Hai Ummi, bila nak update cite terbaru Anas ni? Dah lama Ummi tak story perkembangan Anas ni... Banyak gambar yang Ummi tak update kat blog ni? Banyak video Anas yang Ummi tak tayang kat sini lagi... Ummi sibuk sangat ke? Bila Ummi nak update ni? Anas tunggu ni....
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Wednesday, December 23, 2009
"Ummi, please update the blog!" said Anas
Wednesday, December 16, 2009
Last weekend (Friday)
Wednesday, December 9, 2009
Demi Anas sayang...
pics taken from here
Semalam, masa ngepam mcm biasa utk EBM stok Anas for the next day, takdelah rasa pedih, sakit etc... tapi selesai ngepam je, Ummi terkejut sangat tgk breast shield spectra3 ummi tu banyak darah. Then baru perasan n****e Ummi luka. Banyak jugak la, sbb basah darah sehelai tisu putih itu... Panik jap tapi Alhamdulillah darah tak masuk dlm susu... Ummi tingat petua sapu susu kat tmpt luka utk cepat baik, so, Ummi wat camtu la... Mudah2an cepat la baik...
Ummi dah rasa pedih2 ni since Anas de hobi baru, suke2 nak geget Ummi masa menyusu... Tapi takde la sampai luka... Agaknya sbb selalu Anas wat cmtu, lama2 bahagian yg lembut tu pecah. Then bila guna pam letrik, terus luka. Sekarang Ummi fobia jap nak pam letrik. Tapi Ummi lupe bawak manual pump dtg ofis. So, terpaksa la tahan jap bengkak susu ni sampai ke petang. Ummi gi gak kat Anas lunch td, tapi Anas baru sudah makan bubur, masih kenyang & tanak bf... So, kena la tahan sikit. Basah jugak la baju Ummi... Huhu...
Copy from MyHealth for life
Puting melecet
Sebab-sebab:
- Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
- Teknik penyusuan yang tidak betul.
- Penjagaan puting yang tidak betul.
Faktor-faktor lain;
- Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
- Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan
- Jangan hentikan penyusuan
- Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
- Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
- Tidak perlu gunakan losyen.
- Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
Pencegahan
- Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
- Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
- Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
- Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
Tuesday, December 8, 2009
Rindunye kat Anas
Monday, December 7, 2009
Entry campur2...
- 21/11- Inas & Kak Husni,
- 22/11- Fadhli,
- 28/11- Ieda,
- 29/11- Kak Akma & Kak Asiah,
- 3/12- Kak Ina (kakak Ane) & anak Pak Lang Eil kat Taman Permata,
- 5/12- Zira (Epi sebelah perempuan), Nusaibah kat Johor (tak dapat pegi),
- 6/12- Epi (hari Ahad Ummi keje, so sekejap je pergi, tak sempat jumpe kawan2 yang ramai datang... Sedih2...)
- 12/12- Tg. Nurul Asyikin @ Bkt Kayu Hitam, @ Bkt Indah & @ Baling...
- 13/12- Nazihah (SP), 'Ainul (Ipoh) & Mashitah (Selangor) - Ummi dapat pergi kat Nazihah je la...
- 19/12- Safeeya (SP), Nik Nadiah (SP), CIkgu Manaf (SP), Ust. Rahim (Penang), Pak Lang (Kubang Rotan), Kak Zakirah (Arau) & Kak Wan (kenduri Aqiqah, Jitra)
- 26/12- Ammar (Penang) & Sarah Adrus (Jitra)
- 27/12- Khalid & Amru (Melaka)