Sblm ni Ummi dah cerita apa Anas buat masa Ummi berkursus kan. Kali ni Ummi nak story 5 hari kat Penang last week... Training Ummi start 12hb sampai 15hb, & 16hb tu de exam... So, hari Ahad kita dah pergi Penang, check-in Vistana Hotel pukul 3 pm. Kenapa stay kat Vistana Hotel? Sbbnya course Ummi diadakan di situ dan untuk memudahkan Ummi untuk jenguk2 & bf Anas, Ummi pilih utk stay kat situ ja. Alhamdulillah, Ummi leh guna peruntukan yang diberikan oleh syarikat... Dan expenses yang sebegini is considered as 'tax allowable'...
Rasanya ni kali ke-3 Anas stay kat hotel. 1st kat Cameron Highlands, 2nd kat Langkawi... Anas nampak teruja... Sape pun akan teruja kan... Ummi dulu pun masa kecik2, sangat seronok bila Atuk & Nenda bawak gi jalan2, tido kat hotel, haha...
Dah gaya pun nak stay 5 malam, so Ummi kemas la sket bilik tu bagi selesa. Dalam Ummi do sibuk ngemas tu, Anas pun sibuk ngemas jugak... Ummi dah susun kasut elok2, tengok la apa dia buat ni....
Dia nak cuba pakai kasut Ummi, hehe....
Ummi bawak playpen & sedikit toys dia so that Achik tak la rasa penat sangat ngasuh budak tecik yang sedang ligat & sangat aktif skrg ni...
Ptg 1st day tu, lps Abah habis keja, Abah datang amik kat hotel, then Abah bawak gi makan kat Kg. Telok Tempoyak, Batu Maung. Kat Ikan Bakar Hj Adnan b Hassan (kasi promote sket nih, nnti I mintak komisyen kat Hj, Adnan, hehe). Sblm makan, kami jalan2 kat situ dulu. Air laut tgk surut, ada satu titi kat situ menuju ke tengah laut. Ramai gak orang dok mancing kat situ...
Ni view waktu senja kat tepi pantai tmpt kitorang makan tu. Cantik kan? (Ummi rasa cantik la, tp org yg dh pro guna DSLR mesti cakap, biasa2 je ni, hehe...) Ummi guna lens baru Ateh utk amik gambar this view... Ummi suka gambar ni. Kalau korang perasan, ada sorang budak tgh main sorong papan kat selut tu... Ni wide lens, so, Ummi tak dapat zoom kat budak tu. Ada satu lagi lens utk zooming, tapi malas nak bukak sbb tgh nak makan, hehe...
ni la lens baru Ateh tu. This pict Ummi google kat sini.
Ok, finish cerita 1st day... Ups, Ummi tade la nak story day by day, hehe... Cuma nak share sikit2 je...
Story by picture...
Huhu, cmne ni ke Anas nangis time Ummi gi kelas?
Ni time Ummi dah balik kelas petang tu... Kat rumah dia slalu je turun panjat katil kat dalam bilik tu. Sekali nak turun dr katil kat hotel ni, tinggi sangat la plak... Haha... Tu yg tergantung sekejap tu. Tapi Ummi tetap suh dia turun sendiri. Alhamdulillah berjaya akhirnya...
Muka lps dah berjaya turun & lepas dapat apa yang dia nak. Suka sangat main lens cover ni...
1 malam tu, Ummi ajak Abah gi Queensbay Mall, ada la nak beli barang sikit2. Ni aksi Anas kat JJ & kat Pizza Hut... Comel tak mulut dia tu?
Hari Khamis tu, trainee di beri pelepasan awal sket coz dah habis course & nak wat persiapan utk exam esoknya tu. Abah pun balik awal, Abah ajak Ummi gi apartment yang Abah stay spjg Ummi berkursus. (Abah stay kat apartment kawan dia. Kan Ummi bawak Achik, so, Abah stay kat tempat lain la) Apartment Gold Coast, dekat2 ngan Queensbay Mall jugak. Cantik sangat view kat situ...
view dari apartment kawan Abah kat tingkat 5 (Abah try HDR tp kurang menjadi lagi)
ni la tujuan sebenar Abah ajak datang sini. Nak ajak Anas mandi swimming pool. Geram sangat Ummi tgk dua beranak ni main air, Ummi pun nak jugak tapi Ummi tak bawak baju spare, huhu...
Tgh2 ralit tgk Abah & Anas main air, Ummi nampak mak penyu datang bawak anak2 dia nak join Anas main air jugak... Cepat2 Ummi snap gambar, takut depa lari... Berjaya jugak akhirnya! Comel sangat tau!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hihi... jgn marah ea.....
# Course Ummi agak padat, start kul 9.00 pg, habis lepas kul 5.00pm. Banyak sangat tasks spjg course tu, banyak homework yg menyebabkan Ummi taleh enjoy sangat di malam hari...
# Tingin nak jumpa kawan2 bloggers kat Penang tu, namun apakan daya...
# Result exam hari tu akan keluar next week, doakan Ummi ya!
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
3 comments:
anas ada hati pakai high heel ye..hehe..
odah singgah khatam entry yg terlepas.tahniah.dah jd auditor!
cantik2 lah pics shira amik.bilalah nak beli dslr gak ni...hehe
salam..suka tengok anas time kat JJ tu...anak sy bila sebut ' buat mulut ikan' terus wat gaya mulut anas tu...hehe...
Post a Comment