"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, October 8, 2012

Setelah 6 bulan berlalu

Assalamualaikum anak2 Ummi Anas dan Aliff yang Ummi kasihi kerana Allah. Kalian amanah yang Allah titipkan pada Ummi dan Abah, terasa berat memikul amanah untuk mendidik anak2 Ummi di zaman yang sgt mencabar ni. Menjaga kesihatan kalian pun satu amanah juga.


Entry terakhir Ummi sebelum update semalam ialah pada 9 April 2012 bersamaan dgn 6 bulan lepas. Entry tu cerita pasal Aliff masuk wad sebab makan racun serangga. Allah uji sikit atas kelalaian Ummi dan Abah. Sebenarnya tak lama lepas Aliff warded di HSB Aliff masih muntah2 masa tgh tido. Sebelum kejadian makan racun semut tu pun sebenarnya Aliff selalu muntah masa tido. Tapi lepas kejadian makin kerap pulak. Sampai la pada hari Selasa 10 April 2012, bs Aliff call Ummi di ofis bagitau Aliff muntah banyak sangat sampai dia risau. Kami terus bawak Aliff ke KMC. Kali ni kami x inform kat diorg Aliff pernah warded sebab makan racun serangga, takut diorg reject lagi kes dia. Masa tu favourite paed kami tak ada. Petang sikit baru dia masuk. So, jumpa MO saja and dia terus tahan Aliff di wad sbb Aliff dah lembik, dehydrated, kulit, mata, mulut semua dah kering.

Ptg tu doc dtg tgk terus kena drip. Abah yg teman Aliff masa kena cucuk sbb Ummi balik amik baju. Kesian sgt Ummi tgk bengkak mata Aliff menangis sbb cari Ummi lepas nangis nak bf. Gambar ni Aliff  baru terlena lps menyusu.

 Cak! Saya bangun awal!

Aliff tahu tangan kanan dia tak boleh guna. Survive playing the drum with his left hand.

Bila dia tido mmg lega sangat. Kalau tak asyik nak tarik2 drip tu...

3 malam Aliff kat ward. Macam3 jadi sbb dia dah mula aktif. Line blocked, tangan bengkak macam belon. Doc pun xsanggup nak cucuk lg sbb kesian dah. De problem sikit kat usus dia so doc bg probiotik. Aliff ni suka mengutip, beza sgt dgn Anas dulu. Mungkin die dpt infection dari benda2 yang dia kutip tu.


Line blocked.Tangan bengkak macam belon dah...


Muka ceria bila tangan dah bebas. Kalau tak sebab bengkak tu, belum bukak lg ni. Doc x sanggup nak cucuk lagi. Alahai Aliff tomey tomey...

Aksi di bawah ialah aksi 'balas dendam' atas katil sendiri lepas keluar ward. Tido gaya bebas ikut suka hati melepas geram 3 malam di ward, huhu...



Tak lama lepas tu, dlm penghujung Mei, Anas pulak masuk wad sbb demam, muntah n cirit birit. Suspected rotavirus tp Alhamdulillah bukan. Virus yg baik sikit je serang dia bkn rotavirus yg jahat tu. Doc sarankan suh tukar susu sbb skrg dia minum dutch lady. Tp Anas tetap taknak susu lain. Mcm dulu2, masa mula2 kenalkan fm kat die masa die umur 18bulan, mmg susah nk jumpa susu yg sesuai dgn dia. Dutch lady jugak yg serasi. Doc bagi probiotik jugak.



Malam ke2 Anas di ward, Abah plak masuk wad sbb lutut abah kena infection, kesan jatuh & luka sikit. Ingat sikit je tapi Abah susah berjalan masa Anas di wad tu sbb lutut bengkak n terlalu sakit. Dah alang2 Anas di wad, Ummi suh Abah gi jumpa pakar sbb nampak lain macam. Hm, betul sangkaan Ummi, dalam lutut Abah tu penuh nanah. Infection dah merebak sbb lambat dirawat. So, lps kuarkan nanah yg super banyak tu Abah pun kena bermalam di ward. Total 3 malam bermalam di wad.

Lepas tu plak, lepas 2 malam balik rumah, Aliff plak demam tak kebah2, suhu sampai 40°c. Kena tahan di wad lagi sbb suhu tinggi dah 2 hari. Kat wad bila makan ubat demam suhu dia turun sikit, habis kesan ubat, badan Aliff kembali menggigil dan dalam masa setengah jam je suhu die naik terlalu mendadak. Lepas 3 malam kami dibenarkan balik. Tapi bila dah siap semua, Aliff demam balik. Suhu diorg amik sblm keluar wad 38.7°c so doc decide xjadi balik. Doc nak pantau lagi. Malam tu jugak badan die naik bintik2 merah. Hadoi keluar campak rupanya. Patut la demam dia tak kebah2. So, kami tambah 1 malam lg. Alhamdulillah cuma roseola. Dia akan keluar sekali seumur hidup dan tak berjangkit. Dan dia akan keluar sekejap je dalam 2-3 hari, xmacam measles or chicken pox yg makan masa lama sikit dan berjangkit. Biasanya akan jadi pada baby 6 bulan ke 4 tahun. Anas dulu pun dah roseola ni. Doc pun ingat yg Anas pernah kena dulu. Huhu, sangat prihatin la Dr.Sharifah Khatijah KMC ni. Kes Anas 2 tahun lepas pun dia masih ingat.






Nak diceritakan ujian Allah pada hamba2Nya ni, genap sebulan lepas Aliff keluar ward tu, Anas injured plak, minor accident di kedai barang2 bakery masa dia ikut nenda dia. Jari kelingking kaki kanan dia terkoyak sikit tersadung pintu peti ais. Koyak sampai nampak isi putih dan darah sgt la banyak. Lps tu kami cuma cuci n taruk minyak gamat. Sbb kami ingat tak teruk. Tapi lama2 luka dia makin besar n berair je. Lepas tu dia demam n badan dia keluar merah2 macam viral rashes tu. Ummi terus bawak Anas jumpa Dr.Sharifah di KMC. Kami dah serasi dgn doc tu. Rupa2nya merah2 di muka dan badan Anas tu kesan infection. Doc bagi antibiotik. Disebabkan Anas ni allergy dgn Penicillin, susah jugak la doc nak pilih ubat yg sesuai utk Anas makan. Doc bagitau, ubat yg xde penicillin ni semua pahit2, x sedap. Sebab tu la kot Anas susah makan ubat. Takpe kami nak cuba dulu. Dok fikir takmau la bermalam di wad lagi sbb lagi 2 minggu je nak raya. Ye masa tu pertengahan bulan puasa.



Doc bagi balik dulu dengan syarat kalau esok muka dan badan Anas masih merah atau Anas masih demam, Anas kena dtg jumpa dia balik & kena tahan sbb doc nak drip masuk je ubat antibiotik tu. Hm, mmg la esok tu kami pergi balik sbb Anas langsung xboleh dipujuk utk makan antibiotik yg pada kami pun ubat tu sgt pahit. Muka dan badan Anas semakin merah, kaki dia bengkak sampai buku lali, demam pun masih ada. Ummi pergi tu mmg dah ready dgn beg baju. Dah maklum dah...

3 malam Anas di wad, keadaan kaki Anas makin teruk jugak. Ubat antibiotik tu x sesuai dgn dia. Ya Allah...


Alhamdulillah doc decide tukar ubat antibiotik n bg iodin utk dia rendam kaki dia untuk matikan kuman. Alhamdulillah jugak Anas senang nak rendam kaki. Hasilnya, Alhamdulillah kaki dia makin baik. Luka makin kering. Setelah hari ke 6, 5 malam dah di wad, lepas luka di kaki dia betul2 kering baru kami boleh balik. Lega, boleh beraya dgn tenang. Dah la tempahan kek karamel Ummi banyak sbb nak raya kan. Alhamdulillah semuanya Allah dah susun dgn baik.

Bawak lari Anas keluar buka puasa di luar jap. Dah keboringan di ward lama-lama

Alhamdulillah jugak kami beli insurance & medical card utk kami sekeluarga. Kalau tak sakit jugak keluar masuk wad private hospital ni. Bukan tak yakin dgn govt hospital tapi masing2 ada pengalaman masing2 kan. Abah mmg dah serik dgn govt hospital. Ada la pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawa dia disebabkan kelalaian dan sikap sambil lewa staff, nurse di govt hospital.

Anas dan Aliff sayang, semoga anak2 Ummi terus sihat ya. Ya Allah, peliharalah mereka kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Memelihara. PenjagaanMu lah yang terbaik.

Sunday, October 7, 2012

I'm back!


Assalamualaikum buat semua. Sungguh lama Ummi Anas Aliff ni menyepikan diri dari dunia blogging. Tak tahu lah kenapa. Dulu Ummi seorang yg suka mencatat segala perkembangan anak2 dalam blog. Tapi sejak melahirkan Aliff, macam dah hilang hobi berblogging tu... Semua masuk fb je... Tu pun xsemua. Kadang2 je bila rajin n rasa sesuai. Sebenarnya takut org boring kot...

Di sebalik Ummi rasa mungkin orang menyampah, mungkin ada yg perli2, pasal anak2 pun nak cerita, rupanya ramai yg masih baca blog Ummi, dan selalu bertanya khabar, samada di blog ataupun di fb. Thanks Ummi ucapkan. Ummi nak cuba jugak kembali aktif mencatat di blog tp kadang2 tak ada mood menaip, hehe...

Ada yang bertanyakan perkembangan terbaru anak2. Secara ringkasnya Anas, putera sulung Ummi pada hari ni dah berusia 3 tahun 6 bulan 8 hari, masih belajar di CIC, Bandar Darulaman. Semakin banyak karenah, banyak mulut, dan sekarang mmg tgh pening melayan perangai dia yg banyak dipengaruhi karakter kartun di TV.

Aliff si putera kedua plak pada hari ni berusia 1 tahun 4 bulan 26 hari, lagi 4 hari genap 1 tahun 5 bulan (17 bulan). Aliff pun dah semakin smart sekarang. Boleh berjalan pada usia 13 bulan tapi sekarang masih berat mulut. Belum banyak words dia. Mungkin sbb dia hanya seorang di rumah pengasuh tanpa budak2 lain, jadi tak banyak komunikasi dgn budak2 sebaya membuatkan dia sedikit lambat bertutur.

Sebenarnya kami baru balik bercuti di Sabah (Kota Kinabalu dan Kundasang). Tapi Ummi belum amik lagi gambar2 dari adik Ummi. Nanti Ummi nak share jugak. Seronok tapi tak puas berjalan sbb sekejap sangat pergi, huhu... Ni la sikit antara gambar2 di Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah. Seronok bergambar kat situ, hehe...




Ummi sekarang buat part time baking. Amik tempahan sikit2. Yang selalu org order, kek karamel, pavlova, cupcakes red velvet, chocolate, carrot cake. Boleh la buat sikit2 utk tambah pendapatan utk savings dlm tabung family. Minat tp kadang2 melayan anak2 membataskan jugak. Selalu baking tengah malam time anak2 dah tido, ataupun pagi2 bangun baking sblm anak2 bangun. Kalau weekend, terpaksa la poskan anak2 ke rumah grandparents diorang sekejap, huhu...

Semalam Ummi buat Rainbow Cake. Kalau nak resipi, nanti tgk blog Dari Dapur Shira Shaakira ek...


Abah? Abah diorg ni makin busy sekarang. Weekend pun kerja. Hari biasa mmg balik lambat...

3rd baby? Haha, ramai yang tanya. Kami dah ready nak tambah ahli baru. Doakan lah... Teringin nak gegirl...

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Monday, April 9, 2012

Aliff warded sebab makan racun serangga

Iye, Mujahid kecil Ummi ni telah mendebarkan jantung semua orang di waktu Maghrib, hari Rabu, 4/4/12 dengan mengutip kapur racun serangga di bawah mesin basuh dan makan, kunyah lumat... Hadoi! Ummi panik sangat2 masa tu sbb Abah takde, belum balik kerja, Nanny gi masjid, Anas plak dok merengek nak susu.

Masa kejadian Ummi tengah sibuk nak siap nak masak di dapur. Tengah siapkan bahan nak menumis sambal nak sumbat dalam ikan cencaru. Anas pulak merengek mintak susu. Tinggalkan Aliff sekejap. Biasanya dia suka duduk kat grill dapur sambil tengok2 kat luar. Masa dah dengar azan Maghrib, nak tutup pintu dapur terkejut tgk Aliff tengah makan kapur racun serangga tu. Rupa racun tu lebih kurang macam ni lah, 


Baca tagline racun ni pun dah seram. Masa tu Ummi nangis je, panik tatau nak buat apa. Telefon rumah dipotong oleh TM sbb salah faham (ni satu hal, kite mintak TM buang internet, die gi buang line telefon terus). Handphone dalam beg tangan tapi Ummi panik sangat lupa letak handbag kat mana. Lambat jugak baru jugak handbag, call Abah, call Nanny. Lepas tu Achik datang, masa tu Aliff ok lagi. Ummi masukkan ikan dalam peti balik, yang lain semua tinggal camtu je kat dapur. Terus amik wudhu', solat Maghrib, Abah balik, solat pastu terus Abah pecut kete ke KMC. Sampai kat sana diorg suh gi GH plak sbb diorg takmo terima kes cam tu. Pecut kete gi GH. Oh ya, setengah lps Aliff makan racun tu die muntah.

Sampai kat GH, diorang cek & for sure Aliff kena tahan sbb diorang nak observe 24 hours. So, malam tu bermalam la kami berdua di wad 5B Hospital Sulatanah Bahiyah.Alhamdulillah keadaan dia memuaskan lepas die muntah tu. So, dah boleh balik lps 24 hours di HSB.






Hai la Aliff, jangan buat camtu dah ye sayang... Jangan la kutip2 masuk mulut. Ummi & Abah dah make sure takde barang atas lantai, yang mudah Aliff capai, tapi ade je benda dia jumpa... Yang tu Abah dah sorok bawah mesin basuh sbb situ banyak sangat semut, lipas, cicak tp Aliff yang jumpa. Hadoi la...

Orang bagi petua suh tabur halia, kalau dia kutip, rasa pedas2 dia tak mengutip masuk mulut dah. Nak tengok reaksi Aliff makan halia?

Lagi die suka ade la, haha....



Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Anas 3 years old

Assalamualaikum anak2 Ummi yang soleh. Alhamdulillah Allah bagi kita banyak sgt nikmat dalam kehidupan, maka bersyukur lah...

'Angkasawan' Soleh Ummi, Anas, Mujahid kecil Ummi, Aliff... Anas sekarang dah 3 tahun, Aliff plak dah 11 bulan. Masih panjang lagi perjalanan hidup kalian. Semoga Allah bagi Ummi kekuatan untuk terus membesarkan kalian dalam Islam dan Iman. Banyak cabaran, semoga perjalanan Ummi mendidik anak2 Ummi akan mendidik Ummi dan Abah sekali...

Masa birthday Anas 29 March 2012 hari tu, Ummi ambil cuti sehari sbb nak buatkan kek untuk Anas. Asalnya Ummi nak buat kek Lightning McQueen tapi acuan tu takde plak kat kedai bakery, kena order dulu. So, Ummi buat la kek biasa tapi mmg xde idea camne nak decorate kek. So, Ummi hentam sajalah buat kek untuk Anas, takde tema langsung, camni je jadi... hehe...first time!

Dalamnya chocolate kek. Ummi buat untuk Anas sambut birthday dgn kawan2 Anas kat playschool. Alhamdulillah teachers Anas cakap sedap, Anas makan banyak kek yang Ummi buat sendiri. Ni la tujuan Ummi belajar buat kek dulu, sbb nak buat kek sendiri untuk apa2 majlis, hehe...

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-3 ANGKASAWAN SOLEH UMMI...


P/S: Sekarang ni Anas asyik sebut dia nak jadi Angakasawan bila dah besar nanti. Ummi aminkan doa Anas, semoga impian Anas akan tercapai suatu hari nanti.

Anas: Anas jadi ANGKASAWAN, Aliff jadi DOKTOR na...

Amin...............

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Sunday, March 4, 2012

Kelas Cupcakes bersama Najah Bakery

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat Ummi nak belajar buat cupcakes & decorating nya sekali. Ini semua bermula dari Nenda Anas & Aliff la. Dari kecik memang dia selalu tanamkan minat kami adik beradik yg ramai perempuan ni (4 perempuan dan seorang lelaki) untuk belajar memasak, buat kek, kuih, biskut, roti etc. Cenderung Ummi lebih kepada kek lah.

Nenda pencen awal, di usia 50 tahun. Bila dah pencen dia amik kursus belajar buat homemade chocolate dan sekarang dia dah maju dan happy dgn bisnes baru nya itu. So, Nenda suruh la Ummi belajar untuk mantapkan skill pembuatan cake Ummi. Kebetulan, Nenda mmg kenal dgn owner Najah Bakery, Kak Najah Farahin dah lama, sejak Nenda ambil T-Shirt muslimah dari Kak Najah untuk jualan. So, Nenda la yang suruh Ummi contact Kak Najah, nak belajar decorating cupcakes dgn dia.

Ummi contact Kak Najah di penghujung 2011. Masa tu Kak Najah agak busy dgn tempahan untuk majlis2. Ye lah, masa tu cuti sekolah, mmg banyak la tempahan. So, Kak Najah aturkan personal kelas Ummi on 27 Januari. Ummi ajak la lagi kawan2 untuk join kelas ni.

Aik, nape terselit muka budak kecik nih? Hehe... Aliff ikut Ummi belajar buat kek tau!


 Ni la cikgu kami, Kak Najah owner Najah Bakery

 Cupcakes yang dibancuh oleh cikgu, siap untuk dimasukkan ke dalam oven

Sambil tu bancuh buttercream

Dan kami practice decorating
 Star Drop menggunakan open star tip (Nozzle no. 18)

  Rosette, juga menggunakan open star tip (Nozzle no. 18)

 Hiasan keliling kek, shell, rosette dan open star, menggunakan nozzle tip no.18
(juga boleh guna tip yang seangkatan dengannya)

 Writing technique ~Mak aih, susahnya nak menulis guna piping bag~
Guna round decorating tip no. 2 atau yang seangkatan dengannya

 Nozzles yang Ummi gunakan untuk basic decorating class ni,
dari kanan:

 comel kan? rasa syok sgt dapat decorate daun-daun cantik camni.

 cupcakes kami dah siap di bakar. Tunggu untuk disejukkan, kami berhenti lunch & solat Zohor dulu.

Mewarnakan buttercream ikut kesukaan untuk dihiaskan atas kek cawan yang kecik comel

 hasil tangan cikgu, comel kan...

Kawan-kawan Ummi dengan cupcakes masing-masing, bawak balik sorang 16 biji
 Cik Munie

 Cik Farah

Ni cupcakes Ummi, first try, tak la cantik sangat, hehe...



Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi