"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Anas & Aliff in action






Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff

us-kecik

Monday, March 14, 2011

Anas dan iklan Cadbury



Dah lama dah kan iklan Cadbury ni tak ditayangkan. Kebetulan masa iklan ni kat TV, kami dok ajar Anas ttg anggota badan dia. So, part kening tu, dok suruh dia tengok iklan ni je la. Everytime ade iklan ni je, mesti kening dia pun dok terangkat macam budak2 tu...

Alhamdulillah, dia kenal la kening dia. Walaupun tanpa iklan ni, bila ditanya mana kening, dia dok angkat kening la...

Kebetulan Abah masukkan lagu iklan ni dalam iPhone dia & set as ringtone. So, everytime Anas dengar lagu ni, automatik kening dia pun terangkat sama, haha...

Sempat la Ummi rakam video dia dok angkat2 kening tu... Jom tengok aksi dia dalam 2 video kat bawah ni...



p/s: sebenarnya agak busy, tak sempat nak cite banyak2... banyak nak update kat blog sebenarnya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, December 2, 2010

Video terbaru Anas @ 20 months old

Happy 20 months old sayang Ummi. Adik pun dah hampir 16 weeks dalam rahim Ummi. Abang sekarang pun dah macam2 sangat ragam dia. Akal dah semakin bijak. Banyak yang Ummi kena ikut cakap dia, hehe...

Ni video terbaru Anas, Ummi rakam malam tadi masa baru lepas makan malam di rumah Nenda Anas. Mula2 dia ok je pastu dia sibuk nak pegang jugak hp tu. Banyak lagi yang nak rakam, tapi Anas takmau bagi kerjasama la... Huhu...

huhu, terpaksa telengkan kepala nak tgk vidoe ni, hehe



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, November 10, 2010

Tayang video Anas la plak...


Assalamualaikum anak kesayangan Ummi, Anas yang dikasihi... Sebelum ni ada jugak Ummi dah ceritakan perkembangan Anas tapi Ummi tak taruk gambar pun. Kali ni Ummi nak taruk gambar & tayang video Anas je. Tu pun banyak lg dlm iPhone Abah yang Ummi belum amik lagi...
Video 1: Cubaan Anas pakai kasut golf Atuk.

Anas memang suka pakai kasut. Dalam rumah pun nak pakai kasut jugak. Terpaksa la belikan kasut khas utk dalam rumah punye. Kalau tak jumpe kasut die, kasut sape2 pun dia akan pakai. Masa video ni diambil, die tak berapa cekap lagi pakai kasut. Sekarang, sangat la cekap, siap boleh berjalan2 keliling rumah pakai kasut besar pun. Alhamdulillah, Anas tak pernah pakai kasut terbalik. Even kami letakkan terbalik pun, dia akan tukar sendiri. Dia tahu bezakan kanan dan kiri.

Video 2: Blur bila disuruh pakai kasut sendiri
Masa video ni diambil (sebelum raya) die memang blur kalau disuruh pakai kasut sendiri. Kalau kasut yang jenis bertutup camni, memang dia tak pandai pakai sendiri. Ummi belikan kasut jenis macam crocs tu untuk dia, senang dia pakai sendiri. Sekarang pantang suruh pakai kasut, nak keluar rumah, laju je dia capai kasut dia.

Video 3: Anas lap mulut sendiri
Masa ni on da way gi KL masa raya ke-4. Dia duduk belakang dgn Bunga & Ucu dia. Semua makan Bunga & Ucu la yang layan. Pastu dia amik tisu & lap mulut dia sendiri. Good Boy!

Video 4: Anas nak azan
Anas memang sangat suka dengar azan or zikir. Bila dengar je azan, cepat2 dia bangun dan angkat tangan letak kat telinga. Waktu Maghrib kat rumah Ummi akan bukak Astro Oasis, ada zikir2 tu, Anas akan duduk diam menghayati alunan zikrullah. Alhamdulillah, sejuk hati Ummi. Semoga Anas kekal suka dan kekal lidah berzikrullah.
Ada sekali tu, dia tengah ralit main 'car' die, lepas tu kat Astro Oasis dah ketuk gendang nak azan, cepat2 dia stop main, berdiri, tolak car die jauh2, and tunggu azan dilaungkan. Bila 'Allahuakbar' je, cepat2 dia angkat tangan dan ikut azan sampai habis. Ummi doakan anak Ummi jadi muazin yang bersuara merdu macam Abah...

Video 5: Ummi kerah paksa Anas lap lantai sendiri
Huhu, bukan Ummi yang kejam ye. Tapi nak didik Anas, kalau tumpah ape2 kena lap sendiri. Alhamdulillah, sekarang Anas dah well trained. Kalau tumpah sikit2 je pun cepat2 dia gi cari tisu or kain lap, "mi, lap mi, lap..."
Masa video ni dirakam, dia tumpahkan air ribena atas baju dia, dan tumpah sikit atas lantai. Tu yang baju die jadi mangsa untuk jadi kain lap sekejap. Haha...

Video 6: Anas memanjat dalam kereta Nenda
Ni video paling latest, hari Sabtu lepas. Masa tengah jam kat susur keluar highway Kepala Batas (satu2nya jalan dari Alor Setar ke Jitra yang baru bukak lps banjir surut). Anas kebosanan dalam kereta, mula la manjat sana sini. Ni Achik yang ajar ni, kan Achik kan...

tengok la aksi budak tecik ni... nak jadi superman dah kat belakang tu
ni plak, Achik & Bunga buli suh pakai baju besar, hohoho...
Masa ni Anas ikut Ummi & Abah ronda2 pantau banjir naik lori office...
Tangan Anas & Achik
Anas sedang di train untuk duduk diam2 kat belakang sorang2, baik je dia duduk sorang2 kat belakang tu, haha...
Alhamdulillah, anak Ummi sangat suka solat. Setiap waktu nak solat... Kalau waktu Subuh tu dia bangun awal, nampak Ummi & Abah solat, dia pun nak solat jugak...
Bunga cakap Anas main kuda2... Haha... Pantang nampak vakum, mesti nak duduk camni...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, July 29, 2010

Anas @ 16 months / 1 tahun 4 bulan

emmmm.... tcak!

*

*

*


Wahai anak kesayangan Ummi, Assalamualaikum... Anas sekarang dah lama sebenarnya tapi lupa update dah pandai main bu-cak ngan orang ea... Pandai anak Ummi nih!


Sayang Anas, hari ni anak Ummi nih dah genap 1 tahun 4 bulan... Dah besar dah die... Dah macam2 ragam die skrg, sampai kepeningan Ummi dibuatnya... Huhu... Sibbaik muka comel ni mencairkan hati Ummi... Anas jadi anak soleh ya!


Faveret mainan Anas skrg. Salah satunya ialah straw...
Yang lain2 suka sangat main purse Achik, kunci, sudu & garfu plastik die, berus gigi die.
mmg pantang nampak, nak pegang je tanak lepas...


Anas mula berdiri sendiri 10/7/2010, masa tu kat SGM yg ke-3 di Alor Setar. Excited Ummi bagitau Kak Hana (PC) yg Anas baru leh berdiri sendiri. Lama jugak dia berdiri tapi kat situ je la. Balik rumah dah tanak berdiri. Mgkin sbb masa tu ramai budak2 lain lagi, so, die sedikit nak show-off (sayang, tak baik tau camtu...)

Tapi sekarang ni dia dah mula rajin berdiri sendiri & dah mula mengatur langkah... Paling banyak 5 langkah la... Takut atau malas mencuba ni...??


Berjalan 2 3 langkah ke arah Abah...


Sesi tayang gigi... Gigi ni la yang dok menggigit Ummi sekarang ni... Hadoi! Mcm nak tumbuh gigi lagi, gigi yg ke-7 sebelah atas, kanan dia...


Bila Anas tgk gambar ni, dia akan sebut, 'baby' dgn gaya dia la tp ada la bunyi 'baby' tu... Tak perasan kot tu sebenarnya gambar dia sendiri...
Sekarang ni kalau nampak baby dlm tv or magazine, dia akan sebut 'baby'...



Macam2ragam die skrg. Bab merajuk yang tak tahan... Bila nak merajuk, kadang2 dia lari jauh dari kita (konon2 bawak hati yang remuk la tu) pergi kat tingkap or pintu tgk je ke luar, org panggil pun wat dek je... Kadang2 dia tekup muka dia kat lantai... Hadoi! Sape ajar ni? dan Abah akan jawab, Ummi la ni kuat merajuk masa pregnant dulu... Iyokan je lah... Huhu...

Sangat rajin memberus gigi ya kawan2... Asal masuk bilik air, nampak berus gigi je, mesti nak gosok gigi... Cepat2 die tunjukkan gigi dia cm gaya kat atas tu, suh Ummi gosokkan. Kadang2 nak wat sendiri...

Dulu Ummi de taruk ubat gigi & dia suka isap & telan. Tapi baru2 ni kawan Ummi de cakap, budak2 bawah 2 tahun, jgn bagi ubat gigi lagi. So, skrg guna berus kosong je la.

Wording pun semakin jelas, kadang2 faham die nak cakap apa, ada la bunyi tapi lidah die mcm bergulung bila nak sebut something tu... Klaka plak dgr nya...
  • "mmii, ambi-lla" (lebih kurang gitu la bunyinye) bila die nak suh kite ambikkan something utk dia...
  • "no...no...no..." sambil goyangkan jari telunjuk dia, ni bila dia tau taleh wat apa2...
  • "ampah" - sampah - kadang2 bunyi
  • dah pandai panggil (designation) kebanyakan orang di sekeliling dia... -atuk-nenda-abah-ummi-bunga-achik-ucu-tok (tok wan & mak tok & pengasuh dia)-
suka baca buku

dah pandai babab orang... oh, no...no...no...

byk words dia tp dh lupa la...

kdg2 suka sembang sorang2 & suka sembang ngn orang dgn bahasa dia, bajet org faham la apa die cakap tuh...

bile nampak sejadah, dia akan sujud. kadang2 meniarap, pastu sembam muka kat sejadah & cium sejadah tu, hehe...

pandai angkat tangan bila baca doa, & aminkan doa.

bila azan, angkat tangan letak kat telinga...

kalau Ummi sebut Allahuakbar, die angkat tangan, tadah baca doa... boleh la tu, haha...

Ummi zikir 'Subhanllah Alhamdulillah Allahuakbar', dia pun ikut tapi dgn cara dia la...

bila nyanyi lagu 'twinkle twinkle little star', die buat la tangan mcm bintang berkelip-kelip tu...

dlm iPod Ummi ada lagu 'row row you boat', dr dulu kalau die dgr je music tu, die akan nyanyi, 'row row row'

Pendek kata Anas skr dah jadi copier yg terbaik - mimik muka, words, gaya orang... semua dia tiru...

banyak Ummi lupa la, nnti dah ingat Ummi upload lg ek...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, July 7, 2010

Video Anas

tgk la gelagat Anas dah pandai unlock iPod Ummi, same goes to his Abah's iPhone
skrg dh kena pakai password sbb dia pandai delete the applications dlm tu & sometimes die call orang...


comel sangat dgr Anas sebut 'jom!'
setiap kali Ummi ajak gi mana2 or bila dia tahu he's going somewhere, dia akan sebut 'jom!' dgn comelnye...


yg ni plak Anas menari2 goyang punggung dlm keta sambil melihat hujan kat luar tu...

Sekian paparan video buat hari ini.... (",)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Monday, March 22, 2010

Ummi akan merindui suara ini...

Satu hari nanti, Ummi pasti akan merindui saat dan ketika suara ketawa Anas yang ini....


Sian anak Ummi, Ummi paksa gelak sampai merah muka, & penat.... Sekali tu je Ummi & Abah buat... Lepas2 tu Ummi kesian... hehe...

Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, February 23, 2010

Anas berwajah baru..


Assalamualaikum Anas sayang... Ummi dan Abah sangat2 bahagia Anas hadir menjadi penyeri hidup Ummi & Abah... Anas anak Ummi yang sangat soleh, semoga terus membesar menjadi anak yang taat perintah Allah...

Ummi & Abah decide nak potong rambut Anas sikit. Kalu tak orang asyik tegur macam girl.. Ummi tanak kata2 yang tak berniat tu jadi macam doa untuk Anas... Nauzubillah, mintak dijauhkan Anas dari semua itu... Anas is my boy forever...

Huhu, sangat la baik dan sopan anak Ummi nih masa kena trim rambut... Tengok la video nih!



Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, February 3, 2010

Sape name Anas angkat tangan!

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...

Ummi & Abah sayang Anas!

10 months of your journey, sayang...


Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Sayang Ummi dah 10 bulan dah on 29 January 2010 hari tu... Sekejap je kan masa berlalu... Ummi selalu belek2 balik gambar dari Anas baru lahir sampai sekarang, perubahan yang begitu ketara Ummi nampak dari bulan ke bulan sayang Ummi membesar... Sebenarnya, Ummi takde la nampak sangat perubahan tu sbb hari2 Ummi tengok Anas membesar sihat, cergas dan ceria depan mata Ummi... Cuma bila Ummi tengok gambar je, baru nampak perbezaan Anas dari lahir sampai la sekarang... Masa Anas chubby dulu, masa takde rambut lagi... Hehe, comel sangat... Rindu la wajah Anas yang dulu... Huhu...

wajah yang suci bersih masa baru lahir

wajah mulus yang masih belum mengerti apa-apa

wajah yang membuatkan Ummi rindu selalu

ketembaman pipi montel gebu dan rambut yang masih malu2 nak tumbuh masa ni

Sungguh Ummi rindu... Sekejap je tak lama lagi Anas nak setahun dah... Gigi pun masih malu2 nak keluar lagi, macam rambut Anas dulu, malu2 gak nak tumbuh... Takpelah, lambat tumbuh gigi, lambat la salin gigi kan...

Anas sekarang memang dah sangat cekap memanjat sana sini, habis sume tempat Anas panjat, tak kira tinggi rendah... Cuma baru nak belajar merangkak... Hehe...

Bila orang gelak, dia pun tumpang gelak sekali macam faham apa yang orang gelakkan ye... Bunyi Anas ketawa kelakar tau, semua orang akan gelak kuat bila dengar Anas ketawa, hehe... Wan cakap, bunyi buat2 gelak je tu, haha...

Anas dah pandai tak nak kat orang, tak nak kena tinggal kat nursery, pagi2 Ummi hantar, mesti nangis nak ikut Ummi... Then, bila Ummi datang time lunch tu, macam dah bau Ummi datang je Anas ni tau, kalau tido, terus bangun tido... Kalau berjaga, terus tunggu depan pintu... Amboi, pandai anak Ummi ni ek, sangat2 peka kehadiran Ummi ye...

Oh ya, Ummi dah belikan Anas exersaucer tau! Ummi beli 2nd hand je, tapi puas hati la, berbaloi2... Anas pun excited dok dalam tu... Layang gambar & video ek....



Yang ni plak aksi Anas tengah malam, masih aktif lagi padahal Ummi memang dah sangat2 mengantuk tau! Anas memanjat kepala katil sambil bermain2, aduh, letih Ummi... Dua malam Ummi bawak Anas gi ofis Ummi teman Ummi buat OT, tu pasal la yang Anas sampai malam pun tak letih lagi, asyik nak main je... Ummi yang letih, hadoi!


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, December 16, 2009

Last weekend (Friday)


Huhu, lambat betul baru Ummi dapat update cite2 terbaru...

Malas nak byk2 story sbb masa sgt2 limited skrg ni... Cite pendek2 je la ek...(akan jadi panjang jugak, pecaye la)

Pagi Jumaat tu, Ummi de ISO training. Sepatutnya 6 hours, 3 jam sblh pagi, rehat for lunch & Jumaat prayer, then sambung another 3 hours sblh petang... So, pagi tu Abah la yang jaga Anas. Ms lunch Abah dtg ofis bawak Anas utk menyusu. Ms tu nipple crack Ummi belum baik, so, Ummi tanak ngepam, cuma nak tunggu Anas dtg menyusu. (Sekarang dah baik, Alhamdulillah)

Lepas lunch & sementara tunggu Jumaat prayer, ofis blackout... Masa tu Uncle Azizi tgh pegang Anas sambil Ummi bagi Anas makan oren, kami berdiri betul2 bawah switch box. Then, Ummi de dgr mcm bunyi meletup. Masa tu tak perasan lagi dh blackout sbb cerah, takde la rs lain sgt kan... Then, Ummi de bau hangit, pastu baru nampak asap keluar dari switch box tu... Cepat2 Ummi lari keluar & suh Uncle Zizi bawak Anas keluar... Cuak gak masa tu... Alhamdulillah tak meletup hehe.. teruk betul ape yg Ummi pikir masa tu kan, malu je.. Tapi, kalau jadi pape masa tu, Ummi tade pikir lain2, Anas je yg Ummi nak bawak lari keluar...

So, ISO training sesi petang terpaksa di postponed sbb Jumaat cuti, tade sape leh dtg repair A.S.A.P...

Apalagi, Ummi ajak Abah gi Tesco coz Ummi tingin sangat nak beli pool utk Anas... Ummi de baca yang bayi perlu di ajar berenang since dia 3 bulan... Usia Anas skrg 8 bulan lebih, masih belum terlewat lagi... Rasulullah pun sarankan anak2 perlu di ajar 3 perkara sejak kecil: berenang, memanah dan menunggang kuda... Wah, Ummi yang excited sebenarnya... Ummi pun dari kecik Atuk & Wan ada ajar berenang. Tapi tak de la menunggang kuda & memanah tu... Nanti Ummi bawak Anas k...

Ummi beli kolam plastik kecil & pelampung yg boleh duduk... Cepat2 balik rumah, solat Asar & mandi time!!!... Hehe.... Sape yang terover excited ni? Confius... Haha...

So, layan gambar & video ek... Ni first time tau Anas masuk kolam yang lebih besar dr tab mandi Anas tu... Mula2 Anas agak cuak, sesaat dua je, terus excited. Ummi masuk sekali sbb ummi yg terover excited sbb nak teman Anas supaya Anas tak takut mandi sengsorang... Hehe...





...Testing...Testing... Tak sejuk air ni, ok, boleh main lama-lama....



...Ops, mata masuk air plak...



...Saje je buat camni, bagi nampak dalam sikit air ni, hehe...



...Test swimming withot pelambung... Howey! Anas memang terer la...



...Ateh, Ucu, mai la join sekali... Bakpe malu2 nya?...



...Hai kawan2 sume, meh la join Anas kat sini...



...Brrr... Sejuk la plak, rest la kejap...



...Howey! Abah bawak Anas masuk kolam besar! (Kolam ikan berudu la ni sayang)...



...Abah yang paling over excited...



...Dah tu sayang, kolam ni kurang hygiene la, jom keluar...



...Lagi best mandi air bersih kan, boleh main dgn duck...



...Ala Ummi, duck ni lari la...



...Meh Anas tolong Abah selam lama2 sket, huhu...



...Saya letih la main air lama sangat...


Ni plak video Anas mandi... Secara peribadi, Ummi suke sangat tgk aksi Anas ni... Semoga menjadi kenangan buat Anas...



P/S: kan Ummi dah cakap story ni akan jadi panjang jugak
P/S2: tak sangka, akhirnya berjaya jugak buat scroll box kat gambar2 bebanyak tuh... Thanks Cik Intan Nurul Fateha.

Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi