"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, July 26, 2011

The best parking

Hari ni nak selit sikit2 gambar terkini. Nak tunggu Ummi update kisah2 yang dah lepas2 tu, tatau la bila. Banyak lg nak story, byk dah draft, tp tatau la bila nak sambung n publish...





Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Monday, July 18, 2011

Nak tukar nickname

Ummi dah tak boleh guna nickname AshAnas lagi dah sbb sekarang dah ada Aliff. Buntu la plak nak tukar ke nama apa....

Ummi Anas Aliff?
Ummi Shira?
Ummi AA?




UPDATE:
Skrg Ummi guna nama Ummi Shira (AshAnas). Still kena letak AshAnas tu takut org tak kenal bila nak komen nanti, hehe... Lama dah tak bw ni... Byk benda nak cover...


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Dan perjalanan breastfeed adik Aliff pun bermula....

Alhamdulillah, impian Ummi nak Aliff minum susu Ummi dulu lepas lahir tercapai jugak. Masa Abang Anas dulu, Ummi tak tahu yang diorang akan terus bagi fm... Sedih sangat masa tu.

Walaupun agak lambat (sbb Aliff ada masalah sikit lepas lahir), tapi makanan dan minuman pertama yang masuk ke mulut dan perut Aliff lepas dilahirkan ialah susu Ummi. Alhamdulillah, Ummi dapat peluang menyusukan Aliff buat pertama kali di labor room @ 5.00 pm. Agak lewat sikit kan sbb Aliff lahir kul 3.30pm. Masa lahir Aliff tak menangis (mungkin sbb Ummi banyak sangat hidu gas Ethonox masa tgh sakit tu, so Aliff pun lali sama) so Aliff dipantau for 1 hour lepas lahir. Lepas Abah azankan Aliff, baru la nurse bawak Aliff kat Ummi.

Ummi dah cerita kan kat KMC takleh rooming-in, so Ummi yang kena turun ke nursery every time baby nak menyusu. Tapi KMC bukan hospital rakan bayi lah. Servis lain sume ok. Tapi bab tu masih banyak kekurangan dan harapnya pihak KMC leh baiki. KMC kena faham betapa pentingnya bayi terus diberi susu ibu selepas lahir, betapa pentingnya rooming-in & skin to skin contact tu. Stop bebel about KMC, huhu... Ummi dah story sikit dalam previous entry.

Pregnantkan Aliff, Ummi dah kumpul ilmu ttg breastfeeding. Dah faham masa awal2 bersalin susu memang sikit je. Tapi mentality org tua2, ttp tak puas hati pasal susu sikit tu. Bagi diorang baby kena minum 2oz sekali minum, hadoi. Oh ya, ni Ummi bercakap ttg bidan Ummi ya. Awal2 die datang die dah suh Abah gi beli fm utk top up sbb Ummi pam dapat 0.5oz je. Die cakap mana cukup. Nanti nak berurut susah, baby asyik nangis nak susu je. Malas nak lawan cakap ngan die, Abah gi beli jugak fm, Ummi pesan cari yg paling murah sbb bukan nak bagi baby minum pun, nak jaga hati makcik bidan je... huhu...

Alhamdulillah, sblm berurut, Ummi dah nyusukan Aliff siap2 dan dia elok je tido sampai Ummi selesai mandi. Mak Bidan bancuh je fm tapi mmg baby tak minum langsung. Ada sekali tu lepas Aliff menyusu dia ckp cmni tau.

Bidan: Sat ja minum, cukup ka susu tu? Ntah2 baby tak kenyang. Awai2 ni mmg la susu sikit, along kena la beli gak susu tepung bagi baby minum, kesian kat dia tu.
(Masa ni baby memang dah tido, sua nenen lagi pun, die takmau)
Ummi diam je, senyum2, dalam hati, insya'Allah, susu Ummi cukup untuk baby.
Bidan: Cuba bagi dia sendawa, kalau dia kenyang tu nanti dia belahak. Kalau dak tu, memang la susu along tak cukup untuk dia.
Ummi pun pusingkan baby nak sendawakan. Baru je angkat sikit, dengar 'burp', baby dah sendawa.
Ummi: Tu baby dah belahak dah.
Bidan: Hm, dah kenyang dah takpa la. Dok takut tak cukup ja. (Nada takmau mengalah) Tapi kan along, awai2 ni memang la kena bagi susu tepung dulu. Bukan lama pun, 2 3 hari nanti susu banyak, takyah la bagi susu tepung dah.
Ummi malas nak balas sbb dia bidan kan... So, senyum and diam je la...

Psstt... Baru last week masa mengemas, dah buang satu tin susu tu, huhu... Sayang je duit Abah beli susu tin ni hari tu.

Ada yang dah tahu, Ummi menyusukan Anas sampai la malam sebelum bersalin. Dan selepas Aliff lahir, Ummi terus susukan Aliff. Mula2 Ummi ingat susu untuk Aliff ada sebab Ummi still breastfed Anas sampai nak bersalin. Tapi sebenarnya tak macam tu. Nanti Ummi cite kenapa Ummi cakap cmtu.

Nak tahu, lepas je bersalin, cuma 3 kali Anas nak menyusu. Lepas tu dia sendiri takmau dan cakap susu Ummi rasa lain. Sekejap cakap masam, sekejap cakap manis. Yang pasti die tanak & buat muke pelik sbb susu dah berubah rasa.

Mesti korang sume pernah dengar orang tua2 ckp masa mengandung takleh menyusu anak sbb nanti takde susu untuk adik.. Kan? Dan abang/kakak takleh kongsi susu dengan adik. Selalu kan dengar camtu. Lagi satu orang cakap kalau dah mengandung nanti susu kering. Ummi sepanjang mengandungkan Aliff, Anas memang menyusu je. Gi mana2 memang tak pernah bawak fm. Anas memang takmo minum fm kalau dengan Ummi. So, gi berjalan pun memang die menyusu je.

  1. Orang cakap bila mengandung susu akan kering. Alhamdulillah, susu Ummi cuma makin berkurang tapi tak kering. Cukup untuk Anas. Buktinya, Anas tak pernah mengamuk tak cukup susu. Lagipun dia dah boleh makan macam2. So, tak perlu risau die tak cukup zat makanan.
  2. Orang cakap tak boleh menyusu anak masa mengandung, nanti adik tak dapat susu. Dari apa yang Ummi alami sekarang, Aliff lagi cepat besar dari Anas, sekarang sangat la debab. Dan susu Ummi sekarang lagi banyak dari dulu.
  3. Ada lagi orang cakap, kalau menyusu anak sampai nak bersalin, nanti kesian kat baby baru lahir tak dapat kolostrum. Tapi Alhamdulillah, itu masih mitos dalam penyusuan. Faktanya, kolostrum Ummi untuk Aliff ada sampai hari ke-10, susu kuning pekat.
  4. Ada jugak yang cakap, abang/kakak tak boleh berkongsi susu dengan adik sbb diorang amik hak adik. Ummi mmg tak tandem nurisng tp kawan2 Ummi cakap, susu makin banyak bila tandem nursing sbb demand tinggi. Kan konsep penyusuan susu ibu ni ialah demand & supply. Bila demand banyak, kilang akan berusaha lebih untuk supply lebih.
Hari ke-10, Ummi pam susu awal2 pagi untuk Aliff minum sebelum dia cukur rambut dan Ummi nak bertungku. Susu kolostrum masih ada kan.

Oh ya, mitos tentang kalau anak masih menyusu masa mengandung, abang/kakak minum hak adik tu kan, ape yang ummi nampak berdasarkan pengalaman Ummi dan Anas sendiri, tak betul la. Sebab Anas masih selesa menyusu sampai la Ummi nak bersalin. Tapi lepas bersalin je terus die takmau sebab susu dah rasa lain. Automatik rasa susu tu berubah lepas bersalin bukan masa mengandung. Means, susu untuk adik keluar lepas bersalin, khas untuk adik plak.

Apapun, Ummi berjaya menyusukan Anas sampai 2 tahun 1 bulan 2 minggu. Bila Anas dah tanak menyusu lepas Ummi bersalin pun, Ummi puas hati sebab hak Anas dah tertunai. Ummi tak pernah berehat lagi dari penyusuan susu ibu, sekarang continue untuk adik Aliff plak. Tipu la kalau Ummi cakap tak rindu saat menyusukan Anas. Ummi rindu sangat. Lebih2 lagi sekarang bila Anas semakin nakal, Ummi rasa cam nak suh Anas menyusu balik. Tapi Anas pun dah besar. Dah 2 tahun lebih dah...

Alhamdulillah, Aliff masih eksklusif bf. Ramai yang cakap Aliff lagi debab dari Anas. Aliff fully bf sejak lahir dan Anas plak dah campur fm sampai 2 bulan. Lepas 2 bulan baru fully bf. So, mitos anak yang fully bf ni kecik, tak betul sama sekali. Dan mitos, kalau abang minum susu ibu masa mengandung, adik lahir kecik tak cukup zat pun tak betul. Sebabnya Aliff lahir 3.15kg, Anas plak lahir 2.8 kg. Means, berat Aliff lagi banyak dari Anas.

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Wednesday, July 13, 2011

Aliff kena prolonged jaundice

Hari ke-3 masa nurse dtg umah, nurse suh bawak baby gi cek kuning kat klinik kesihatan. Bacaan 11. Hari ke-4 cek lagi, naik 13. Bidan cakap mungkin kuning die naik tinggi sebab tali pusat nak luruh. Die cakap kalau dah luruh tali pusat mesti kuning dia pun turun. Jangkaan bidan ttg tali pusat nak luruh tu betul la sbb petang tu tali pusat Aliff luruh. Tapi hari ke-5 bacaan naik ke 14, dan hari ke-6 terus admitted ke wad sbb bacaan 15.6, kena letak bawah lampu.

Yang sadisnya, kenduri aqiqah dah well-planned nak buat hari ke-7, nak cukur rambut semua. Tapi rancangan Allah lebih pasti. Tiga malam Ummi dan Aliff bermalam di Hospital Jitra. Hari ke-9 baru keluar dgn last reading 12.4. Kenduri Aqiqah berlangsung tanpa kami. Oh ya, malam pertama warded, bacaan naik sampai 20.1, terus on dua lampu dan hampir2 nak kena refer ke Hospital Sultanah Bahiyah. Tapi bacaan kul 3 pagi turun kepada 16.

Banyak petua nak turunkan jaundis dah kami cuba, Allah izin, semua tak berkesan untuk Aliff. Lepas 2 minggu jaundis masih ada, Aliff di refer kpd Paed. Hari ke-17 gi KMC, amik darah & buat urine test. Dua hari lepas tu dapat result, ada kuman dalam air kencing dia. Alhamdulillah, bukan lah penyakit yang serious atau penyakit berkaitan hati atau efek kat otak. So, on antibiotik for 7days. Genap umur sebulan refer Paed balik, Alhamdulillah, kuning dah takde, kuman dalam air kencing pun dah takde. Tapi Dr.Sharifah suh kami pantau Aliff lagi. If Aliff demam tanpa sebab, kena cepat2 bawak jumpa doc sbb takut kuman tu datang balik. Kanak2 lelaki mmg mudah dijangkiti kuman dalam air kencing... So, kena pantau betul2...

Sepanjang Aliff masih jaundice, Ummi sangat jaga makan. Ummi tak makan apa2 yang terlalu panas, risau kuning Aliff tak turun. Ubat2 jamu semua tak makan. Memang rasa lain macam sgt badan, nifas pun tak lancar. Harapkan bertungku dan bengkung je la. So, lepas kuning dah takde, baru la Ummi start makan ubat. Kali ni Ummi guna Nona Roguy, Alhamdulillah, Ummi puas hati sangat. Sedap je badan.


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Monday, July 11, 2011

Pengalaman bersalin (Aliff)

Ramai tul yang request suh saya update ttg pengalaman bersalin kali ni, termasuklah, adik2 junior Ummi yang masih bujang, huhu... Seronok ye baca pengalaman bersalin orang... So, entry ni nak cite pasal kelahiran Aliff... Ummi lahirkan Aliff awal seminggu dari due date. Tapi perjalanan nak bersalin kali ni, panjang sangat rasanya...

24 April 2011 - Ummi gi pregnancy check-up macam biasa. Masa ni 36w 4d. Gynae nak buat VE since  Ummi ckp de rasa mengeras selalu sgt cuma tak terlalu sakit. Tgk2 OS dah buka 2cm. (ummi mmg rasa cam dah buka sbb bidan Ummi ada ajar camne nak cek sendiri). Bila doc dah confirmkan ada bukaan, terus rasa takut & risau. Plak tu baru 36w. Tapi Abah cakap jangan risau lah, confirm dua minggu lagi baru bersalin. Sebabnya masa Anas dulu pun, buka 1cm for two weeks jugak... Balik umah tu Ummi tak senang duduk tapi Abah relaks je tau... Confident betul Abah yang Ummi takkan bersalin dalam masa terdekat tu. Abah siap cakap jgn bersalin lagi, bagi Abah siapkan keje Abah kat site dulu, huhu...

28 April 2011 - Ada turun tanda sikit. Cuma tanda yang tidak begitu pasti. Sakit pun takde. Ummi decide nak tunggu lagi...

29 April 2011 - Nenda gi Vietnam. Nenda risau jugak nak tinggalkan Ummi. Nenda pujuk2 baby suh tunggu Nenda balik dulu, huhu... Petang tu rasa sakit lagi. Kerap sangat false alarm ni. Sembang dgn kawan Ummi, die cakap rahim tgh bersedia nak melahirkan tu...

1 Mei 2011 - Nenda balik dari Vietnam tapi lewat tgh malam baru sampai. Dalam kul 5pm tu Ummi dah start rasa sakit setiap 5 minit. Abah ajak gi KMC dah kul 7pm tu. Tapi Ummi takmau lagi, nak tunggu Maghrib dulu. Lepas Maghrib pun relaks lagi walaupun rasa makin sakit. Pukul 8.30pm, gi jugak KMC sbb sume dah risau. Sampai kat KMC kul 9pm, terus gi labor room. Nak tahu? Sampai je kat labor room, terus hilang rasa sakit tu... Huh, skali lagi false alarm, huhu... yang tension nye sbb dah sampai labor room, padahal 4 jam sakit sebelum ni... pasang CTG nak cek jantung baby, ok... contraction pun takde.. Bukaan pun masih 2cm. So, balik dulu. Kebetulan Gynae Ummi takde minggu tu, die cuti seminggu. Pujuk baby tunggu Gyane Ummi jugak, huhu...

7 Mei 2011 - Nenda, Atuk & Achik gi Kelantan hantar Ucu masuk KTD. 9 Mei baru diorang balik. Kebetulan Mak Uda & cousins Ummi dtg dari Putrajaya, konvo Angah Syila kat Politeknik Arau. So, bermalam kat rumah kami.

9 Mei 2011 - Pregnancy check-up. Dua minggu dari pregnancy check-up yang sebelum ni. Gynae cek bukaan lagi. Dah masuk 3cm. Die offer bersalin terus sbb dah lama buka. Kot Ummi dah tak larat tunggu. Tapi Ummi decide nak tunggu lagi sbb nak rasa sakit naturally.

10 Mei 2011 -  Ade turun tanda lagi. Kali ni lebih jelas. Terus berdebar-debar je rasa. Then ada rasa sengal2 sikit. Abah terus ajak gi KMC. Abah cakap kalau blom bersalin pun, rest je lah kat wad. Sbb Abah dah start risau. Kerja Abah plak tak menentu waktu die. So, mlm tu dlm kul 11 bila ada rasa sakit sikit2 pun Abah ajak Ummi gi KMC. Lagipun gynae sarankan leh terus bersalin sbb dah ada bukaan. So, terus ke labor room, OS dah masuk 4cm dan malam tu Ummi tido di wad dulu. Tengah malam Ummi asyik terjaga sbb dah mula rasa mild contraction every 30mins, then makin kerap ke 15mins sekali.

11 Mei 2011 - Lepas Subuh, doc dtg buat VE, masih 4cm. Doc cakap, kena bersalin terus sbb bukaan dah ada tapi lama sangat dah (dah lebih 2 minggu masa tu). So, kul 10 masuk labor room. Terus pasang alat CTG, masa tu contraction dah makin kerap and kuat. 5 minit sekali. Nurse buat VE sekali lagi, alhamdulillah dah 5cm, then doc dtg pecahkan ketuban. Lepas tu baru la rasa sakit sangat (sblm tu sakit sikit je). Doc decide suh induce by drip (pitocin) utk cptkan bukaan dan bagi kuat contraction. Lepas tu nurse suruh Ummi tido sekejap sementara belum betul2 sakit. Masa tu boleh tahan lagi. So, Ummi rest jap.


 ~waiting~


Mmg lambat sangat nak buka. Kul 10am masuk, dalam kul 12 lebih baru rasa contraction kuat sangat. Tapi OS baru 6cm. Ummi mintak painkiller lepas tu boleh la tido lagi. Dalam kul 3 terjaga sbb dtg sakit yg tak berhenti, 40 saat sekali kot. Masa ni bacaan CTG dah tak normal. Ummi  disuruh tido mengiring sbb jantung baby lemah. Nurse cakap tido mengiring boleh kurangkan sakit. Tapi sama je sakit, mmg tak tahan. Setiap kali sakit, tangan tergagau2 cari Abah nak peluk. Lepas tu nurse suh Ummi amik gas Ethonox (tekup kat hidung & hidu sampai kurang rasa sakit). Rasa cam susah nak sedut sbb ade tiub oksigen dipasang kat hidung (nak bg oksigen kat baby). Memang lentok lali lah amik gas tu. Tapi sakit tetap sakit.

Sungguh kali ni Ummi betul2 rasa sakit nak bersalin. Masa Anas dulu Ummi tak rasa sbb amik epidural. Masa dah sakit sangat, nurse cek lagi, baru 8cm. Tapi seriously, gesaan nak meneran rasa sangat2. Nurse tak bagi Ummi meneran lagi. Tapi Ummi memang dah rasa kepala baby dah nak keluar sangat2. Sampai satu tahap nurse terpaksa tahan dgn tangan. Siap cakap ngan Ummi jangan teran lagi, doc tak sampai lagi. Ummi cakap la Ummi tak teran pun tapi dah rasa nak keluar sangat2... Huhu, mmg sakit sampai terjerit. Ummi nampak Abah tapi tak mampu nak tatap wajah Abah. Nak cakap kat Abah sakit yang teramat sangat. Nak tatap wajah Abah bagi kurang rasa sakit. Tapi sungguh tak mampu. Bila doc sampai, Ummi terus push. Disebabkan takde pengalaman meneran (masa Anas dulu meneran tapi tak rasa sakit, so kali ni cam tak tau nak meneran, boleh tak... huhu), tiga kali baru berjaya. Tu pun Ummi hampir2 nak surrender. Dengar je doc cakap sikit je lagi, nak tarik kepala, Ummi terus tarik nafas dalam dan push sampai habis. Elok je baby keluar,terus hilang rasa sakit... huhu... Baby selamat dilahirkan jam 3.31pm.

Bila doc tunjuk baby kat Ummi, wau, tembamnya, patut la susah nak push, hehe... Baby Aliff masa lahir ade problem sikit. Baby tak nangis. Nurse cakap mungkin Ummi terlebih hidu gas, so, baby lali sama... Huhu.. Nape tak cakap de kesan kat baby jugak... Abah tak dapat azankan baby terus. Lepas sejam baru dapat azankan baby. Lepas tu baru baby dibawa ke labor room untuk breastfeed ngan Ummi.






Subhanallah, Ummi letak je kat dada, baby terus mencari dan menyusu macam dah pandai. Kuasa Allah, baby baru lahir diberi ilham untuk minum susu ibu. Ummi dan Abah bersyukur sangat. Menitik air mata Ummi sebab ni first time rasa baby menyusu masa Ummi masih dalam labor room. Hilang semua rasa sakit.





Kebetulan, lepas Ummi bersalin, ade dua org ibu yg kena tolak ke OT sbb baby sangkut & lemas. Petang tu saja 6 orang ibu yang nak bersalin dalam labor room tu. So, 3 jam lepas bersalin baru la Ummi ditolak masuk ke wad. Tapi Ummi rasa fresh sangat. Rasa happy. Masa bersalin kat Anas dulu, disebabkan Ummi amik epidural, lepas bersalin terus rasa kesan dia. Ummi pitam dan tarik masa nak pegang Anas, 3 jam lepas bersalin. Masa lepas bersalin pun terus tido je. Bersalin kat Aliff ni Ummi sangat ceria lepas bersalin.

Kat KMC tak boleh rooming-in dgn baby. So, everytime nak menyusu, Ummi kena turun ke nursery. Ummi turun setiap 2 jam tapi nurse cakap baby tido. Diorang suh Ummi datang bila baby bangun je. Diorang akan call Ummi. Yang tak puas hatinya, kdg2 3-5 jam baru diorang call padahal bukan ke kena breastfeed baby setiap 1-2 jam? Layanan kat KMC ok, kecuali bab rooming-in and breastfeeding tu. Yang geramnya, bila Ummi turun, baby tanak menyusu, macam dah kekenyangan. Bila Ummi tanya, diorang cakap diorang dah bagi air masak semnetara tunggu Ummi turun. Hadoi, memang sakit hati sangat2! Padahal Ummi dah request untuk fully breastfeeding, kat baby cradle pun dah tempek note fully breastffeding & no bilik Ummi. Yang bagi air masak nurse yang senior plak tu. Ape guna tampal poster ttg penyusuan susu ibu. Semua poster ttg eksklusif bf tanpa air masak ada dalam nursery tu. Apa gunanya? Ini la yang Ummi risaukan nak bersalin kat private hospital ni. Ada Ummi mention dalam entry ni. Ummi pernah suarakan kebimbangan itu and it happened to me. Private hospital masih susah nak amalkan konsep hospital rakan bayi... Poor Ummi & Aliff. Anas too...

Ummi dan Aliff dah leh keluar esoknya tu. So, 12.05.11 Aliff dah balik rumah... To be continued...

P/S: Usia Aliff dah masuk 2 bulan, Alhamdulillah. Nanti Ummi akan update lagi ttg Aliff yang sangat chubby...


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Sunday, July 10, 2011

Selepas 60 hari

Hai, ismi Aliff. Saya genap 60 hari hari ini, 09.07.11

Salam rindu buat semua... Thanks sbb rindukan saya (huhu, perasan). Thanks sbb sudi baca dan tetap berkunjung ke blog ini walaupun dah sangat lama tak berupdate. Ramai readers yg pm Ummi tanya bila nak update blog. Wah, terharunya...

Ummi mmg langsung tak sempat nak update blog sepanjang cuti bersalin ni. Tengah cuba membiasakan diri nak uruskan rumah tangga dengan dua orang anak kecil, tengah berusaha nak buat semua kerja rumah sendiri (bila dah kemas, si abang Anas pun nak tolong 'kemas' jugak, huhu...).

Tapi kan, sebenarnya Ummi dah kering idea nak mencoret kat sini. Bila start mengarang, tetibe rasa cam skemanya aku... haha...

Sepanjang cuti bersalin hari tu, aktiviti Ummi di rumah banyak rest kot. Bangun pagi, mengepam, bertungku, breakfast dan mandi. Then, mandikan adik Aliff, pastu menyusu adik sampai dia tido. Lepas tu baru bangun kemas rumah sikit2 dan masak. Lepas tu terus makan, then rest jap sambil layan facebook or tgk tv. (Ummi banyak guna iPad or iPod je utk berfacebook, sgt limited utk update blog. Malas nak buka laptop, sbb tu blog tak ter update pun.) Then tido merehatkan badan for 1-2jam, minum petang, mandi, mandikan baby. Lepas Abah dan Abang Anas balik, layan Anas plk. Lepas tu makan malam dan lepas tu baru nak lipat kain. Pi mai pi mai mengemas rumah, kul 1 br tido...

Ni ada sikit gambar2 Abang Anas & Adik Aliff. Gambar ni dr handphone Ummi, so tak berapa cantik la. Yg gmbr dr DSLR, nanti Ummi upload...



                

 Ni gambar saya kat nursery KMC, Ummi datang breastfed saya. Tembam kan saya...


 Anas ngada2 nak berputing...

Ragam Abang Anas ngasuh Adik Aliff




Nak tido sebelah adik, nak dodoikan adik, adik nangis dia pujuk. Adik pakai mitten & booties, die pun nak. Ummi pakai socks, die pun nak pakai jugak. Yang kelakar, adik nangis, die pun selak baju nak kasi n***n jugak, haha....

 Abang Anas suka dengar bacaan Al-Quran, Alhamdulillah....

 Ni la socks Abang Anas, Ummi pakai die pun nak jugak...

 Uwargh, adik Aliff nguap, Abang Anas la yang akan tolong tutupkan kalau die ade kat situ...



 Panjang & lebat bulu mata Anas, kalah bulu mata Rozita Che Wan Ummi

Yang ni, kena masuk baby cot, sbbnya banyak kali jatuh katil. Sian die kena tido sorang2 bila adik ada. Ada satu malam tu, die dtg nak tido sebelah Abah. Abah plak mamai pi angkat Anas letak sebelah. Dalam tak sedar Abah tertolak die jatuh katil sbb Abah tak perasan die tido kat sebelah. Abah tanya Ummi bila masa Anas tido kat situ. Ummi cakap Abah la yang angkat. Abah cakap Abah tak sedar langsung. Mamai pi angkat Anas letak sebelah, tak pasal2 Abah tolak sampai jatuh katil, huhu...

Rajin nak tolong Nanny buat coklat...



Ummi nak beli rocker lama dah, untuk Anas dulu lagi. Tapi untuk adik kali ni baru de rezeki nak beli. Abang yang tido dalam ni, huhu...

Oh ya, hari ni Ummi dah mula bekerja. Cam malas je nak kerja tau, huhu... Kalau keje ngan gomen ni, sure dah cuti 90 hari dah. Ummi dah start hantar Aliff ke BS sejak hari Selasa lepas, untuk training process. Alhamdulillah, Aliff xde masalah nak minum guna botol sbb Ummi trained dr dalam pantang lagi. Stok EBM pun banyak, Alhamdulillah. Belajar dari kesilapan lalu, kali ni Ummi akan terus bersemangat nak kumpul stok EBM for Aliff. Dan Aliff juga dah fully CD. Best2! Jimat duit Ummi & Abah for his pampers & susu...

Ikutkan hati, nak coret panjang lagi ni, tapi banyak lagi gambar yg dalam DSLR tu, belum transfer. Next entry nak cite banyak sangat. Ramai yang request suh cite pengalaman bersalin kali ni... Nanti ya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi