"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, September 30, 2010

Hadiah paling bermakna buat kami tahun ni...


~Entry tak bergambar sbb tak larat nak pilih gambar, huhu~~

Semalam Anas genap 1 tahun 6 bulan. Selamat dah kena cucuk hero Ummi ni... Demam sikit last night. Tapi hero Ummi kuat kan sayang!

Hari ni plak Ummi genap 26 tahun. Happy birthday to us! (",)

Takde la apa2 celebration pun, dah tua kan... Dengan keadaan Ummi yang tak berapa sihat ni, Ummi dah cukup happy terima ucapan yang sangat manis daripada kawan2 semua... Best gak ada facebook ni...

Dulu bila time birthday je, mesti dapat kad atau hadiah. Masa tu happy tak terkira. Bila zaman semakin canggih, kad bertukar menjadi e-card, pastu sms, skrg facebook plak...

Hari ni Ummi dapat hadiah baju kurung cotton yang sangat comel pemberian Bunga, bekas potpuri yang sgt eksklusif dari Nenda... Thanks a lot!

Sebenarnya birthday kali ni, Ummi dapat hadiah yang sangat istimewa dan hadiah yang Ummi boleh kongsi dengan semua orang.... Anas akan jadi abang tak lama lagi... Syukur Alhamdulillah... Sekarang ni Ummi 6-7 weeks pregnant. Tak dapat nak pastikan betul2 lagi...

Kalau pregnant kan Anas dulu Ummi alah teruk since 5-6 weeks pregnant. Skrg pun sama. Awal2 tu Ummi cuma rasa pening dan loya je. Ni baru semalam dah mula tak boleh bau makanan, hilang selera makan, loya sepanjang hari.

Asalnya nak sorokkan dulu dari kawan2 kat ofis, nak tunggu lepas balik Shanghai dulu. Tapi dah kerap kuar masuk toilet dok 'uwek2', dah tak boleh sorokkan lagi dah, huhu...

Hm, nampaknya Ummi pergi Shanghai nanti bawak adik la... Risau gak dengan alah ni. Dulu masa tau pregnant Anas, sehari sebelum gi Bali. Memang sangat tak seronok berjalan sbb alah. Ni kena pergi Shanghai plak, camne la... Huhu....

Doakan kesihatan Ummi dan adik Anas ya... Ummi minta maaf sbb tak boleh nak blogwalking lagi buat masa ni. Kepada contestant Ummi, harap bersabar menanti kunjungan Ummi ya... Ummi hargai sangat semua yang dah join. Thanks a lot... Masa masih panjang, ada 20 hari lagi... Sapa yang belum join cepat2 ya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Monday, September 27, 2010

Insiden paling memalukan sepanjang menjadi pengguna setia Touch n Go


~from google~


Panjangnye tajuk entry Ummi. Citenye tak la panjang sangat, cuma tebal muka je tahan malu, hadoi!

Kisah nya begini... Lepas keluar dari ofis tadi, Ummi singgah Petronas dulu isi minyak. Dengan bau petrol yang agak memualkan, cepat2 Ummi masuk kereta, cepat2 nak blah dr situ. Bau susah nak hilang la plak, buka tingkap sbb tak tahan nak muntah.

Kepala otak dok fikir, nak cepat2 amik Anas, pastu balik rumah karang takde sape. Ummi, Ayah, Angah & Kak Chik blom balik lagi. Abah Anas pun kat Kulim lagi. Dalam nak cepat tu tak perasan dah sampai kat tol. So, Ummi cepat2 amik kad TnG, nak touch & nak terus jalan.

Ummi tak perasan rupanya Ummi touch tu blom detect lagi. Tapi Ummi dah jalan. Dok heran la apasal palang tu tak terangkat. Pastu tgk lampu dok merah lagi. Hadoi, terpaksa la undur balik. Tapi banyak kereta la plak kat belakang. Huhu, camne nak buat?

Last2, dengan tebal muka dah 10 inci ni, Ummi pun turun dari kereta gi touch sendiri. Memalukan betul. Pakcik yang naik Perdana V6 kat belakang tu dah angkat tangan pegang TnG dia. Apa maksud dia? Dia marah Ummi ke? Dia nak cakap Ummi salah masuk lorong ke? Huh, Ummi betul la cuma terlajak je....

Lepas tu, Ummi terus pecut kereta jauh tinggalkan Perdana V6 tu... Memang sangat memalukan, huhu....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, September 22, 2010

Special entry: Kopiah Raya Anas...

Hehe, bikin gempak je tajuk. Bukan apa di samping nak promote kopiah hasil tangan Kak Lina ni, nak habaq jugak yang pemenang pertama kategori boyz untuk Cute Little Muslim & Muslimah Contest akan menerima kopiah hasil tangan Kak Lina ni...

Ummi tempah kopiah ni sebelum raya. Tahu ttg kopiah ni dari Ammi Sara yang tempah 4 kopiah utk husband & three heroes die... Memang puas hati tengok kekemasan kopiah kait Kak Lina ni. Anas pakai masa raya hari tu, ramai yang puji cantik dan kemas je kaitan die. Harga pun sangat berbaloi. Thanks to Kak Lina kerana menceriakan hari raya Anas, hehe...

Dan Ummi dengan besar hati nak hadiahkan kopiah hasil tangan Kak Lina ni buat pemenang pertama kategori boyz Cute Little Muslim & Muslimah Contest, di samping hadiah dari Shanghai, Insya'Allah....

Bagi yang ingin menempah, boleh jenguk blog Kak Lina ya... Dan jangan lupa join contest kami ya!

Psssttt.... perasan tak kopiah Anas tu disengetkan gaya cam org dolu-dolu pakai songkok? Ekceli, Anas sendiri yang sengetkan kopiah die camtu. Bila kami betulkan, dia akan tarik balik bagi senget sikit, tak pun tarik sampai ke mata die... haha...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, September 15, 2010

Update Raya

Salam Aidilfitri buat semua! Hm, sebenarnya masih belum ada mood nak update blog ni. Tapi sebab dah lama sangat cuti berblogging, sejak 2 3 hari sebelum raya lagi, Ummi update la sikit kan...

Kami masih di KL, masih sibuk mengunjungi rumah sedara mara kat sini. Esok atau lusa baru balik Kedah.

Gambar? Banyak sangat! Rambang mata nak pilih untuk masukkan dalam blog & fb...

Yang pasti raya kali ni mmg Anas tak boleh duduk diam... Org baru dapat 'lesen kaki' la katakan, nak berjalan je kerja dia... Mmg tak larat kepong, haha...

Cerita raya tahun ni? Dah 2x raya tak seindah sebelum2 ni... Hm, susah nak cerita kat sini... Dalam suka ada duka, dalam gembira ada sedih, dalam tawa ada tangisan.... Moga ada sinarnya di kemudian hari....

Hm, tak syok la layan cite sedih kan... Layan gambar Anas lagi best... Kan, kan, kan?

Ok, satu dulu ek... Nanti dah free sket, baru Ummi masukkan banyak2....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, September 5, 2010

Untuk semua BF Mommies!

Hadiah dari MommaMia.. Thanks Kak Alin!

Dan Ummi bagi hadiah ni kat semua ibu2 yang menyusukan anak2 mereka dan mereka yang menyokong penyusuan susu ibu dan mereka yang bertekad nak menyusukan anak2 mereka. Happy Breastfeeding!

Doa buat semua ibu yang menyusukan anak dengan susuibu...

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Kesal dengan Iklan Raya TV3 Sinari Lebaran



Ummi first tengok iklan ni hari Jumaat malam. Mmg terkejut sangat tengok iklan ni sbb nampak beca terbang dgn 'orang tua' yang datang jemput anak2 kecil naik beca terbang tu. Sebijik macam Santa Claus, dalam perayaan Krismas... Ummi mmg sedih dan kesal dengan iklan tu. Ummi nak blogging pasal isu tu malam tu jugak, tapi masa agak terbatas...

Apa yang pengarah iklan ni cuba sampaikan? Kenapa TV3 tak alert ttg isu2 yang menyentuh sensitiviti Muslimin di Malaysia dan seluruh dunia dgn tayangan iklan itu? Ummi kesal sangat dengan kedangkalan pemikiran penerbit2 iklan dan syarikat2 penyiaran dalam menapis dan menyiarkan tayangan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam dan dalam masa yang sama mampu memesong Aqidah orang Islam terutamanya kanak-kanak yang belum mengerti...

Terlalu banyak yang tersirat dalam iklan ini yang hanya mampu difahami oleh orang dewasa (yang melihat dengan aqal dan minda yang terang memahami Islam). Kanak-kanak?! Adakah mereka mengerti?! Tambahan pula, iklan itu sendiri dilakonkan oleh kanak-kanak. Jelas mereka akan keliru dengan Santa Claus di Aidilfitri!

Meh sini Ummi nak highlight kan satu persatu....


Photobucket

kenapa tulisan jawi/arab kat sini terbalik? kenapa perlu ada tulisan jawi/arab ini saat budak ni selak helaian ke gambar beca yang terus bercahaya tu?
kalian tentu tak perasan sangat babak ni, sbb budak tu cepat selak helaian ni. Tapi cuba kalian perhatikan betul2...

Photobucket
saat beca keluar dari buku tu, beca yang mirip kereta salji santa claus yg menjadi mitos perayaan krismas. kalau beca tu ganti dengan tikar terbang, tak jadi isu sangat rasanya...

Photobucket
Kesian pak cik yang berlakon iklan ni. Digambarkan sebagai 'santa' plak... Kenapa diorang pilih orang tua instead of orang muda ke, kan? Ini lah yang tersiratnya. Perlahan2 mereka yang jahil cuba meresapi minda kita secara halus. Tetapi hanya orang yang kuat Iman takkan terpedaya dengan dakyah2 mereka...

Photobucket

Kerusi warna merah? Tempat duduk beca bukan satu baris je ke? Kalian fikirlah sendiri....

Photobucket
sebijik cam Santa Claus kan? Hm, risau dah dakyah2 secara halus dari mereka2 ni...

Photobucket
pelita/cahaya keluar dari bunga... ada unsur perayaan deepavali la plak... hadoi!

Photobucket
Kuih bahulu terbang atas bunga teratai? Kenapa bunga teratai, yang menjadi lambang agama Buddha? Takde bunga lain ke?

Pendek kata terlalu banyak suntikan elemen2 agama lain dalam iklan Syawal ni... Memang la kita sekarang ni dinaungi gagasan 1 Malaysia. Tapi perayaan agama mana boleh dicampur aduk atau disatukan... Kita sebagai orang Islam dilarang sama sekali meraikan perayaan agama yang lain seperti Krismas, Deepavali dan lain2. Tapi boleh meraikan Tahun Baru Cina sbb ianya bukan perayaan agama tapi perayaan tahun baru untuk kaum Cina. Sebab tu mualaf2 Cina masih lagi meraikan Tahun Baru Cina, tetapi mereka tak meraikan pun perayaan2 lain yang berkaitan dengan agama Buddha dan sebagainya...

Kita yang dewasa boleh fikirkan yang iklan ni pelik, tapi kesian anak2 kita. Alhamdulillah ada jugak anak kecik yang boleh bezakan "Eh, macam Santa Claus la. Ni bukan ke iklan raya orang Islam. Orang Islam mana ada Santa Claus!" Tapi macam mana plak kalau ada anak kecil yang cakap camni, "Santa Claus pun ada jugak ek untuk Hari Raya kita?" Sedih tak dengar?

Ramai yang tak setuju iklan tu dipaparkan kan. TV3 pun dah remove video iklan tu dari facebook diorang. Harap dah takde ditayangkan kat TV3 lagi dah... Harap jugak lepas ni pihak TV3 dan Media Prima lebih concern, prihatin dan berhati2 dalam menyiarkan tayangan yang sebegitu....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Thursday, September 2, 2010

Kepada yang masih tercari2 baju raya anak2...

Bila raya dah nak dekat ni, mula la kita kalut kan. Dulu masa bujang, kalut pikir baju raya sendiri je, yang tempah, dah siap ke belum. Pastu baru la terhegeh2 nak cari tudung, bersesak la kat pekan. Sekarang bila dah ada anak sendiri, pakaian kita xkisah dah, yang penting baju raya anak. Baju raya kita not for baju raya only kan, akan jadi baju kerja. Kalau baju kerja yang rasa masih baru, boleh je jadi baju raya, hehe...

Persiapan kalian camna? Ada yang masih tercari2 baju untuk anak2 ke? Jom la tengok2 kat Whizchini Shoppe, kot2 ada yang berkenan.... Macam2 ada kat sana...


Neyhan Creative



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tunda lagi...

Asalnya kami plan nak ke Shanghai tu 21-25 Sept 2010. Tapi boss cakap better pi awal sebab seboleh2nya boss nak lif tu sampai awal, boleh pasang awal. Sekarang projek SIRIM tu mmg ahead 2 weeks from schedule. Tu yang boss excited nak bagi siap awal projek ni. Dia siap cakap, kalau projek ni boleh siap awal, dia akan bagi special bonus untuk semua staff, Alhamdulillah, Ameen!


So, Boss suh awalkan, pi 3-7 Ogos 2010. Tapi disebabkan masa Boss cakap tu pun dah nak masuk bulan July, maka kelam kabut pihak supplier nak arrange the visit. So, ditunda lepas raya plak, back to plan asal, 21-24 Sept 2010. Jadi 4 hari je instead of 5 hari sebabnya pihak SIRIM tak mau ada shopping bagai dalam visit tu nanti. It is a factory visit bukan jalan2 time, hehe... Consider la sket kan, bukan selalu dapat pi Shanghai tu kan...

Then, dapat plak email dari supplier, kilang KONE kat Shanghai tu akan tutup pada 22-24 Sept 2010 sebab diorang ada Mid Autumn Festival
celebration
. So, arrange balik schedule, decide to go on 27-30 Sept 2010.

Tapi masih ada satu lagi masalah. Tujuan SIRIM hantar wakil ke Shanghai sebab diorang nak examine the testing process untuk lif yang akan di pasang di bangunan baru tu. Seboleh2nya SIRIM nak examine lif diorang jugak2 la. Unfortunately, production line kat sana akan terganggu sedikit la. So, menepati kehendak SIRIM, pihak supplier decide tunda ke 11-14 Oct 2010 la...

Bagus jugak diorang tunda ni. Sebabnya:
  • Ummi masih ada banyak masa untuk kumpul EBM stock for Anas
  • Masa tu pun Anas dah besar sikit, dah setahun setengah
  • Mungkin time tu dah agak selesa dengan rumah baru, so senang dan selesa Mak Tok nak tido situ untuk jaga Anas
  • Dapat la gi konvo Achik 26 Sept 2010 kat UTM Skudai. Ada chance, leh gi Singapore sekali
  • Dapat join Wacana MATRI kat Putrajaya 25 Sept 2010 (Tetap tak dapat gi birthday party Arifa Dalila pada hari yang sama coz Ummi might be dah on the way ke Johor, singgah KL)
  • Masa tu dah Autumn,so sejuk la sket
Yang bestnya, ada Shanghai World Expo 2010 (sampai 31.10.2010) - boleh ke pi, dah takde leisure time, kan?

**Jangan depa tunda lagi sampai ke bulan 12 plak sudah... Bunga nak kenduri plak...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, September 1, 2010

Ummi nak buat contest?

Salam semua... Ya, seperti tajuk di atas, Ummi teringin nak buat satu contest untuk kawan2 Ummi. Tajuk contest belum decide lagi... Samada Little Muslim/Muslimah atau Potret Syawal? Kawan2 boleh tolong bagi idea kat Ummi tak? Ni first time Ummi nak buat contest yang sedikit besar ni. Apa yang Ummi perlu buat? Senang ke nak cari penaja? Sesiapa yang biasa buat contest tu, Ummi mintak tunjuk ajar ya....

Oh ya, Ummi nak wat contest ni sempena 3 perkara:
  1. Pembukaan blog contest Anas untuk Ummi dan Anas sebenarnya, hihi....
  2. Kan Ummi nak pergi Shanghai, boleh la bagi souvenir dari Shanghai...
  3. Birthday Ummi yang jatuh pada hujung bulan ni & masa tu Ummi kat Shanghai...
Tajuk contest yang dicadangkan:
  1. Little Muslim & Muslimah - Tema: Boys yg berpakaian baju melayu/jubah & songkok/kopiah. Girls pulak pakai baju kurung/jubah & tudung...
  2. Potret Syawal - Potret hari raya bersama keluarga
Which one yang sesuai ek?

Dan yang paling penting, apa yang Ummi perlu buat untuk anjurkan contest? Ummi maksudkan tentang juri, penaja, syarat2 wajib dan sebagainya... Yang biasa buat contest mesti arif kan....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi