"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Ummi dan Kerja. Show all posts
Showing posts with label Ummi dan Kerja. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

@ Cameron Highlands 2 jam je...

Ni bulan lepas punye cerita hokay, huhu....

Gambar di bawah adalah sekadar hiasan. Tapi ni strawberry yang bawak balik dari CH la. Celup coklat yang dijual oleh Ummu Sulaim Handmade Chocolates (Nenda Anas & Aliff). Menjadi hidangan istimewa untuk kawan2 Ummi.



17/10/11 Ummi kena gi site visit kat Langkap, Perak. So, Abah kena la ikut sekali. Pastu xsampai hati nak tinggalkan anak2 terutama Aliff yang masih menyusu badan, kecil lagi untuk ditinggalkan, so ajak TokWan dan MakTok Anas Aliff sekali tolong jagakan mereka sekejap masa Ummi & Abah kerja.

Kami bertolak ke Ipoh 16/10/11 lepas waktu kerja. Bermalam di Simpang Pulai dan pagi2 esoknya terus bertolak ke Langkap. Lepas selesai kerja dalam kul 12 camtu, gi isi perut dulu. Then Abah ajak naik Cameron Highlands sbb kami dah dekat dengan Tapah. Abah ajak naik ikut Tapah, dan turun ikut Simpang Pulai. Naik sekejap je Abah cakap.

So, lebih kurang pukul 3 pm dah sampai Tanah Rata. Berhenti rehat kat Bharat sekejap. Pastu naik lagi & gi masuk Taman Rama-Rama sbb masa gi CH dulu, Anas kecik lagi, baru nak masuk 11 bulan. So, kali ni bawak Anas sekali lagi sbb dia dah kenal binantang. Nampak die seronok sangat.

Lepas tu singgah Day Market borong sayur segar -TokWan Anas yang borong sakan walaupun sebelum die pesan kat kami jangan beli, hahaha...- dan strawberry. Lepas tu terus turun balik & solat jama' taakhir Zuhur Asar di kedai Uncle Abu, kawan baik Abah....







Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Monday, February 7, 2011

Claim siapa lagi banyak & besar?

Rasanya ni first time Ummi nak membebel & merungut & sedikit meluahkan perasaan dalam blog pasal kerja... Bukan apa, sangat tak puas hati dengan sikap orang2 yang sebegini...

Kerja cam Ummi ni memang akan berjumpa dengan ramai orang - yang perangai macam2 - macam2 peel, macam2 karenah... Kadang2 memang kena kumpul 1000 kesabaran nak berhadapan dengan orang. Ummi plak lebih banyak deal melalui phone call rather than berjumpa face to face. Lagi la susah nak tahu karakter sebenar orang tu camne...

Alkisahnye.... (bagi yang belum tahu, Ummi kerja dengan syarikat kontraktor ya)

Kat project site cam biasa la kena la ada security kan. Kami ni dah guna 3 syarikat security untuk 1 site sepanjang hampir 18 bulan projek berjalan. Kenapa? Sebab kes kecurian. Bila jadi kes kecurian je, syarikat security nak tarik diri. Tapi diorang akan tanggung kerugian kami melalui insurance diorang la... Tak kisah la sbb mmg insurance leh cover... Tapi tuntutan tu mmg diorg la kena buat sbb kes berlaku semasa bawah pengawasan diorang...

Ni Ummi dok pening satu kes ni. Kecurian berlaku dalam hujung tahun lepas la. Lepas kes kedua under security diorang ni, diorang terus nak tarik diri. Claim utk service diorang plak, diorang akan hantar 2 bulan sekali. So, by the time diorang tarik diri tu, ade 2 claims tertunggak. So, untuk make sure diorang buat tuntutan insurance untuk tanggung balik kerugian kami, boss Ummi suh tahan jap payment utk claims yang tertunggak tu.

Tapi boss diorang tak setuju. Bincang punya bincang, boss diorang mintak kami release 1 claim dulu dan diorang janji akan proceed dgn insurance claim. Bila setel yang tu, kami akan release the other claim tu. So, boss Ummi suh bayar 1 dulu.

Sebulan berlalu. Nak tahu ape jadi? Bila kami call diorang tanya pasal status insurance claim tu, diorang jawab ape tau?! Diorang belum proceed lagi sbb kami belum setelkan payment diorang. Ape ni?! Hari tu boss die sendiri dah bincang baik2 dengan Ummi janji setel 1 payment, diorang proceed, bila setel claim tu baru kami bayar claim yg 1 lagi tu. Cakap tak serupa bikin betul! Sakitnya hati! Dah sebulan oke!~~~

Kami dok berkira nak bayar la sbb ingat insurance claim tu dah boleh setel. Tapi boleh diorang cakap diorang takkan proceed selagi kami tak bayar....

Nak tanya sikit? Claim siapa yang lagi besar? You all punya service untuk sebulan yang tertunggak tu baru RM5k je kot. Kami punye kerugian ni, lebih 10x ganda dari nilai you all punye claim tau!

So, sapa yang patut retain claim sapa ni? Habaq mai sat! Sakitnya hati! Boss Ummi cakap, selagi diorang tak proceed, jangan bayar! Patut la tindakan kami tu sbb nilai kami lagi besar, betul tak? Andai kata la kami release RM5k diorang tu, terjamin ke kami leh dapat ganti rugi kami yang bernilai lebih daripada 10x ganda claim diorang tu?

Pasal kes kecurian tu 1 hal dah. 3 guards, tapi pencuri tetap leh masuk curi kabel letrik yang besar? Camno tu?

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, October 26, 2010

Shanghai Day 2 - Factory Visit

Sebelum sambung entry Shanghai Day 1, Ummi nak tunjukkan sikit lagi gambar yang belum masuk dlm entry sebelum ni. Ummi baru amik dari kamera kawan Ummi pagi smlm.

@ Changi International Airport, Singapore - tengah tunggu skytrain nak ke T3

dalam skytrain nak ke T3

Changi International Airport mmg terkenal dgn tanaman orkid kat dalam dia. Kami tak sempat nak bergambar sangat pun sbb rushing ke boarding gate

keletihan bila sampai kat boarding gate. baru 10 minit duduk, dah kena panggil masuk perut kapal terbang. Sempat la guna wifi hantar msg kat Abah Anas guna facebook, dah hp tak buat roaming

Kat luar Putong International Airport, Shanghai. Cuaca tak la sejuk sangat. 21°c je kot malam tu.

air mineral Kongfu Spring

fokus kat belakang tu ek. ni la yg Ummi cerita dlm entry sblm ni, org Tibet ni dok berkaraoke. Mmg sgt tak tenang makan situ mlm tu.
Yang kata diorang sembang mcm bergaduh tu sbbnya diorang sembang dengan nada suara kasar dan kuat.


Wednesday, 13 Oct 2010

Kami breakfast seawal 6.00 am kat hotel. Banyak pilihan tp pilihan utk makanan yang kita leh makan sgt limited. Kami cuma amik buah2an, cereal, egg & minum jus. Ha, gelas kat hotel ni unik sket tau. Tengok gambar kat bawah ni ha...


Lepas breakfast, kami bertolak ke Kunshan @ 7.00 am. Perjalanan Shanghai-Kunshan ada la dalam 1 jam 1/2. Kami sampai kat Kone Elevators Co. Ltd. (KONE China, Kunshan) @ 9.00 am sbb driver kami sesat.


Sedikit info tentang Kunshan. Kunshan ni terbahagi kepada 2 bahagian. Old Kunshan & New Kunshan. Kedua2 bahagian ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Old Kunshan is Kunshan yang lama la, New Kunshan plak, Kunshan yang baru la... Hehe... Takde la. Gini, Old Kunshan adalah bandar asal Kunshan manakala New Kunshan plak bandar baru di daerah Kunshan dan pembinaan dia lebih terancang macam Putrajaya tu. Kat New Kunshan ni plak kira macam kawasan perindustrian la.

The 2nd day tu la tujuan asal kami ke Shanghai ni. Ummi mewakili kontraktor, menemani client and M&E Engineer projek kami buat testing di kilang lif tu sendiri. Kami dibawa pusing2 melawat kilang, best jugak tengok proses pembuatan elevator & escalator ni. KONE ni syarikat besar. So, rasa excited & bangga sangat bila melawat kilang depa.

Prosedur biasa, kami takleh amik gambar proses tu. So, just bergambar kat tempat2 lain je la...

ni masa baru sampai, amik gambar dulu, then kami dpt souvenir yg comel, gambar ni dh siap di frame kan...

dalam lif buatan diorang gak, atas tu de cermin... comel kan?

briefing ttg KONE China before melawat satu kilang

elevator's accessories. sangat cute dan menarik, tertarik mmg da bomb!

pilihan pintu lif

KONE Tower

Di atas KONE Tower

group lelaki

We're visitor

Kenangan~~

Lepas penat 'jalan2 pusing kilang' KONE jamu kami lunch plak... Ummi ragu2 gak nak makan. Korang tengok dulu lauk2 yg Ummi sempat snap ek...

ikan sweet sour kot, hehe...

ikan tamban goreng

sayur ni mcm sayur ape ek, lupa nama, tp ade byk gak kat Malaysia

ni tiram ek? Ummi pun tak pasti... hehe...

Ada lauk lain lagi yang Ummi tak sempat snap. Chinese people ni jenis hidang sikit2. Nasi pun hidang kemudian, last sekali baru hidang sup. Sup yang famous, sup tomato + telur tp sgt sedap. Hidangan diorang banyak sayur la. Paling mesti ada ialah sayur Pak Choi, batang sadri (celery) & brokoli. Sayur Pak Choi selalu dimasak dgn Shitake Mushroom. Memang sedap!

So, apa yang Ummi makan? Makanan sume takde unsur2 daging (lembu/ayam) apatah lagi pork. Diorang ni concern la jgk ttg apa yang kami leh makan. Apa yang Ummi risau, adakah diorang taruk wine dalam masakan? Adakah kuali yang digunakan sama dgn kuali utk masak pork?

Ummi doa banyak2, tawakkal kepada Allah, mudah2an Allah bantu Ummi, minta Allah permudahkan...

Kebetulan Ummi memang tgh tak berapa ada selera nak makan. So, ini je la yang Ummi makan..

makanan Ummi yang tiada dalam gambar, sayur pak choi, sup tomato + telur.

Atuk pun pernah datang sini 2 tahun lepas. Die ade la pesan kat Ummi bawak sambal ikan bilis. Tapi ikan bilis pun Ummi taleh bau, huhu... Ummi mmg tak boleh makan apa jenis ikan pun. So, Ummi banyak makan sayur je la... Nasi pun makan 1/4 je...

wakil KONE China & KONE Malaysia

Selepas habis tujuan utama ke Shanghai ni, bermula la cite kami jalan2 plak. Tapi sambung next entry ya, kami ke Suzhou plak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, October 24, 2010

Shanghai Day 1

Tuesday, 12 Oct 2010

Ummi bertolak dari rumah seawal 6.30 pagi ke Airport Bayan Lepas, Penang. Flight ke Singapore pukul 10.15 pagi. Sampai kat airport pukul 8.00 pagi, Alhamdulillah, boleh sarapan roti canai walaupun tak habis. Anas plak last sekali menyusu sblm pukul 8.00 pg lah, masa dalam perjalanan. Sebelum Ummi masuk, Ummi tanya dia kot2 dia nak lagi, tapi dia dah ralit tengok troli kat airport tu.

Sayu je Ummi nak lepaskan Anas masa nak masuk ke boarding gate. Anas lambai Ummi sampai hilang dari pandangan. Dah sebak dah Ummi masa tu tapi tahan je sbb ramai orang kan. Kalau takde orang, sure dah mengalir dah air mata Ummi ni. First time nak tinggal dia, jauh plak tu.

Group kami 7 orang semuanya, 3 perempuan & 4 lelaki. 3 orang wakil company Ummi (contractor), 2 orang wakil client (SIRIM), 1 orang wakil consultant (M&E Engineerdr JPNS) dan 1 orang wakil supplier (KONE Elevator).

Kami sampai kat Singapore pukul 11.30 pg, next flight ke Shanghai kul 12.45 tghari. So, agak kelam kabut ke T3 utk ke boarding gate.

Kami sampai kat Shanghai jam 5.45 ptg. Kat Shanghai dah malam & baru je masuk Maghrib. Ummi buat solat musafir, jama' Zohor & 'Asar atas flight sbb Ummi dah tahu waktu Maghrib kat sana. Hm, nak tahu tak, masa mendarat tu, air mata Ummi tak berhenti2 mengalir tau, sangat tak boleh tahan sebak sbb waktu2 macam tu lah Ummi balik dari ofis pi amik Anas kat umah pengasuh & lps tu Anas mesti mintak 'n***n'. Nasib baik dlm kapal terbang gelap & kat luar pun gelap. Kawan2 Ummi plak dok excited tgk luar, hehe... So, boleh la layan perasaan jap.

Alhamdulillah, proses masuk ke China berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Kami pun dah letih sangat, elok la. Tapi disebabkan Shanghai Expo 2010, tourist guide kami lambat sket jemput kami. Hampir sejam jugak la kami tercangak kat Putong International Airport tu. Nak duduk takde kerusi.

Ni la muka2 keletihan kami masa menunggu tu...

En.Nizam, K.Shal & Pn.Fatimah

En.Hazwan, A.Mizan & Mr.Koay

Dok perati gelagat orang2 di Putong International Airport

Penang-Singapore-Shanghai

My bag yg paling besar, paling berat, dibalut sbb Nenda takut air tumpah, hehe...

Perjalanan dari Putong International Airport ke Shanghai City lama jugak. Kami terus ke Muslim Restaurant yang dimiliki oleh Mongolian dari Tibet. Erm, makanan die kurang best la. Ummi dah la memang tengah tak berselera nak makan. So, Ummi cuma makan roti je. Pastu org2 Tibet ni dok syok berkaraoke la plak kat situ. Bising gilos! Diorang kalau bersembang, kita nampak macam diorang ni bergaduh je tau. Serrram...


After dinner, kami dibawa ke Ramada Hotel. Check-in. Excited sbb katanya ni 5-star hotel. Tapi tak pun. Bilik kecik cam budget hotel je tau! Apepun, syukur. Dapat gak berehat. Sekecik2 bilik tu, ada gak ruang untuk kami solat. Ummi share bilik dgn Pn.Fatimah dari SIRIM. Tak sangka Pn.Fatimah pun fully bf anak sulung dia sampai la dia bersalinkan anak no.2 dia. Wau! Memang sangat2 menambahkan semangat Ummi. Syukur sangat dapat share pengalaman dgn dia.

Malam tu Ummi pumping jugak.Tak la banyak sangat yang Ummi dapat. Mungkin sbb Ummi dah pregnant, susu pun makin kurang walaupun tak pam lebih dari 12 jam. Apepun, syukur. Cuma yang sedihnya Ummi tak dapat simpan susu tu. Sebabnya peti ais kat hotel takde freezer. Penat je Ummi usung cooler bag & icepack bagai tu... Kecewa sangat...

Malam tu dok susah hati teringat kat Anas. Dah la lupa nak wat roaming service sblm datang Shanghai. (Abah tanya, teringat kat Anas je ke? Ha'ah, teringat kat Anas je... hehe)

Subuh pukul 4.30 pg. Awal kan! Sunrise pukul 5.30 pg. Ummi sangat2 tak lepaskan peluang nak tengok sunrise awal2 gini. Kami bersiap awal sbb nak ke kilang awal2 pagi.

Waktu Solat di Shanghai pada waktu itu:
Subuh 4.28 pg
Zohor 11.26 pg
Asar 2.59 ptg
Maghrib 5.25 ptg
Isya' 6.45 ptg

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, July 21, 2010

Corat Coret Sepanjang Kursus @ Vistana Hotel


Sblm ni Ummi dah cerita apa Anas buat masa Ummi berkursus kan. Kali ni Ummi nak story 5 hari kat Penang last week... Training Ummi start 12hb sampai 15hb, & 16hb tu de exam... So, hari Ahad kita dah pergi Penang, check-in Vistana Hotel pukul 3 pm. Kenapa stay kat Vistana Hotel? Sbbnya course Ummi diadakan di situ dan untuk memudahkan Ummi untuk jenguk2 & bf Anas, Ummi pilih utk stay kat situ ja. Alhamdulillah, Ummi leh guna peruntukan yang diberikan oleh syarikat... Dan expenses yang sebegini is considered as 'tax allowable'...

Rasanya ni kali ke-3 Anas stay kat hotel. 1st kat Cameron Highlands, 2nd kat Langkawi... Anas nampak teruja... Sape pun akan teruja kan... Ummi dulu pun masa kecik2, sangat seronok bila Atuk & Nenda bawak gi jalan2, tido kat hotel, haha...

Dah gaya pun nak stay 5 malam, so Ummi kemas la sket bilik tu bagi selesa. Dalam Ummi do sibuk ngemas tu, Anas pun sibuk ngemas jugak... Ummi dah susun kasut elok2, tengok la apa dia buat ni....

Dia nak cuba pakai kasut Ummi, hehe....

Ummi bawak playpen & sedikit toys dia so that Achik tak la rasa penat sangat ngasuh budak tecik yang sedang ligat & sangat aktif skrg ni...


Ptg 1st day tu, lps Abah habis keja, Abah datang amik kat hotel, then Abah bawak gi makan kat Kg. Telok Tempoyak, Batu Maung. Kat Ikan Bakar Hj Adnan b Hassan (kasi promote sket nih, nnti I mintak komisyen kat Hj, Adnan, hehe). Sblm makan, kami jalan2 kat situ dulu. Air laut tgk surut, ada satu titi kat situ menuju ke tengah laut. Ramai gak orang dok mancing kat situ...

Ni view waktu senja kat tepi pantai tmpt kitorang makan tu. Cantik kan? (Ummi rasa cantik la, tp org yg dh pro guna DSLR mesti cakap, biasa2 je ni, hehe...) Ummi guna lens baru Ateh utk amik gambar this view... Ummi suka gambar ni. Kalau korang perasan, ada sorang budak tgh main sorong papan kat selut tu... Ni wide lens, so, Ummi tak dapat zoom kat budak tu. Ada satu lagi lens utk zooming, tapi malas nak bukak sbb tgh nak makan, hehe...

ni la lens baru Ateh tu. This pict Ummi google kat sini.

Ok, finish cerita 1st day... Ups, Ummi tade la nak story day by day, hehe... Cuma nak share sikit2 je...

Story by picture...

Huhu, cmne ni ke Anas nangis time Ummi gi kelas?

Ni time Ummi dah balik kelas petang tu...
Kat rumah dia slalu je turun panjat katil kat dalam bilik tu. Sekali nak turun dr katil kat hotel ni, tinggi sangat la plak... Haha... Tu yg tergantung sekejap tu. Tapi Ummi tetap suh dia turun sendiri. Alhamdulillah berjaya akhirnya...

Muka lps dah berjaya turun & lepas dapat apa yang dia nak. Suka sangat main lens cover ni...

1 malam tu, Ummi ajak Abah gi Queensbay Mall, ada la nak beli barang sikit2. Ni aksi Anas kat JJ & kat Pizza Hut... Comel tak mulut dia tu?

Hari Khamis tu, trainee di beri pelepasan awal sket coz dah habis course & nak wat persiapan utk exam esoknya tu. Abah pun balik awal, Abah ajak Ummi gi apartment yang Abah stay spjg Ummi berkursus. (Abah stay kat apartment kawan dia. Kan Ummi bawak Achik, so, Abah stay kat tempat lain la) Apartment Gold Coast, dekat2 ngan Queensbay Mall jugak. Cantik sangat view kat situ...


view dari apartment kawan Abah kat tingkat 5 (Abah try HDR tp kurang menjadi lagi)

ni la tujuan sebenar Abah ajak datang sini. Nak ajak Anas mandi swimming pool. Geram sangat Ummi tgk dua beranak ni main air, Ummi pun nak jugak tapi Ummi tak bawak baju spare, huhu...

Tgh2 ralit tgk Abah & Anas main air, Ummi nampak mak penyu datang bawak anak2 dia nak join Anas main air jugak... Cepat2 Ummi snap gambar, takut depa lari... Berjaya jugak akhirnya! Comel sangat tau!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

hihi... jgn marah ea.....

# Course Ummi agak padat, start kul 9.00 pg, habis lepas kul 5.00pm. Banyak sangat tasks spjg course tu, banyak homework yg menyebabkan Ummi taleh enjoy sangat di malam hari...
# Tingin nak jumpa kawan2 bloggers kat Penang tu, namun apakan daya...
# Result exam hari tu akan keluar next week, doakan Ummi ya!





Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi