"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, August 4, 2009

Tag shakeymirza 2

Ni tag untuk sesama manusia ye... Cinta yang Agung pastinya milik Allah S.W.T.

1. Sejak bila anda rasa jatuh cinta?
Sejujur2nya, sejak ada orang tu caring sangat pasal diri ini masa kat Nilam Puri, Kelantan... Dia selalu hantar sms yang membina kekuatan diri, mutiara2 kata, selalu pesan jaga HDA... Sejak tahu dia suka saya, dia nak ngorat saya... Sejak tu, saya rasa fall in love tp tak berani nak kata apa coz dia pun diam je, plak tu, masa tu banyak halangan, banyak suara2 sumbang, banyak fitnah...

2. Berapa kalikah anda pernah jatuh cinta?
Kalau cinta yang datang dari hati, cinta sejati la kiranya, the one and only... Sekali je...
Yang lain2 tu banyak hadir dr perasaan yang keliru... Itu semua my nightmare! Taknak kenang lagi dah...

3. Dimana anda mula2 berkenalan?
Kat sekolah menengah, hehe... Sila baca betul2 ye... Berkenalan bukan bercinta....

4. Berapa lama korang couple?
2002-2008 = 6 tahun... byk kali break gak nih... tp alhamdulillah, jodoh kami kuat... sebelum betul2 nak terima dia, km gaduh lama... ms raya haji 2006 sy cabar dia dtg jumpa family sy klu dia btul2 ikhlas, dan dia dtg... bln 1 2007 family dia dtg merisik, bln 6 2007 bertunang, 30 Mei 2008 nikah... Sekarang Anas pun dah 4 bulan dah...
Banyak cabaran & rintangan la kawan lama2 ni... So, pada yang belum kawen, yang tgh bercouple, kawen la cepat2... Yang belum couple, tak payah la nak bercinta lama2... Bila ada yg berkenan, terus buat istikharah, kawen cepat2...

5. Korang berdua mempunyai persamaan tak?
Sesungguhnya kami lebih banyak perbezaan berbanding persamaan... Tapi perbezaan itulah yang menyatukan kami... Persamaan sekarang yang paling ketara is kami sangat2 menyayangi insan yang sama--> Anas bin Ahmad Ashraf. Dan kami saling menyayangi dan sangat2 mencintai sesama kami...

6. Kalau korang berdua dating pegang tangan tak?
Of course... Dia selalu pegang tangan saya while driving... (Ehem2, masa baru2 kahwin dulu je la...) Sekarang pegang Anas la... Tapi still bila leh nak pegang tangan saya, dia akan pegang... Kami tak kisah orang dok tengok2... Kami dah sah, halal sebagai suami isteri, peduli ape kan...

7. Kalau ada orang lain nak dengan pasangan anda, apa reaksi anda?
Saya tak sanggup nak kongsi dia dengan orang lain... (memang ada skrg ni pun. tp dia tak tipu sy & ckp kat saya... kdg2 dlm ym... so, sy akan guna cara yg bijak nak halang diorang2 nih...) Hakikatnya, saya mmg jeles...

8. Jika dia tiba2 hilang tanpa pengetahuan anda apa yang akan anda lakukan?
Kalau saya boleh call kawan2 dia, saya akan cuba cari dia... Kalau tak dapat, nangis la... Tak sanggup bayangkan hal ni... Kan Anas kan...

9. Pernahkah anda termimpi atau teringatkan kekasih lama?
Dia satu2nya kekasih saya... Kalau ada pun, cinta monyet je...

10. Pernah tak anda cerita tentang kekasih lama anda pada pasangan anda skrg?
Takde kekasih lama la... Tapi kisah yg time saya keliru tu ada cite sblm kawin dulu... Kami dh saling memaafi... Itu sume pun nightmare sy... Saya sayang dia sorag je!....

11. Hadiah paling indah & berharga adalah?
Menjadi suami yang terbaik buat saya dan menghargai saya sebagai isterinya dan sentiasa mebahagiakan saya...

12. Pasangan anda suka kanak2?
Sangat-sangat ye... Dia sangat pandai tackle budak2... Sume budak2 pun akan cepat mesra dgn dia...

13. Anda nak berapa ramai anak dengannya?
Setakat ni mcm takut lagi nak jawab soalan ni... haha... Tp dulu bercita2 nak 4 orang...

14. Apa yang anda ingin hadiahkan kpd psgn anda tp tak berani nak bagi?
Rasanya takde... Ntah, tak terpikio la skrg neh...

15. Siapa yang ingin anda tagged selepas ni?
Saya nak tag semua yang baca ek... Jangan ngelat tau... Korang mmg sporting... Kan, kan, kan...

Ummi & Abah sayang Anas

3 comments:

Nadiah Sidek said...

ala...kalu tak nk jwb tag ni leh tak? segan la org baca. kuikuikui..

Ummi Shira (AshAnas) said...

::NaDiaH SiDeK::
ala, bleh la... jwb simple2 je... shira pun mule2 malu nk jwb... tp sume org ada perasaan ni kan... ada yg bcinta b4 kawin ada yg bcinta lps kawin... perjalanan jodoh kita, Allah dh tentukan... yg pasti sume org ada perasaan cinta kan...
shira nk jwb ni pun shira risau ada sesetengah org takleh terima, tp shira nak share ngn dia betapa shira sygkan dia n shira tulis dlm blog... hehe...

Ibu Ayra said...

k.long dah jwb tag yg first tu..yg 2nd blom lagi...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi