"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Dan perjalanan breastfeed adik Aliff pun bermula....

Alhamdulillah, impian Ummi nak Aliff minum susu Ummi dulu lepas lahir tercapai jugak. Masa Abang Anas dulu, Ummi tak tahu yang diorang akan terus bagi fm... Sedih sangat masa tu.

Walaupun agak lambat (sbb Aliff ada masalah sikit lepas lahir), tapi makanan dan minuman pertama yang masuk ke mulut dan perut Aliff lepas dilahirkan ialah susu Ummi. Alhamdulillah, Ummi dapat peluang menyusukan Aliff buat pertama kali di labor room @ 5.00 pm. Agak lewat sikit kan sbb Aliff lahir kul 3.30pm. Masa lahir Aliff tak menangis (mungkin sbb Ummi banyak sangat hidu gas Ethonox masa tgh sakit tu, so Aliff pun lali sama) so Aliff dipantau for 1 hour lepas lahir. Lepas Abah azankan Aliff, baru la nurse bawak Aliff kat Ummi.

Ummi dah cerita kan kat KMC takleh rooming-in, so Ummi yang kena turun ke nursery every time baby nak menyusu. Tapi KMC bukan hospital rakan bayi lah. Servis lain sume ok. Tapi bab tu masih banyak kekurangan dan harapnya pihak KMC leh baiki. KMC kena faham betapa pentingnya bayi terus diberi susu ibu selepas lahir, betapa pentingnya rooming-in & skin to skin contact tu. Stop bebel about KMC, huhu... Ummi dah story sikit dalam previous entry.

Pregnantkan Aliff, Ummi dah kumpul ilmu ttg breastfeeding. Dah faham masa awal2 bersalin susu memang sikit je. Tapi mentality org tua2, ttp tak puas hati pasal susu sikit tu. Bagi diorang baby kena minum 2oz sekali minum, hadoi. Oh ya, ni Ummi bercakap ttg bidan Ummi ya. Awal2 die datang die dah suh Abah gi beli fm utk top up sbb Ummi pam dapat 0.5oz je. Die cakap mana cukup. Nanti nak berurut susah, baby asyik nangis nak susu je. Malas nak lawan cakap ngan die, Abah gi beli jugak fm, Ummi pesan cari yg paling murah sbb bukan nak bagi baby minum pun, nak jaga hati makcik bidan je... huhu...

Alhamdulillah, sblm berurut, Ummi dah nyusukan Aliff siap2 dan dia elok je tido sampai Ummi selesai mandi. Mak Bidan bancuh je fm tapi mmg baby tak minum langsung. Ada sekali tu lepas Aliff menyusu dia ckp cmni tau.

Bidan: Sat ja minum, cukup ka susu tu? Ntah2 baby tak kenyang. Awai2 ni mmg la susu sikit, along kena la beli gak susu tepung bagi baby minum, kesian kat dia tu.
(Masa ni baby memang dah tido, sua nenen lagi pun, die takmau)
Ummi diam je, senyum2, dalam hati, insya'Allah, susu Ummi cukup untuk baby.
Bidan: Cuba bagi dia sendawa, kalau dia kenyang tu nanti dia belahak. Kalau dak tu, memang la susu along tak cukup untuk dia.
Ummi pun pusingkan baby nak sendawakan. Baru je angkat sikit, dengar 'burp', baby dah sendawa.
Ummi: Tu baby dah belahak dah.
Bidan: Hm, dah kenyang dah takpa la. Dok takut tak cukup ja. (Nada takmau mengalah) Tapi kan along, awai2 ni memang la kena bagi susu tepung dulu. Bukan lama pun, 2 3 hari nanti susu banyak, takyah la bagi susu tepung dah.
Ummi malas nak balas sbb dia bidan kan... So, senyum and diam je la...

Psstt... Baru last week masa mengemas, dah buang satu tin susu tu, huhu... Sayang je duit Abah beli susu tin ni hari tu.

Ada yang dah tahu, Ummi menyusukan Anas sampai la malam sebelum bersalin. Dan selepas Aliff lahir, Ummi terus susukan Aliff. Mula2 Ummi ingat susu untuk Aliff ada sebab Ummi still breastfed Anas sampai nak bersalin. Tapi sebenarnya tak macam tu. Nanti Ummi cite kenapa Ummi cakap cmtu.

Nak tahu, lepas je bersalin, cuma 3 kali Anas nak menyusu. Lepas tu dia sendiri takmau dan cakap susu Ummi rasa lain. Sekejap cakap masam, sekejap cakap manis. Yang pasti die tanak & buat muke pelik sbb susu dah berubah rasa.

Mesti korang sume pernah dengar orang tua2 ckp masa mengandung takleh menyusu anak sbb nanti takde susu untuk adik.. Kan? Dan abang/kakak takleh kongsi susu dengan adik. Selalu kan dengar camtu. Lagi satu orang cakap kalau dah mengandung nanti susu kering. Ummi sepanjang mengandungkan Aliff, Anas memang menyusu je. Gi mana2 memang tak pernah bawak fm. Anas memang takmo minum fm kalau dengan Ummi. So, gi berjalan pun memang die menyusu je.

  1. Orang cakap bila mengandung susu akan kering. Alhamdulillah, susu Ummi cuma makin berkurang tapi tak kering. Cukup untuk Anas. Buktinya, Anas tak pernah mengamuk tak cukup susu. Lagipun dia dah boleh makan macam2. So, tak perlu risau die tak cukup zat makanan.
  2. Orang cakap tak boleh menyusu anak masa mengandung, nanti adik tak dapat susu. Dari apa yang Ummi alami sekarang, Aliff lagi cepat besar dari Anas, sekarang sangat la debab. Dan susu Ummi sekarang lagi banyak dari dulu.
  3. Ada lagi orang cakap, kalau menyusu anak sampai nak bersalin, nanti kesian kat baby baru lahir tak dapat kolostrum. Tapi Alhamdulillah, itu masih mitos dalam penyusuan. Faktanya, kolostrum Ummi untuk Aliff ada sampai hari ke-10, susu kuning pekat.
  4. Ada jugak yang cakap, abang/kakak tak boleh berkongsi susu dengan adik sbb diorang amik hak adik. Ummi mmg tak tandem nurisng tp kawan2 Ummi cakap, susu makin banyak bila tandem nursing sbb demand tinggi. Kan konsep penyusuan susu ibu ni ialah demand & supply. Bila demand banyak, kilang akan berusaha lebih untuk supply lebih.
Hari ke-10, Ummi pam susu awal2 pagi untuk Aliff minum sebelum dia cukur rambut dan Ummi nak bertungku. Susu kolostrum masih ada kan.

Oh ya, mitos tentang kalau anak masih menyusu masa mengandung, abang/kakak minum hak adik tu kan, ape yang ummi nampak berdasarkan pengalaman Ummi dan Anas sendiri, tak betul la. Sebab Anas masih selesa menyusu sampai la Ummi nak bersalin. Tapi lepas bersalin je terus die takmau sebab susu dah rasa lain. Automatik rasa susu tu berubah lepas bersalin bukan masa mengandung. Means, susu untuk adik keluar lepas bersalin, khas untuk adik plak.

Apapun, Ummi berjaya menyusukan Anas sampai 2 tahun 1 bulan 2 minggu. Bila Anas dah tanak menyusu lepas Ummi bersalin pun, Ummi puas hati sebab hak Anas dah tertunai. Ummi tak pernah berehat lagi dari penyusuan susu ibu, sekarang continue untuk adik Aliff plak. Tipu la kalau Ummi cakap tak rindu saat menyusukan Anas. Ummi rindu sangat. Lebih2 lagi sekarang bila Anas semakin nakal, Ummi rasa cam nak suh Anas menyusu balik. Tapi Anas pun dah besar. Dah 2 tahun lebih dah...

Alhamdulillah, Aliff masih eksklusif bf. Ramai yang cakap Aliff lagi debab dari Anas. Aliff fully bf sejak lahir dan Anas plak dah campur fm sampai 2 bulan. Lepas 2 bulan baru fully bf. So, mitos anak yang fully bf ni kecik, tak betul sama sekali. Dan mitos, kalau abang minum susu ibu masa mengandung, adik lahir kecik tak cukup zat pun tak betul. Sebabnya Aliff lahir 3.15kg, Anas plak lahir 2.8 kg. Means, berat Aliff lagi banyak dari Anas.

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Saturday, May 14, 2011

Our 2nd baby @ 11.05.11

Alhamdulillah, adik Anas selamat dilahirkan secara normal di Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah pada 11.05.11 @ 3.31pm. Anas dapat adik boy, 3.15kg. Berat sikit dari Alongnya dulu. Anas dulu 2.8kg je... Adik Anas tembam sikit... Tak dapat nak update panjang2 lagi. Nanti Ummi story pasal kelahiran kali ni plak ye... Banyak sangat beza & banyak sangat nak share...

Thanks jugak atas doa semua. Kami sihat. Alhamdulillah...

Yang seronoknya, Ummi dapat rasa breastfeeding baby dalam labor room, lepas bersalin. Excited Ummi & Abah tengok baby pandai hisap... Nanti lah Ummi cite panjang...

Ni gambar baby, masa ni lom mandi lagi...




Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah, syukur... Tertunai sudah hak Anas....




Sapphire (2 years)

Alhamdulillah, tertunai sudah hak Anas. Tertunai sudah tanggungjawab Ummi menyusukan Anas sehingga dia genap 2 tahun. Ikutkan masalah kandungan Ummi, sepatutnya Ummi dah kena stop bf Anas since last two weeks. Tapi Anas tak mahu. Anas belum bersedia nak wean off. Ummi pun tak tahu cara. Memang ada rasa contraction bila dia bf, tapi cuma contraction ringan. So, Ummi cuba teruskan selagi mampu.

Tapi hari ni, rasa macam nak kena ajar dia stop terus sbb masa gi check up semalam, midwife cek kaki Ummi dah bengkak. Ummi cite la masalah sakit pinggang Ummi tu, rasa contraction, sakit di bawah... Midwife cakap tu sume tanda dah dekat nak bersalin. Die cek lagi kepala baby, ya, mmg dah kat bawah. Die risau lagi & terus refer Ummi jumpa doktor. Tapi Ummi terlambat sikit je, doc baru balik masa tu, huhu...

Hm tanak fikir sangat pasal tu. Cuma berharap baby mampu bertahan at least sebulan lagi...

***********************************************************************************************


Ummi nak kongsikan kegembiraan Ummi. Alhamdulillah, penat lelah Ummi berkempen tentang kebaikan susu ibu membuka mata ramai ibu2 baru. Seronok dengar diorang bercita2 nak menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Ummi turut berdoa untuk mereka semua. Yang penting usaha, kuat semangat, jangan putus asa. Itulah kunci utama kejayaan dalam penyusuan susu ibu. Ya, sokongan org terdekat mmg penting. Tapi kisah Ummi, Ummi berjuang sendirian di awal2 dulu. Agak lama sikit baru Ummi berjaya buka mata Abah.

Sekarang Abah lah orang yang paling bangga dengan Ummi, syukur Alhamdulillah... Ummi tak harapkan orang lain, kecuali Abah sorang. Sokongan Abah, kekuatan Ummi... Dan sekarang Ummi ada kekuatan itu untuk menyusukan adik...

Sebenarnya Aimi ni ex-ofismate Abah. Kawan2 kerja Abah dulu rajin gak buka blog Ummi. Mungkin dari situ mereka ter'inspired'. Apapun, syukur sangat2 ke hadrat Allah. Semua kehendak mereka sendiri. Kita sekadar memberi dorongan.

Ada jugak kawan2 Ummi yang tak mampu nak teruskan bf. Tapi mereka dah cuba bagi yang terbaik cuma ada masalah2 tertentu yang menyebabkan mereka tak boleh nak teruskan. Ye lah, Ummi sendiri akui, bukan mudah lebih2 lagi bila ini adalah pengalaman pertama. Dengan Anas dulu pun, Ummi dah lalui macam2 cabaran. Adakalanya Ummi juga hampir berputus asa. Tapi Alhamdulillah Allah beri Ummi kekuatan...

Ummi seronok berkongsi dengan ibu-ibu baru. Baru je dok sms dgn cousin Ummi, dia ada sedikit masalah. Insya'Allah, Ummi bantu sedaya yang mampu, bagi sokongan kat dia. Turunkan tips2 dan petua untuk dia. Ummi happy berkongsi...

Ummi harap Ummi mampu dan terus diberi kekuatan untuk menyusukan adik plak. Ummi harap cabaran2 yang Ummi lalui dulu boleh Ummi jadikan pengajaran... Semoga Allah murahkan rezeki untuk adik, Ameen...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, December 12, 2010

Gembiranya hati ini...

Hari ni kat ofis Ummi ada seorang ibu baru yang baru mula kerja setelah cuti bersalin 2 bulan. Yang membuatkan Ummi seronok sangat bila Ummi nampak EBM dlm peti sejuk kat pantry.

Alhamdulillah, perbualan Ummi dengan dia selama dia mengandung dulu bukanlah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Masa Ummi masih aktif mengepam dulu, hari2 dia bertanya macam mana nak banyakkan susu, nak guna pam yang macam mana...

Masa dia tengah berpantang pun, dia keep tanya Ummi macam mana nak banyakkan susu dan everything abaout breastfeeding. Ditakdirkan dia bersalin secara ceaser. Tapi dia tetap bersemangat nak bf baby girl dia. Alhamdulillah...

Tapi, ada la dia mengadu dengan Ummi, agak susah nak fully bf sbb family dia tak faham and tak support dia. Anak dia dah minum FM sejak dia habis pantang sbb family dia dok bising kena latih anak minum FM, senang nak tinggal bila pi kerja nanti...

Dia baru beli breastpump before masuk kerja. Masa dia dok cari port td, Ummi dah agak tapi disebabkan Ummi kena keluar, tak sempat nak sembang or nak tolong dia. Tapi dia pandai cari port sendiri. Biasa la, ini la kepakaran ibu2 yang bersemangat utk bf kan...

Dia guna Medela Single Deluxe Breastpump. Pendapat dia, dia suka breastpump ni sebab kecik, ringan, senang bawak ke mana2.
Hm, banyak lagi yang Ummi nak kena sembang dengan dia. Sekarang Ummi dah ada 'mad'u' dalam breastfeeding. Akan Ummi pastikan baby Rania membesar dengan sihat dengan susu ibu dia... Congrats and Good Luck my sis, Lieza... Semoga perjuangan kita menjadi inspirasi kepada anak2 dara kat ofis nih, haha...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, December 8, 2010

Dah merasa gerakan baby

Orang cakap masa pregnant anak sulung, 5 bulan baru kita rasa pergerakan baby kan... Bila pregnant 2nd baby dan seterusnya, seawal 4 bulan dah dapat rasa kan? Sekarang kandungan Ummi dah 16 minggu, which means, dlm 4 bulan la kan...

Alhamdulillah, Ummi dah merasai kehadiran adik dalam rahim Ummi. Sekarang ni, malam2 sebelum tido adik mesti gerak2. Ummi suka letak tangan atas perut layan adik. Ramai cakap perut Ummi tak nampak lagi. Tapi Ummi sendiri dah rasa la...

Hm, Anas pun dah leh rasa kot ada adik dalam perut. Sebabnya, kalau time die dok nyusu tu, bila adik gerak je, Anas stop nyusu. Dia akan sebut, 'adik, adik...'

Kadang2 bila Ummi tanya nak nenen tak, die akan jawab, 'baby, baby...' Ntah la apa yang die faham masa tu. Ummi ingat die mula nak wean off, nak bg kat adik plak. Tapi takdenye. Lagi nak ade la...

Sekarang pun Ummi dah mula rasa braxton hicks yang mcm mamanoa cite ni. Mmg la rasa mcm contraction. Tapi sikit je dan takde la rasa sangat2 sakit tu... Sekejap je la... Dan Ummi memang dah kumpul info sebelum2 ni. So, Alhamdulillah dah fully prepared utk hadapi keadaan itu.

Best jugak rasa pengalaman pregnant dan masih breastfeeding ni. Jarang sangat orang dapat rasai pengalaman ni. Kebanyakannya pregnant lepas anak dah stop breastfeeding ataupun bila tahu pregnant je terus stop bf. Bagi Ummi plak, selagi Ummi mampu (sehingga Anas 2 tahun) Ummi akan teruskan. Ramai suruh wean off, tapi ntah lah, Ummi belum bersedia kot sebabnya Ummi sangat enjoy the breastfeeding moment tu... Anas pun of course belum bersedia nak pisah dgn best friend die...

Dan sangat2 bersyukur jugak, dah 4 bulan pregnant ni, susu masih ada. Risau jugak akan kering. Keep berdoa je ke hadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Lebih kurang 3 bulan lebih je lagi sebelum Anas genap 2 tahun... Insya'Allah...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, December 5, 2010

Kesungguhan yang menyedarkan pelbagai pihak

Baru2 ni masa dalam kereta, dalam perjalanan ke hospital nak ziarah ayah kawan Ummi... Anas macam biasa la, dalam keta always nak nenen. Berlaku la perbualan yang buat Ummi 'kembang', hehe...

Ummi: Dah 1 thn 8 bln Sha nyusukan Anas kan bang?
Abah: Ha'a...

U: Abg percaya tak Sha boleh sampai sejauh ni?
A: Bersungguh2 sangat Sha ni...

U: Salah ke Sha bersungguh2.
A: Apa yang salahnya?

U: Hm, tak faham la, Abg ckp Sha bersungguh2 ni baik ke tak baik?
A: La, baik la. Sha dah buat2 macam2 yang terbaik utk Anas. Bersungguh2 buat sendiri.

U: Alhamdulillah. Nanti adik takmo campur FM langsung2 tau!
A: Ok.

U: Kali ni Abg sokong Sha betul2 na.
A: Insya'Allah...

Alhamdulillah lega hati Ummi. Actually kami ni masa Anas dah 2 bulan baru faham ttg eksklusif BF, baru Ummi tahu ttg pam, simpan EBM stok utk Anas. Dulu mmg susah nak educate Abah ttg apa yang Ummi usahakan ttg fully bf ni. Sekarang, walaupun sedikit terlambat utk Anas, Alhamdulillah Abah dah nampak kebaikan dari apa yang Ummi usahakan selama ni. Lonely ok. Ummi cuma bergantung dan kumpul semangat dr teman2 bloggers sahaja...

Sekarang, bukan setakat Abah je tapi family, kawan2 Ummi semua keep tanya Ummi pasal bf, Ummi happy sangat... Kesungguhan perjuangan Ummi membuahkan hasil. Alhamdulillah sangat2, syukur sangat pada Allah

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, December 2, 2010

Breast pump & EBM

Last entry dah menjawab soalan kawan2 tentang CD. So, entry ini tentang breast pump dan EBM plak...

Ramai yang tertanya2 breast pump apa yang paling elok, paling sesuai. Hehe, terus terang, Ummi tak tahu nak bagi jawapan yang macam mana. Sebab bagi Ummi benda ni atas individu. Ada setengan orang selesa dgn yang ini, ada plak yang selesa dgn yang itu, tak serasi dgn yang ini, kan?

So, this entry hanya sekadar review ttg jenis breast pump yang Ummi pernah guna, pernah dengar ttg kebaikan die la... Tak bermakna yang Ummi tak review tu tak bagus. Tapi, Ummi belum pernah guna atau belum pernah dengar ttg nya lah...

Bak kata bidan yang jaga Ummi masa berpantang dulu, dia cakap pam ni kena beli berjenis2, kena cuba sendiri yang mana serasi. Kebanyakan ibu2 yang dia jaga, semuanya beli 2 3 jenis pam baru la jumpa yang betul2 serasi...

Masa mula2 Abah belikan pam untuk Ummi dulu (masa ni kami belum kenal Electric Breast Pump dan tak tahu online shopping lagi barang2 camni) Abah belikan Ummi Pureen Basic nye pam.
Ni 1st pam yang Ummi guna.
Hm, agak tak berapa selesa nak mengepam menggunakan tapak tangan sepenuhnya.
Dan Ummi perasan, kadang2 serbuk getah yang berwarna biru tu kadang2 termasuk dalam susu. So, Bidan cakap kat Abah, cuba beli yang lain plak.

Kemudian Abah belikan yang ni plak. Mula2 guna tu memang agak selesa la sebab tapak tangan tak sakit, banyak guna jari la. Sebulan jugak pam ini berjasa dengan Ummi, akhirnya kepala dia patah. So, kurang sikit bagusnya, hehe...


Then bidan cadangkan yang ini. Selesa la jugak sebab kena tarik je. Kekurangan die, hanya boleh menampung 2-3oz je sekali pam. Kalau susu banyak, kena stop kejap, transfer ke dalam botol lain, sambung perah. Leceh sket la... Dan masa nak tarik tu memang kena berhati2, sebab kalau susu dah banyak, takut melimpah keluar bila tarik tak kena caranya. Tu yang sadis tu...

Lepas pada ni la, bila Ummi dah masuk kerja, Ummi mula aktif berblogging, macam2 blog yang Ummi jumpa, macam2 website ttg penyusuan susuibu yang Ummi baru jumpa. Pastu baru la kenal dgn dunia online shopping...

Setelah baca review yang agak memuaskan tentang electric breast pump Spectra 3, Ummi pun beli 1. Ummi beli terus set utk double pumping. (Pam serentak lebih bagus utk ransang pengeluaran susu tau!)


Oh ya, Ummi mula kenal Spectra 3 ni dari Ummi Khayra, Kak Nurul Dhia, pendek kata, zaman mula2 Ummi berblogging dulu, masa Ummi baru kenal ibu2 berkerjaya yang mengepam ni, kebanyakannya guna Spectra 3.

Hm, apa kebaikan Spectra 3 ni ye?
  • Mesti la lagi memudahkan sbb tangan kita relaks sikit. Boleh ngepam sambil buat kerja (Tapi Ummi kena fokus time ngepam, takleh wat kerja lain, hehe...)
  • Senyap, tak de bunyi bising la. Orang lain pun tak tahu yang kita sedang buat projek mengepam ni, hehe...
  • Murah berbanding produk2 lain.
  • Senang nak mengangkut ke sana sini (umah-ofis la)
Lama jugak la Spectra 3 berjasa dengan Ummi dalam mengumpulkan stok EBM untuk Anas. Sejak Anas 3 bulan sampai la dia 1 thn 5 bulan. Ummi tak tinggalkan Spectra 3 tau! Sambung baca lagi perjalanan breastfeeding Ummi.

Bila Ummi tau Ummi kena gi Shanghai, Ummi dah agak pening, of course susah nak travel jauh2 angkut Spectra 3. Setakat ulang alik ofis-umah, ok lagi... Sebabnya Ummi travel sendiri tanpa Abah. Sape yang nak tolong Ummi mengangkut kan? So, Ummi beli Medela Harmony.

Brand Medela ni agak famous jugak la. Cuma dia agak mahal sket la.
Ummi sangat2 jatuh cinta dengan Medela Harmony ni sebab walaupun dia manual tapi sangat lembut dan friendly dgn jari jemari dan tapak tangan Ummi, hehe... Accesories die senang buka dan pasang balik, boleh simpan dalam beg yang kecil.

Oh ya, ada jugak ibu2 yang menggunakan Medela Freestyle, Ameda dan banyak lagi la.

Dan Ummi sangat2 kagum dengan kejayaan MommaMia menyusukan kedua2 anaknya dengan susu ibu. Dah la berkerjaya, kedua2 anak masih menyusu, sangat gigih kak Alin tandem nursing dan mengumpul stok EBM sampai kena beli Chest Freezer untuk simpan stok EBM yang sangat banyak tu.

Kak Alin guna Ameda Purely Yours Breast Pump

Dan di bawah ini stok EBM Kak Alin dalam Chest Freezer. Banyak kan?

Sekarang Ummi dah tak mengepam. Sejak Ummi pregnant adik Anas, Ummi dah tak mampu nak mengepam lagi dah. So, Abah decide nak bagi Anas FM. So, kat umah pengasuh Anas minum FM. Malam2 Anas still nenen ngan Ummi. Tapi sejak Ummi pi Shanghai, Abah start bagi FM kat Anas malam2 pun. Sebelum Ummi gi Shanghai, Ummi dapat kumpul stok EBM agak banyak jugak la, Alhamdulillah. Tapi Abah puas hati bila Anas minum FM, huhu... Apa bleh buat, mmg la sblm train orang lain ttg breastfeeding, kena train husband dulu, haha...

So, sekarang ni, kedua2 breast pump Ummi tersimpan rapi dalam kabinet. Akan digunakan semula bila adik dah lahir nanti. Ummi cakap kat Abah awal2, adik Anas ni akan fully breastfeeding. Abah ok, Alhamdulillah.

Oh ya, cadangnya nak sambung tentang penyimpanan EBM. Tapi hari ni macam tak sempat la. So, boleh refer kat blog MommaMia ttg penyimpanan EBM ni.

Ummi pun dah lama tak simpan stok, agak dah lupa sket nih. Nak kena mengkaji semula.

Link untuk online shopping breast pump dan CD:

* credit to En.Google untuk gambar yang bukan hak milik Ummi.



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, November 15, 2010

My 2nd Pregnancy @ 1st trimester

Kandungan Ummi sudah pun masuk minggu ke-13. Alahan juga semakin berkurangan. Tapi masih kurang selera makan dan masih belum boleh bau aroma masakan. Kesian Abah Anas yang dah lama tak makan masakan Ummi, dan hari2 balik umah pening fikir nak makan apa, nak makan kat mana? Dah la pening hal perut dia, tolong pening hal perut Ummi sama sbb Ummi memang takde selera makan. Abah pujuk2 suh makan sebab kesian baby dalam perut. Boleh la Ummi makan, tapi tak lebih dari separuh pinggan pun. Kadang2 2 3 suap Ummi dah surrender.

Masa pregnant Anas dulu, Ummi alah sampai 4 bulan, berat turun 10kg dalam masa 2 minggu. Muntah setiap hari dari pagi sampai ke malam walaupun tak makan apa2. Minum air masak pun keluar balik. Pregnant kali ni, Ummi alah jugak tapi tak la seteruk 1st prenancy dulu. Cuma sekarang lagi cepat letih. Berat Ummi cuma turun 5kg je dalam masa sebulan. Ni dah naik balik sikit.

Awal2 dulu Ummi cuma leh makan time breakfast je. Pastu boleh la makan masa lunch. Dan sampai sekarang mmg sangat susah nak makan malam. Kadang2 memang tido dalam kelaparan sbb memang tak de selera langsung nak makan. Abah selalu bancuh glucose untuk Ummi, bagi tambah tenaga.

Masa pregnant Anas dulu, sampai nak bersalin Ummi hanya mampu makan setengah pinggan je, takleh lebih. Yang kali ni plak, Ummi boleh gak habiskan 1 pinggan penuh tapi lepas tu mesti keluar balik. Rupanya Ummi kena makan half jugak, hehe....

Hm, Anas bila Ummi pregnant ni, dia sangat manja (org utara cakap, merap) dengan Abah dia. Kalau Abah ada, memang takmau la kat Ummi ni. Kadang2 senang gak keje Ummi, tapi kesian gak kat Abah, nak gi mana2 pun susah, Anas asyik nak ikut je. Tapi kalau Abah takde, Ummi nak masuk toilet pun susah. Dia nak ikut jugak2, huhu...

Ramai orang tanya Ummi, Anas bf lg ke? Ye, Anas masih bf cuma malam2 and weekend je. Siang die minum FM dah kat umah BS die. Alhamdulillah, setakat hari ni, susu Ummi masih ada dan cukup untuk memenuhi demand Anas. Masih terasa lg bengkak susu sbb Ummi dah tak mengepam bila kat ofis. Pagi2 sebelum gi keje mmg kena kosongkan, petang2 balik keje pun cepat2 kena bagi Anas minum. EBM stok plak masih berbaki 2 ketul.

Kadang2 Ummi rasa penat jugak bila Anas bf. Tapi Ummi dah niat, dah janji nak bagi Anas bf sampai dia 2 tahun, so, Ummi kuatkan semangat. Merasa gak Ummi bf masa tgh pregnant. Harapan Ummi sekarang, susu ni masih ada sampai habis hak Anas menyusu badan dgn Ummi.

Anas pun bila Ummi ada, dia memang reject FM. Tu yang membuatkan Ummi kuat semangat nak teruskan penyusuan susu ibu. Masih hak dia selagi dia belum 2 tahun. 5 bulan je lagi dia nak genap 2 tahun. Semoga Allah bantu Ummi.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, October 11, 2010

Anas dah boleh buat apa ye sekarang?


Huhu, dah lama tak story pasal hero Ummi ni... Assalamualaikum anak kesayangan Ummi... Kesian, malam tadi anak Ummi cirit birit. Susah dia nak tidur semalam. Alhamdulillah, pagi tadi nampak macam dah ok...

Ramai yang dok tanya Ummi, 'Anas dah boleh buat apa sekarang?' Baru la Ummi perasan, Ummi tak story lagi pasal perkembangan terkini Anas kat sini... Sempat la Ummi update sikit sebelum Ummi berangkat ke Shanghai esok... (sedihnya nak tinggal Anas 4 malam.....)

Hm, kalau ditanya, apa Anas boleh buat sekarang, jawapan Ummi is, 'macam2'....

Ye, Anas dah macam2 ragam sekarang. Memanjat, berlari, suka berjalan sendiri, berjalan sorang2. Tambah pulak laman rumah sekarang dah luas, lagi la dia sgt riang ria berlari ke sana ke mari. Kalau gate terbuka, lagi la laju keluar je ke jalan besar... Huhu, mmg gate tu kena sentiasa tertutup... Kami dok risau dia main kolam ikan Atuk kat umah. Tapi setakat ni sikit pun dia tak teruja nak terjun dlm kolam tu, Alhamdulillah... But kena berhati2 gak all the time... Takut dia nak mencuba plak kan...

Yang paling Ummi seronok dengan Anas, dari dulu sampai sekarang, bangun tido pagi2 tak pernah nangis. Anas bangun dengan senyuman. Sekarang ni buka mata je, terus panggil Ummi & Abah, ataupun dia cakap, 'cak!' haha....

Words dia makin banyak dah. Boleh dah diajak bersembang. Sometimes keluar gak bahasa Korea dia tu. But understandable la, hihi... Nak kena buat kamus bahasa Anas nih.... (",)

Hm, cite pasal Ummi dok mabuk2 ni kan, ada sekali tu Ummi nak termuntah, dia boleh ajuk Ummi, 'uwek!' hadoi... Pastu gelak2...Pandai nye lah anak Ummi tu... Pastu kan yang Ummi terharu sangat bila Ummi dok muntah2 kat rumah, dia pun nak tolong Abah picit2 Ummi jugak. Bila Ummi dok muntah2 tu, dia pun mai tepuk2 belakang Ummi walaupun tangan dia sampai kat pinggang Ummi je... Tapi, terharunya Ummi anak Ummi nak tolong tenangkan Ummi, thanks sayang....

Anas dah semakin memahami dia akan jadi abang tak lama lagi. Hari2 Ummi cakap kat dia adik ada dalam perut Ummi. Walaupun tummy Ummi belum nampak lagi, tapi Ummi nak Anas sayangkan adik dari awal. Ummi suh dia sayang adik, dia pun cium kat perut Ummi, mmmuahh! Good abang la...

Bab breastfeeding plak. Anas sekarang dah mula selesa dgn FM di waktu siang. Masa Ummi bekalkan EBM dulu, dah habis minum dia punya, dia dok nak amik susu kawan dia jugak. Mula tu Ummi pening gak. Ummi anggap dia nak mencuba. Tapi sungguh2 dia teringin tengok org punya susu. Bila dia minum, jadi rashes plak. Lastly, Abah suh try Dutch Lady 1 2 3 sbbnya Anas minum fresh milk Dutch Lady ok je. Bila try, alhamdulillah, takde rashes...

So, siang dia dah campur FM, malam tetap bf dia... Selain bf, apa pun tanak. Means, kalau ada Ummi, yang lain2, NO! Nak ngempeng je. Kalau dah ngantuk & nak tu, siap tarik2 Ummi, 'jom mi, jom mi...' haha... Dia malu minum depan orang. Sebab tu tarik Ummi masuk bilik, nak landing atas katil...

Skrg ni kalau dia belum ngantuk, sambil minum dia akan suh Ummi tutup. Sambung main jap dulu. Bila nak lagi baru dia buka balik. Apa pun Ummi harap Anas dapat terus menikmati susu Ummi selagi ada ni. Terasa masih belum bersedia nak hadapi saat2 kekeringan susu bila dah pregnant ni. Tapi Anas ni kalau susu kurang pun, dia tetap nak ngempeng. Dah biasa agaknya. Tu yang kesian sangat... Sayu je tgk dia time dok bf tu...

Anas boleh dikatakan sedang cuba dan boleh berdikari. Baju kotor, dia letak sendiri dalam bakul baju kotor dia. Kami ada 3 bekas, satu utk baju kotor Ummi & Abah, satu untuk yang Ummi nak basuh by hand dan satu lagi utk baju kotor Anas. Dia tahu which one is dia punya bakul baju kotor. Lepas buka baju, terus menuju ke bilik air, nak mandi. Lepas mandi, amik pampers dan baju sendiri.

Hm, bila time yang sesuai nak ajar anak membuang sendiri ye?

Apa2 yang kami nak mintak tolong Anas sekarang, sangat senang. Dia boleh terima arahan dan tolong dengan baik. Dan kalau handphone kami bunyi, dia la yang paling kalut tolong pi amik handphone tu utk kami...

Hm, sikit2 dulu la kot... Entry takde gambar ni takut orang bosan plak... Boleh la buat update sblm Ummi bercuti 5 hari ni... (bukan la bercuti pun, cuti blogging ja tapi masih bekerja cuma jauh dari Shanghai... Doakan Ummi & 'adik' selamat pergi dan balik ya...)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Sunday, September 5, 2010

Untuk semua BF Mommies!

Hadiah dari MommaMia.. Thanks Kak Alin!

Dan Ummi bagi hadiah ni kat semua ibu2 yang menyusukan anak2 mereka dan mereka yang menyokong penyusuan susu ibu dan mereka yang bertekad nak menyusukan anak2 mereka. Happy Breastfeeding!

Doa buat semua ibu yang menyusukan anak dengan susuibu...

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, August 30, 2010

Ummi jatuh cinta.......?!

Yeah, Ummi tak malu nak berterus terang yang Ummi sekarang sedang dilamun cinta.... Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dulu Ummi asyik tengok gambar je... Selalu dengar orang selalu bercakap2 tentang dia, betapa hebatnya dia, betapa gentle nya dia, betapa semua orang sukakan dia, betapa dia menjadi pilihan 9 daripada 10 ibu2....

Hebat kan dia? Ummi dipertemukan dengan dia hari Sabtu lepas. Lepas teman Abah pilih lampu hiasan untuk rumah baru kami, Ummi buat temu janji dengan dia. Abah tunggu dalam kereta je... Hehe...

Oleh sebab Abah takkan teman Ummi ke Shanghai nanti, so Ummi pilih dia untuk temankan Ummi untuk memudahkan Ummi nak bawak barang2 ke sana nanti. Hoho....

Mak aih, saspennye... Siapa dia? Ummi tunjukkan gambar dia ek....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini la dia.... Breastpump baru Ummi, Medela Harmony yang Ummi beli kat Whizchini Shoppe last Saturday. First time guna terus jatuh cinta.

Bila Ummi dah ada Medela Harmony ni, bukanlah bermakna Ummi dah curang dengan Spectra 3 tapi Medela lebih memudahkan bila Ummi nak ngepam tengah2 malam. Spectra 3 masih setia menemani Ummi kat office tapi sementara waktu ni Ummi prefer Medela Harmony sebab masalah nipple crack yang Ummi alami ni...

Ummi akan bawak Medela Harmony ke Shanghai, ringan, less assmble part, boleh masuk dlm cooler bag Ummi dan yang penting Ummi boleh guna dia anytime yang Ummi perlukan...

Welcome to our family Medela Harmony!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, August 26, 2010

Hasil perahan yang luar biasa...

Duhai anak kesayangan Ummi... Hari2 Ummi tak putus asa tetap mengepam untuk Anas. Walaupun hasil Ummi tak semeriah seperti dulu, Ummi tetap pump jugak. Ummi tak terlalu risau sbb Anas dah boleh makan macam2 & Anas dah besar, tak perlukan susu Ummi sepenuhnya macam dulu.... Dan bila Anas dengan Ummi, Anas akan direct feeding...

Tapi hari ni kan, susu Ummi banyak dari biasa la. Ni Ummi tengah dok pikir apa yang menyebabkan susu Ummi bertambah hari ni?

Sahur tadi, Ummi makan roti 2 keping instead of makan nasi macam sebelum2 ni. Sebelum ni, hari2 Ummi memang makan nasi, tak pernah miss...

Pastu Ummi minum air masak dalam 3 gelas jugak la, tapi ni biasa...

Cuma Ummi ada minum air 100 plus 2 gelas pagi tadi. Dah 2 hari Ummi minum 100 plus sebenarnya sbb mulut Ummi pecah2, bengkak dan terlalu kering. Sebelum ni Ummi minum Performance Drink masa sahur tapi pagi tadi Ummi cuba 100 plus...

Ummi amik 3 biji Alfalfa, pun selalu amik 3 biji jugak...

Pagi tadi Ummi terlupa buat ESP sbb mula2 tu tak lalu makan, then ngantuk... Langsung lupa bancuh ESP. Tapi susu Ummi masih pekat lagi,Alhamdulillah...

Dan Ummi mengepam pun ikut jadual macam biasa... Tapi, hasil luar biasa, Alhamdulillah...

Hm, agak2nya, apakah yang jadi milk booster Ummi ek? Nak kena kekalkan sbb Ummi kena kumpul stok yang banyak untuk Anas sepanjang Ummi ke Shanghai 4 hari next month....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Patut la takde orang komen...

Hm, patut la entry Ummi semalam takde orang komen. Ummi ingat ke takde orang nak tolong Ummi or blog Ummi dah hilang seri sampai takde orang nak masuk... hehe... Rupe2nye sbb mmg takde link utk ke komen box.... Hm, ni kes Ummi salah godek2 la smlm ni... Huhu...

Ummi dah betul kan dah... So, Ummi nak mintak tolong sangat2 ek ttg breastpump tu... Ni link entry semalam...

Ummi nak tahu pendapat kawan2 tentang Medela Harmony & Spectra Handy Manual... Ummi nak guna masa travel nanti.

Ummi akan ke Shanghai 27-30 Sept 2010 (Baru confirm tarikh). So, sepanjang 4 hari Ummi akan tinggalkan Anas. Ummi akan travel sendiri tanpa Abah, so bag pun kena limit la. Kalau Ummi bawak spectra3 yg Ummi ada sekarang, sure mmg banyak bag Ummi akan bawa. Then, Ummi kena cari plug everytime Ummi nak pam sedangkan Ummi gi Shanghai ni untuk factory visit. Jadual pack dgn lawatan kilang je. Takut takde masa & takde tempat nak pam. Sebab tu Ummi perlukan yang manual punye...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, August 25, 2010

Tolong Ummi buat pilihan boleh?

Salam kawan2 bloggers Ummi semua, nak mintak tolong sikit la... Ummi nak beli manual breastpump, tapi still tak dapat buat pilihan samada:

Yang ini?
Medela Harmony Breastpump

Atau yang ini?
Spectra Handy Manual Breastpump

Kalau dari segi harga memang la yang Spectra ni murah banyak la berbanding Medela ni kan. Ummi berkenan Medela sbb ramai org guna yg ni sebagai pilihan utk kategori manual breastfeeding... Dan berkenan jugak kat Spectra tu sbb cara dia lain sikit, pakai tube & husband pun boleh tolong pam utk kita *wink*wink*...

Ada yang pakai antara dua ni tak? Tolong bagi pandangan kalian boleh? Ummi nak beli untuk travelling nanti...
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, August 16, 2010

Buat semua bf mommies!

Sepatutnya entry ni keluar last week. Tapi rupanya Ummi gi 'save as draft' bukannya buat auto-publish, huhu...

Buat semua breastfeeding mommies, kalians lah inspirasi Ummi. Ummi kagum dengan semua dan semoga Allah limpahkan rezeki yang berlipat ganda buat kita dan anak. Semoga kita terus tabah mengharungi cabaran2 yang penuh liku dalam breastfeeding ni.

Setelah hampir 17 bulan menjadi Ummi yang menyusukan Anas sepenuhnya, dan juga menjadi ibu susuan dengan memberi susu kepada Akifah Solehah binti Faizul Mursyidi, Ummi rasa hampir lengkap menjadi Ummi kepada Anas dan Akifah Solehah.
Sepasang sudah anak Ummi walaupun baru sekali je mengandung, hehe...

So, this is for you!

Dan apa yang menggembirakan hati Ummi saat ini ialah, Anas dah kembali direct feeding macam biasa. No more gigit2 Ummi cam dulu. Ia kembali saat kami pergi KL hari tu. Ummi berangkut segalanya for the first time, bakul, termos, cooler bag, breastpump, botol, berus, sabun, bekas nak rendam susu & hi-goat. Tapi Ummi cuma kena pam susu sekali je. Lepas tu Anas dah mau direct feeding secara tiba2 jugak... Syukur Alhamdulillah, Ummi syukur sangat kat Allah sbb Anas dah mau direct feeding cam dulu balik...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, July 4, 2010

Ummi harus kuat!

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas. Assalamualaikum....

Anak Ummi sayang, minggu lepas Ummi dapat tahu Ummi kena pergi ke Shanghai for 5 days, 3-7 August 2010 ni... Ummi kena pergi atas urusan kerja, melawat kilang lif KONE di Shanghai. Ummi kena iringi pegawai2 SIRIM utk testing dan untuk make sure lif tu dihantar ke Malaysia dengan selamat....

Dan kerana itu, apa yang Ummi nampak sekarang, Ummi terpaksa tinggalkan Anas buat sementara waktu. Berat hati Ummi nak tinggalkan Anas dan pisahkan Anas dgn 'Best Friend' Anas... Sebolehnya mmg Ummi nak bawak Anas sekali, tapi itupun kalau Abah ikut. Tapi kemungkinannya Abah tak ikut sama... Perjalanan jauh, melawat kilang, dan negara orang yang jauh dari Abah, Ummi harus fikirkan keselamatan Anas...

Anas sayang, Ummi harus dan Ummi dah mulakan untuk kumpul stok EBM utk Anas minum masa Ummi takde nanti... Ummi dah congak,

Anas minum 3oz x 8 kali sehari = 24oz sehari....
24oz x 5 hari = 120 oz...

Pendek kata, paling kurang Ummi kena tinggalkan 120oz utk Anas... Dengan itu, Ummi harus continuously pumping for 20 days tau! Dan Ummi kena pam kat rumah jugak walaupun time Anas ada dgn Ummi. Skrg ni Ummi cuma pam 2-3x sehari kat ofis, cukupkan 9oz untuk Anas minum kat umah pengasuh. Skrg Anas minum 3oz x 3 kali je kat umah pengasuh.

Kalau Ummi nak buat stok, Ummi kena pam 5x sehari...

5x sehari x 3oz = 15oz sehari
kena tolak 9oz utk hantar kat rumah pengasuh
So, utk stok, dpt la 6oz sehari...
120oz / 6oz = 20 hari!!!

Dan semua Ummi akan dapat kalau Ummi berjaya pump 5x sehari, dapat kumpul 15oz sehari setiap hari selama 20 hari!

Ummi harap Ummi terus kuat utk berikan Anas hanya susu yang terbaik! Ummi perlukan sokongan... Really need that this moment......

Jangan la bila Cik P dtg ziarah nnti, supply merudum... Kalau mcm tu, ssh Ummi nak dptkan smpai 120oz tu... Kalau sekali pam dpt lebih, boleh la Ummi tampung mana yang kurang tu... Anas mmg minum 3oz je sekali minum. Ummi pam pun kadang2 lebih, kadang2 cukup2... Harap Allah bantu kita kan sayang...

Ummi tak akan biarkan Anas minum FM... Alhamdulillah skrg Anas dah makan banyak, boleh la tampung sikit2... Tapi Anas tetap perlukan susu Ummi...

Yang merisaukan Ummi sangat2 is, Anas tak boleh berenggang dgn 'bestfriend' dia... Tgh2 mlm pun pusing2 cari, mcm mana Ummi nak tinggal ni? Sayu sangat hati Ummi... Anas kalau nak tido, mmg kena nenen dulu. Selagi tak dapat, dia susah nak tido...

Ummi pernah cuba bagi Anas minum EBM dlm botol ms Ummi diziarahi Cik P, ms supply kurang. Tapi apa yang Ummi nampak, Anas bukan nak susu tu saja, tapi Anas nak 'bestfriend' dia jugak... Tu yg Ummi sedih tu...

Harapan 1: Ummi dapat kumpulkan stok yang cukup, Anas boleh berenggang sekejap, tapi Anas jangan lupa kat bestfriend Anas plak lps Ummi balik nanti (tu satu lagi yg Ummi takutkan)

Harapan 2: Abah & Anas boleh ikut Ummi pergi sekali.....

Dan Ummi lebih prefer kepada harapan Ummi yg ke-2 tu... Kalians tolong doakan ya!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, June 27, 2010

Pengisian SGM Alor Setar @ 12 June 2010

Buat yang tertunggu2 entry Ummi berkenaan pengisian masa SGM baru2 ni, Ummi minta maaf sbb belum sempat nak update ttg itu... Banyak sangat yang tertangguh... Tapi Kak Hana dah update sikit ttg Sejarah FM masuk ke Tanah Melayu yang diceritakan oleh Pn.Suraya... Boleh ke blog Kak Hana utk info lebih lanjut ttg breastfeeding... Kak Hana merupakan PC-Peer Counselor utk zon utara ya...

Sebarkan maklumat yang berguna, tinggkatkkan kesedaran umum ttg penyusuan susu ibu! Kempen untuk susu yang terbaik!


Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, June 21, 2010

SGM ke2 di Alor Setar

Assalamualaikum putera Ummi sayang... Alhamdulillah, Ummi bersyukur sgt sbb sampai skrg Ummi masih dapat menyusukan Anas. Ummi harap Ummi masih dapat teruskan sampai Anas 2 tahun... Doc dah suggest Ummi untuk campur sedikit FM dlm sekali sehari.. Tapi Anas mmg reject FM, tanak langsung.

Anas sayang, bukan mudah Ummi nak bertahan sampai sekarang ni dan Ummi harap Ummi masih mampu bertahan untuk terus breastfeeding Anas selagi Anas mahu...

Ummi bersyukur sangat sbb ada kumpulan2 sokongan penyusuan susu ibu ni. Kalau dulu Ummi totally depend kpd internet, skrg Ummi dah ada group di luar alam maya yg boleh bantu dan terus sokong Ummi...

Alhamdulillah, thanks sgt kat Abah sbb bawak Ummi join gathering susuibu.com kat Penang hari tu. Dari situ, Ummi jumpa kenalan dr kawasan Ummi jugak, dan kami mampu buat SGM sendiri.

Ummi tak dapat join 1st SGM sbb Mak Njang Anas bertunang on that day. So, di tengah kesibukan kenduri kawen di musim cuti sekolah lepas, Ummi curi2 gak masa nak join 2nd SGM kat Alor Setar last 2 weeks.

SGM kali ni ade slot bersama LC, Pn.Suraya dr Lunatots. Best dpt jumpa Kak Sue in person. Selalu tgk dlm tenet, dlm magazine je kan. Tak sama sembang sendiri depan mata dgn sembang di alam maya. Bersemangat betul Kak Sue explain psl breastfeeding ni... Dengan Ummi sekali, naik semangat tau!

SGM kali ni bincang ttg masalah2 biasa dalam penyusuan. Ada yang Ummi biasa dengar dan alami, ada jugak yang tak pernah... Tapi, kita perlu tahu jugak ttg semua masalah2 tu...

Betul mcm Kak Sue ckp, walaupun kita tak mengalami masalah2 dlm breastfeeding, kita kena tahu juga semua ttg breastfeeding. Nanti bila2 kita berhadapan dgn masalah tu, kita dah tak panik ataupun bila orang sekeliling kita ada masalah, kita boleh tolong kan...






Kak Sue ajar jugak cara paling berhikmah kita nak menjawab kekeliruaan orang ttg breastfeeding ni, tu yang Ummi suka... Sbb Ummi mmg selalu menghadapi masalah2 itu...

Sayangnya, Kak Sue tak dapat berlama dgn kami. Selepas bergambar, Kak Sue terus berkejar ke Gurun, de kenduri kawen...


Then, Kak Hana (PC) plak sambung bincang ttg masalah2 penyusuan. Banyak sangat benda baru yang Ummi dapat. Mmg tak cukup dari bacaan semata2. Breastfeeding issue ni mmg kena baca, bincang, sembang dan dgr pendapat orang lain... Kita berkongsi benda yang baik, mmg tak rugi...

Then Kak Rini sambung dgn babywearing... Demo nak pakai ring sling, promote & Ummi plan nak beli satu. Dah booking & Kak Rini bagi can bayar cara installment... Thanks kak!

Ummi tak sempat makan, harus berkejar balik sbb nak gi kenduri kawen kawan Ummi & kawan Abah kat Changlun. Plannya nak ikut rombongan pengantin lelaki. Tapi Ummi syok sangat dok kat SGM tu, kami dah terlambat.... Huhu... Abah marah sbb Ummi lambat, sbb dia tak dapat ikut rombongan pengantin lelaki & Abah tak dapat amik gambar... Sorry Abah, Ummi ralit... Hehe...

Cite kawen, next entry la plak...

p/s: all picas are from FB Pn.Suraya ya...

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, April 26, 2010

Adik susuan Anas...

Sebenarnya Ummi nak update ttg adik susuan Anas. Tapi Ummi nak kena pastikan dulu dah lengkap ke syarat Ummi jadi ibu susuan... Ada sesiapa boleh bantu Ummi? Ummi sekarang keliru dengan pelbagai pendapat tentang syarat menjadi anak susuan nih....

Camnilah, Ummi faham syarat2 nya ialah:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum susu sehingga 5 kali kenyang
Yang timbul kekeliruan di sini ialah, cara susu tu diberikan. Ummi hanya bagi stok EBM Ummi pada anak kawan Ummi tuh. Dia baru berusia 5 bulan, dan dah minum sampai 5 kali kenyang lah.

Dia minum susu Ummi melalui botol.... Ada pendapat mengatakan tak jatuh status anak susuan bila dia tak minum direct dari badan ibu susuan...

Ada plak pendapat yang mengatakan jadi status anak susuan sbb ianya tetap susu ibu walaupun cara baby tu minum bukan direct dari badan, tetapi ia tetap susu ibu...

Ada pendapat yang mengatakan, jadi status anak susuan apabila susu tu dari badan ibu susuan dan masuk ke perut anak susuan walau dengan apa cara sekalipun ia masuk (direct atau guna sudu atau botol)...
Tak jatuh status anak susuan walaupun susu tu dari badan ibu tapi tak masuk ke perut baby, maksudnya, disuntik dari jarum masuk ke liang rongga baby...

Jelas, syarat yang dinyatakan:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum sehingga 5 kali kenyang
Yang menjadi kekeliruan:
  1. Cara susu tu diberikan (direct, sudu atau botol?)
Susu ibu tetap susu ibu, baby dah 5x kenyang dan umur pun bawah 2 tahun... Camne ek?

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, April 1, 2010

Masih breastfeeding tetap menjadi isu... Kenapa?

Assalamualaikum Anas sayang, Alhamdulillah Anas semakin sihat dan aktif. Sampai sakit pinggang Ummi ngejor Anas, hehe... Smlm Ummi dah bawak Anas amik suntikan utk setahun. Anas langsung tak nangis malah tak de riak mcm sakit pun masa kena cucuk td. Alhamdulillah, anak Ummi ni mmg khalifah kecil, kuat! Berat badan Anas 6.9kg & kalau ikut carta klinik kesihatan, dah masuk merah, kurang zat makanan & below -3SD...

Alhamdulillah jugak sbb Ummi tak de kena marah dengan staff nurse tu mcm yg Ummi slalu bc dr blog kawan2 Ummi. Jururawat Masyarakat kat Klinik Kesihatan Jitra mmg baik2. Ummi sangat selesa berurusan dan check-up kat sana sejak pregnant lagi... Mmg layanan yang sangat puas hati. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kita sekeluarga...

Staff nurse berbincang dgn Ummi ttg diet Anas. Bila dia tahu Anas masih breastfeeding tanpa campur any FM, dia puji Ummi & dia nasihatkan Ummi ttg diet Anas slps usia setahun ni... Abah mesti suka sbb Anas dah boleh makan apa saja yang Ummi dan Abah makan kecuali pedas & keras je la yang tak boleh lagi, hehe... Dah lama Abah tunggu nak bagi Anas makan apa je yang Abah makan... Hee~~

Anas sayang, apa yang Ummi nak coretkan di sini bukan isu check-up tu... Ada benda lain yang membuatkan entry ini di publish ke blog hari ini...

Ummi sering menerima sindiran, ada yang anggap Ummi taksub dengan breastfeeding (sbb dlm blog Ummi slalu cite pasal breastfeeding). Then, Ummi masih menyusu Anas sampai setahun, orang anggap pelik dan tertanya2, ada lagi ke susu awak? Anak awak kecik, cukup ke dia minum susu badan je? Eh,eh, anak awak dah setahun? Keciknya dia... Minum susu apa? Ha, breastfeeding lagi, mana cukup... Campur la sikit, kesian budak tu... Then kalau dlm majlis, bila Ummi lari ke belakang nak nyusukan Anas, ada la yang bersuara, tu la bagi minum botol kan senang, tak payah kalut2 bila anak nak susu...

Ummi dah lalui semua ni sejak sebelum Anas setahun lagi. Dan Ummi berjaya hadapi segala cabaran2 nak bagi Anas yang terbaik... Abah ucap TAHNIAH kat Ummi sbb Ummi berjaya hadapi semuanya.. Dulu kan Abah tak berapa setuju dgn Ummi, skrg Abah la yang paling seronok tgk keletah Anas hari2 yang makin bijak dan aktif... Abah puas hati sbb Anas fully breastfeeding... Abah kagum dgn semangat Ummi...

Bukan senang nak breastfeeding sebenarnya... Tak semudah yang semua orang sangkakan... Ummi mengumpul semangat dan kekuatan, Ummi biarkan emosi Ummi stabil utk berjaya dalam penyusuan susu ibu ni... Perlu ada persiapan fizikal dan mental.. Kalau ada yang tak ready, takkan berjaya...

Ramai yang menganggap fizikal memainkan peranan penting utk breastfeed dan ramai yang percaya badan kecik kurang susu... Kecik besar badan ibu bkn faktor yang mempengaruhi berjaya atau tidak penyusuan susu ibu... Tak bermakna org kurus, susu sikit, org badan besar, susu banyak... Susu yang keluar bkn dipengaruhi oleh fizikal seseorang... Percayalah, susu ibu is on demand... Bila baby nak, signal akan ke otak bagitau, kilang kena supply susu...

Bab mental dan emosi, yang ni mmg kena betul2 stabil, klu tak traffic dr otak ke kilang susu akan jammed atau block, then susu pun tak keluar la... Dah setahun Ummi nyusukan Anas, Ummi dapat rasa perbezaan bila emosi positif dan bila emosi negatif... Bila Anas direct BF Ummi tak rasa sangat, tapi bila mengepam, mmg ketara sgt2 perbezaan. Kalau Ummi tengah stressed, tension, serabut, marah mmg susu takkan keluar walaupun rasa Cik B bengkak sesangat. Keluar la sikit, xsampai 1oz pun... So, bila Ummi nak ngepam, Ummi akan pastikan emosi Ummi stable... Kalau tgh emo skali pun, Ummi cpt2 istighfar dan cuba lupakan buat sementara masalah2 yg dtg tu, Ummi ngepam sambil tgk gmbr2 Anas to cheer me up...

Lagi satu, kalau ibu tak ready or ragu2 nak nyusukan anak, susu pun nak tanak je kluar... Dari pengalaman Ummi, masa awal2 nak nyusukan Anas dulu, masa Anas selesa dgn botol, Ummi mmg dh hmpir give up, mmg pasrah tanak BF Anas. Tapi Ummi kutip ilmu ttg bf ni, Ummi cuba positif. Ummi set mind, Ummi yakin dgn diri Ummi, Ummi boleh bf Anas. Walaupun Ummi tpaksa guna NP, Ummi positif jgk. Mmg ada perasaan malu n terpaksa lari jauh2 bila nak bf, tp Ummi teruskan jugak... Sampai la satu tahap,Anas mula selesa direct tanpa NP anymore... Serious, Ummi tak jangka Ummi akan berjaya ke tahap ini. Tapi hari2 Ummi positif, Ummi berdoa kat Allah semoga Allah banyakkan susu Ummi untuk Anas... Alhmadulillah Ummi dah separuh jalan utk berjaya skrg. Dan kini Ummi masih positif dan Ummi masih mengadu, berdoa kat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...

Apa yang Ummi ceritakan dalam blog ini, bukan bermakna Ummi taksub or fanatik or obses dengan breastfeeding. Ummi cuma seorang ibu yang sedar ttg kebaikan susu ibu. Tujuan Ummi story dalam blog ni sbb Ummi nak share, Ummi nak jurnalkan kisah Ummi utk Anas baca satu hari nanti... Lain2 sebabnya, dr blog Ummi dpt sokongan dan Ummi dpt build satu komuniti ibu2 dan kami saling menyokong, membantu antara satu sama lain... Bila antara kami ada masalah, kami sama tolong dan selesaikan... Kadang2 mmg tak boleh selesaikan tp bila kt saling memujuk dan memberi sokongan, kita akan jadi kuat...

Buktinya, Ummi dr awal mmg fight sorang2 untuk jayakan bf ni. Ummi langsung tak dapat sokongan dr keluarga terdekat terutama Abah Anas. Tapi Ummi tetap perjuangkan bf ni. Tak lama lepas tu nenda Anas mula nampak kebaikan susu ibu dan dia selalu canang2kan kat orang cucu dia fully bf. Pastu bl Ummi de masalah, nenda la yg pujuk Ummi spy bsabar dan kena kuat semangat....

Cite pasal Abah Anas plak... Abah dr awal mmg slalu suh Ummi campurkan FM. Ummi tahu Abah tak faham... Bermacam2 cara Ummi buat nak bagi Abah fahamdan terima perjuangan Ummi ni... Allah izin Abah berpeluang ikut Ummi join gathering susuibu.com, sejak tu Abah dah boleh terima dan faham betapa Ummi sangat2 beria perjuangkan penyusuan susuibu ni... Ada la kawan2 yang dok perli2, dulu Abah gelak2 je, tapi skrg Abah diam je. Pastu bila berdua dgn Ummi Abah pujuk Ummi jgn amik hati sgt dgn kawan2 sbb depa tak faham... Alhamdulillah... Abah tahu emosi Ummi agak cepat tersentuh ttg isu BF ni, dan Abah tahu sume tu boleh mempengaruhi pengeluaran ASI sbb tu Abah akan cpt2 pujuk Ummi.... Thanks to Allah for all these, perjuangan Ummi dah dapat difahami dan diterima...

Kalau dulu bila orang dok cakap Anas kecik, bila berdua dgn Ummi Abah akan pujuk Ummi suh campur FM sket kat Anas... Tapi skrg bila org cakap Anas kecik, Abah akan tolong jawab bg pihak Ummi... Pastu kot belakang Abah akan pujuk Ummi jgn sedih2, anak kita sihat... Tapi skrg, dh kurang kot org dok cakap Anas kecik ataupun Ummi mmg dah tak peduli apa org cakap...

P/S: Ummi tgh cari sling... Sape2 leh tolong?


Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi