Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.
Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.
Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.
Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.
Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, saya akan pulangkan kepada tuan punyanya kerana orang terakhir telah bank in RM 50. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.
Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.
Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)
No comments:
Post a Comment