"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, August 24, 2010

Tips hadapi kecemasan di rumah

Kesinambungan dari entry ini, thanks kepada MamaIMAN yg tambah tips utk di kongsikan. Huhu, nanti saya siasat balik kenapa takleh tinggalkan komen kat entry tu... mamaIMAN bagi tips ni kat shoutbox Ummi....

24 Aug 10, 09:28 AM
mamaIMAN: slm..try nak post comment tp x blh..1 lg peringatan utk parents bila anak jatuh& luka terbuka(terutama bhgn muka)..jgn sapu apa2 myk..coz bila sapu myk,spital terpaksa jht(akn tglkan parut)..

24 Aug 10, 09:29 AM
mamaIMAN: jika x sapu myk,diorang akan tampal plaster jer..so..tak tglkan parut..sian la nanti dia dah beso berparut muka...sekdara info... ; )

Ya betul apa yang mamaIMAN cakap tu. Bila kecederaan yang melibatkan luka terbuka, jangan sapu dengan minyak sebab minyak akan mengeringkan luka. So, kalau bawak ke hospital mmg doktor terpaksa jahitkan untuk cantumkan luka yang terbuka tu. Kenapa jahit? Sebabnya tisu yang terkoyak tu dah tak boleh bercantum dengan sendiri bila dah sapu minyak.

Kalau belum sapu dengan minyak, darah dan tisu masih segar dan bila doktor tampal dgn plaster, insya'Allah luka tu boleh bercantum dengan sendiri...

Ada 2 kes yang Ummi nak cerita ttg luka terbuka ni...

Satunya, kejadiaan ni berlaku kat Ummi masa Ummi kecik2 & zaman nakal2 dulu. Ummi pernah dapat luka besar kat kepala akibat jatuh dari buaian kat taman (masa tu zaman buaian kayu). Lepas Ummi jatuh terduduk, buaian tu yang masih terhayun, hentam kepala Ummi. Sakit yang memang amat terperi, tak terkata. Mula2 Ummi steady je, lasak katakan, lagipun tgh nak tunjuk lagak kat kawan2 lelaki, haha... Tapi bila nampak darah habis basah baju Ummi, mula la Ummi nangis. Budak2 lelaki (masa tu Ummi sorang je perempuan) semua dah panik sbb berdarah.

So, diorang bawak balik rumah Ummi, Nenda terkejut. Masa tu Atuk takde, yang ada cuma adik Nenda, Achik Ummi yang belum dapat lesen kereta lagi... Nenda suruh jugak dia bawak kereta sbb dia boleh drive cuma blom dapat lesen. Kami cepat2 gi klinik kat pekan. Oh ya, sebelum tu Nenda dah cuci luka Ummi & dah sapu minyak nak hentikan darah.

So, bila sampai kat klinik doktor cakap takleh nak wat apa kecuali jahit. Doc bagitau kalau terus bawak mai lepas accident ni, selamat la, tak payah jahit. Huhu... Maka berjahitlah kepala Ummi... Nasib baik kat kepala kan, parut boleh tutup dengan rambut...

Kes ke-2, berlaku kat adik kawan Ummi yang masih kecil, umur dalam lingkungan 2 tahun masa kejadian. Kejadian ni pun berlaku masa Ummi sek menengah lagi...

Mangsa, adik perempuan yang berumur 2 tahun... Gini ceritanya... Ayah kawan Ummi ni bertukang. So, memang banyak la peralatan2 tukang kat rumah diorang. Alkisahnya masa tu adik dia yang lelaki, besar sikit, main tukang2 dgn adik yang kecik ni... Dengan tak sengaja, adik yang lelaki ni ter'kapak' jari adik yang kecik itu... Adoi! Menjerit Ummi dengar cerita dia masa tu...

Allah izin, yang ter'kapak' tu hujung jari manis sebelah kanan dia... Putus, jatuh ke lantai... Disebabkan panik dan takut, adik yang lelaki tu terus amik jari yang putus & bawak adik dia gi basuh darah tu. Pastu baru dia cakap kat parents dia... Bila bawak gi hospital, mmg tak dapat diselamatkan sbbnya jari yang putus tu dah dibasuh. Tisu dan darah segar dah takde utk proses penyambungan...

Hm, teringat plak kes cousin Ummi yang jari telunjuk dia putus termasuk dalam eskelator dalam Sogo 14 tahun yang lepas. Disebabkan tindakan pantas orang ramai, jari dia dapat disambung semula walaupun sekarang jari dia tak boleh berfungsi sangat...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

1 comment:

kakyong said...

huhhh, ngerinya baca citer terkapak tgn adik tu...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi