"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Tag Barang Pertama

Assalamualaikum putera kecil yang dikasihi... Anas cepat sihat ya sayang... Sejak Anas masuk 1 tahun ni, makin kerap plak perut Anas meragam... Dah macam2 Anas nak cuba makan, mungkin perut Anas belum boleh terima lagi...

Dah lama Ummi tak update blog kan... Ummi agak sibuk sikit kat ofis. Banyak dah senarai Ummi nak update blog ni... Ummi cuba buat entry banyak2 dlm weekend ni, buat skali schedule post utk next week punye... kebetulan Abah takde weekend ni, boleh la Ummi berblogging kejap...

Entry pertama ni, Ummi mulakan dgn menjawab tagging by Ibu_Arifa a.k.a Kak Meen.
  • Barang kahwin pertama yang dipakai
bukan handbag tu tp jam tangan yang kat depan tu.
alkisahnya jam tangan lama Ummi rosak seminggu sebelum kenduri, merajuk kot sbb tau kite nak dapat jam baru.
  • Barang elektrik yang pertama dibeli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung.
kami beli tiga barang sekaligus: peti sejuk, mesin basuh dan TV. 4 bulan lepas kawen baru beli sbb 4 bulan lps kawen tu br pindah masuk umah sewa sendiri.
  • Barang pertama yang dibeli guna duit hantaran
Duit hantaran Ummi terus simpan masuk Tabung Haji, Ummi cuma guna duit mas kahwin je. Guna pun masa dah sarat mengandungkan Anas. Asalnya Ummi nak beli emas, tp masa tu harga emas melambung2, Ummi tunggu punya tunggu punya tunggu, last2 Ummi beli Sony Ericsson K800i cybershot nye.
  • Barang peribadi pertama yang dibeli selepas bergelar isteri
Ups, Anas tak leh tau!
  • Barang mahal pertama yang dibeli sebagai suami isteri (beli dengan capai keputusan bersama)
DSLR kot. Kami beli raya tahun lepas, masa tu Anas nak masuk 6 bulan. Beli sbb minat dlm photography, sama2 mengumpul. Excited nak amik gambar Anas banyak2
  • Tag 5 orang blogger yang lain

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, May 6, 2010

Tag cekodok dr Ibu Arifa

Assalamualaikum semua... Mesti semua dah breakfast kan... Korang breakfast ape pg tadi? Shira breakfast cucoq udang... Similar la to cekodok pisang kan... Ala2 kuih jemput2 jugak... Sedap kan cekodok pisang seperti dlm gambar ni... Sape suka cekodok pisang, sila jawab tag ni ye, then inform saya tau! Ummi Anas dpt tag ni dr Ibu Arifa aka Kak Meen...

Ummi suka cekodok pisang, Anas pun suka... Senang je nak buat, paling sedap makan panas2... Anas pun suke! Sbb Anas suka pisang.....

Jemput 'makan' cekodok ye kawan2.... Jgn lupa, sape yg suka makan cekodok pisang, amik tag ni ye, dh jwb, inform Ummi Anas tau!


Ummi & Abah sayang Anas!

Tuesday, August 4, 2009

Tag about 6th

Kali ni tag by Ummi Salsabila plak... Cam menarik je tag ni... Jom cube buat sesame ek...

These are the rules:
1. Go to your photo files... Select the 6th photo folder... okey
2. Select the 6th photo in that folder... done
3. Post that photo along with the story behind it...

Wa... Kek Besday Ummi last year la... Ni adik2 ipar wat surprise party... Thanks adik2 ku... Masa ni Anas dlm perot Ummi lagi tau! Baru 4 bulan dlm kandungan Ummi... Kebetulan besday Ummi last year jatuh last day Ramadhan... So, kami celebrate malam raya la...

Di samping sibuk2 memasak untuk juadah hari raya, adik2 wat surprise... Mmg surprise betul lah... Sebabnya Ummi ingat diorang nak kemas2 meja coz nak rasa lauk2 raya yang kami masak tu... Kalau kat Bukit Indah, malam raya mmg kami makan dulu lauk2 utk raya esoknya tuh... Ingat ke kat Arau cenggitu la jugak... Ummi pun sibuk la keluarkan rendang ayam yang Ummi masak siap2 kat umah Wan... Yang bawak siap2 tu bukannya apa coz Ummi tak tahan pedas.. Mak Tok Anas plak masak pedas2 tau... Tu yang bawak siap2... hehe...

Tibe2, adik2 bawak kek dari dapur... Patut la siang tu beria tak kasik Kak Long dekat ngan peti ais... Haha...

Apepun thanks sgt2 kat adik2... Ni first time celebrate besday as wife, and masa ni bakal jadi Ummi... First time sambut besday n raya kat umah mertua... (Sebenarnya Kak Long nangis malam raya tu, hehe... Kak Long tak pernah raya jauh dr family....)

Hm, masa ni gak berselera gak makan coz Ummi baru pulih dr alahan teruk awal2 pregnant dulu...

4. Then, challenge 6 blogging friends to do the same!
Kali ni, nak pilih yang top 6 dari pengomen2 bulan Ogos lah... Silakan menjawab ek... Yang Shira potong tu coz US dah tagged korang dulu... Jawab tau, dah jawab inform Shira ek...













Ummi & Abah sayang Anas

Tag shakeymirza 2

Ni tag untuk sesama manusia ye... Cinta yang Agung pastinya milik Allah S.W.T.

1. Sejak bila anda rasa jatuh cinta?
Sejujur2nya, sejak ada orang tu caring sangat pasal diri ini masa kat Nilam Puri, Kelantan... Dia selalu hantar sms yang membina kekuatan diri, mutiara2 kata, selalu pesan jaga HDA... Sejak tahu dia suka saya, dia nak ngorat saya... Sejak tu, saya rasa fall in love tp tak berani nak kata apa coz dia pun diam je, plak tu, masa tu banyak halangan, banyak suara2 sumbang, banyak fitnah...

2. Berapa kalikah anda pernah jatuh cinta?
Kalau cinta yang datang dari hati, cinta sejati la kiranya, the one and only... Sekali je...
Yang lain2 tu banyak hadir dr perasaan yang keliru... Itu semua my nightmare! Taknak kenang lagi dah...

3. Dimana anda mula2 berkenalan?
Kat sekolah menengah, hehe... Sila baca betul2 ye... Berkenalan bukan bercinta....

4. Berapa lama korang couple?
2002-2008 = 6 tahun... byk kali break gak nih... tp alhamdulillah, jodoh kami kuat... sebelum betul2 nak terima dia, km gaduh lama... ms raya haji 2006 sy cabar dia dtg jumpa family sy klu dia btul2 ikhlas, dan dia dtg... bln 1 2007 family dia dtg merisik, bln 6 2007 bertunang, 30 Mei 2008 nikah... Sekarang Anas pun dah 4 bulan dah...
Banyak cabaran & rintangan la kawan lama2 ni... So, pada yang belum kawen, yang tgh bercouple, kawen la cepat2... Yang belum couple, tak payah la nak bercinta lama2... Bila ada yg berkenan, terus buat istikharah, kawen cepat2...

5. Korang berdua mempunyai persamaan tak?
Sesungguhnya kami lebih banyak perbezaan berbanding persamaan... Tapi perbezaan itulah yang menyatukan kami... Persamaan sekarang yang paling ketara is kami sangat2 menyayangi insan yang sama--> Anas bin Ahmad Ashraf. Dan kami saling menyayangi dan sangat2 mencintai sesama kami...

6. Kalau korang berdua dating pegang tangan tak?
Of course... Dia selalu pegang tangan saya while driving... (Ehem2, masa baru2 kahwin dulu je la...) Sekarang pegang Anas la... Tapi still bila leh nak pegang tangan saya, dia akan pegang... Kami tak kisah orang dok tengok2... Kami dah sah, halal sebagai suami isteri, peduli ape kan...

7. Kalau ada orang lain nak dengan pasangan anda, apa reaksi anda?
Saya tak sanggup nak kongsi dia dengan orang lain... (memang ada skrg ni pun. tp dia tak tipu sy & ckp kat saya... kdg2 dlm ym... so, sy akan guna cara yg bijak nak halang diorang2 nih...) Hakikatnya, saya mmg jeles...

8. Jika dia tiba2 hilang tanpa pengetahuan anda apa yang akan anda lakukan?
Kalau saya boleh call kawan2 dia, saya akan cuba cari dia... Kalau tak dapat, nangis la... Tak sanggup bayangkan hal ni... Kan Anas kan...

9. Pernahkah anda termimpi atau teringatkan kekasih lama?
Dia satu2nya kekasih saya... Kalau ada pun, cinta monyet je...

10. Pernah tak anda cerita tentang kekasih lama anda pada pasangan anda skrg?
Takde kekasih lama la... Tapi kisah yg time saya keliru tu ada cite sblm kawin dulu... Kami dh saling memaafi... Itu sume pun nightmare sy... Saya sayang dia sorag je!....

11. Hadiah paling indah & berharga adalah?
Menjadi suami yang terbaik buat saya dan menghargai saya sebagai isterinya dan sentiasa mebahagiakan saya...

12. Pasangan anda suka kanak2?
Sangat-sangat ye... Dia sangat pandai tackle budak2... Sume budak2 pun akan cepat mesra dgn dia...

13. Anda nak berapa ramai anak dengannya?
Setakat ni mcm takut lagi nak jawab soalan ni... haha... Tp dulu bercita2 nak 4 orang...

14. Apa yang anda ingin hadiahkan kpd psgn anda tp tak berani nak bagi?
Rasanya takde... Ntah, tak terpikio la skrg neh...

15. Siapa yang ingin anda tagged selepas ni?
Saya nak tag semua yang baca ek... Jangan ngelat tau... Korang mmg sporting... Kan, kan, kan...

Ummi & Abah sayang Anas

Monday, August 3, 2009

Tag shakeymirza 1

Adoi hai, banyak tul shakeymirza tag Ummi Anas tau... Takpe, Ummi cuba luangkan masa untuk jawab sume...

Tag 1:
1. Nama kekasih anda:
Ahmad Ashraf bin Mohd Zabawi

2. Umur kekasih hati:
25 tahun 6 bulan 10 hari (hari ni)

3. Insiden pertemuan: (banyak kisah nih)
Babak 1:
Kat Universiti Camp 1995 (ke 1996 ek, tak bape ingat dah), kat UUM, Sintok, Kedah. Masa tu Ummi tak bape perasan sangat Abah Anas... Tapi bila dah bercinta, Abah Anas cite balik segala kejadian kat Universiti Camp tu, Ummi terkejut sangat... Rupenya Abah dah lama perhatikan Ummi, Ummi je yang tak sedar, tak perasan...

Babak 2:
Lepas tu jumpa balik kat MATRI, masa nak daftar masuk Form 1, tahun 1997... Kete family Abah parking sebelah kete family Ummi... Ummi of course la tak kenal Abah... Tapi Abah kenal Ummi & dia cakap dalam hati, akhirnya jumpa Ummi balik. Kami satu kelas masa Form 1 & Form 2... Tapi Ummi takde la perasan sangat Abah dlm kelas tu... Mungkin sebab Abah pendiam, geng budak2 baik... Ummi plak nakal dulu, suka gaduh ngan budak2 laki yang geng nakal2 nih... Tapi rupenya Abah dah lama menyimpan perasaan, cuma tak berani je coz dia tahu ada orang lain yang minat kat Ummi & dia rasa mcm tak layak nak kawan ngan Ummi... Ape la Abah ni... Tapi, masa form 3, 4 & 5, Aba Anas ni sangat2 la femes di kalangan kawan2 Ummi, ada yang cakap Abah ni 'jejaka idaman malaya' la... Abah Anas memang ramai peminat... Tapi sikit pun tak terlintas di hati Ummi, akan jadi pilihan Abah Anas...

Babak 3:
Lepas habis SPM 2001, Ummi keluar ke Kangar, masuk CC... Nak chat, masa tu femes MIRC... Tengok Abah Anas online... Ummi malas nak tegur sbb kami tak se'geng'... Dia budak baik, Ummi nakal... Tapi, Ummi nak tolong kawan... (Kisah ni biar dirahsiakan ya utk menjaga sensitiviti kawan2 Ummi) Secara kebetulan je Ummi borak dgn Abah Anas kat chat room tu... Masing2 berlainan niat, Ummi nak tolong kawan tapi Abah Anas mmg nak ngorat Ummi time tuh... Kisah berpanjangan sampai ke e-mel-sms-call... Tapi kami cuma kawan... Dah lebih 10 bulan bkawan, baru lah Abah Anas meluahkan perasaan, nak Ummi jadi teman hidup...

4. Kelebihan dia di mata anda:
Abah Anas seorang yang sangat2 penyabar, sangat2 menjaga agamanya, selalu sms Ummi mutiara kata... Selalu pesan Ummi jaga HDA (Hubungan Dengan Allah), sangat caring pasal Ummi, pandai memujuk, rajin tolong Ummi buat keje umah, tahu Ummi tak bape suke tengok movie, tapi Abah tetap berusaha cari movie yg best2 utk tengok dgn Ummi, selalu tegur kesalahan Ummi dgn cara berhikmah, tegas dan selalu ajar Ummi benda2 baru yg Ummi kekurangan...

5. Harapan:
Nak jadi isteri solehah utk suami yang soleh utk mendidik anak2 menjadi anak yg soleh/solehah, nak masuk syurga bersama2 sekeluarga...

6. Gambar kekasih hati:


Tag 2:
NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Sha, Shiera, Along, Kak Long

ANDA SEORANG YANG:
huhu, daku sentiasa nak memperbaiki diri untuk kebahagian keluarga...

INSAN TERISTIMEWA:
seluruh my big family... tapi yg paling istimewa is AHMAD ASHRAF BIN MOHD ZABAWI la...

DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DI MATA ANDA:
Sama seperti jawapan no.4 utk tag di atas...

LAGU KESUKAAN ANDA:
Sekarang ni Ummi suka child songs dari Yusof Islam & Zain Bhika...

MAKANAN KESUKAAN ANDA:
of course la apa yang Ummi masak... Tapi Ummi cam suka western food la... Tapi dlm sehari kena makan nasi jugak2....

WARNA KESUKAAN ANDA:
Blue, Purple, Green, Balck & White, Turqoise...

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Bila saya tak dapat luahkan apa yang saya rasa, bila saya luahkan orang tak faham & marah2 saya & salahkan saya 100%...

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
Purse, Handpone, Pen...

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA:
Yang menangis teruk ek... Last Tuesday rasanya... Saya menangis dpn staff sbb kena marah 2x.. Sekali masa call S***M utk tanya hal financial utk projek baru km... Then, kena marah ngn boss (mrangkap my dad) sbb call S***M tak bincang ngn dia dulu... Saya cuba nak explain but saya tak leh nak explain sbb cakap sy dipotong, dan org salah faham thadap saya dan saya terpaksa terima sume tu salah saya wlupun pd hakikatnya diorang dah salah faham... Uwaaa....

TAG 7 RAKAN ANDA:
ehm, nak pilih sape ek? pilih top commentator dlm AshA's Family lah...














Ummi & Abah sayang Anas

Tuesday, July 7, 2009

Awards...again...

Ummi nak cepat2 tempek award2 ni... Takut basi, and takut hutang lama2 sangat kat MamaManja & KakYong... Thanks kasik Shira award ni....

First award dtg dr MamaManja sempena memeriahkan Father's Day Contest yang dianjurkan oleh beliau... Walaupun tak menang, MM tetap bg award kat 25 peserta yang telah memeriahkan contest beliau... Tahniah kpd MamaEsya yang telah memenangi this contest...
This second given by KakYong... Daku terpilih sebagai penerima award kerana rajin mengomel kat blog kakyong 1-2 July lepas... Tapi nak amik award ni, kena jawab tag la plak... Takpe2, daku cube luangkan masa demi kakyong tersayang...
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

kakyong... Ibu kepada 3 org anak yang sangat2 rajin berblogging... Banyak info dapat dr kakyong ni especially parenting matters... Best sangat dpt kenal ngn kakyong...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)

- sekarang tgh gila nak baca novel balik sedangkan zaman tu dah berlalu since my final year kat UIA... tapi mmg agak merangkak-rangkak la baca novel... baru sedar dah dewasa (uwekkk) rupenye saya nih... baca novel remaja, agak susah nak faham gaya penulisan seorang remaja... (ecece...mcm dewasa sgt la saya ni kan...)

- addicted dgn blog... (keje tetap keje, hehe... skrg rest jap nk tempek award... hehe...)

- baru dpt sms dr Pak Cik Mus (kawan ayah), rapat ngan Pak Cik ni dari kecik lagi... SMS beliau: Asslmlkm anknda shaakira, jzkillah dh trima. Baby comelnya. Ninda ber2 must be very proud. Bla dodoikan baby bnykkn selawat dn zikir. Bnyk brcakap dn brceritadgnnya. Crita tntnghjt agr baby jd ank yg brimn dn solleh. Kena bnyk brsabr jd seorg istri, ibu dan ank -3in one dlm satu masa.

- Seronok sangat skrg coz smlm nmpk Anas dah pandai pegang & belek2 benda yang dia pegang tu... Kalau pegang something kuat sangat, tanak lepas...

- Sangat bahagia dgn life skrg...

- Tgh bersedih coz Abang nak tinggalkan kami 2 malam, camping kat hutan...

- My Wishlist - kamera canggih cam Uncle Munet nye kamera...

- Malam ni balik lambat lagi... Pastu malam Abang gi Kuala Nerang plak... Abah tak main dgn Anas la hari ni...

- Esok nak puasa ganti...

- tengah tunggu 2 berita baik dari Ayah...

- Ummi dah kering nih.... Terbabas bajet bulan nih coz gi KMC awal bulan ritu... Sampai 300 caj... Mak aih, mahal la dah gi spital swasta... Huhu...

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.The Blogger Award Friendship goes to :

yang recently baca blog Ummi & tinggalkan jejak... Thanks kalian... Tanpa kalian, apa lah blog ini...

-[-suziey-]-UmmiKhayra-UmmiSalsabila-isya-Fazlinil Irma Mohamed Aki-miela77-mamaUzma-mamaEsya-

amik ye kawan2ku...

Wednesday, June 3, 2009

Tag: Google...Google...Google..

Tag ini dari Ummi Salsabila. Tag yang sangat adventure, ade rules lagi ha!

Use Google image to find the answer to the questions below as rules. Choose images from the first page only and after that Tag 7 people.

1.Wish
Ummi harap Anas membesar dengan sihat & cergas, jadi anak soleh, pintar & cerdik, taat perintah Allah, cintai Rasulullah dan sayang Ummi & Abah...

So, Ummi taip 'anak soleh' & Ummi choose this picture...


2.The City I Was Born In
Ummi lahir kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


3.The City I Was Working In
Alor Setar, Kedah... Kawan2 Ummi sume keje kat KL/Sel... Ummi sorg je keje sini. Tapi ofis Ummi dekat la dgn Menara Alor Setar (gambar di bawah ini)


4.A Place I'd Like To Travel
Makkah al-Mukarramah... Sume org Islam teringin nak pegi Makkah... Ummi dah kerap kali mimpi Ummi dah sampai depan Ka'abah... Yang paling Ummi hairan setiap kali Ummi mimpi gi Makkah, Ummi mimpi pegi dgn arwah kawan baik Ummi yang dah meninggal dunia 2 tahun lepas, Siti Shofiah Mohd Ismail... (al-Fatihah)


5.A Favourite House?
Ummi lebih suka Rumah Berkembar, tak kisah la setingkat or dua tingkat. Yang penting Ummi boleh decorate cantik2... Ummi minat sgt ID... Anas jangan sepah2kan umah plak tau! Hehe...


6.A Favourite Animal?
Kucing.... Ala, tomeinye kucing2 ni... Kat umah Atuk & Wan ada la kucing... Umah kami blom ada kucing, Anas pun kecik lagi...


7.The People I want To Tag
Kak Irma
Fatihah
Idah Mazlan
Abah Anas
......
......
......


Ummi & Abah sayang Anas
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi