~Entry ini boleh dikatakan entry promosi la jugak ye~
Diizinkan Allah, setelah perancangan yang telah diatur sekian lama, cuti CNY baru2 ni Abah berjaya bawak 1 family die bercuti. (Family jiran FIL pun ikut. Memang dah kamcing sangat kami ni.) Dah lama sangat diorang tak jalan2. Tak macam family Ummi, Atuk & Nenda memang sangat suka berjalan. Abah & Ummi pun memang sangat suka berjalan cuma kekangan masa dan kerja je yang menjadi halangan kami buat masa ni.
Insya'Allah, ada kelapangan nanti kami akan bawak anak2 jalan2 pusing dunia, melihat dan mensyukuri kebesaran Allah.
Kami sekeluarga ke Batu Kurau, Taiping, Perak bercuti di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay milik keluarga kawan baik Abah -sebab tu nak promote sikit, aci ek... hehe...-Sebenarnya tempat ni agak baru. Kolam ikan je yang agak dah lama sikit, 2 tahun lebih. Resort (chalets dan restoran) dia plak baru 3-4 bulan beroperasi. Tapi sambutan sangat menggalakkan, Alhamdulillah...
Boleh tengok review tempat ni dalam Jom Jalan kat TV3. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah sampai tempat ni.
Tarikan di sini, of course la fishing activity. Family Abah ni mmg minat memancing. -Maka terpaksa la Ummi menyabarkan diri dengan hobi memancing Abah, huhu... Ummi mmg tak minat...- Sepanjang Ummi kat sana, Ummi tak jejak langsung ke kolam mancing tu. Tapi tempat kat situ memang best, pemandangan menarik la! Relax dan santai je suasana die. Tenang dan mendamaikan...
Ada jugak ATV
(All-Terrain Vehicle) selain fishing activity kat situ. Ummi tengok je la adik2 ipar Ummi main. Nak main same? Tak la kot, hehe...
Oh ya, chalet kat sini ada 10 buah -bakal bertambah, Insya'Allah - Salah satu chalet dia dimiliki oleh Shamsul Ghau Ghau. Dia beli 1 -jadi homestay untuk family dia bila ke sana. Bila die tak datang, disewakan macam biasa la. Dan malam tu, Ummi yang tido kat situ bersama MIL & SIL Ummi - Anas juga!
~Gambar2 ni diambil dari album Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay~
Untuk tempahan, call Faiz: 019-5111918
e-mail: kuraustone79@yahoo.com
Cerita sebelum pergi
Sebenarnya Ummi & Abah hampir2 nak cancel rehlah ni. Sebabnya Anas demam sejak hari Selasa. Dan tengah malam sebelum pergi tu, first time suhu badan die sampai 39°c. So, kami bawak Anas ke KMC pukul 1.30am - terus kena masuk ubat ikut m**t*t comel die tu. Hampir tak boleh tido malam tu, kul 4 am baru leh lelap.
Sudahnya lepas Subuh macam pening2 je. Abah nak sambung tido sebab nak drive jauh. Ummi pun sambung tido sekali sebab sambung menyusu Anas. Kul 9 am baru terjaga-baru kelam kabut packing barang. Malam sebelum tu mmg tak sempat langsung sbb Anas asyik merengek je tanak berenggang dari Ummi. Sudahnya tertido dgn dia sampai kul 1 - tersedar sebab rasa badan dia panas sangat.
Alhamdulillah pagi nak bertolak tu badan die dah tak panas. Cuma dia asyik meragam, nak n***n je sepanjang masa dan tanak kat sesape pun. Sape2 nak pegang pun dah nangis2 dah. Hatta pegang rambut die pun die dah marah... Dia jadi sangat manja. Jadi budak n***n dah sebab all the time sampai Ummi penat.
Coretan Aktiviti Kami Sepanjang di Kurau Stone
Khamis, 03.02.2011
Sampai di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay @ 3.00pm - Check-in & lunch @ D'Bukit Santhai.
Lepas lunch, yang lelaki terus bersiap gi mancing. Kami yang perempuan berehat jap dan solat.
Pukul 6pm gi mandi air terjun. Kena keluar sikit tapi tak berapa jauh la. Anas tak berapa ade mood nak main air sungai. Just nak main kaki je tapi tanak naik bila badan dah menggigil.
Sebenarnya dia tertido dalam perjalanan nak ke sungai ni. Mula2 cam tak sampai hati nak kejutkan dia. Tapi hari pun dah petang. Ni plak first time bawak dia ke air terjun. Kejutkan jugak la. Mula tu moody je. Lepas tu baru mai sikit2 mood die.
At first tanak masuk air langsung
Takut2 je nak cecah kaki masuk air
Bila dah cuba sikit2 terus excited! Tapi takat kaki je la. Die tanak berendam langsung.
Lepas Maghrib, yang lelaki sambung fishing activity. Disebabkan restoran penuh, kami order makan dan diorang hantar kat dangau tempat kami berkumpul. Mak Cik Has bawak dapur gas yang kecik tu. Siap singgah beli Fries & Cocktail kat Econsave Taiping. So, sementara tunggu nasi yang kami order tu sampai, kami goreng fries & cocktail dulu. Malam tu Anas makan banyak sangat walaupun asyik mengadu mulut die pedih - ade ulser kat tepi mulut die...
Pukul 11pm Anas dah ajak Ummi tido. Yang lain plak, lepas makan terus join mancing. Tinggal Ummi & Anas je dalam bilik.
Jumaat, 04.02.2011
Preparing breakfast @ dangau
Pagi2 lagi yang lelaki sambung balik mancing. Ummi & Mak Cik Has sediakan breakfast - sandwich sardin. Selesai breakfast, masing2 sibuk beraktiviti, main ATV, mancing. Ummi je masuk bilik, packing, mandi, mandikan Anas & bersiap nak balik.
Tak banyak gambar fishing activity diorang ni sebabnya masing2 langsung tak berhasil menaikkan ikan. Salah umpan kot. Padahal ikan sangat banyak dan besar2... Lain2 mmg sume happy tapi frust sbb tak dapat ikan langsung
main ATV untuk hiburkan hati bila frust tak dapat ikan
Kami check out kul 12pm, terus bertolak balik sbb sebelum Asar tu kawan Abah nak akad nikah plak. Macam tak puas pergi kejap sangat. Abah & Ummi dah plan nak wat reunion sekolah kami kat situ plak nanti, Insya'Allah...
Before balik, kami bergambar dulu. Ummi je yang 'gediks' nak bergambar, hehe... Bukan apa, nak gak gambar kenangan masa preggy ni. Takpelah chubby sikit pun. Haha...
Anas tanak tengok kamera langsung
Baby bump @ 25 weeks
Biarpun gambar ni terover expose tp the moment tu yang penting
Anas sedang sayang adik
Family Potrait
TokWan bersama anak toke tempat ni. Ni la kawan Abah, Uncle Faiz
Tragedi hilang handphone
Sepatutnya Ummi nak calling2 Kak Suziey sbb diorang pun balik bercuti kat Taiping. Tapi handphone Ummi 'hilang' la plak... Ummi ingat masa nak kuar umah, Ummi amik hp & iPod dari atas katil terus masukkan dalam handbag. Pehtu Ummi gi amik charger simpan dalam beg telekung sbb handphone bateri dah kong. Tapi dalam kete baru sedar hp xde dalam bag. iPod je yang ada, charger pun ade.
Pinjam hp Abah call adik2 kat umah mintak tolong cari tapi diorang cakap takde... Sudahhhh... kat mana plak hp ni? Abah usik, nak beli Blackberry Torch ke? Huhu... Orang dah tak kisah pasal hp la... Yang penting ape dalam hp tu... Semua dalam tu penting2 la... Positif je sepanjang bercuti tapi mmg tak best la sbb takleh contact sesape pun...
Malam tu masa nak tido, baru perasan hp ade je kat tepi katil. Agaknya jatuh masa Ummi nak tarik cadar. Jatuh atas beg tepi katil tu, tu yang tak perasan tercicir agaknya... Alhamdulillah jumpa balik...
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
4 comments:
guess what? ini kampong saya lah!! dan masa ari khamis malam tu we all pon pegi makan kat sana.. huhu..
malam tu mmg ramai orang.. servis mmg lambat gilersss...... geram pon ada..
*eh, korang ke yang oder 11 pinggan nasi goreng kampong?? huhuh...
seronoknyer bercuti...may b next time bule cuba tmpat ni=)
sonotnyaaa shira...dingin je rasa..huhu..
sori sgt yek akk xdan nk roger shira..bz ade kenduri..pastu kenduri pastu kenduri..adeiii 3 hari berturut2 menhadiri kenduri..mgm xdpt nk jln mana2 pn..dgn aQeel yg br sihat...tu yg xroger2 ngn shira..akk assume shira pn tgh have fun wth family sbb tu xroger akk jgk..hiks..agknya instinct kuat antara kita mmg xde jodoh nk jmpa...ade je penyebab..seb bek hp shira cicir tepi katil..hehe..
dh besar dh perut shira..ketara dh nmpk..kejap je kan..mmg syahdu moment anas syg adik :)
Assalamualaikum,
Saya mohon masukan cerita anda dalam testimonial untuk http://kuraustone.blogspot.com
bagi mempertingkatkan lagi promosi tempat ini.
Khairul
Post a Comment