"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, April 24, 2011

Sudah hampir masanya?

Masya'Allah, lama sungguh blog ni tak berupdate. Ade yg sampai msg Ummi tanya bila nak update? Huhu... Ntah la, banyak je story sebenarnya... Tapi agak kurang mood sejak akhir2 ni. Tambah plak makin busy dengan kerja-kerja kat ofis sbb tak lama lagi nak cuti bersalin plak. Audit pun masuk awal bulan hari tu dan sekarang tgh nak bincang draft audit. Kat rumah pun kurang ada masa nak menaip sbb tgh memberikan tumpuan sepenuhnya kat Anas. Makin dekat nak dapat adik ni, semakin sangat la manja si Along tu...

Sebenarnya Ummi baru balik dari jumpa gynae ni kat KMC sbb nanti plan nak bersalin kat situ. Hari ni kandungan dah masuk 36w 4d. Lagi 25 hari je lagi sebelum due date... Masa check up tadi, doc ckp nak cek jalan sbb dah masuk 36w. Guest what? Dah buka 2cm rupanya... Doc tanya nak tunggu or nak percepatkan je? Ummi pilih nak tunggu.

Sbbnya:
  • Macam belum bersedia la plak...
  • Masih berbaki lagi wishlist Ummi nak makan puas2 before bersalin. Ye la, nnti dah berpantang, banyak benda taleh makan kan...
  • Nenda Anas nak ke Vietnam next week...
  • Ummi  nak gi kenduri kawan2 baik Ummi kat Penang 7 Mei ni...
  • Belum hujung bulan, gaji belum masuk...Dan Ummi la yang uruskan gaji staff ni...
Tapi ade gak rasa cam tak sabar nak bersalin sbbnya nak cepat2 habis pantang, nak ganti puasa ada lagi 3 hari.

Oh ya, nak cite sket pasal Anas. Dia pun skrg cam dapat rasa dah kot yang adik dah nak lahir. Sekarang ni tanak berenggang langsung dgn Ummi atau Abah. Nak masuk bilik air pun susah sangat. Kalau dia nak minum susu pun, Ummi kena baring sebelah dia sampai dia tido. Kerap sangat mintak n***n.

Semalam dia nangis2 pukul 4.30 pagi. Mula2 ngadu sakit kaki. Tengok2 gak kaki die, takde pape. Tapi urutkan jugak kot2 la die sejuk sangat sbb pasang aircond baru kt dalam bilik tu. Lepas dia diam jap, kami sambung tido. Then die merengek sikit2 lama2 nangis kuat2 mcm takut kena tinggal tu... Lama gak Abah die pujuk, bagi n***n tamau, angkat letak kat bahu tamau. Pastu tergerak hati nak buka lampu, terus senyap dan n***n sampai tido balik.

Ummi cakap kat Abah, agaknya Anas dah rasa kot makin dekat adik dia nak lahir...

Td wat CTG skali. Contraction ada tapi tak kuat sangat. So, better Ummi balik dulu, prepare lagi ape yang patut selagi tak sakit kan... Nak kemas rumah sambut baby. Birth plan pun tak print lagi...

Doakan Ummi selamat ya... Apa2 salah Ummi yang sengaja atau tak sengaja, Ummi minta maaf sangat2 kat kawan2 semua...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

4 comments:

f a i z a h 's said...

Smpat lg shira post entri ek nk dkt bersalin pun...heheh...all the best na...mg selamat n dipermudahkannya... next entri da ada 2nd baby la ek...nti da bersalin jgn lupa post gmbo kt fesbuk k :)

yatie chomeyl said...

Anas nak ambik peluang bermanja puas2 sblm adik lahir. Hopefully semuanya di permudahkan utk Shira nanti. Akak doakan dr jauh :)

H.E.L.W.A said...

Semoga kak syira sihat dan selamat semasa melahirkan adik anas.. Jaga diri baik2..:)







silent reader:)

D' Hasnie Aini said...

semoga semuanya selamat ya dan dipermudahkan segala urusan kak shira serta keluarga..amin...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi