"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, October 8, 2012

Setelah 6 bulan berlalu

Assalamualaikum anak2 Ummi Anas dan Aliff yang Ummi kasihi kerana Allah. Kalian amanah yang Allah titipkan pada Ummi dan Abah, terasa berat memikul amanah untuk mendidik anak2 Ummi di zaman yang sgt mencabar ni. Menjaga kesihatan kalian pun satu amanah juga.


Entry terakhir Ummi sebelum update semalam ialah pada 9 April 2012 bersamaan dgn 6 bulan lepas. Entry tu cerita pasal Aliff masuk wad sebab makan racun serangga. Allah uji sikit atas kelalaian Ummi dan Abah. Sebenarnya tak lama lepas Aliff warded di HSB Aliff masih muntah2 masa tgh tido. Sebelum kejadian makan racun semut tu pun sebenarnya Aliff selalu muntah masa tido. Tapi lepas kejadian makin kerap pulak. Sampai la pada hari Selasa 10 April 2012, bs Aliff call Ummi di ofis bagitau Aliff muntah banyak sangat sampai dia risau. Kami terus bawak Aliff ke KMC. Kali ni kami x inform kat diorg Aliff pernah warded sebab makan racun serangga, takut diorg reject lagi kes dia. Masa tu favourite paed kami tak ada. Petang sikit baru dia masuk. So, jumpa MO saja and dia terus tahan Aliff di wad sbb Aliff dah lembik, dehydrated, kulit, mata, mulut semua dah kering.

Ptg tu doc dtg tgk terus kena drip. Abah yg teman Aliff masa kena cucuk sbb Ummi balik amik baju. Kesian sgt Ummi tgk bengkak mata Aliff menangis sbb cari Ummi lepas nangis nak bf. Gambar ni Aliff  baru terlena lps menyusu.

 Cak! Saya bangun awal!

Aliff tahu tangan kanan dia tak boleh guna. Survive playing the drum with his left hand.

Bila dia tido mmg lega sangat. Kalau tak asyik nak tarik2 drip tu...

3 malam Aliff kat ward. Macam3 jadi sbb dia dah mula aktif. Line blocked, tangan bengkak macam belon. Doc pun xsanggup nak cucuk lg sbb kesian dah. De problem sikit kat usus dia so doc bg probiotik. Aliff ni suka mengutip, beza sgt dgn Anas dulu. Mungkin die dpt infection dari benda2 yang dia kutip tu.


Line blocked.Tangan bengkak macam belon dah...


Muka ceria bila tangan dah bebas. Kalau tak sebab bengkak tu, belum bukak lg ni. Doc x sanggup nak cucuk lagi. Alahai Aliff tomey tomey...

Aksi di bawah ialah aksi 'balas dendam' atas katil sendiri lepas keluar ward. Tido gaya bebas ikut suka hati melepas geram 3 malam di ward, huhu...



Tak lama lepas tu, dlm penghujung Mei, Anas pulak masuk wad sbb demam, muntah n cirit birit. Suspected rotavirus tp Alhamdulillah bukan. Virus yg baik sikit je serang dia bkn rotavirus yg jahat tu. Doc sarankan suh tukar susu sbb skrg dia minum dutch lady. Tp Anas tetap taknak susu lain. Mcm dulu2, masa mula2 kenalkan fm kat die masa die umur 18bulan, mmg susah nk jumpa susu yg sesuai dgn dia. Dutch lady jugak yg serasi. Doc bagi probiotik jugak.



Malam ke2 Anas di ward, Abah plak masuk wad sbb lutut abah kena infection, kesan jatuh & luka sikit. Ingat sikit je tapi Abah susah berjalan masa Anas di wad tu sbb lutut bengkak n terlalu sakit. Dah alang2 Anas di wad, Ummi suh Abah gi jumpa pakar sbb nampak lain macam. Hm, betul sangkaan Ummi, dalam lutut Abah tu penuh nanah. Infection dah merebak sbb lambat dirawat. So, lps kuarkan nanah yg super banyak tu Abah pun kena bermalam di ward. Total 3 malam bermalam di wad.

Lepas tu plak, lepas 2 malam balik rumah, Aliff plak demam tak kebah2, suhu sampai 40°c. Kena tahan di wad lagi sbb suhu tinggi dah 2 hari. Kat wad bila makan ubat demam suhu dia turun sikit, habis kesan ubat, badan Aliff kembali menggigil dan dalam masa setengah jam je suhu die naik terlalu mendadak. Lepas 3 malam kami dibenarkan balik. Tapi bila dah siap semua, Aliff demam balik. Suhu diorg amik sblm keluar wad 38.7°c so doc decide xjadi balik. Doc nak pantau lagi. Malam tu jugak badan die naik bintik2 merah. Hadoi keluar campak rupanya. Patut la demam dia tak kebah2. So, kami tambah 1 malam lg. Alhamdulillah cuma roseola. Dia akan keluar sekali seumur hidup dan tak berjangkit. Dan dia akan keluar sekejap je dalam 2-3 hari, xmacam measles or chicken pox yg makan masa lama sikit dan berjangkit. Biasanya akan jadi pada baby 6 bulan ke 4 tahun. Anas dulu pun dah roseola ni. Doc pun ingat yg Anas pernah kena dulu. Huhu, sangat prihatin la Dr.Sharifah Khatijah KMC ni. Kes Anas 2 tahun lepas pun dia masih ingat.






Nak diceritakan ujian Allah pada hamba2Nya ni, genap sebulan lepas Aliff keluar ward tu, Anas injured plak, minor accident di kedai barang2 bakery masa dia ikut nenda dia. Jari kelingking kaki kanan dia terkoyak sikit tersadung pintu peti ais. Koyak sampai nampak isi putih dan darah sgt la banyak. Lps tu kami cuma cuci n taruk minyak gamat. Sbb kami ingat tak teruk. Tapi lama2 luka dia makin besar n berair je. Lepas tu dia demam n badan dia keluar merah2 macam viral rashes tu. Ummi terus bawak Anas jumpa Dr.Sharifah di KMC. Kami dah serasi dgn doc tu. Rupa2nya merah2 di muka dan badan Anas tu kesan infection. Doc bagi antibiotik. Disebabkan Anas ni allergy dgn Penicillin, susah jugak la doc nak pilih ubat yg sesuai utk Anas makan. Doc bagitau, ubat yg xde penicillin ni semua pahit2, x sedap. Sebab tu la kot Anas susah makan ubat. Takpe kami nak cuba dulu. Dok fikir takmau la bermalam di wad lagi sbb lagi 2 minggu je nak raya. Ye masa tu pertengahan bulan puasa.



Doc bagi balik dulu dengan syarat kalau esok muka dan badan Anas masih merah atau Anas masih demam, Anas kena dtg jumpa dia balik & kena tahan sbb doc nak drip masuk je ubat antibiotik tu. Hm, mmg la esok tu kami pergi balik sbb Anas langsung xboleh dipujuk utk makan antibiotik yg pada kami pun ubat tu sgt pahit. Muka dan badan Anas semakin merah, kaki dia bengkak sampai buku lali, demam pun masih ada. Ummi pergi tu mmg dah ready dgn beg baju. Dah maklum dah...

3 malam Anas di wad, keadaan kaki Anas makin teruk jugak. Ubat antibiotik tu x sesuai dgn dia. Ya Allah...


Alhamdulillah doc decide tukar ubat antibiotik n bg iodin utk dia rendam kaki dia untuk matikan kuman. Alhamdulillah jugak Anas senang nak rendam kaki. Hasilnya, Alhamdulillah kaki dia makin baik. Luka makin kering. Setelah hari ke 6, 5 malam dah di wad, lepas luka di kaki dia betul2 kering baru kami boleh balik. Lega, boleh beraya dgn tenang. Dah la tempahan kek karamel Ummi banyak sbb nak raya kan. Alhamdulillah semuanya Allah dah susun dgn baik.

Bawak lari Anas keluar buka puasa di luar jap. Dah keboringan di ward lama-lama

Alhamdulillah jugak kami beli insurance & medical card utk kami sekeluarga. Kalau tak sakit jugak keluar masuk wad private hospital ni. Bukan tak yakin dgn govt hospital tapi masing2 ada pengalaman masing2 kan. Abah mmg dah serik dgn govt hospital. Ada la pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawa dia disebabkan kelalaian dan sikap sambil lewa staff, nurse di govt hospital.

Anas dan Aliff sayang, semoga anak2 Ummi terus sihat ya. Ya Allah, peliharalah mereka kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Memelihara. PenjagaanMu lah yang terbaik.

6 comments:

ibu MZW @ farah idayu said...

salam...berderau juga darah saya baca. yela..saya anak demam 2-3 hari pun panik semacam..ni kan pula ummi yg siap ber warded bagai..adess! terasa lemah nye iman..tak kuat tanggung ujian ALLAH t___t

Ummi Shira (AshAnas) said...

farah, tu la... masa tu musim km asyik kuar masuk wad. ajen insurans kami mesti cuak apesal kerap km masuk wad. tp alhamdulillah la kakak tu faham sbb anak2 dia pun mcm tu...

transformed housewife said...

dugaan dan ujian dtg bertimpa2 tapi alhamdulillah Shira sekeluarga tabah.

yatie chomeyl said...

patutlah lama x berblog, rupa2nya mcm2 dugaan ye. hope shira n husband shira sentiasa di beri kekuatan oleh Allah utk mengharungi ujian2 menjaga anak2

Ummi Ummair said...

salam..jujur saya sgt insaf stp kali baca kisah2 sahabat dgn dugaan anak2 yg sakit.syukur sgt2 kerana dikurniakan Allah anak2 yg sihat setakat ini.paling teruk pun cuma demam biasa.alhamdulillah..
tabah ye ummi shira..

saifudin abu izzudin said...

semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi