- Macam belum bersedia la plak...
- Masih berbaki lagi wishlist Ummi nak makan puas2 before bersalin. Ye la, nnti dah berpantang, banyak benda taleh makan kan...
- Nenda Anas nak ke Vietnam next week...
- Ummi nak gi kenduri kawan2 baik Ummi kat Penang 7 Mei ni...
- Belum hujung bulan, gaji belum masuk...Dan Ummi la yang uruskan gaji staff ni...
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Sunday, April 24, 2011
Sudah hampir masanya?
Wednesday, March 23, 2011
Lega sikit & Persiapan sambut baby baru
**********************************************************************************************************************************************************************************************
Baru semalam selesai mengemas dan melipat sume baju2 lama Anas tu. Alhamdulillah boleh selesai kerja semalam sebab Ummi bagi Anas tido awal, Abah pun balik lambat. Tenang je buat kerja sorang2. Tinggal nak basuh cadar, sarung bantal baby, kain alas tilam, kain bedung & selimut baby. Banyak Anas punya dulu boleh pakai lagi. Tak jadi beli baru. Cuma beli baju baru 4 pasang khas untuk adik.
Oh ya, Ummi ada beli baby cot & changing table yang Kak Dina let go. Sebenarnya berkenan kat changing table je. Pastu Abah cakap, dah alang2 Kak Dina jual both for RM 150, baik amik semua je. Yang bestnya, Kak Dina bagi banyak lagi baby stuff. Betul ke Kak Dina tak nak tambah anak dah ni, hehe... Thanks sangat2 to Kak Dina. Suka sangat dapat baby monitor & baby box tu sekali... Kak Dina offer pram plak, hehe...
Wednesday, March 16, 2011
Pregnancy Check Up @ 31 weeks
Tuesday, March 15, 2011
Pregnancy & Weight
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Monday, March 7, 2011
Sayang Adik!
Thursday, March 3, 2011
Anas 23 bulan ~ Adik 29 minggu
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Wednesday, February 16, 2011
Pregnancy check-up @ 27 weeks & Pre-Eclampsia
*Ummi sangat takut........
Tuesday, February 8, 2011
Monday, February 7, 2011
Bersalin dan menyusukan: Pilihan hospital bersalin. Di mana?
- Belum tentu doc ape yang akan sambut baby. Kalau boleh Ummi nak doc Muslim mcm Dr. Annuar yang sambut Abang Anas dulu. Sangat Islamic suasananya, tenang sikit hati ni. Sebab doc azankan masa keluarkan baby.
- Bab breastfeeding sejurus bersalin plak, mmg dah confirm govt hosp especially hospital rakan bayi mcm HSB ni mmg akan terus bagi baby breastfeed.
- KMC
- PMC
- Pusat Rawatan Mahsuri
Tuesday, February 1, 2011
Hargailah wanita mengandung
Monday, January 24, 2011
Sepetang di dapur...
Sepatutnya Ummi kena banyakkan rehat sekarang. Hari Khamis lepas gi jumpa gynae refer masalah Ummi ni. Kan sejak kandungan masuk 20 weeks, Ummi dah mula rasa sakit sangat kat bawah, susah nak bergerak. Masa Anas dulu, 32 weeks baru rasa sakit camtu...
Jumpa Dr.Annuar Husainy, die ckp tulang pelvis Ummi kiri dan kanan dah lembut. Ummi cakap la kat dia, masa Anas dulu 32 weeks baru rasa. Dia cakap tu la, setiap kandungan takkan sama tapi tu la, awal plak tulang pelvis Ummi dah lembut pregnant kali ni. Dia kata, mmg takde ubat & takleh watpe except kena banyakkan rest.
So, dia suh Ummi banyakkan rehat, jgn buat kerja berat, jangan angkat berat2. Sampai bila? Sampai bersalin... Huhu...
Tapi kita orang perempuan ni, bukan setakat kerja kat ofis, kerja kat umah lagi nak kena setelkan, tul tak? Kalau dapat MC tu, just rest dr kerja ofis la. Kerja umah? Mr.Hubby terima ke MC kite tu, hehe... Tambah plak Ummi ni, time kerja Abah tak menentu. Kadang2 weekend kena kerja, balik ofkos la lepas kul 8 baru sampai umah. So, cmne la Ummi nak rest?
Tapi bab masak mmg takleh rest pun. Kalau tak ape kami nak makan kan... Tapi sejak doc cakap Ummi kena rest ni, rajin la plak Ummi berlama2an kat dapur petang Jumaat lepas.
Wednesday, January 5, 2011
Mengidam?

- Ummi pernah minta Abah carikan nasi lemak tengah2 malam. Masa tu bulan puasa. Memang takde sangat orang jual nasi lemak tengah2 malam ni. Alhamdulillah, dapat jugak Ummi makan nasi lemak pukul 2 pagi. Tu pun Abah gi cari kat Alor Setar. Jauh gak dari umah kami....
- Pastu Ummi teringin nak makan buah harumanis tapi tak kena musim plak. Tapi, nak dikatakan rezeki orang mengandung ni, ada jugak buah harumanis yang sesat musim. Dapat jugak la Ummi merasa. Tapi bila dah depan mata tu, Ummi rasa 2 potong pun dah cukup puas dah...
- Ummi sangat suka makan roti canai padahal tu bukan la feveret sarapan Ummi sebelum2 tu...
- Ummi tak suka benda masam, tak suka mencicah padahal tu la feveret masa zaman anak dara...
- Cepat kecur air liur kalau orang sebut apa2 nama makanan depan Ummi. Seboleh2nya lepas tu Abah kena tolong belikan, haha...
- Sangat2 terkenangkan nasi kukus ayam berempah kat Greenwood tu. Masa study kat UIA dulu, selalu gak makan dengan roommates. Diorang siap buat sambal kicap, fuh, sedapnya! Tapi dulu Ummi suka biasa2 je. Tak macam roommates Ummi, hari2 makan pun takpe. Ummi jarang2 la makan. Tapi sekarang, asyik terngiang2 la plak rasa dia tu. Ikutkan hati nak je masak sendiri, tapi sure la tak sama. Seboleh2nya nak yang tu jugak2... Ummi siap suh kawan Ummi gi amik gambar nasi tu lagi. Sebabnya bila search kat internet, tak kuar pun gambar yang Ummi idam2kan tu... Cepatla kawan Ummi tu bagi gambar, huhu....
- Ummi suka makan nasi kat kedai mamak padahal sebelum sangat2 la takmau masuk kedai mamak, huhu... Tapi sekarang dah stop dah...
Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah.
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walau pun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:
- Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
- Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
- Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
- Teh herba
- Alkohol
Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika anda menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.
Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:
- Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
- Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
- Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
- Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
- Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
- Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
- Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
- Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung
Monday, January 3, 2011
Kisah Anas dan Adik

- Lagi satu hobi dia, tengok cite Upin & Ipin. Sekejap2 mintak pasangkan Upin & Ipin. Kalau dah ngadap tu, khusyu' betul. iPod Ummi jugak la selalu jadi mangsa dia tengok Upin & Ipin. Nak tido je, 3 benda wajib ada: n***n, iPod & Upin & Ipin...
- Oh ya, 1 thn 9 bln ni, Anas masih bf. Alhamdulillah, susu Ummi tak kering, masih ada untuk Anas. Cuma Ummi la sedikit tak selesa sekarang ni. Pelan2 Ummi cakap kat die. Bile die leh faham tu, Alhamdulillah la. Tapi kalau dia nak tido, memang takleh ganti dgn apa2 pun. Tetap nak Ummi jugak... Sekarang, siang2 dgn Ummi pun, dia banyak mintak susu. Time nak tido je die tetap nak n***n. Takleh berenggang langsung.
- Cite pasal cloth diapers plak, Ummi tak tahu la nape tetibe je die tanak sangat pakai CD kecuali CD Spongebob die. Ade 1 je plak tu. CD yg lain die tanak. Siap pilih sendiri nak pakai DD. Hadoi! Pastu siap suh Ummi pakaikan bedak, siap tunjukkan kat Ummi suh taruk bedak kat mana, haha... Baju2 die pun, semua dia pilih sendiri oke~~ Ummi pilihkan je, 'amau!'
- Hoho, perkataan baru die - 'amau' means takmau. Dah pandai say tamau pi umah tok (his pengasuh). Pagi2 nak hantar je, 'amau umah tok...' hoho... tapi sampai sana, die masuk je umah tok die...
- Sekarang ni tengok Anas, semua benda nak buat sendiri. Kadang2 je, ada la time die nak bermanja. Manja die tak boleh tinggal sorang2 langsung. Ummi Abah gi mana pun, mengekor je, sampai melalak2 depan pintu bilik air kalau Ummi atau Abah masuk bilik air.
- Kalau naik kereta plak, dah pandai mintak nak duduk kat belakang. Lebih bebas kot dok kat belakang sorang2. Oh ya, kalau kat umah tengok Upin & Ipin tu, dia suka duduk atas kerusi komputer. Pastu kan, jangan la ada sapa2 nak numpang, hatta nak tumpang dagu sikit pun dia tak bagi tau! Haha....
- Sangat suka gosok gigi (lebih kepada hisap ubat gigi tu sebenarnye... Camne nak buat ek?) Nak kumur2 pun dah pandai, ade la bunyi tapi air yg diluahkan balik tu, sikit je... Hadoi, die telan sikit, haha...
- Anak Ummi ni rajin tolong Ummi tau! Suka tolong Ummi sapu sampah, mop lantai. Tapi tolong cara dia la kan. Takpe la, asalkan dia rajin dan cuba jugak nak tolong Ummi... Thanks sayang!
- Dah cekap memanjat, berlari dan mencapai benda2 atas tempat tinggi... Part ni memang kena berhati2 sangat. Takut gak die tercapai kettle... Bab berlari tu sangat laju, macam lipas kudung. Comel tengok die lari...
- Sudah pandai guna kamera hp Ummi untuk amik gambar Ummi. Sgt cepat2 budak2 sekarang belajar guna gadgets kan... Risau plak Anas ni 'gila gadgets' cam Abah die, huhu...
- Copier yang sangat berjaya. Huhu... Suka dan cepat sangat tiru gaya orang. Cakap orang pun cepat sangat dia dapat tangkap dan tiru balik. Dan sangat suka ikut apa yang orang cakap. So, please, please... Behave & jaga percakapan anda depan Anas dan juga kanak2 yang lain ya...
- Dulu tak suka makan masam2, tak suka mencicah, tak suka asam & jeruk. Padahal tu la feveret masa zaman anak dara. Sekarang ni suka plak mencicah, nak benda masam.
- Dulu sangat malas nak masak. Sekarang hari2 teringin nak masak tapi tak boleh nak masak plak, sebabnya masak makan sorang2 buat apa? Abah selalu kena balik lewat. Weekend pun Abah keje tau! Tapi bila ada peluang nak masak, Ummi suka masak special utk Abah.
- Dulu masa preggy kat Anas, langsung takde masalah keguguran rambut. Sekarang, hari2 kena vacuum bilik. Tapi takde la rajin nak angkut vacuum tu hari2... Huhu...
- Dulu, masa preggy Anas, walaupun tak suka mekap, walaupun muka nampak sememeh, Ummi tetap rasa cun sebab muka tak berminyak. Cik jerawat pun tak menyinggah. Sekarang, rasa comot je muka. Muka tak berminyak, Cik jerawat pun takde la meriah sangat tapi Ummi rasa comot je. Nak mekap, Abah tak kasi, huhu...
Happy Breastfeeding!
My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi


































