"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, July 29, 2010

Anas @ 16 months / 1 tahun 4 bulan

emmmm.... tcak!

*

*

*


Wahai anak kesayangan Ummi, Assalamualaikum... Anas sekarang dah lama sebenarnya tapi lupa update dah pandai main bu-cak ngan orang ea... Pandai anak Ummi nih!

video

Sayang Anas, hari ni anak Ummi nih dah genap 1 tahun 4 bulan... Dah besar dah die... Dah macam2 ragam die skrg, sampai kepeningan Ummi dibuatnya... Huhu... Sibbaik muka comel ni mencairkan hati Ummi... Anas jadi anak soleh ya!


Faveret mainan Anas skrg. Salah satunya ialah straw...
Yang lain2 suka sangat main purse Achik, kunci, sudu & garfu plastik die, berus gigi die.
mmg pantang nampak, nak pegang je tanak lepas...


Anas mula berdiri sendiri 10/7/2010, masa tu kat SGM yg ke-3 di Alor Setar. Excited Ummi bagitau Kak Hana (PC) yg Anas baru leh berdiri sendiri. Lama jugak dia berdiri tapi kat situ je la. Balik rumah dah tanak berdiri. Mgkin sbb masa tu ramai budak2 lain lagi, so, die sedikit nak show-off (sayang, tak baik tau camtu...)

Tapi sekarang ni dia dah mula rajin berdiri sendiri & dah mula mengatur langkah... Paling banyak 5 langkah la... Takut atau malas mencuba ni...??


Berjalan 2 3 langkah ke arah Abah...


Sesi tayang gigi... Gigi ni la yang dok menggigit Ummi sekarang ni... Hadoi! Mcm nak tumbuh gigi lagi, gigi yg ke-7 sebelah atas, kanan dia...


Bila Anas tgk gambar ni, dia akan sebut, 'baby' dgn gaya dia la tp ada la bunyi 'baby' tu... Tak perasan kot tu sebenarnya gambar dia sendiri...
Sekarang ni kalau nampak baby dlm tv or magazine, dia akan sebut 'baby'...



Macam2ragam die skrg. Bab merajuk yang tak tahan... Bila nak merajuk, kadang2 dia lari jauh dari kita (konon2 bawak hati yang remuk la tu) pergi kat tingkap or pintu tgk je ke luar, org panggil pun wat dek je... Kadang2 dia tekup muka dia kat lantai... Hadoi! Sape ajar ni? dan Abah akan jawab, Ummi la ni kuat merajuk masa pregnant dulu... Iyokan je lah... Huhu...

Sangat rajin memberus gigi ya kawan2... Asal masuk bilik air, nampak berus gigi je, mesti nak gosok gigi... Cepat2 die tunjukkan gigi dia cm gaya kat atas tu, suh Ummi gosokkan. Kadang2 nak wat sendiri...

Dulu Ummi de taruk ubat gigi & dia suka isap & telan. Tapi baru2 ni kawan Ummi de cakap, budak2 bawah 2 tahun, jgn bagi ubat gigi lagi. So, skrg guna berus kosong je la.

Wording pun semakin jelas, kadang2 faham die nak cakap apa, ada la bunyi tapi lidah die mcm bergulung bila nak sebut something tu... Klaka plak dgr nya...
  • "mmii, ambi-lla" (lebih kurang gitu la bunyinye) bila die nak suh kite ambikkan something utk dia...
  • "no...no...no..." sambil goyangkan jari telunjuk dia, ni bila dia tau taleh wat apa2...
  • "ampah" - sampah - kadang2 bunyi
  • dah pandai panggil (designation) kebanyakan orang di sekeliling dia... -atuk-nenda-abah-ummi-bunga-achik-ucu-tok (tok wan & mak tok & pengasuh dia)-
suka baca buku

dah pandai babab orang... oh, no...no...no...

byk words dia tp dh lupa la...

kdg2 suka sembang sorang2 & suka sembang ngn orang dgn bahasa dia, bajet org faham la apa die cakap tuh...

bile nampak sejadah, dia akan sujud. kadang2 meniarap, pastu sembam muka kat sejadah & cium sejadah tu, hehe...

pandai angkat tangan bila baca doa, & aminkan doa.

bila azan, angkat tangan letak kat telinga...

kalau Ummi sebut Allahuakbar, die angkat tangan, tadah baca doa... boleh la tu, haha...

Ummi zikir 'Subhanllah Alhamdulillah Allahuakbar', dia pun ikut tapi dgn cara dia la...

bila nyanyi lagu 'twinkle twinkle little star', die buat la tangan mcm bintang berkelip-kelip tu...

dlm iPod Ummi ada lagu 'row row you boat', dr dulu kalau die dgr je music tu, die akan nyanyi, 'row row row'

Pendek kata Anas skr dah jadi copier yg terbaik - mimik muka, words, gaya orang... semua dia tiru...

banyak Ummi lupa la, nnti dah ingat Ummi upload lg ek...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

12 comments:

e.l.i.z.@ said...

ya allah shira...anas ni tersangat la kiut..comel sgt²...gigi dia pun comel wpun suka menggigit heheh

Ammi Sara said...

seksi la anas pki bj je ,hihi
bagus perkembangan anas, anak sulung mcm tu lah ummi, ammi sara dah lalui dah..:)
sebut bby ke nak adik bby? ;p

Nadiah Sidek said...

seksinya anas!! ehehe. akk pun blh cair tgk muka comelnya tu ;)

Cery said...

comelnye anak..hhehe..by the way..salam kenal.. saya dah follow awk.jom tukar2 list dan follow me..

ibu_Arifa said...

hahaha..kelakar jer bila bayangkan Anas pun kaki merajuk jugak siap bawa diri lagi tu.. ingatkan baby girl jer..
dia rajin gosok gigi yer.. dah setahun ni bawak lah dia g jumpa dentis..biasa2kan dia dgn dentis dari kecik.p klinik kerajaan jer..free..

AshAnas said...

@e.l.i.z.@
eli, hehe... sakit tul kena gigit... smpai luka tau!

AshAnas said...

@Ammi Sara
ups kak sara, klu de adik baby syok kan... hehe...

AshAnas said...

@Nadiah Sidek
anas nk salin pampers tp xmo dok diam... hehe...

AshAnas said...

@Cery
thanks, sy akn follow kembali...

AshAnas said...

@ibu_Arifa
tu la, kuat merajuk (cam ummi dia, hadoi) terpaksa la terima hakikat part ni dia ikut ummi coz ms preggy dia, mmg kuat majuk, huhu...
thanks kak min for the advice, tak terfikir pun sebenarnya...

Momma Mia said...

waa ceksi la anas pakai baju melayu merah tuh tanpa seluar... ooo pandai merajuk ek?? ikut sapa nih?? heheh... happy 16 months anas!!

Ummi Hanie said...

comei laaa anas ni ... n cheeky too...

zaid pun dah pandai solat n doa ;)

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi