"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, October 24, 2010

Shanghai Day 1

Tuesday, 12 Oct 2010

Ummi bertolak dari rumah seawal 6.30 pagi ke Airport Bayan Lepas, Penang. Flight ke Singapore pukul 10.15 pagi. Sampai kat airport pukul 8.00 pagi, Alhamdulillah, boleh sarapan roti canai walaupun tak habis. Anas plak last sekali menyusu sblm pukul 8.00 pg lah, masa dalam perjalanan. Sebelum Ummi masuk, Ummi tanya dia kot2 dia nak lagi, tapi dia dah ralit tengok troli kat airport tu.

Sayu je Ummi nak lepaskan Anas masa nak masuk ke boarding gate. Anas lambai Ummi sampai hilang dari pandangan. Dah sebak dah Ummi masa tu tapi tahan je sbb ramai orang kan. Kalau takde orang, sure dah mengalir dah air mata Ummi ni. First time nak tinggal dia, jauh plak tu.

Group kami 7 orang semuanya, 3 perempuan & 4 lelaki. 3 orang wakil company Ummi (contractor), 2 orang wakil client (SIRIM), 1 orang wakil consultant (M&E Engineerdr JPNS) dan 1 orang wakil supplier (KONE Elevator).

Kami sampai kat Singapore pukul 11.30 pg, next flight ke Shanghai kul 12.45 tghari. So, agak kelam kabut ke T3 utk ke boarding gate.

Kami sampai kat Shanghai jam 5.45 ptg. Kat Shanghai dah malam & baru je masuk Maghrib. Ummi buat solat musafir, jama' Zohor & 'Asar atas flight sbb Ummi dah tahu waktu Maghrib kat sana. Hm, nak tahu tak, masa mendarat tu, air mata Ummi tak berhenti2 mengalir tau, sangat tak boleh tahan sebak sbb waktu2 macam tu lah Ummi balik dari ofis pi amik Anas kat umah pengasuh & lps tu Anas mesti mintak 'n***n'. Nasib baik dlm kapal terbang gelap & kat luar pun gelap. Kawan2 Ummi plak dok excited tgk luar, hehe... So, boleh la layan perasaan jap.

Alhamdulillah, proses masuk ke China berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Kami pun dah letih sangat, elok la. Tapi disebabkan Shanghai Expo 2010, tourist guide kami lambat sket jemput kami. Hampir sejam jugak la kami tercangak kat Putong International Airport tu. Nak duduk takde kerusi.

Ni la muka2 keletihan kami masa menunggu tu...

En.Nizam, K.Shal & Pn.Fatimah

En.Hazwan, A.Mizan & Mr.Koay

Dok perati gelagat orang2 di Putong International Airport

Penang-Singapore-Shanghai

My bag yg paling besar, paling berat, dibalut sbb Nenda takut air tumpah, hehe...

Perjalanan dari Putong International Airport ke Shanghai City lama jugak. Kami terus ke Muslim Restaurant yang dimiliki oleh Mongolian dari Tibet. Erm, makanan die kurang best la. Ummi dah la memang tengah tak berselera nak makan. So, Ummi cuma makan roti je. Pastu org2 Tibet ni dok syok berkaraoke la plak kat situ. Bising gilos! Diorang kalau bersembang, kita nampak macam diorang ni bergaduh je tau. Serrram...


After dinner, kami dibawa ke Ramada Hotel. Check-in. Excited sbb katanya ni 5-star hotel. Tapi tak pun. Bilik kecik cam budget hotel je tau! Apepun, syukur. Dapat gak berehat. Sekecik2 bilik tu, ada gak ruang untuk kami solat. Ummi share bilik dgn Pn.Fatimah dari SIRIM. Tak sangka Pn.Fatimah pun fully bf anak sulung dia sampai la dia bersalinkan anak no.2 dia. Wau! Memang sangat2 menambahkan semangat Ummi. Syukur sangat dapat share pengalaman dgn dia.

Malam tu Ummi pumping jugak.Tak la banyak sangat yang Ummi dapat. Mungkin sbb Ummi dah pregnant, susu pun makin kurang walaupun tak pam lebih dari 12 jam. Apepun, syukur. Cuma yang sedihnya Ummi tak dapat simpan susu tu. Sebabnya peti ais kat hotel takde freezer. Penat je Ummi usung cooler bag & icepack bagai tu... Kecewa sangat...

Malam tu dok susah hati teringat kat Anas. Dah la lupa nak wat roaming service sblm datang Shanghai. (Abah tanya, teringat kat Anas je ke? Ha'ah, teringat kat Anas je... hehe)

Subuh pukul 4.30 pg. Awal kan! Sunrise pukul 5.30 pg. Ummi sangat2 tak lepaskan peluang nak tengok sunrise awal2 gini. Kami bersiap awal sbb nak ke kilang awal2 pagi.

Waktu Solat di Shanghai pada waktu itu:
Subuh 4.28 pg
Zohor 11.26 pg
Asar 2.59 ptg
Maghrib 5.25 ptg
Isya' 6.45 ptg

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

6 comments:

UmiDAnisH said...

wah..memang bestla kan jalan2 n shopping bagai.. mohon tolong cek kembali contest saya berkenaan tiada senarai bloglist.. saya da masukkan dan saya cek ada list tu 2 2 sekali... mohon cek n terima penyertaan saya ya.. terima kasih.. selamat bercuti

Lelord said...

hehehhehe waktu solat cam lebih kurang jek ngan doha...tp skang dh makin awal...daytime makin pendek, maghrib skang kul 5pm....

Nadiah Sidek said...

mana gambar umminya? asyik gambar org lain je (tolong tanya bg pihak anas..ehe..)

transformed housewife said...

mcmmana berbual mcm gaduh tu ye.

kakyong said...

siannya xde freezer.. dah tu spjg di sana dpt kan pam Ebm..

AshAnas said...

@kakyongtu la yang sedihnye kakyong... shira punya la bwk ice pack 3 ketul termasuk yg ice brite tu 2, cooler bag. tgk2 xde freezer. sedih sgt... so, shira terpaksa pam n buang la...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi