"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Cerita Basi Hari Raya


Haha, sila gelakkan Ummi sebab baru nak share cerita raya. Mood Ummi nak kembali berblogging sudah kembali. Ummi nak coretkan kisah Anas & Aliff untuk tatapan Anakanda berdua bila dah besar nanti. So, halal lah ek Ummi mulakan dengan cerita yang dah basi ni ek... Hehe...

Gambar2 yang Ummi share kat sini diambil masa bulan puasa rasanya. Seronok nak bagi Anas main bunga api. Dia pun suka. Nanny cakap buat ape la mebazir, bakar duit je. Abah pun fikir camtu tapi saja nak bagi Anas seronok.
 Mula2 takut2

 Pastu dah berani sikit

 Then, tersenyum sbb seronok.

Yang bestnya, dia pandai suh simpankan bunga api die, main sikit2 dulu. Esok main lagi... Haha...

Pagi 1 Syawal kami beraya di Bukit Indah dulu dengan Atuk & Nanny. Bunga & Pak Ngah je yang takde. Diorang raya kat Rawang dulu, Raya ke-3 baru balik beraya kat Kedah.

 Anas & Aliff bergambar dengan Atuk & Nanny

 "Nak cayang adik!"

 My Loving Family

AshA's Family
Anas tu tak habis2 dengan iPhone Ummi, Aliff pun menjeling sama...

Raya kali ni kami tak banyak berjalan ke rumah sedara mara sbb sibuk dengan persiapan kenduri kawen adik Abah, Mak Njang An hari raya ke-5.

Sedih sikit raya tahun ni sbb 2 pasang baju raya Ummi rosak sebab hantar tempah online. Tak sangka la dua org tu boleh tipu Ummi dan kawan2 Ummi sampai macam tu... Sayang sangat kain2 yang rosak tu... Ikutkan Ummi nak announce & tunjukkan gambar baju2 Ummi yang langsung tak boleh pakai tu. Tapi Ummi bukan jenis yang suka nak memalukan orang. Tambah plak dia dah minta maaf kan. Cuma tailor tu la senyap terus hilang camtu je padahal belum lunaskan lagi refund Ummi.

Baju raya Ummi ialah baju utk kenduri kawen Bunga bulan 12 tahun lepas. Masa tu Ummi dah 4 months pregnant. So mmg dah lama tak pakai baju tu. Baju Abah pun sama, pakai sekali je.

Baju Anas & Aliff je beli baru, bagi sedondon dua2 beradik tu. Baju size Aliff memang takde, Ummi beli je size yang paling kecik, tapi ok jugak Aliff pakai sbb die pun besar, debab dah, hehe...



Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Wednesday, September 22, 2010

Special entry: Kopiah Raya Anas...

Hehe, bikin gempak je tajuk. Bukan apa di samping nak promote kopiah hasil tangan Kak Lina ni, nak habaq jugak yang pemenang pertama kategori boyz untuk Cute Little Muslim & Muslimah Contest akan menerima kopiah hasil tangan Kak Lina ni...

Ummi tempah kopiah ni sebelum raya. Tahu ttg kopiah ni dari Ammi Sara yang tempah 4 kopiah utk husband & three heroes die... Memang puas hati tengok kekemasan kopiah kait Kak Lina ni. Anas pakai masa raya hari tu, ramai yang puji cantik dan kemas je kaitan die. Harga pun sangat berbaloi. Thanks to Kak Lina kerana menceriakan hari raya Anas, hehe...

Dan Ummi dengan besar hati nak hadiahkan kopiah hasil tangan Kak Lina ni buat pemenang pertama kategori boyz Cute Little Muslim & Muslimah Contest, di samping hadiah dari Shanghai, Insya'Allah....

Bagi yang ingin menempah, boleh jenguk blog Kak Lina ya... Dan jangan lupa join contest kami ya!

Psssttt.... perasan tak kopiah Anas tu disengetkan gaya cam org dolu-dolu pakai songkok? Ekceli, Anas sendiri yang sengetkan kopiah die camtu. Bila kami betulkan, dia akan tarik balik bagi senget sikit, tak pun tarik sampai ke mata die... haha...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, September 15, 2010

Update Raya

Salam Aidilfitri buat semua! Hm, sebenarnya masih belum ada mood nak update blog ni. Tapi sebab dah lama sangat cuti berblogging, sejak 2 3 hari sebelum raya lagi, Ummi update la sikit kan...

Kami masih di KL, masih sibuk mengunjungi rumah sedara mara kat sini. Esok atau lusa baru balik Kedah.

Gambar? Banyak sangat! Rambang mata nak pilih untuk masukkan dalam blog & fb...

Yang pasti raya kali ni mmg Anas tak boleh duduk diam... Org baru dapat 'lesen kaki' la katakan, nak berjalan je kerja dia... Mmg tak larat kepong, haha...

Cerita raya tahun ni? Dah 2x raya tak seindah sebelum2 ni... Hm, susah nak cerita kat sini... Dalam suka ada duka, dalam gembira ada sedih, dalam tawa ada tangisan.... Moga ada sinarnya di kemudian hari....

Hm, tak syok la layan cite sedih kan... Layan gambar Anas lagi best... Kan, kan, kan?

Ok, satu dulu ek... Nanti dah free sket, baru Ummi masukkan banyak2....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, September 29, 2009

Anas first time raya..


Hm, dah habis dah episod sedih Ummi... Dah tanak nangis2 dah... Thanks pada semua bloggers, kawan2, silent reader yg banyak beri semangat dan kekuatan... Masa Shira post all those entries, Shira dah ok, sekarang bertambah2 ok baca komen2 membina kalians... Ada yang menangis baca kisah Shira ni, maaf la, tak bermaksud... Tapi, hope pengajaran yang baik tu, sama2 la kita amik, yang buruk2 tu, harap betulkan Shira ek... Shira tak balas lagi komen2 kalians tu tp Shira nak ucapkan bebanyak trima kasih coz sudi baca kisah Shira sampai habis & bagi komen2 yang positif...


Banyak kali Shira cakap kat Ummi ramai yang sayang kita... Sebelum ni bila Ummi cam sedih semua di sekeliling Ummi simpan rahsia ni kejap2, Shira selalu cakap, "Semua orang sayangkan Ummi sbb tu diorang sorokkan dari Ummi, diorang tanak Ummi sedih, terluka... Better Ummi tau sendiri dari mulut Ayah dr Ummi tau dr mulut orang kan... Kalau orang tak suka Ummi, sakit hati dgn Ummi, dah lama dah diorang cakap kan. Diorang sayang Ummi, nak jaga hati Ummi, dekat 5 tahun rahsia ni tersimpan rapi sbb diorang sume sayangkan Ummi..." Sebenarnya kata2 ni pun nak kuatkan hati Shira sendiri... Skrg Shira tahu, ramai yang sayangkan kami, kami hargai semua tu... Sesungguhnya rahmat Allah tu luas... Indahnya kasih sayang yang terjalin kerana Allah...

Hm, cukup setakat itu... Ummi nak story pasal Anas dan raya plak... Tahun ni first time Anas sambut raya... Semangat Ummi & Abah nak Anas sedondon dengan kami... Cari baju kat kedai takde saiz Anas, last2 beli kain sama dgn Abah, konon2 nak tempah la... Sekali takde tailor yang nak amik tempahan baju melayu Anas... So, Ummi decide nak jahit sendiri... Bukannya pernah jahit pun tp Ummi tekad nak belajar... Kebetulan Ummi ada kawan yang belajar menjahit, Aunty Una. So, dia postkan nota utk jahit baju Anas...

Mula2 Ummi gunting newspaper dulu, then mintak Wan ajar Ummi camna nak potong kain... Last2 Wan yang potong semua... Haha... Pastu bawak balik Arau, Mak Tok tolong jahit tepi, tak sempat nak belajar jahit terus dgn Mak Tok coz malam tu la insiden Achik Erika Anas lemas...

Then, lepas dah setel semua, 2 hari nak raya kot, Ummi balik Bkt Indah semata2 nak jahit kain2 yg dh potong2 tu... Semangat ni, kebetulan umah Bkt Indah dah hampir siap renovate, bilik khas utk Wan menjahit yang Atuk buat pun dh siap... So, Ummi dok dlm tu la sorang2 menjahit... Mula2 test atas kain perca dulu, jadi.... Tapi bila betul2 nak jahir baju Anas, benang mula buat hal, kejap2 putus, kejap2 sangkut... Lama gak la dok peroseh sorang2... Then baru gi tanya Wan apasal mesin tu problem... Wan ckp mmg dari td cam problem sket... Pastu Wan peroseh2, Wan amik kain, terus jahit semua... Ummi tolong sambung2 kain, n jahit jelujur bahagian leher baju melayu teluk belanga Anas tu...

Malam raya baru masukkan getah seluar & jahit pelipat2 baju & seluar Anas... Pagi raya baru jahit kancing baju, Akhirnya siap jugak baju raya anak Ummi... Hasil tangan Ummi, Wan & Mak Tok Anas... Hehe... Most credited to Wan la... Thanks Wan tolong jahit baju raya Anas... Songkok pun jumpa saiz kepala Anas, saiz 17. Kasut pun ada gak walaupun besar dgn kaki Anas... Then Ummi beli 3 pasang lagi baju baru untuk Anas jenjalan raya. baju Anas pun banyak lagi yang elok2 plus baju yang orang kasik hadiah dulu ada lagi, Anas baru boleh pakau sekarang...






PERJALANAN RAYA (Kes malas nak mengarang nih... hehe...)

1 Syawal - Raya kat umah Atuk & Wan kat Bukit Indah, pastu gi raya rumah Atuk & Mak Tok kat Darulaman Heights, raya ngan PakSu Ikmal, pastu gi kubur Achik Erika, then semua family besar Atuk beraya kat Bukit Indah pastu gi beraya kat Anak Bukit, rumah Tok Hassan... Anas keletihan, dpt tido sekejap2 je... Asal baru tido, sampai plak rumah orang lain... Penat la gak tp dah nama pun raya kan. Petang tu Wan Cu dtg Bkt Indah coz tahun ni giliran raya kat kampung Atuk Ucu kat Baling, then malam tu balik Kubang Rotan jumpa Tok Wan & Mak Tok, Pak Ngah, Pak Lang, Mak Njang, Mak Ndak & Pak Su... Pastu ramai lagi la... ada Tok Nyang, Tok Wa, Mak Long Shima sekeluarga & kakak Hana yang pandai buat Anas gelak mengekek... Ummi & Abah makan banyak... (dah gemuk dah skrg... hehe...)

2 Syawal - Beraya kat Kubang Rotan then gi umah Tok Chaq, Achik Nini bertunang... Pastu stay kat Kubang Rotan sampai petang. Malam Ummi & Abah balik umah jap basuh baju coz nnti berjalan gi KL plak...

3 Syawal - Beraya kat Kubang Rotan lagi coz Mak Tok still kat sana... Abah bawak Mak Ndak Min gi beli laptop. Petang tu plak gi beraya rumah family arwah kawan Ummi, Siti Shofiah Mohd Ismail... Dah lama Ummi tak ziarah family kawan Ummi tu, last pegi masa nak jemput kawen... Kali ni Ummi bawak kenalkan Abah & Anas kat diorang... Then malam tu, Ummi & Abah balik mengemas beg coz esoknya tu nak bertolak ke KL, raya sana plak...

4 Syawal - Awal2 pagi dah bertolak ke KL, sampai KL kul 3 ptg trus gi umah Atuk Andak kat Ampang, then gi umah Wan Lang & Atuk Achik kat Sentul... Dulu kalau balik KL mesti tido umah nenek Ummi, tp skrg nenek Ummi dah takde, Atuk pun dah lama meninggal, Achik Ummi dah kawen, dia yang stay kat umah tu skrg... So, tido hotel la... Kami stay kat Dynasty Hotel, Jln Ipoh... Malam tu gi umah Wan Long kat Jln Duta, pastu gi umah kawan Abah kt kawasan tu jugak... Letihnya, esok sambung lagi...

5 Syawal - Keluar dari hotel awal, tak breakfast dah, Wan ckp jom breakfast kat rumah yang nak gi beraya nih... hehe, bijak2... Pagi2 tu serbu breakfast kat umah Nenek Uda Ummi (Anas kena panggil apa ek, kira mcm moyang sedara, keh3...) kat S.17 Shah Alam, then masuk S.24 plak beraya umah Atuk Teh Ummi... Pastu gerak gi Klang, kat Taman Andalas, umah Atuk Ngah Ummi pastu gerak lagi gi beraya kat umah Nenek Ucu Ummi kat Banting... (Semua taktau Anas nak kena panggil apa coz sume dah jadi moyang sedara, keh3...) Then gi beraya kat Putrajaya, P.9, umah Atuk Uda Anas... tengok Uncle Shafeeq pakai penahan kepala coz dia baru pas eksiden b4 puasa dulu... (Gambar kmdian ek...) Then, gi Seri Kembangan, umah Uncle Munet yg tinggal keseorangan coz sume balik Johor... Kat sana Abah nak belajar guna DSLR, Abah & Ummi baru beli 500D sehari b4 raya, tak pandai guna lagi tu...

6 Syawal - Balik kampung kat Sekinchan, beraya umah Nenek Andak Ummi plak, then terus bertolak balik Kedah... Singgah Tepen jap beraya umah kawan baik Abah, Uncle Ayer aka Ezuan... Pastu sampai Kedah dgn letihnya, baru balik tido kat umah sendiri...

7 Syawal - Baru leh balik beraya kat Arau... Kat sana ramai orang datang, layan tetamu je la...

8 Syawal - Wah melampau la tu... Ummi & Abah dah start keje la... Anas pun dah masuk sekolah balik... Weekend ni raya lagi... Keh3...

P/S: Gambar akan di upload kmdian di entry yg lain...
P/S2: Anas genap 6 bulan hari ni... Next entry lah cite ek, skali ngan check-up Anas esok...


Ummi & Abah sayang Anas

P4: Aidilfitri penuh air mata...

Air mata lagi... Maaf la shira buat ramai yang menangis... Kali ni korang takkan nangis dah kot... Shira cuma nak story pasal pagi raya kami yang penuh air mata... Shira pun dah tak nangis lagi dah... Last nangis masa pagi raya, 1 Syawal tu la...

Macam biasa, setiap pagi 1 Syawal, kita mesti salam2 raya, saling memohon maaf dan bermaafan kan... Kita sebagai anak, kena la memohon ampun dan maaf dari parents kita kan... Masa tu la hati kita akan ikhlas terbuka menerima nasihat dr ibu bapa kita kan...

Tiap2 tahun kami camtu... (Cuma tahun lepas je la aku tak rasa salam2 Ummi & Ayah di pagi 1 Syawal, tp aku salam2 Mak & Abah kat Arau) Alhamdulillah, tahun ni dengan insiden besar yang berlaku dlm keluarga kami, tahun ni giliran aku beraya kat Jitra dgn Ummi Ayah... (Giliran Abang plak first time 1 Syawal takde ngn family Abang...)

Selalunya kami akan bersalam2 raya before gi sembahyang raya atau lepas solat Subuh berjemaah. Tapi hari tu, first time pagi 1 Syawal Ayah beraya kat rumah Ibu... (Kesian Ayah, tahun ni setelah hampir 5 tahun Ayah kawin ngan Ibu, ni la first time Ibu raya pertama ngan Ayah... Tapi semua agak terkilan sbb Erika tak sempat nikmati suasana indah ni... Ayah paling terasa pemergian Erika di pagi Syawal tu... Kesian sangat kat Ayah, aku tahu Ayah agak terkilan coz sebelum2 ni Ayah biar diorang raya sendiri ngan family angkat sbb Ayah berahsia... Tiap2 tahun, Ayah mmg raya ngan kami... Tapi bila semua ok, bila kami dah tahu, dah boleh terima hidup baru, Ayah mesti excited nak raya dgn family baru dia... Tapi Allah dah atur semuanya, Erika pergi sebelum sempat sambut first raya dgn Ayah...)

Ayah balik umah before gi sembahyang raya. Semua gi sama, balik rumah after solat terus sarapan raya, then nak gerak gi kubur... Sebelum kuar umah kami berkumpul duduk sama2 nak salam2 la... As usual, aku sbgai anak sulung kena la mula dulu kan... So, aku pun bangun dok depan Ayah hulur tangan... Riak muka Ayah cam blur... Then Ayah cakap, sat... Pastu Ayah mula bicara... "Biasanya pagi raya anak2 yang akan minta maaf dari Ayah & Ummi, tapi hari ni, Ayah plak nak mintak maaf dari semua sbb selama ni Ayah simpan rahsia, dah dekat 5 tahun dah, Ayah minta maaf sangat2..." Ayah nangis... Aku nangis peluk paha Ayah, adik2 datang duduk keliling Ayah... Then Ayah sambung lagi, "Bukan maksud Ayah nak sorok semua ni tp Ayah takut Ummi, anak2 takleh terima. Tp Alhamdulillah, Ayah syukur sangat sbb Ummi boleh terima dengan baik, anak2 boleh terima, Ayah syukur sangat... Anak2 Ayah la yang bagi kekuatan kat Ummi & Ayah, Ayah seronok tengok keadaan ni..." Panjang lagi apa yang Ayah cakap pagi tu, aku pun tak bapa nak ingat coz banyak nangis lagi...

Antara apa yang Ayah ckp hr tu, Ayah harap kami dpt tolong Ibu & anak2 Ibu dekat dgn tarbiyah, kami kena tolong Ayah didik diorang sbb diorang masih baru dlm hidup kami, tak mcm kami yg dah lama dlm suasana jemaah & tarbiyah... Kami kena bimbing diorang... Insya'Allah, semua tu dah jadi tanggungjawab kita bersama... Kami akan bersama dgn Ayah walau apapun...

Aku dah tak mampu nak bercerita... Rasanya gambar2 ni boleh cerita semuanya...


Apapun, Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik... Kami pun semakin bahagia, Ayah makin ceria, Ummi makin bahagia jadi hamba Allah yang terpilih, aku makin matang dan rasa bertanggungjawab, untuk keluarga aku sendiri, untuk adik2 aku, untuk company, untuk jadi sumber kekuatan Ummi & Ayah, dan untuk keluarga baru aku, Ibu, adik2 tiri aku, Masturina & Maskamilia & adik kandung aku, Ikmal, juga Erika yang telah dijemput pulang... Adik2 aku pun semuanya makin matang, kami semua sangat2 menghargai setiap detik kami bersama... Hubungan semua makin erat dan akrab terutama antara dua keluarga... Aku pun makin rapat dgn Ibu, makin sayang kat Ummi & Ayah, makin hargai kasih sayang dan jasa mereka besarkan aku dlm didikan agama... Tak dapat bayangkan penerimaan aku klu aku takde iman yang kuat... (Kalau kalians ingat, masa raya tu kan ada keluar cite anak tikam diri sendiri sbb tertekan ayah dia kawin lagi ngn indon...) Mengucap panjang aku baca kisah tu. Alhamdulillah kami semua diberi didikan agama yang sempurna oleh Ummi & Ayah...

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

What a nice date kan hari ni.... Dulu kan Ummi pernah la berangan nak kawin masa umur 25 nak amik tarikh dlm bulan kelahiran Ummi... Dan tarikh ni la yang Ummi angan2kan itu... Hehe... Pastu bila dipikirin, hr ni kan hari keje, so takleh la... Tp ms tu berangan la konon2 akad nikah je hari ni, buat kenduri weekend tu... Haha... tu angan2 2 3 tahun lepas la... Masa tu mana nak pi tau time ni kena bulan puasa kan... Hehe... Sib baik tak tunggu tarikh ni jugak2... Sib baik dah kawen dah, dah ada Anad dah pun skrg ni... Hehe...

Oh ya, update sket... baju raya Ummi & Abah yang tempah 2 bulan lepas dah siap dah... Tinggal baju Anas je ni... Beria Ummi & Abah nak pakaikan Anas baju melayu jugak2 nih tp susah nak dpt size... So, Ummi bertekad nak jahit sendiri... Ummi tunggu bilik khas menjahit kat umah Atuk & Wan siap je skrg ni... Kita tunggu dan lihat hasil tangan Ummi nanti ek... Hehe...

Kenapa ek Ummi beria nak jahit sendiri jugak2? Sebabnya kita nak sedondon... Kain baju melayu Anas & Abah sama... Dah takde orang nak amik tempahan, tu yang Ummi nak jahit sendiri... Tema tahun ni, Merah anag ang...


Ummi & Abah sayang Anas

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi