"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Jatuh dan Kecemasan. Show all posts
Showing posts with label Jatuh dan Kecemasan. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Bila anda terlibat dengan accident....

Pengalaman eksiden tengahari semalam ialah pengalaman kedua Ummi eksiden. First sekali eksiden masa Ummi baru dapat lesen kete. Masa tu memang salah Ummi, Ummi langgar moto dari belakang. Tapi salah moto tu jugak sebab tetibe mai depan Ummi, padahal die tgh bergerak kat sebelah. Masa tu dekat bumper jalan. Mmg dah slow la. Tapi tetibe die adjust moto die ntah camne bleh dok depan Ummi. Ummi tak sempat nak brek, terus langgar die.

Pengalaman kedua, yang semalam la. Mmg ketaq habis walaupun bukan kita yang salah... (Rasanya beberapa kali gak eksiden ni. Tapi baru 2 kali yang melibatkan kena turun kete, kena setel tepi jalan, huhu...)

Tapi, bila eksiden camni, apa yang perlu kite buat?
  1. Cek kerosakan - tgk kena report or cuba setel kat situ.
  2. If boleh setel kat situ, bincang baik2 dgn org tu. - if dia salah, mintak dia tanggung kos nak repair. kalau kita yg salah, kita la kena tanggung. mcm kes Ummi, dia nak tanggung tapi dia mintak bawak kete ke bengkel die. biar dia puas hati berapa kos dia nak kena tanggung. kita pun leh wat camtu if kena kat kita.- bawak gi bengkel kita sendiri pun ok, suh dia follow la.
  3. Kalau takleh setel kat situ, kena la gi balai wat report. Sape yang salah mmg sah2 kena kompaun. Mcm dlm kes Ummi, mmg sah2 dia yang salah. Sape langgar kat belakang, mmg dia yang salah. So, kalau report, dia akan terus kena kompaun RM300.
  4. Kalau dia takmau report? Kita pi report. Kalau dia tak report, polis akan cari dia.
  5. Yang penting, mintak segala details ttg dia. Nama, alamat, no.IC, no.tepon, tmpt keje, no.phone ofis dia, no kete. Biar kita ade pegang rekod dia utk bagi kat polis.
Hehe, kes Ummi, Ummi cuma amik phone no dia n no keta dia ja. Yang lain, tak ingat langsung pun nak amik. Ye la, sbb dia janji nak tanggung, so, tak mintak details yang lain. Petang smlm bila ummi call dr handphone, die tak jawab, Ummi dah cuak dah. Pastu Ummi mintak tolong staff call dr ofis, cepat la plak dia jawab. Hu, selamat.

Atuk dah bising2 sbb Ummi tak amik details die... Ketaq masa tu, mana nak ingat apa dah... Hehe... So, beringat la kita lepas ni...

So, smlm kawan Ummi dah tolong hantarkan kete tu kat bengkel. Bermalam lah Gen-2 Ummi beberapa malam di sana...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, December 22, 2010

Sudah jatuh, ditimpa kipas....

Itulah agaknya pepatah yang sesuai Ummi nak gambarkan situasi Anas skrg... Kesian anak Ummi....

Tengahari sambil2 tunggu masak utk lunch, Anas tengah ralit main dgn standing fan kat rumah Nenda dia. Selalu je dia main kat kipas tu. Tapi Allah nak izin semalam tetibe kipas tu jatuh dan himpap dia.

Ummi dengar bunyi benda jatuh, terus dengar Anas menjerit, "Ummi!" Terkejut Ummi tengok sangkar penutup kipas tu dah tertanggal. Kipas plak masih berpusing dan tiang kipas atas leher Anas dan kaki Anas tersepit bwh kaki kipas.

Bila Ummi angkat dia, dia macam terkujat. Lama sikit baru dia mengadu, "atit, atit..." dan "atuh, atuh...." Lepas2 tu dia asyik meragam je dan terus batuk2. Ummi cari2 kot2 ada lebam or benjol tapi tak jumpa...

Ummi observe behavior dia. Alhamdulillah, takde apa2 perubahan yang pelik2. Dia lalu makan dan minum, masih cergas bermain, aktif dan tak muntah. Cuma dia nampak sedikit keletihan dan tidur lama petang smlm. Ummi tak dpt nak pastikan dia letih sbb jatuh or letih byk bermain masa kenduri Bunga dia...

Sampai ke malam, Anas ok. Takde apa yang merisaukan. Tapi dalam pukul 2.40 pagi, Ummi terjaga, badan Anas dah panas sangat. Terus kejut Abah ajak gi KMC. Ummi risau sgt... Abah suh tunggu esok pagi...

So, pagi td kami terus ke KMC even demam dia dah takde. Nak cek jugak kan, risau la... Kami jumpa paed yg biasa dgn Anas, Dr. Sharifah Khatijah. Rasanya dah setahun tak bawak Anas jumpa dia sebab Anas sihat sepanjang tempoh tu. Tengok rekod last jumpa Dr pun last year...

Doc buat check up, amik suhu badan, cek mata, telinga, hidung dan tekak. Rupanya ada ulser dalam mulut Anas. Bila Ummi cerita yang Anas cuma demam waktu malam je (sebelum2 ni pun), Doc ckp, biasanya tu sbb ada jangkitan or allergy. So bila Doc jumpa ulser dalam mulut Anas, confirm, it is a viral infection. Alhamdulillah, lega Ummi & Abah.

Doc cakap, kemungkinan dia dah ada ulser tu before jatuh. So, bila jatuh tu, mungkin dia terkejut dan antibodi dia lemah, sebab tu dia demam mengejut. Oh begitu... Leganya takde apa2 yg serious... Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah!

Sekarang Anas baru je tido. Asyik meragam je, letih la tu... Ummi off lagi hari ni. Alhamdulillah atuk Anas leh ganti meeting ngan SSM tu....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, August 24, 2010

Tips hadapi kecemasan di rumah

Kesinambungan dari entry ini, thanks kepada MamaIMAN yg tambah tips utk di kongsikan. Huhu, nanti saya siasat balik kenapa takleh tinggalkan komen kat entry tu... mamaIMAN bagi tips ni kat shoutbox Ummi....

24 Aug 10, 09:28 AM
mamaIMAN: slm..try nak post comment tp x blh..1 lg peringatan utk parents bila anak jatuh& luka terbuka(terutama bhgn muka)..jgn sapu apa2 myk..coz bila sapu myk,spital terpaksa jht(akn tglkan parut)..

24 Aug 10, 09:29 AM
mamaIMAN: jika x sapu myk,diorang akan tampal plaster jer..so..tak tglkan parut..sian la nanti dia dah beso berparut muka...sekdara info... ; )

Ya betul apa yang mamaIMAN cakap tu. Bila kecederaan yang melibatkan luka terbuka, jangan sapu dengan minyak sebab minyak akan mengeringkan luka. So, kalau bawak ke hospital mmg doktor terpaksa jahitkan untuk cantumkan luka yang terbuka tu. Kenapa jahit? Sebabnya tisu yang terkoyak tu dah tak boleh bercantum dengan sendiri bila dah sapu minyak.

Kalau belum sapu dengan minyak, darah dan tisu masih segar dan bila doktor tampal dgn plaster, insya'Allah luka tu boleh bercantum dengan sendiri...

Ada 2 kes yang Ummi nak cerita ttg luka terbuka ni...

Satunya, kejadiaan ni berlaku kat Ummi masa Ummi kecik2 & zaman nakal2 dulu. Ummi pernah dapat luka besar kat kepala akibat jatuh dari buaian kat taman (masa tu zaman buaian kayu). Lepas Ummi jatuh terduduk, buaian tu yang masih terhayun, hentam kepala Ummi. Sakit yang memang amat terperi, tak terkata. Mula2 Ummi steady je, lasak katakan, lagipun tgh nak tunjuk lagak kat kawan2 lelaki, haha... Tapi bila nampak darah habis basah baju Ummi, mula la Ummi nangis. Budak2 lelaki (masa tu Ummi sorang je perempuan) semua dah panik sbb berdarah.

So, diorang bawak balik rumah Ummi, Nenda terkejut. Masa tu Atuk takde, yang ada cuma adik Nenda, Achik Ummi yang belum dapat lesen kereta lagi... Nenda suruh jugak dia bawak kereta sbb dia boleh drive cuma blom dapat lesen. Kami cepat2 gi klinik kat pekan. Oh ya, sebelum tu Nenda dah cuci luka Ummi & dah sapu minyak nak hentikan darah.

So, bila sampai kat klinik doktor cakap takleh nak wat apa kecuali jahit. Doc bagitau kalau terus bawak mai lepas accident ni, selamat la, tak payah jahit. Huhu... Maka berjahitlah kepala Ummi... Nasib baik kat kepala kan, parut boleh tutup dengan rambut...

Kes ke-2, berlaku kat adik kawan Ummi yang masih kecil, umur dalam lingkungan 2 tahun masa kejadian. Kejadian ni pun berlaku masa Ummi sek menengah lagi...

Mangsa, adik perempuan yang berumur 2 tahun... Gini ceritanya... Ayah kawan Ummi ni bertukang. So, memang banyak la peralatan2 tukang kat rumah diorang. Alkisahnya masa tu adik dia yang lelaki, besar sikit, main tukang2 dgn adik yang kecik ni... Dengan tak sengaja, adik yang lelaki ni ter'kapak' jari adik yang kecik itu... Adoi! Menjerit Ummi dengar cerita dia masa tu...

Allah izin, yang ter'kapak' tu hujung jari manis sebelah kanan dia... Putus, jatuh ke lantai... Disebabkan panik dan takut, adik yang lelaki tu terus amik jari yang putus & bawak adik dia gi basuh darah tu. Pastu baru dia cakap kat parents dia... Bila bawak gi hospital, mmg tak dapat diselamatkan sbbnya jari yang putus tu dah dibasuh. Tisu dan darah segar dah takde utk proses penyambungan...

Hm, teringat plak kes cousin Ummi yang jari telunjuk dia putus termasuk dalam eskelator dalam Sogo 14 tahun yang lepas. Disebabkan tindakan pantas orang ramai, jari dia dapat disambung semula walaupun sekarang jari dia tak boleh berfungsi sangat...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, August 22, 2010

Teknik hadapi kecemasan bila anak jatuh

Boleh sapa2 share teknik hadapi kecemasan bila anak jatuh? Terutama kena pada bahagian kepala...

Ummi boleh la share sikit2... Nanti tolong betulkan or tolong tambah ya....
  1. Cepat2 cari luka atau benjolan di bahagian badan yang jatuh tu. Kalau luka, cepat2 bersihkan luka dengan antiseptic. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais. Ada yang tuam dengan air panas. Tapi Nenda cakap kat Ummi, guna ais dulu...
  2. Pastikan ketinggian anak jatuh tu. If kurang dari 2x ketinggian dia, insya'Allah takde pape yang serious. Tapi tetap kena cek kecederaan dia. If lebih dari 2x ketinggian dia, observe keadaan dia. Kita tak tahu samada ada patah2 ke... Terus bawa ke hospital.
  3. Biasanya kita akan refer observe ni as clinically observe. Means, pantau keadaan dia selepas jatuh. Adakah dia letih, mengantuk dan tertidur? Adakah dia muntah2? Jika ya, cepat2 bawa ke hospital sebab risau ada kecederaan dalaman.
  4. Biasanya kecederaan luaran ni, akan jadi benjol, ada luka dan anak masih aktif, means tak mengantuk dan muntah2 selepas jatuh. Observe keadaan dia selama 3 hari selepas jatuh.
  5. Cek ubun-ubun. Kalau ubun-ubun membonjol keluar, mungkin ada kecederaan kat bahagian otak. Risau ada pendarahan dalam otak.
  6. Gerakkan bahagian badan such as tangan, kaki dan leher utk pastikan tak ada bahagian yang patah.
  7. Perhatikan mata, kelopak mata, gerak mata anak, raut muka dia, senyuman dia, ada perubahan tak?
  8. Panggil nama dia, perhatikan samada dia sedar atau tak? Pastikan penglihatan dia tak terganggu.
Boleh refer sini utk info ttg keperluan CT Scan...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ummi takkan lupakan sampai bila-bila...

Buat anak kesayangan Ummi, Anas... Detik ini Ummi takkan lupakan sampai bila2... Tiap kali Ummi ingat, Ummi rasa bersalah yang teramat-amat kat anak Ummi... Maafkan Ummi ya sayang sebab Ummi careless... Ummi janji lepas ni Ummi akan lebih berhati-hati...

Hari Jumaat malam, kami buka puasa di Arau. Lepas terawih baru balik ke Jitra. Malam tu dah agak lewat, hampir kul 11 baru nak bertolak balik. Dengan letih, ngantuk, Ummi bawak Anas masuk ke kereta sambil Ucu & kawan dia kemas barang kat bonet kereta. Abah & Ateh pun dah ada dalam kereta. Ummi & Anas dok kat belakang, sebelah kanan, belakang Abah. Tok Wan plak dok kat luar, sebelah kiri kereta.

Anas dok panggil, 'tok, tok!' So, sbbkan Ucu & kawan dia belum masuk, Ummi bagi Anas berdiri kat pintu kereta sebelah sana, nak bagi Anas dekat ngan Tok Wan. Tapi Ummi lupa, Tok Wan mana nampak Anas dalam kereta sbb gelap (malam + tinted). Anas dok panggil lagi, 'tok, tok!' Sambil tu Ummi kemas sikit dalam kereta sbb Ucu & kawan dia nak duduk, bagi selesa sikit & Ummi nak bukakan tingkap kereta sbb Anas dok panggil Tok Wan dia...

Cepat sangat berlaku, Ummi tak sempat buat apa2, Ummi tak sempat lagi nak buka tingkap, Ucu dah buka pintu kereta, dan sekelip mata, Anas jatuh. Masa tu Anas belum jatuh ke bawah terus.
(selalunya pintu ni takleh buka dari luar, tapi awal2 tu Ummi dah buka kunci dia, how can Ummi lupa, adoi!)
Ummi dan Abah menjerit serentak. Ucu plak tak tau apa2, terus buka pintu luas2, dan Anas jatuh terus ke bawah. Know what? Kepala Anas jatuh dulu ke jalan tar. Ummi tergamam. Tok Wan sambar Anas. Semua yang ada terpaku. Anas menangis kuat...

Anas nak kat Abah, Anas peluk Abah. Ya Allah, salah Ummi, Ummi yang letak Anas kat pintu padahal Ummi tau Ucu akan masuk kat situ. Ummi panik, rasa bersalah sangat kat Anas. Ummi tau sakit sangat. Mak Tok amik ubat, minyak gamat sapu kat kepala Anas. Hm, memule tu semua dok cari kat mana benjol or luka2 tapi tak jumpa... So, Ummi ingat balik cara Anas jatuh tu, Ummi cari & jumpa. Ya Allah, besarnya benjol... Ummi takut, bersalah sangat kat Anas, Anas sakit... Benjol tu dekat sangat dengan ubun-ubun Anas, lagi la kami risau...

Abah bagi Anas kat Ummi, terus masuk kereta & Ummi nyusukan Anas. Baru Anas diam. Tapi mata Anas takmau pejam. Anas tengok je Ummi. Sayunya hati Ummi. Ummi yang buat Anas jatuh. Maafkan Ummi sayang.........

Kami terus mintak diri meninggalkan family di Arau kerisauan... Tapi Ummi & Abah nak bawak Anas ke KMC sbb Anas dah ada medical insurance... Better gi cek kan... Hm, baru suku jalan keluar dari UiTM Arau, Anas dah gelak2, hadoi! Tapi lega sket hati Ummi nih. Anas ok... Walaupun dah lewat malam, tapi bila Anas tak mengantuk, Ummi lega sbb Ummi tau Anas ok. Anas minum susu Ummi tak muntah2, Alhamdulillah, Ummi tau Anas tak apa2... Tapi Abah & Ummi tetap nak bawak Anas ke KMC... Better check-up...

So, sampai Jitra tinggalkan adik2 kat rumah, Abah terus drive ke KMC bahagian kecemasan. Doc check & tanya Ummi ada tak Anas muntah2? Ummi cakap tak... Dia cakap, nampak kecederaan Anas tu macam kecederaan luar je. Dia bagi ubat tahan sakit & ubat bagi surut bengkak. Dia nasihatkan Ummi suh observe, kalau Anas muntah2, cepat2 bawak ke hospital balik. Dan dia suh Ummi tuamkan benjol dengan ais. Alhamdulillah, mmg Ummi tengah pegang ais dlm towel masa tu. Ummi selalu buat camtu, Nenda yang ajar.


Hm, Nenda kat Makkah pun called, risaukan Anas. Malam tu pukul 1 baru balik rumah. Atuk pun risau tengok benjol Anas. Atuk pun tanya macam2. Ummi cakap la, Alhamdulillah Anas ok, siap gelak2 lagi... Atuk cakap, "Hm, macam Ummi dia la, jatuh katil pun dok gelak2 lagi..." Haha...

*First time Anas jatuh sampai benjol besar camni....
*Sebelum tu Anas terlebih dulu smack down Ummi, haha... Anas nak hempaskan kepala dia kat tilam, tapi terkena muka Ummi, bengkak jugak la bibir Ummi. Abah tak bagi senyum, nampak hodoh dia cakap... Uwaaa...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi