"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, July 25, 2010

Oh, tidak! Kenapa tetibe sangat?!

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas... Assalamualaikum sayang.... Kenapa tetibe je sayang? Ummi belum bersedia lagi...

Dah dua hari Anas mcm ni... Ummi nampak Anas ngantuk, Ummi tahu Anas nak nenen... Tapi tiap kali Ummi sua, belum apa2 Anas dah gigit sekuat hati & terus rentap... Mmg Ummi sedikit terjerit, sakit sayang buat mcm tu... Luka tau Anas buat Ummi cmtu... Ummi terjerit bukan sbb Ummi marah kat Anas, tapi Ummi sakit sangat...

Ummi surf internet, cari info kenapa Anas buat mcm tu... Dari

Yuitsumuni *sweetstory*,

dia cakap if anak on off nak direct bf, kenal pasti perubahan pd dia dan kita.

Perubahan pada anak
  • Adakah dia nak tumbuh gigi? (Ummi dah cek gusi2 dia, tp takde plak tanda2 nak tumbuh gigi... huhu...)
  • Ada ulser ke dlm mulut die? (pun tak dak)
  • Anas tak sihat ke? (hm, sbb ni ke? tapi Anas nampak sihat... makan selera ja...)

Perubahan pada Ummi
  • Adakah Ummi tak sihat? (Ummi sihat cuma sedikit stress... affected ke ha?)
  • Adakah Ummi mengandung lagi? (Yang ni Ummi belum dapat pastikan lagi... Kalau ye, Alhamdulillah sangat2)
  • Adakah Ummi menukar sabun mandi / bedak / perfume? (tak de tukar pun...)
  • Adakah puting Ummi luka? (luka pun sbb Anas gigit la...)
Tips yang Ummi dapat untuk atasi masalah ini ialah:
  1. Pujuk dia baik2, katakan "JANGAN!" kpd dia. Jangan menjerit kerana takut dia ingat kita marah... Huhu, Ummi tak marah sayang, Ummi terjerit sbb sakit. Tapi lepas Ummi dpt tahu ttg ini, Ummi dah tak jerit, Ummi ckp pelan2, "Jangan gigit Ummi sayang, Ummi sakit" Tapi entahlah, dia tetap ulang & keep ulang smpai luka kesan gigitan dia tu...
  2. Leraikan gigitan dgn memasukkan jari kelingking, dan keluarkan puting dr mulut dia...
  3. Picit hidung dia, nnti dia akan buka mulut utk bernafas, tapi berhati2, takut dia fobia...
  4. Pesan kat dia selalu, jangan gigit...
Huhu, semua tips ni Ummi dah cuba, tapi tak berhasil. Dia ttp ulang nak gigit sampai dia menangis yang teramat2 sangat... Gaya dia mcm dia marahkan Ummi sebab lepaskan puting dr mulut dia.

So, Ummi mengalah, Ummi cakap, "ok, ok ni Ummi bagi, tapi Anas jangan gigit tau! Ummi sakit sayang," dia diam, pusing cr nenen, masuk je, die terus gigit lagi... cepat2 Ummi lepaskan balik, and dia mengamuk lagi... hadoi!

Last2 Abah cakap, dah susah sangat cmni, bagi botol la, nak wat camna? dia lapar, ngantuk tp taleh nak minum...

Ummi agak tak setuju nak bagi botol. Susu Ummi bukannya takdak, ada, cuma Anas takmau direct, asyik nak gigit je... So, Ummi pam, mlm tu dpt 5oz (read: slalunya 3oz je skali pam) & Ummi terus bagi kat dia. Sangat lahap dia minum... Sian dia dah lapar sangat & dah ngantuk sangat.

Masa Abah tgh tunggu Anas minum tu, Ummi menangis sorang2 membelakangkan Anas. Ummi tak sanggup tgk. Dengar bunyi je pun dah sedih sangat2...

Tetibe, Anas nangis lagi, dia masih lapar... Selalunya skali minum, dia minum 3oz je, ni dh bg 5oz pun, dia nangis lagi... So, Ummi terpaksa amik stok ebm kat fridge, ada 12oz semuanya, mmg cukup2 utk hantar ke umah BS hari Ahad. Ummi amik 3oz,habis jugak Anas minum. Then, dia nangis lagi, Ummi amik plak lagi 2oz. Kali ni dia takmau plak. So, Ummi sua nenen (dlm keadaan takut2 if Anas gigit lagi, ya la, dh luka teruk kena gigit, agak fobia la jugak...) Alhamdulillah, dia mula isap betul2, dah tak gigit...

So, baru Ummi tau, bila dia dah mamai, dah ngantuk sangat baru dia mau isap betul2...

Tu cerita hari Jummat, hari Sabtu lain plak jadinya...

Mcm biasa, bila nak nenen, dia akan gigit. Tapi smlm Ummi mmg terpaksa mengalah awal sbb terlalu pedih luka Anas gigit tu. Bila dia gigit lagi, Ummi terus tarik & tak sua dah (buat sementara je, Insya'Allah)...

Hm, stok ebm tinggal lagi 7oz je, mmg tak cukup utk hantar kat umah BS. Ummi pam tapi sangat terseksa sbb akan mengalir darah sekali... Cuba hand express tapi sungguh Ummi tak mampu, Ummi tak kuat... So, dengan tangisan, Ummi bancuh susu untuk Anas (ada sample dok dapat dr Anmum masa Anas masuk 1 tahun dulu).

Anas minum sampai dia dah lali nak tido, then dia nangis tak cukup, cepat2 Ummi sua, Alhamdulillah, dia minum dengan elok. Kami dua beranak tido sampai 3 jam...

Tapi tu lah, Ummi hanya mampu bf dia bila dia betul2 nak tido. Kalau dia berjaga, mmg tak la... Dia dah tak mintak mcm dulu. Bila tanya pun, dia cuma tgk je.. Kalau baring pun, dia pegang2 sambil 'ghenyih' (senyum gaya nakal), that's it...

Cik B Ummi ni plak, sgt cpt engorge klu lama xkeluarkan. 3 jam tak keluarkan, dh rasa bengkak yg sangat2, sakit sgt... Ptg smlm plak kami keluar berjalan, Ummi tak prepare any botol, pam, etc... Sudahnya Anas mmg tak minum, dan cik B Ummi sangat2 bengkak. Kul 11pm br dpt pam keluarkan susu, hasilnya dpt 7oz sekali pam...

Ptg smlm plak, Ummi dah beli susu Bio-Lac. Sblm Ummi dpt pam mlm td, Ummi dah cuba bagi Anas minum susu tu. Sblm tu, Ummi cuba gak bagi nenen, tapi dia tak nak. Dia cuma gelak2 je tgk, pastu dia pegang botol dia... Sedih sangat!

Lastly, mlm td, for the first time sejak hampir 16 bulan usia Anas, dia tido dgn botol di mulut dia, bukan 'bestfriend' dia! 8oz susu dia minum mlm td sampai tertido... Selama ni dia sangat2 susah nak tido tanpa 'bestfriend' dia... Tetibe je dia berubah angin, Ummi langsung tak prepare utk situasi cmni... Ummi ingat lambat lagi... Sangat TIBA-TIBA Anas dah tanak 'bestfriend' dia...

~sape yang tak sedih tgk anak nyusu botol sampai tertido sdgkan slama hampir 16 bulan dia tak leh tido tanpa Ummi dia~

Ummi: Abah tak sedih ke tgk Anas cmni?

Abah: Kenapa lak tak sedih?

Ummi: Habis tu?

Abah: Nak buat camna, terpaksa sayang, dia lapar, ngantuk sangat2 dah tu, sbb tu dia terus tido...

Ummi: Selama ni dia taleh tido tanpa Ummi, tetibe sangat Abang.. Cmne Sha nak terima?

Abah: Dah sampai masa dia kot sayang. Bukannya dia tak minum susu Ummi dah. Sha tetap pam susu untuk dia kan?

Ummi: Tak sama rasa bila anak isap dari badan dgn bagi anak minum dr botol. Lain sangat... Rasa mcm bonding tu dah terlerai...

Abah: Tak dak lah sayang. Anas tetap sayang Ummi dia...

Ummi: Lain sangat Abang... Sayu je rasa tengok dia minum botol...

To be continued.....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

4 comments:

Nadiah Sidek said...

dulu safiyyah selalu gak gigit time menyusu tapi mujur la dia bkn jenis terus gigit kuat. dia gigit slow2 je mula2. akk perasan, mmg lpskan la puting dpd mulut dia. tak sempat la dia gigit kuat dan alhamdulillah tak pernah berdarah. mcm kes safiyyah, dia menggigit bila gusi dia gatal. once gigi dia dah keluar, baru dia berhenti gigit

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Nadiah Sidek

Shira harapkan mcm tu jugak kak... thanks ya!

Unknown said...

huhuhu..cian syira...k.iela pun masa bb qis nak tumbuh gigi..rajin gigit..ada sekali tu sakit sgt..x sedar ku pukul tgn..huhuhu ..cian dier..

Unknown said...

ooohh.. anas dah minum susu formula juga ya... cuma kalo boleh jgn kasi byk.. at least 1 kali 1 hari.. takut nanti dia lebih sedap susu formula..

aliya la ni kakyong bg minum milo.. dlm botol.. & waktu dia tak menyusu memang kasi dia makan byk2..

kalo dia kenyang makan dia tak lah merengek nak susu sangat.. & shira harus terus mengepam.. makesure cukup bekal utk Anas.. jgn give-up..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi