"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

@ Cameron Highlands 2 jam je...

Ni bulan lepas punye cerita hokay, huhu....

Gambar di bawah adalah sekadar hiasan. Tapi ni strawberry yang bawak balik dari CH la. Celup coklat yang dijual oleh Ummu Sulaim Handmade Chocolates (Nenda Anas & Aliff). Menjadi hidangan istimewa untuk kawan2 Ummi.



17/10/11 Ummi kena gi site visit kat Langkap, Perak. So, Abah kena la ikut sekali. Pastu xsampai hati nak tinggalkan anak2 terutama Aliff yang masih menyusu badan, kecil lagi untuk ditinggalkan, so ajak TokWan dan MakTok Anas Aliff sekali tolong jagakan mereka sekejap masa Ummi & Abah kerja.

Kami bertolak ke Ipoh 16/10/11 lepas waktu kerja. Bermalam di Simpang Pulai dan pagi2 esoknya terus bertolak ke Langkap. Lepas selesai kerja dalam kul 12 camtu, gi isi perut dulu. Then Abah ajak naik Cameron Highlands sbb kami dah dekat dengan Tapah. Abah ajak naik ikut Tapah, dan turun ikut Simpang Pulai. Naik sekejap je Abah cakap.

So, lebih kurang pukul 3 pm dah sampai Tanah Rata. Berhenti rehat kat Bharat sekejap. Pastu naik lagi & gi masuk Taman Rama-Rama sbb masa gi CH dulu, Anas kecik lagi, baru nak masuk 11 bulan. So, kali ni bawak Anas sekali lagi sbb dia dah kenal binantang. Nampak die seronok sangat.

Lepas tu singgah Day Market borong sayur segar -TokWan Anas yang borong sakan walaupun sebelum die pesan kat kami jangan beli, hahaha...- dan strawberry. Lepas tu terus turun balik & solat jama' taakhir Zuhur Asar di kedai Uncle Abu, kawan baik Abah....







Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Wednesday, March 9, 2011

Info tentang Kurau Stone Fishing & Highland Stay


KURAU STONE FISHING & HIGHLAND STAY

Alamat :               893 Kampung Batu Bertindan,
Changkat Perah, 34500 Batu Kurau,
Taiping Perak.

Untuk sebarang pertanyaan :     En.Suhaizi (0135000478), En. Fazreen Fais (0195111918),                               
En.Yusof (0135825866), En. Nizam (0135000482)
Restoran (0134070001), dan Chalet (0135000637)
Facebook : kuraustone79@yahoo.com

Chalet Kurau Stone:
Terdapat 2 jenis chalet yg ditawarkan di Kurau Stone. Chalet untuk pasangan (bukit) dan juga chalet  untuk seisi keluarga (gunung / pinang).
                                Chalet (Gunung / Pinang )            : RM85.00 hingga RM95.00 / hari
                                Chalet (Bukit)                                    : RM65.00 hingga RM75.00 / hari
Untuk chalet (gunung / pinang)  tempat tidur disediakan untuk 3 org  dan boleh memuatkan seramai 4 org hingga 5 org satu bilik. Manakala untuk chalet (bukit) tempat tidur disediakan untuk 2 org shj dan boleh memuatkan seramai 3 org. Tambahan tilam dan bantal RM15.00.

ATV Kurau Stone:
Terdapat 5 buah ATV di sediakan untuk aktiviti pengunjung. RM12.00 dikenakan untuk 4 pusingan mengikut trek yg disediakan. Manakala untuk trek bukit sebanyak RM20.00 untuk satu pusingan.

Memancing Kurau Stone:
Terdapat berbagai jenis ikan disediakan untuk kaki pancing seperti ikan rohu, tongsan, keli, patin dan lain2 yg berada di 3 buah kolam yg berbeza. Bayaran RM23.00 untuk 4 jam memancing, RM34.00 untuk 6 jam memancing dan RM50.00 untuk 10 jam memancing.

Berbasikal Kurau Stone:
Terdapat 5 buah basikal disediakan untuk pengunjung bagi menikmati suasana kampung di Kurau Stone. Bayaran RM 10.00 untuk 2 jam.

Restoran Kurau Stone:
Terdapat restoran yg berkonsepkan santai (wakaf) di tebing bukit. Juga menyediakn masakan ala kampong, wastern, ala thai dan banyak lagi. Hiburan live band setiap hujung minggu.

Pengangkutan :
Pihak Kurau Stone menyediakan pengangkutan (van) untuk para pengunjung ke tempat rekreasi air terjun berdekatan seperti Speneh dan Air Itam, juga kepada pengunjung yang mahu ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan sebagainya.




Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan | 1 hari @ Pulau Langkawi

Alhamdulillah, tertunai gak hajat Ummi nak jejak Pulau Langkawi... Ele, macam tak pernah pergi je kan? Haha... Hm, Ummi tatau la nape Ummi tingin benor nak gi Pulau Langkawi untuk shopping semata2... Pembawakan budak kah?

Dulu masa pregnant Anas, Ummi sangat malas berjalan, sangat malas masak, sangat tak suka berhias... Sekarang terbalik plak... Tetibe rajin sangat nak masak, sampai nangis2 kalau Abah balik lambat sbb takleh nak masak, huhu... Pastu kalau boleh tiap2 malam nak ajak Abah gi shopping + window shopping. Padahal Ummi kan dari zaman anak dara, sangat tak suka gi window shopping. Memang sangat malas la nak outing ni... Ummi hanya akan masuk shopping complex if ada keperluan yang Ummi nak beli, tu pun kalau banyak benda nak beli. Kalau 1-2 tu, rela tangguhkan dulu la...

Sebenarnya Ummi dah lama nak beli barang-barang dapur dari Pulau Langkawi. Ada je cawangan kat Alor Setar ni. Tapi mahal sikit la dari Langkawi tu, kan duty free... Orang cakap, sama je plus tambang pergi balik lagi kan... Tapi teringin jugak nak jalan-jalan jauh before bersalin nih... Jauh la sangat, hehe...

Kami bertolak dari rumah kul 7.30am terus ke Jeti Kuala Perlis. Better naik feri dari Kuala Perlis sbb 45 mins-1 jam je perjalanan. Kalau dari Jeti Kuala Kedah, 1 jam 45 minit la jugak. Ummi takut pening atas feri lama-lama... Pukul 9am baru naik feri. Sampai kat Jeti Kuah, terus amik keta sewa, terus gi Haji Ismail Group (the famous tempat nak shopping kat Langkawi). Settled bab shopping, hehe... Ummi gi kena time sale tapi dah tak banyak choice la... Yang penting murah sangat-sangat, hehe...

Lepas shopping, gi makan kat Restoran Wan Thai. Menu: Ikan Siakap Stim Limau, Tom Yam Campur & Sayur Kangkung Goreng. 2 orang makan, sekali dengan nasi putih 2, air tembikai 3, RM60++ Mahal jugak kan... Kalau orang KL rasa murah kot, hehe...

Then, kami gi Cable Car, tak berniat nak naik pun sebab gi masa bulan 6, tahun lepas dah naik. Niat tu nak main rabbit je. Tapi tutup la plak Rabbit Garden tu. So, Abah ajak naik cable car. Bila nak beli tiket baru perasan kami masing2 tak bawak turun MyKad. So, harga tiket mahal la sket. Hm, terus tak jadi naik. So, bergambar je kat situ.

Anas baru bangun tido ni. Belikan dia cap & sunglass sbb cuaca terlalu panas. Mula-mula agak meragam tapi bila nampak cap, terus cakap, 'nak pakai'. Pastu baru mood dia ok.

Tapi cukup susah nak suh dia posing amik gambar. Tanak tengok kamera langsung. Dan tanak kena pegang. So, biar je la dia sebab Ummi pun dah tak larat nak kejar...



Anak Abah tau Anas ni...




Dengan Ummi plak...
(Hehe, sebenarnya lagi banyak gambar Anas dgn Ummi tapi 1 je la Ummi buh sini, segan nak tayang perut yang semakin memboyot...)

Ni keta yang kami sewa kat sana. Abah tak tahu yang Vios ni memang save minyak. Abah terus gi isi RM30, nyesal, hehe...

Kami dah beli tiket balik masa sampai. Sebab hari tu Sabtu, ramai yang akan balik. Tiket kami 5.30ptg. Hm, lepas habis ronda-ronda, terus hantar keta balik & ke jeti, naik feri balik. Sampai je kat Kuala Perlis, terus gi Alor Setar plak. Tok Abah masuk PMC + adik2 Abah dah nak balik malam tu jugak. Tak sempat hantar Mak Ndak Min kat stesen keretapi sbb keretapi dia kul 7.45pm. So, bukan rezeki Mak Ndak nak dapat coklat Langkawi, hehe...

Sangat keletihan hari tu sbb dari lepas Subuh sampai ke 12 malam kami berjalan. Sebenarnya Ummi dah tak larat & sangat sakit masa kat Langkawi tapi Ummi senyap je dari Abah. Ye la, Ummi yang beria ajak Abah gi Langkawi sebab tu bila sakit kena diam je, hehe.. Hari Ahad, kerja cam biasa ya...

Thanks Abah sebab bawak Ummi gi Langkawi walaupun Abah nak sangat gi Pulau Pangkor mancing dgn kawan2 Abah. Next time Ummi teman Abah gi mancing kat Pangkor plak ya... Bukan rezeki kita nak gi Pangkor last week, Tok sakit, adik2 pun balik. Sebab tu Ummi sanggup gi Langkawi balik hari je. Kalau ikutkan memang penat gak tapi keadaan tak mengizinkan kita nak enjoy sangat... Ummi nak sangat2 pergi sebelum masuk 30 minggu sebab takut dah tak larat. Ni pun mengah la jugak, hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, February 8, 2011

Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay



~Entry ini boleh dikatakan entry promosi la jugak ye~

Diizinkan Allah, setelah perancangan yang telah diatur sekian lama, cuti CNY baru2 ni Abah berjaya bawak 1 family die bercuti. (Family jiran FIL pun ikut. Memang dah kamcing sangat kami ni.) Dah lama sangat diorang tak jalan2. Tak macam family Ummi, Atuk & Nenda memang sangat suka berjalan. Abah & Ummi pun memang sangat suka berjalan cuma kekangan masa dan kerja je yang menjadi halangan kami buat masa ni.

Insya'Allah, ada kelapangan nanti kami akan bawak anak2 jalan2 pusing dunia, melihat dan mensyukuri kebesaran Allah.



Kami sekeluarga ke Batu Kurau, Taiping, Perak bercuti di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay milik keluarga kawan baik Abah -sebab tu nak promote sikit, aci ek... hehe...-Sebenarnya tempat ni agak baru. Kolam ikan je yang agak dah lama sikit, 2 tahun lebih. Resort (chalets dan restoran) dia plak baru 3-4 bulan beroperasi. Tapi sambutan sangat menggalakkan, Alhamdulillah...

Boleh tengok review tempat ni dalam Jom Jalan kat TV3. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah sampai tempat ni.


Tarikan di sini, of course la fishing activity. Family Abah ni mmg minat memancing. -Maka terpaksa la Ummi menyabarkan diri dengan hobi memancing Abah, huhu... Ummi mmg tak minat...- Sepanjang Ummi kat sana, Ummi tak jejak langsung ke kolam mancing tu. Tapi tempat kat situ memang best, pemandangan menarik la! Relax dan santai je suasana die. Tenang dan mendamaikan...
Ada jugak ATV (All-Terrain Vehicle) selain fishing activity kat situ. Ummi tengok je la adik2 ipar Ummi main. Nak main same? Tak la kot, hehe...

Oh ya, chalet kat sini ada 10 buah -bakal bertambah, Insya'Allah - Salah satu chalet dia dimiliki oleh Shamsul Ghau Ghau. Dia beli 1 -jadi homestay untuk family dia bila ke sana. Bila die tak datang, disewakan macam biasa la. Dan malam tu, Ummi yang tido kat situ bersama MIL & SIL Ummi - Anas juga!

~Gambar2 ni diambil dari album Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay~


Boleh add Kurau Stone kat facebook

Untuk tempahan, call Faiz: 019-5111918
e-mail: kuraustone79@yahoo.com


Cerita sebelum pergi

Sebenarnya Ummi & Abah hampir2 nak cancel rehlah ni. Sebabnya Anas demam sejak hari Selasa. Dan tengah malam sebelum pergi tu, first time suhu badan die sampai 39°c. So, kami bawak Anas ke KMC pukul 1.30am - terus kena masuk ubat ikut m**t*t comel die tu. Hampir tak boleh tido malam tu, kul 4 am baru leh lelap.

Sudahnya lepas Subuh macam pening2 je. Abah nak sambung tido sebab nak drive jauh. Ummi pun sambung tido sekali sebab sambung menyusu Anas. Kul 9 am baru terjaga-baru kelam kabut packing barang. Malam sebelum tu mmg tak sempat langsung sbb Anas asyik merengek je tanak berenggang dari Ummi. Sudahnya tertido dgn dia sampai kul 1 - tersedar sebab rasa badan dia panas sangat.

Alhamdulillah pagi nak bertolak tu badan die dah tak panas. Cuma dia asyik meragam, nak n***n je sepanjang masa dan tanak kat sesape pun. Sape2 nak pegang pun dah nangis2 dah. Hatta pegang rambut die pun die dah marah... Dia jadi sangat manja. Jadi budak n***n dah sebab all the time sampai Ummi penat.

Coretan Aktiviti Kami Sepanjang di Kurau Stone

Khamis, 03.02.2011

Sampai di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay @ 3.00pm - Check-in & lunch @ D'Bukit Santhai.

Lepas lunch, yang lelaki terus bersiap gi mancing. Kami yang perempuan berehat jap dan solat.

Pukul 6pm gi mandi air terjun. Kena keluar sikit tapi tak berapa jauh la. Anas tak berapa ade mood nak main air sungai. Just nak main kaki je tapi tanak naik bila badan dah menggigil.

Sebenarnya dia tertido dalam perjalanan nak ke sungai ni. Mula2 cam tak sampai hati nak kejutkan dia. Tapi hari pun dah petang. Ni plak first time bawak dia ke air terjun. Kejutkan jugak la. Mula tu moody je. Lepas tu baru mai sikit2 mood die.

At first tanak masuk air langsung

Takut2 je nak cecah kaki masuk air

Bila dah cuba sikit2 terus excited! Tapi takat kaki je la. Die tanak berendam langsung.

Lepas Maghrib, yang lelaki sambung fishing activity. Disebabkan restoran penuh, kami order makan dan diorang hantar kat dangau tempat kami berkumpul. Mak Cik Has bawak dapur gas yang kecik tu. Siap singgah beli Fries & Cocktail kat Econsave Taiping. So, sementara tunggu nasi yang kami order tu sampai, kami goreng fries & cocktail dulu. Malam tu Anas makan banyak sangat walaupun asyik mengadu mulut die pedih - ade ulser kat tepi mulut die...

Pukul 11pm Anas dah ajak Ummi tido. Yang lain plak, lepas makan terus join mancing. Tinggal Ummi & Anas je dalam bilik.

Jumaat, 04.02.2011


Preparing breakfast @ dangau

Pagi2 lagi yang lelaki sambung balik mancing. Ummi & Mak Cik Has sediakan breakfast - sandwich sardin. Selesai breakfast, masing2 sibuk beraktiviti, main ATV, mancing. Ummi je masuk bilik, packing, mandi, mandikan Anas & bersiap nak balik.


Tak banyak gambar fishing activity diorang ni sebabnya masing2 langsung tak berhasil menaikkan ikan. Salah umpan kot. Padahal ikan sangat banyak dan besar2... Lain2 mmg sume happy tapi frust sbb tak dapat ikan langsung

main ATV untuk hiburkan hati bila frust tak dapat ikan

Kami check out kul 12pm, terus bertolak balik sbb sebelum Asar tu kawan Abah nak akad nikah plak. Macam tak puas pergi kejap sangat. Abah & Ummi dah plan nak wat reunion sekolah kami kat situ plak nanti, Insya'Allah...

Before balik, kami bergambar dulu. Ummi je yang 'gediks' nak bergambar, hehe... Bukan apa, nak gak gambar kenangan masa preggy ni. Takpelah chubby sikit pun. Haha...


Anas tanak tengok kamera langsung


Baby bump @ 25 weeks


Biarpun gambar ni terover expose tp the moment tu yang penting
Anas sedang sayang adik


Family Potrait


TokWan bersama anak toke tempat ni. Ni la kawan Abah, Uncle Faiz

Tragedi hilang handphone

Sepatutnya Ummi nak calling2 Kak Suziey sbb diorang pun balik bercuti kat Taiping. Tapi handphone Ummi 'hilang' la plak... Ummi ingat masa nak kuar umah, Ummi amik hp & iPod dari atas katil terus masukkan dalam handbag. Pehtu Ummi gi amik charger simpan dalam beg telekung sbb handphone bateri dah kong. Tapi dalam kete baru sedar hp xde dalam bag. iPod je yang ada, charger pun ade.

Pinjam hp Abah call adik2 kat umah mintak tolong cari tapi diorang cakap takde... Sudahhhh... kat mana plak hp ni? Abah usik, nak beli Blackberry Torch ke? Huhu... Orang dah tak kisah pasal hp la... Yang penting ape dalam hp tu... Semua dalam tu penting2 la... Positif je sepanjang bercuti tapi mmg tak best la sbb takleh contact sesape pun...

Malam tu masa nak tido, baru perasan hp ade je kat tepi katil. Agaknya jatuh masa Ummi nak tarik cadar. Jatuh atas beg tepi katil tu, tu yang tak perasan tercicir agaknya... Alhamdulillah jumpa balik...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Friday, January 21, 2011

Kami singgah IKEA hari tu sebab kerusi ini

Masa kami gi IKEA 25 Dec lepas (masa kenduri Bunga sebelah Rawang), tak de dalam shopping list pun untuk beli kerusi ni. Ummi jenis tak suka window shopping. Kalau gi shopping, Ummi hanya akan beli barang yang ada dlm list sahaja. Atau bila baru nampak or baru teringat, Ummi akan fikir 2 3 kali barang ni keperluan atau kehendak. Kalau rasa betul2 penting, baru Ummi beli.

Beza tau ngan Abah. Sebenarnya Abah lagi kaki shopping berbanding Ummi, hehe... Abah kalau nampak, dia rasa best, dia terus nak beli. Means, if dia nak, dia nak jugak2 no matter what, hoho...

So, masa gi IKEA sebelum ni, dia terberkenan la kat kerusi ni. Ummi try duduk masa tu, memang la sedap. Abah dok kira nak amik dah. Tapi Ummi tanya dulu:
  • Abah nak letak kat mana? Abah cakap nak letak kat ruang nak santai tengok TV. Tapi kan dah ada sofa. Abah cakap sofa tu tak santai nak tengok TV. ~Ting! Alasan yang takleh diterima - rejected - bukan 1 keperluan utk beli kerusi itu~ hehe...
  • Harga kerusi tu RM99 tau! Kalau window shopping nak beli barang2 yang murah2 takpe gak. Ni kalau nak beli kerusi tu, harusla beli dua bagi ada pair kan. So, masih bukan 1 keperluan untuk membelanjakan extra RM198 dlm 1 hari yang kita tak bajet pun nak berbelanja lebih hari tu.
Wah, Ummi menggunakan kuasa veto sebagai perancang kewangan keluarga, haha... Nasib la sape2 yang kawen ngan akauntan ni... Memang begini lah, hehe... Untuk kebaikan gak kan...

So, peluang yang ada gi IKEA Ahad lepas, Abah mmg dah bajet siap2 nak beli kerusi tu. Ummi hanya mampu diam je sbb dah kenal Abah ni kalau dia nak, mmg la dia nak jugak2... Kalah Anas tau, hihi... Abah beli 3 sekaligus. 1 untuk TokWan Anas bersantai tgk wrestling kata Abah, huhu... Warna hitam tinggal 1 je. Yang lain merah. Abah amik je asalkan dapat, boleh tak, huhu...

~Model sedang bergaya di atas kerusi baru~
~Ummi suh eksyen tgk TV sambil pegang remote~
~Kadang2 teman Abah die main PS3 kat sini~

~2 colour; hitam dan merah~

**Apesal cam pelik je warna gambar tu? Hm, edit guna laptop tgh2 mlm, xperasan warna terang giler...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, January 18, 2011

Perjalanan paling lama.... KL-Jitra 14 jam?!!

Normal perjalanan KL-Jitra hanyalah 5-7 jam sahaja. Kalau driver tu pecut 160 km/h, 4 jam dah leh sampai kot... Tapi ape yang membuatkan perjalanan kami lama sangat sampai 14 jam?!!

Kami keluar dari umah kat Selayang kul 10am. Memang niat nak shopping kat IKEA before balik. Orang jauh kalau borong kat IKEA tu perkara wajib kalau sekali sekala mai KL ni. Ops, family kami je kot, hehe... Apepun Atuk & Nenda Anas memang penggemar barang2 dari IKEA. Turun kat Ummi, dan Ummi perturunkan kat Abah jugak. Now Abah pun dah sangat2 suka gi IKEA bila turun KL.

Apa perlu buat bila plan nak shopping kat IKEA?
  1. Masa plan nak datang KL, harus plan elok2. Barang2 pun jangan bawak banyak2 - sebabnya nanti tak muat plak kete nak letak barang2 yang nak beli kat IKEA tu.
  2. Kena tengok katalog awal2 ye. Bajet & plan betul2 apa nak beli. Kena tau saiz benda tu - muat ke tak dalam bonet?
Kami plan sekejap je nak ke IKEA tu sebab dah aim barang apa nak beli. Memang agak tak berlamaan la kat sana. Tetibe Ummi rasa nak ajak Abah gi The Curve. Ummi nak cari maternity wear. Masa pregnant Anas dulu, Ummi tak beli seluar. So, kali ni nak cari seluar.

Pastu nampak kedai barang RM5 - barang import dari Jepun. Masuk la borong sikit. Hm, masa ni Anas dah mula cranky, ngamuk2 sebab dah ngantuk. Jam pun dah dekat kul 1. Terus ajak Abah balik. Tapau lunch siap2. Masuk kete terus bagi Anas makan, kasi n***n dan dia terus zzzzzzzz. Ngantuk sangat dah anak Ummi ni...

Kami berhenti rehat kat Hentian Rawang, makan yang tapau tadi, solat jamak dan teruskan perjalanan.

Pukul 4 kami sampai kat Simpang Pulai. Memang plan nak ziarah baby ecahAbu. Plan tu nak datang sekejap je la. Tapi Abu pandai plak pujuk Ummi & Abah suh stay sampai dinner, sebabnya diorang nak gi mancing. Sempat lagi tu... Kalau ikutkan hati memang tamau bagi Abah gi mancing sebab perjalanan kami masih jauh lagi... Tapi ikut je la... So, Ummi ngan Anas stay la kat umah diorang sampai ke Maghrib. Lepas Maghrib, dinner lu, then terus balik.

Tu la sebabnya perjalanan kami sampai 14 jam, huhu... Sepanjang 14 jam tu langsung tak baring, mau tak lenguh pinggang & badan2 Ummi ni. Dok dalam air-cond plak malam2, memang la masuk angin je... Sampai umah kul 12 mlm, sebabkan dah jamak Isya', Ummi terus tido. Langsung tak tengok barang & baju kotor, hehe... Esoknye Abah nak gi keje tade seluar, haha... Tu la akibatnya gi mancing. Kalau balik awal, sempat je Ummi basuh seluar Abah tu, haha...

Ni gambar2 Anas dengan baby. Kat rumah diorang ni ada 2 orang baby. Sorang tu adik Abu, Iman nye baby, dah 36 hari. Sorang lagi tu anak ecahAbu la, baru 7 hari.

Ape la amanat Pak Cik Abu kat Anas tu?

Sayang adik! Ni Fatih Arraziq, anak EcahAbu.

Sayang adik lagi!

Sayang baby lagi. Ni Abdullah Naufal, anak Iman dan Umar.

Anas suka sungguh tengok baby. Dulu kan die selalu jeles, nangis2 kalau Ummi pegang baby lain. Sekarang ni, Alhamdulillah dia lagi suka Ummi pegang baby, tanak berenggang ngan Ummi ngan baby. Asyik nak cium baby je... Dah tahu die akan jadi abang, die dah prepare siap2 la tu... Alhamdulillah, jadi abang yang penyayang ye Anas sayang...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Akhirnya dapat jugak apa yang diidam2kan tu...

Ramai yang tahu Ummi gi KL baru2 ni sebab nak makan nasi kukus ayam berempah kat Greenwood, Gombak. Ummi ade cite pasal mengidam ni dalam entry sebelum2 ni kan. Kat status fb Ummi pun Ummi dok kecoh pasal Ummi mengidam nasi kukus ayam berempah kat Greenwood ni. Siap suh member Ummi gi amik gambar lagi. Tapi die tak sampai hati, hehe... Kalau orang tanya rasa camne ngidam tu, Ummi tak tahu la nak jawab. Ummi cuma rasa nak makan, selalu teringat, terbayang dan rasa nak nangis bila rasa cam susah nak dapat.

Semua orang yang terdekat ngan Ummi sume cadangkan suh cuba nasi kukus yang lain. Sume nak tolong beli. Siap tolong gi cari lagi. Tapi ntah la, Ummi cuma nak yang kat Greenwood tu je. Bukan sume nasi kukus dan kuah die tu rasa sama kan. Ummi dok teringat yang tu je tau... Tu yang Abah sanggup bawak Ummi ke KL semata2 nak makan nasi kukus tu... Ye! Semata2!

Klik gambar untuk baca dgn lebih jelas ya...
Ni la nasi kukus nye... Die bungkus la... Ni yang Ummi taruk dalam pinggan, bahagi dengan Anas sikit. Sebenarnya ni bungkusan yang ke-2 utk Ummi. Yang first tu dah selamat masuk perut tanpa sempat amik gambar. Lapar nye pasal. Tak teringat langsung nak amik gambar.

Malam tu, ex-roommates Ummi kat UIA yang beli & bawa nasi kukus dtg umah kami. Terharu sangat diorang baru balik kerja sanggup datang untuk Ummi dan baby dlm perut ni.

Sebenarnya, lepas makan tu, baru sedar, mengidam jumpa kawan2 lama rupanya. Sedih diorang datang sekejap sangat. Balik keje lambat satu hal, dengan letihnya, sesat lagi masa nak datang umah kami tu... Niway, thanks sangat2 korang ~Ellia~Zai~K.Wana~K.Huda~K.Muni~


Esoknya tu kami meronda la. Kami breakfast kat umah je. Pastu hi umah Achik Ummi kat Sentul. Achik Ummi ni lelaki tapi bekas chef kat hotel (dah lama sangat dah pencen jadi chef). Tapi kalau dah de bakat memasak tu, mana ade pencennya kan. Setiap kali kami gi umah Achik ni mmg best la die jamu makan. Hari Sabtu hari tu, rezeki kami makan western - chicken omelet dgn fries & sosej. Dah selalu sangat Achik ajar Ummi wat omelet tapi tak pernah menjadi.... (-_-)



Next entry: Jumpa teman2 bloggers. Siapa ya?

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi