"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


~Ummi update via handphone~

Salam aidiladha dr AshA's Family.. Huhu, tak sempat nak update guna laptop cm biasa. Alhamdulillah la ada hp ni yg byk membantu. Tp satu kekuranganya limited nk upload gambar. Then,sjk dh ada dslr, Ummi jarang guna hp dah utk amik gambar Anas. So, Ummi hentam je taruk gambar apa2 pun. Kira aci ek..

Maaf kpd semua yg ternanti2 Ummi update. Ummi tak sempat sgt sbb Ummi sgt bz. Blk rumah dh letih, nak main dgn Anas lg.. Ummi jalan2 kt rumah kwn2 sume tp jrg dpt tinggalkan jejak. Sekadar membaca je la. Tanak ketinggalan.. ;-)

Tuesday, November 24, 2009

Kecik sgt ke?

~Ummi update via handphone~


Hari ni tekejut sgt bila baca newspaper, baby sberat 6.15kg dilahirkn di kedah.. Anas yg dh nk masuk 6 bln ni pun berat tak sampai 7kg.. Hm, tu yg dok tmenung sat ni...

Kecik sgt ke Anas? Berat 6.3kg ms 7bln, tu pun naik just 0.3kg dr berat ms 6bln... Parents Ummi takde la komen apa2 psl ni sbb diorang nmpk mcm mana Anas mamam & diorang tahu betapa Anas sgt2 aktif...

Tapi perkara ini tlh mmbuatkn PIL Ummi temenung pikir nape la cucu diorang kurus & kecik sgt.. Siap diorang soal siasat Ummi, Ummi bg Anas mkn apa? Berapa kali Anas mkn sehari? Anas minum air masak tak lepas mkn?

Maaf sbb Ummi luahkn kat sini, tapi soalan2 tu membuatkan Ummi agak bkecil hati seolah2 Ummi tak bagi Anas makan cukup.. Komen2 yg mengatakan Anas kecik sgt, membuatkan Ummi rasa mcm org sekeliling tgk Ummi tak bagi Anas mamam..

Terus terang Ummi ckp, Ummi pun risau dgn berat badan Anas. Tp as long Anas sihat, aktif & ceria (tersangat2 aktif ya!), Ummi tak la terlalu risau coz paed Anas pun tak risaukan pkembangan Anas..

Skrg Ummi nak cite apa yg Anas mamam... Tiap2 hari Ummi akan masak sendiri bubur utk Anas, Ummi pelbagaikan jenis bubur utk Anas rasa the variety of food. Dan Ummi nmpk Anas suka bubur nasi + kentang + karot + ayam + sup.. Dan tiap2 pg Ummi akan bekalkan 3 senduk bubur utk Anas, licin.. Then, ptg atau mlm Anas mkn biskut plak.. Bab minum susu plk, Anas masih bf.. Siang mmg tak byk minum coz Anas prefer direct bf & Anas akn minum byk mlm2..

Anas tersangat2 la aktif, asyik nak main ja... Siang tido sikit je, mlm br tido lama2..

Mommies di luar sana, tlg la share pendapat kalians.. Ummi Anas dah sgt2 bmuram durja memikirkan hal ni...

Monday, November 23, 2009

Project Mega Blogger : Care For Kakyong

~sticky mode entry for those who care~

Ummi dah sangat2 merindui kakyong... Selalu jugak tertanya2 bila kakyong akan muncul lg... Last contact kakyong ms jadi juri untuk contest main air dulu. Lama dah kan... Mmg Ummi maklum laptop kakyong rosak tp tak sangka seserious ini... kesian kakyong... Kakyong mmg famous kan di kalangan bloggers... Sbb kakyong ni sangat2 menghargai pengunjung2 blog dia, banyak create awards utk bloggers and sentiasa tinggalkan jejak kat blog kita kan... Itu lah istimewanya kakyong sehinggakan ketiadaan dia di alam maya ni sangat2 dirasai... Jom sama2 membantu kakyong @ blog sitisifir10....

PROJECT SUCCEED
~copy & paste from SitiSifir10~
Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.

Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.

Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.

Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.

Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, saya akan pulangkan kepada tuan punyanya kerana orang terakhir telah bank in RM 50. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.

Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.

Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)
Tak sabar nak tunggu Catatan Ibu beroperasi semula & facebook KakYong juga...

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, November 12, 2009

Entry bosan....

Rasa macam nak update blog tapi tatau nak update ape... Sbbnya dah bosan kot... Ummi dah bosan tgk template yg same je... Nak tukar2 tp: 1. tak pandai, 2. tak tau nak pilih, 3. tak sempat nak belajar, 4. takde masa nak berlama2 dpn laptop, 5. busy dgn keje, 6. Anas demam smlm, 7. letih sangat...

Sudahnya, jadi malas nak update blog...

Hm, jom usya gambar last 2 weeks lah ek, hari tu ms berkobar2 nak upload gambar2 ni, masa takde... Bila dh ada masa meng'edit', malas nk buat entry baru la plak... Sudahnya, gambar2 yg dah basi la yg dihidangkan buat kenangan Anas @ Sua Rasa TV9, Stadium Darul Aman, Alor Setar, 30-31 Oktober 2009...

Ummi ni tak pernah pergi karnival yg stesyen TV buat ni... Tapi kali ni teringin nak pergi, tu pun lps dgr cite kwn2 pejabat apa yg ada kat sana...

Ekceli Stadium Darul Aman tu dekat sesangat lah dgn ofis Ummi, jalan kaki sekejap je sampai... So, bingit2 kat sana tu kedengaran la sampai ofis... Kebetulan plak minggu tu Ummi n Abah keje, buat OT... Hari Jumaat tu tak pergi pun coz Abah gi Kulim... Hari Sabtu baru pergi... Tu npun sbb tgk TV pg tu, ada Upin & Ipin... Ummi plak yg excited nak bawak Anas... Hehe...

Kat sana yang bestnya booth produk2 pertanian la... Macam nak beli sume je... Tapi, Ummi beli yang patut2 je la... Tak de la membazir... Yang penting gambar... Hehe...











Ummi & Abah sayang Anas!

Friday, November 6, 2009

Berkat baju raya Ummi jahit sendiri...


Alhamdulillah, berkat baju raya Anas yang Ummi jahit sendiri last minute before raya dulu... Anas menjadi pilihan juri professional untuk dinobatkan sebagai 2nd baby boy comel berbaju raya yang dianjurkan oleh BabyIbu aka Yana... Thanks Yana, semoga murah rezeki Yana coz Yana ni sangat2 pemurah sbb Yana suka bagi hadiah kat orang... Satu kepuasan bagi Yana bila dapat kasik orang hadiah... Bertuah Ammar kan...

Ummi nak ucap terima kasih kat semua yang wish for Anas, yang selalu support Ummi untuk membesarkan Anas dalam suasana dakwah & tarbiyyah...

Anas, kena ucapkan terima kasih kat Wan & Mak Tok tau coz tolong Ummi jahit baju raya Anas nih... Wan potong kain, Mak Tok jahit tepi, then Wan tolong sambung2kan sambil Ummi belajar dgn Wan cara nak sambung2 kain utk dijadikan baju... Then Ummi jahit sembat, kancing & getah seluar...

Ummi & Abah sayang Anas

Tuesday, November 3, 2009

Anas in Blue ~Cutest Baby In Blue Contest~

Semangat nak bercontest lagi nih... Weekdays asyik busy dgn keje je sampai tak sempat nak berblogging. Balik malam, dah letih sangat nak menatap laptop nih... So, di malam minggu ni, Ummi nak update banyak2 termasuklah mengejar contest lagi... Hehe... Kali ni Ummi nak join contest by Eliza Dianna sempena her 5th anniversary 17 November nih... Happy Anniversary ya!

Yang membuat Ummi sangat2 teruja dgn contest ni disebabkan Ummi ni sangat2 suka blue colour... Masa pregnantkan Anas dulu, bila tahu je baby dlm kandungan ni boy, barang2 Anas sume Ummi belikan blue color... Dah berpinar dah mata Abah tengok sume biru je... Hehe... So, Anas mmg banyak baju kaler biru, selimut pun biru, alas tilam biru, tilam, bantal sume biru, tuala biru, botol biru... Hm, sume biru kan... Awal2 dulu Ummi tak de la suke sangat warna biru ni... Tp sejak kenal Abah, Ummi jadi suka sangat warna biru... Mungkin disebabkan Abah bila pakai baju biru, nampak hensem sangat... Hihi... Ummi tau ada org dok perasan & kembang semangkuk baca statement Ummi kat sini... Ekeke... Tapi kan Abang, klu Abang pakai biru muda kan, lagi smart tau! Hehe...

:: Pictures of Anas in Blue ::
Day 2: Baru balik dr Pusat Rawatan Mahsuri, in blue blanket with hood, atas tilam & bantal polka dot biru (Wan Anas jahit sendiri tau!)

Day 7: Baru lepas bercukur rambut

~The latest one~

Anas bin Ahmad Ashraf (7 months)

Ummi & Abah sayang Anas


Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi