al-Ankabut:2 Allah berfirman: "Adakah manusia itu dibiarkan berkata mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?" Ingatlah Anas, Allah sangat menyayangi setiap hamba2Nya dan ujian dari Allah itu bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita. Dalam setiap ujian dari-Nya, Dia mahu melihat samada kita redha atau sebaliknya dengan ujian itu. Adakah kita mengambil ujian itu secara positif atau negatif? Adakah ujian itu memantapkan iman kita atau semakin melemahkan iman kita? Ummi ingatkan Anas dan diri Ummi sendiri, SETIAP MUSIBAH ITU ADALAH UJIAN DARI ALLAH, PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

Nikmat kesenangan hidup juga adalah ujian dari Allah sebenarnya. Jadi, usahlah kita leka dan hanyut dalam kesenangan, jangan sesekali kita lupakan Allah dan jagalah HDA (Hubungan Dengan Allah).

Anas sayang, Anas kenal kan Uncle Abu Fida? Kita selalu singgah ke kedai dia di Ipoh setiap kali kita ke selatan. Allah izin baru2 ni on 13/04/2010 @ 10.00pm, kedai dia, AFIX ENTERPRISE kat No.5 Medan Gopeng 3, Ipoh, Perak terbakar. 90% kedai dia musnah dan kerugian dianggarkan sekitar RM 50,000.00. Kesiankan kat Uncle Abu, tu lah punca pendapatan die... Mesin jahit habis hangus, stok baju pun sikit je yang terselamat... Dah la baru je kawin last month... Sian kat Cik Ecah gak...

~kenangan majlis perkahwinan Abu Fida Idris & Aisyah Suhaimi pada 20/03/2010~

Ni gambar2 kedai Uncle Abu yang terbakar tu...


~punca kebakaran: litar pintas, mungkin disebabkan iron yg lupa dipadamkan oleh salah seorang pekerja... (unfortunately, Uncle Abu tak de insurance. Jadi, sumbangan kite semua amat2 dialu2kan utk membantu beliau...)


~mesin jahit yang habis hangus dalam kebakaran~


~stok baju, hanya sikit je yang terselamat~

~tempat menggunting kain, habis rentung~

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun
Abu Fida bin Idris:
Maybank 158172899528


Anas sayang, beginilah kehidupan aturan Allah S.W.T. Hari ni mungkin hari Uncle Abu memerlukan kita, esok lusa, mungkin kita plak di tempat dia sekarang... Uncle Abu dah banyak sangat tolong keluarga kita. Sampai ke besar pun, Ummi nak Anas ingat dan rapat dengan Uncle Abu & Cik Ecah... Ada satu baju melayu yang Uncle Abu hadiahkan untuk Anas, mungkin raya tahun ni boleh pakai...


Ummi & Abah sayang Anas!

6 comments:

kakyong said...

Ya ALlah, sedihnya..
Insya Allah, sama2 kita bantu apa yg mampu..
ada hikmahnya di sini... lepas ni ambil lah takaful...

shakeymirza said...

macam-macam cara Allah uji manusia... Mg Allah beri kesabaran yang penuh kepada dia.. kesian sgt.

shakeymirza said...

macam-macam cara Allah uji manusia... Mg Allah beri kesabaran yang penuh kepada dia.. kesian sgt.

[-suziey-] said...

kesiannya hamba Allah tu..smga mereka tabah menghadapi ujianNya..insyaAllah akk tlg takat yg mampu..

Momma Mia said...

Ya Alllah, besar betul dugaan untuknya. Semoga beliau tabah & sabar menghadapi dugaan nih. InsyaAllah pasti ada hikmah disebalik kejadian nih... Semoga beliau akan bangkit semula & dimurahkan rezeki.

qaseh mas said...

salam sis
jazakillah atas perkongsian berita ini.upset ...
mungkin di sini dugaan Allah buat kita jua dalam mempertahankan ukhuwah ....

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi