"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Coretan Ummi. Show all posts
Showing posts with label Coretan Ummi. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Blog kecil ini telah di review oleh kakyong.. Thanks!

Masih sempat nak update blog, hehe... Ummi ok lagi ni... Tak sakit lagi pun... Takde turun tanda lagi, so, boleh 'berfoya-foya' sekejap before menyerah diri ke labor room...

Hm, seperti tajuk entry ni, Ummi nak bagitau, gara2 tepat meneka saiz kasut kakyong @ kakyong.com, kakyong bagi hadiah review blog kecil Ummi ni... Thanks sangat2 kat kakyong atas penghargaan itu...

So, kawan2 boleh la jengah2 blog kakyong utk baca review kakyong ttg blog Ummi ni ya...

Ops, tetibe mai rasa sakit plak....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, March 21, 2011

Justice for Arwah Adelia Bt Fariza


Lagi kes bayi mati mengejut di pusat jagaan kanak-kanak a.k.a nursery which is tempat yang working parents harap2kan untuk mengasuh anak2 mereka sementara mereka bekerja - termasuk lah kami. Sangat sedih bila menerima berita mcm ni. Pagi kita hantar die, pastu kite dpt die balik, die dah takde.  Ummi faham perasaan parents yang kehilangan anak dalam keadaan macam ni walaupun Ummi tak rasa. Tapi mana2 ibu bapa pun akan turut merasai kehilangan tu kan.

Ye, memang ajal dia. Allah sayangkan dia. Tapi sangat tak seronok bila kematian itu dikaitkan dengan kecuaian sbb bila berlaku kes macam ni, benda ni akan jadi buah mulut. Mesti ada pihak yang dipersalahkan, means kena la ada yang bertanggungjawab atas kejadian malang ni... Kemudian, working parents akan hilang kepercayaan kat nursery... Kemudian siapa lagi yang boleh kami percayai untuk tolong jaga anak2 kami sementara waktu?

Kat blog ni ade buat pledge badge untuk tuntut justice for Arwah Adelia Bt Fariza yang meninggal di nursery 16/03/2011 yg lepas. Kawan2 leh letakkan badge ni kat blog kawan. JUSTICE FOR ARWAH ADELIA...

Yang ni plak note mummy arwah dalam fb die. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat Arwah Adelia. Sama-sama kita bagi sokongan kat mummy arwah...

P/S: Abah Anas sangat2 risau bila dengar kes macam ni. Hatta umur Anas sekarang pun, dia akan tunggu Anas minum susu, baru dia tinggalkan... Macam mana letih sekalipun, Abah akan tetap tunggu sampai Anas habis minum botol, then kalau Anas dah hampir nak tido, Abah akan angkat Anas letak sebelah Ummi untuk sambung bf. Abah takkan sekalipun tinggalkan Anas minum botol susu sendirian... Abah selalu pesan kat Ummi, jangan biar Anas minum susu sendiri, takut dia tersedak susu...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, March 10, 2011

Anas tak suka chocolate?

Dari gambar ni nampak Anas sangat menggemari coklat kan?

Ni gambar dulu, Umur dia brapa bulan ek time ni? 1 tahun 3 bulan kot...


Sekarang Anas macam dah tak bape gemar coklat. Gi Langkawi baru2 ni ofkos la kami borong coklat jugak kan. Tapi tu la, bila bagi dia makan je, die macam tanak. Rasanya Anas ni tak suka benda2 manis kot. Kami tak pernah ajar die makan sweets... Bagus la kan die tak suka coklat, selamat, hehe...



Ummi pun masa awal2 preggy nampak coklat pun tak lalu. Sekarang boleh la makan. Tapi tak la coklat je 24/7 tu... Buat hilang rasa lapar je sebab sekarang waktu keje mmg takde selera nak makan. Malam2 bila ada Abah Anas baru mai selera nak makan... Manja betul! Nak berkepit ngan Abah Anas je...

Sekarang Abah Anas on diet, Ummi pun tumpang diet sekali... Diet Ummi, diet utk ibu hamil la... Makanan yang sihat, berkhasiat utk baby juga... Anas plak? Ikut je ape yang Ummi & Abah makan, hehe...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, March 9, 2011

Traffic ke AshA's FaMiLy tinggi kerana Kurau Stone

Ada kawan2 Ummi yang tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Ahad lepas? Episod JJCM Ahad lepas kat Kurau Stone, tempat yang Ummi cite kami gi rehlah sekeluarga masa CNY baru-baru ni. JJCM sampai situ sblm kami lagi tp baru keluar kat TV3 Ahad lepas. Lepas je episod JJCM makan tu, tetibe traffic ke blog Ummi mencanak-canak naik tau! Sebab Ummi kan dah buat entry ttg rehlah kami kat Kurau Stone tu.

Ni ha, dalam masa seminggu je, 1,000++ baca entry ttg Kurau Stone tu. Keywords dalam seminggu ni pun, Kurau Stone la yang paling femes. Tenggelam habis yang lain, hehe...



Kebanyakannya nak cari maklumat tentang tempat tu such as aktiviti kat sana, harga penginapan, restoran dan yang terutamanya org nak tahu pasal memancing kat Kurau Stone tu. So, Ummi niat nak bantu pembaca untuk dapatkan info dan juga nak bantu kawan baik Abah tolong promosikan tempat dia, Ummi sediakan info tentang Kurau Stone kat entry sebelum ini [http://ashrafshaakira.blogspot.com/2011/03/info-tentang-kurau-stone-fishing.html]. Info ni Ummi dapat sendiri dari owner tempat ni, En. Fazreen Fais a.k.a bff Abah Anas. Semoga dapat membantu kalian semua. Boleh jugak baca review tentang rehlah kami [http://ashrafshaakira.blogspot.com/2011/02/kurau-stone-fishing-highland-stay.html]

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, February 16, 2011

Kereta oh Kereta

Teringinnya nak gi bercuti makan angin before bersalin nih! Nanti dah ade baby kecik, susah sikit la kan. Hm tapi tatau nak gi mana? Kete kami plak sejak akhir2 ni, macam2 la plak rosaknya. Bulan lepas repair dah RM400 lebih. Bulan ni plak, Sabtu lepas tiba2 berasap bonet depan. Kami tak perasan radiator dah panas. Rasa membahang dalam kete tapi tak terfikir pasal radiator. Alhamdulillah ade sorang abang baik hati bagitau kete kami berasap. Dan Alhamdulillah masa kejadian Abah ada sekali. Idak le Ummi dengan Anas je. Kalau tak mesti tak tahu ape nak buat. Cek punya cek kipas enjin rosak. So, melayang RM300 lagi.

Nak dijadikan cerita masa mekanik tengah repair kipas tu tetibe je radiator Gen2 tu jatuh sebab dah reput. Hadoi! Nak kena tambah duit lagi beli radiator baru. Sekarang ni mekanik tu cuma tolong pateri balik yang lama, kami belum tukar radiator baru lagi. Semalam survey, mau RM300 jugak la.... Peningnya fikir soal duit dan kereta ni. Every month ade je masalah. Memang la lumrah kereta lama kan.

Tapi kereta ni, sejak baru beli (beli 2nd hand untuk kegunaan Ummi kat UIA dulu) mmg banyak sangat masalah. Nak salahkan Proton ke? Wallahua'alam... Bukan la nak merungut tapi bila dari awal guna kereta ni sentiasa habis duit repair banyak benda, jadi sedih la jugak sbb kadang2 kita simpan duit untuk benda lain tapi terpaksa burn untuk repair kereta yang terlalu kerap rosak. Sedih tak?

Banyak kali Abah cadang suh tukar kereta. Tapi Ummi takla rasa terdesak sangat nak tukar kereta. Masih bersyukur sebab kereta ni masih boleh digunakan. Ramai lagi yang belum ada kereta. Kami patut bersyukur sebab ada kereta sendiri walaupun hadiah dari Atuk, kami tak yah fikir soal nak bayar loan bulan2. Kami takde tanggungan hutang dengan bank pun.

Tapi kali ni memang Ummi rasa sedih sangat. Dalam masa 2 bulan berturut-turut dah hampir RM1,000 kami berhabis duit nak repair keta tu. Sedih sangat bila fikir nak simpan duit nak bersalin, nak beli barang baby lagi. Anas plak dah minum FM, makin terasa banyak nye nak pakai duit.

*Masih jauh lagi aku dengan Allah.... Astaghfirullahal a'zim.....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, February 7, 2011

Kembali bekerja

Selamat kembali bekerja semua! Tapi ofis Ummi hari ni lengang sangat. Masing2 masih demam+batuk+selesema. Kami plak baru je lepas baik demam sebelum CNY lagi... Alhamdulillah, sekarang dah makin sihat sikit 1 family...

Kawan2 Ummi ke mana cuti CNY baru2 ni? Kami sekeluarga ke Batu Kurau, Perak, rehlah (picnic) di sana bersama family sebelah Abah. Asalnya family Ummi pun nak join tapi Ateh Anas takmo follow la plak sebab banyak assignment.

Hm, nak story pasal rehlah ni pun tak semangat lagi sbb lupa transfer gambar ke lappy semalam. Busy & banyak sangat aktiviti kami cuti CNY ni. Semalam je Ummi ade kat umah. Tu pun petang smlm Abah ajak gi kedai perabot cari Bedroom Set untuk bilik tamu kat rumah kami.

Hasilnya, malam tadi kami men'deco' sikit2 rumah kami. Puas hati la jugak. Paling puas hati tgk bilik tamu. Selesa la sikit tetamu nak bertandang lepas ni. Tapi banyak benda lagi nak kena buat untuk tutup ruang2 rumah yang terlalu open. Nampak lapang sangat. Tetamu masuk pun boleh teropong sampai dapur & Master Bedroom. Nak cari langsir & nak upah orang buat kabinet penghadang plak...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Tuesday, February 1, 2011

Hargailah wanita mengandung

Suami-suami, bapa-bapa, kaum lelaki, anak-anak... hargai lah ibu mu yang mengandungkan mu...


Anak2 Ummi sekalian, hargailah dan kenang lah jasa Ummi... Kini Ummi merasa betapa peritnya mengandung... Ummi dah rasa camne sakitnye bersalin... Sakit wahai anak2ku... Sakitnya hanya Allah yang tahu, memang Ummi tak dapat nak gambarkan dengan kata2....

Huhu, Ummi tak tahu nak coretkan macam mana ni. Bercampur aduk dah perasaan Ummi. Antara sakit, insaf, nak sedarkan orang dan sedih - sedih dgn kes2 pembuangan bayi sekarang ni...

Kandungan Ummi dah masuk 6 bulan. Dah 24 weeks dah... Perut pun dah semakin besar. Nak makan banyak2 pun dah tak selesa sangat sekarang ni... Ummi kena makan sikit2 je kalau tak perut rasa sengkak sangat.


Beza sangat pregnantkan adik kali ni dengan Abang Anas dulu... Dulu masuk 8 bulan baru Ummi rasa sakit2. Sekarang ni masuk 5 bulan pun Ummi dah sakit2. Sangat tak selesa nak bergerak. Cepat sangat rasa sakit pinggang kalau duduk lama2... Kalau berbaring lama plak, susah nak bangun. Sakit sangat nak angkat punggung. Nak buat kerja rumah pun rasa susah sangat nak bergerak ke sana ke mari...

Walau camne pun sakit, Ummi gagahkan diri. Berjuang dan kuat semangat, demi mu anak... Bukanlah Ummi nak merungut susahnya mengandung. Tapi bila Ummi rasa sendiri, Ummi insaf sangat... Jadi kalian perlu lah hargai jasa dan pengorbanan ibu2 kalian. Tanpa mereka, tiada kita di dunia ini...

Ibu2 sekalian, didiklah anak kita kenal dan cinta Allah sejak mereka masih di alam rahim. Terangkanlah lampu syurga buat anak2 kita. Semoga kita mendapat redha Allah... Saya insaf sangat dan rasa kerdil di sisi Nya... Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mendidik anak-anak kami mencintaiMu Ya Rabb....


Buat anak2 gadis yang masih mencari keseronokan bersama pasangan masing2 di luar sana. Sedarlah bahawa keseronokan yang kalian cari tu hanyalah sementara. Derita yang akan kalian tanggung selamanya... Insaflah adik2 ku...


Tak kasihankah adik2 pada bayi yang tak berdosa ini. Mereka tak mintak pun dilahirkan di dunia ni. Malah mereka tak mintak pun untuk wujud di dunia mahupun dalam rahim adik2. Kalianlah yang bertanggungjawab. Kalianlah yang menghasilkan benih itu. Kemudian kalian buang macam tu je tanpa sikit pun rasa belas di hati kalian, Masya'Allah...

Dosa apakah lagi yang kalian nak tanggung? Cukuplah dengan dosa maksiat dan penzinaan! Cukuplah dengan dosa menggugurkan kandungan! Sekarang kalian buang anak kalian sendiri tanpa peri kemanusiaan! Zalimnya kalian! Cukuplah adik2 ku! Hentikanlah semua dosa2 ini. Jangan ulangi lagi! Bertaubatlah! Kembalilah pada Allah. Mohon lah keampunan padaNya!

Adik2ku, jagalah maruah dan kehormatan dirimu. Serahkan hanya pada yang layak, hanya pada yang halal untukmu. Kebahagiaan menantimu dik jika kamu menjadi hamba Allah yang taat dan patuh... Insya'Allah... Sama2 kita mencari Mardhatillah.....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, January 31, 2011

Tema dapur hitam putih

Lately ni bila kerap cite pasal masak, Ummi akan selitkan gambar kat dapur sekali. Then, ade plak request dr teman blogger nak tengok dapur ummi. Aiseh! Malu sebenarnya nak tayang dapur ni. Kalau orang datang umah pun, memang segan kan nak bagi orang masuk dapur, hehe... So, Ummi tanya la Abah, camne. Setelah berbincang, kami bukan berniat nak tayang pun. Sekadar nak berkongsi je la... Tapi dapur kami ni sederhana je...


Buat Sha@Mama Tina, kami memang suka konsep hitam putih. Tapi umah kami ni umah lama. So, dinding dapur kami ni memang klasik cket la.. So, takde la fully ikut tema dapur kami ni... Kayu kat kabinet plak, masa menempah, nampak dalam album diorang warna hitam, bila siap macam warna coklat la plak... Huhu, takpelah, asalkan ade daripada takde... Bersyukur!


Ummi kalau nak masuk mana2 rumah, benda first yang Ummi tengok ialah dapur. Ummi suka dapur yang luas. Biar sempit mana pun rumah tu, yang penting dapurnya luas. Kawan2 plak camne?

Semenjak kawin ni, dah 3 kali kami pindah rumah. Dan kesemua dapurnya luas. Alhamdulillah. Ntah lah, Ummi memang lebih selesa dengan dapur yang luas.

Ok, cite pasal dapur ni. Asalnya dapur rumah ini agak klasik la. Stail lama punya. Dulu kabinet kayu warna coklat. Yang dalam gambar ni sume dah di renovate la, siling, lantai dan kabinetnya. Tiles kat dinding je masih kekal. Memang pattern lama kan...

**Ummi berkenan sangat konsep dapur baru kat rumah Achik Ummi kat Sentul... Masa Ummi gi sana baru2 ni, belum siap renovate lagi...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Tuesday, January 18, 2011

Kete kena langgar...



Tarikh: 18 Jan 2011
Masa: tak sure tp masih dlm lunch hour lebih kurang 1.30pm kot
Tempat: Simpang dari City Plaza yang berhampiran roundabout AmBank, Maybank, JKR Alor Setar tu.
Perlanggaran antara Proton Gen-2 (mine) dan Naza Ria (group Celcom, drivernye lelaki)

Alkisahnya, Ummi dan Achik nak ke Avon. Kami dah pusing kat situ takde parking, so kami decide nak ke Avon Mergong. So, masa kejadian, mmg dah plan nak keluar la dari Pekan Alor Setar yang sibuk time tu. Kiranya kami nak pusing balik. Bila kat simpang, macam biasa, kena la BERHENTI kan. Lepas kete depan Ummi jalan, Ummi nak amik turn kuar simpang la. Tapi sebab nampak ada moto nak lalu, Ummi BERHENTI lagi. Dalam 30 saat dah berenti tu, tetibe dengar bunyi kat belakang.

Hadoi! Nampak kete Naza Ria mencelah kat tepi, die terus jalan je, tak berenti then die masuk parking... Ummi plak, rapat ke kiri, kena parking la sbb nak tgk kerosakan & yang penting nak claim la...

Tunggu punya tunggu dia tak keluar2 pun. Tapi nampak la adik2 manis Celcom kuar dari kete. Diorang ade nak wat promotion kat mana2 kot.

Tunggu lagi, die tak kuar gak. Takkan Ummi nak gi kat die kot. Takut pun ada, dah la kami ni pempuan. Pastu Ummi call Abah cite pasal kejadian, Abah suh panggil staff pejabat mai tolong setelkan.

Tak lama pastu brother tu mai. Terus dia cakap, "Adik break mengejut tadi," hoho, rasa cam nak marah je. Saya kat simpang kot. Awak takleh la assume saya boleh terus keluar sbb depan tu jalan besar. Awak pun mencelah ikut tepi. Lagipun saya dah BERHENTI agak lama dah before awak langgar tu. Dan awak kat belakang, takkan salah saya kot...

Hoho... Menggigil Ummi cakap time tu. Tetibe rasa perut mengeras. Oh, baby terkejut ke? Ummi ketaq sangat masa tu... Terus rasa sakit kepala, nak pitam, perut mengeras...

Dia tanya nak report ke? Ummi malas la nak setel kat balai. Kalau die leh tanggung bayar harga nak kena cat balik bumper tu, lebih baik setel kat situ je. So, die gi bincang ngan boss dia. Kebetulan boss die ade kat sebelah. Boss dia mai tgk kete kami. Pastu boss die cadangkan bawak gi cat kt bengkel yg diorang biasa. Bincang punya bincang, kami setuju. Tapi lewat petang sket sbb diorang de keje kat situ. Tukar no tepon, staff kami pun dah sampai, so, ptg ni staff kami tolong bawak kete kami gi bengkel yang dimaksudkan tu...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, January 12, 2011

Saya dah bersalin anak kembar 4 semalam...

Tak sangka cepat sangat. Baby lahir tak cukup bulan. Terpaksa bersalin awal sebab ada masalah. Ummi dan Abah sangat2 tak jangka Ummi akan bersalin secepat ini, dan yang paling buat kami eksited, selama ni kami dok ingat Ummi mengandung 1 baby je. Doc pun terkejut. Semalam, 4 bayi kembar telah selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat, Alhamdulillah. Sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

Abah tak dapat temankan Ummi dalam labor room coz kes emergency. Ummi sakit mcm nak bersalin dah lama, sejak 2 minggu lepas. Contraction pun kerap sangat. Tapi disebabkan kandungan baru masuk 21 minggu, Ummi ingat belum lagi la nak bersalin. Petang smlm kami ke hospital sbb doc refer Ummi ke pakar sbb Ummi dok sakit sangat. Masa tgh tunggu tu, tetibe kain Ummi dah basah. Air ketuban dah pecah, kelam kabut sume nurse tolak Ummi masuk labor room. Abah takleh ikut Ummi masuk sbb ni kes emergency. Ye la, baru 5 bulan kot.

Ummi dalam labor room sorang2, takut, panik, gelabah sume ade. Doc dtg cek bukaan, rupanya mmg Ummi dah nak bersalin. Doc suruh teran, tapi Ummi panik. Bukan sebab takde pengalaman tapi sbb terkejut, secepat inikah aku akan bersalin? Plak tu dok pikir selamat ke anak aku ni lahir tak cukup bulan...

Doc pujuk Ummi suruh teran. 3x Ummi cuba, tarik nafas dalam dan terus push. Alhamdulillah, baby keluar dgn selamat secara normal. Doc cakap baby sihat, Alhamdulillah, Ummi lega sangat. Cuma rasa terkilan sbb Abah tak dapat temankan Ummi bersalin mcm masa bersalinkan Anas dulu.

Tetibe Ummi rasa cam contraction lagi & rasa cam ada baby lagi nak keluar. Doc tgk, mmg ada sorang lagi. Masya'Allah, Ummi memang tak jangka mengandung anak kembar. Selama ni pi scan, nmpk sorang je. Rupanya Ummi mengandung kembar 4. Patut la orang dok cakap perut Ummi nampak besar dan Ummi selalu sakit2. Rupa2nya, kembar 4 dlm rahim ni.

Satu persatu doc sebut jantina baby yang keluar. Alhamdulillah, 2 lelaki dan 2 perempuan. Abah belum tahu kami dapat anak kembar. Ummi mintak nurse panggilkan Abah masuk. Ummi cakap yang kita dapat baby kembar 4. Abah terkejut dan eksaited sangat2.. Abah gi azankan anak2 dan call semua family cakap Ummi dah bersalin tanpa bgtau yang kami dapat baby kembar 4. Nak surprisekan diorang, kata Abah...

MakTok & TokWan Anas memule skali sampai kat hospital. Abah bawak gi kat nursery nak tunjuk baby. Mula2 Abah suruh teka mana satu baby kami. Masing2 pakat dok teka. Semua betul la, hehe...Abah pun cakap, keempat2 tu anak kami. Semua terkejut dan happy.

Ummi plak, letih sangat. Masih terkejut sbb bersalin awal dan kembar 4 terus. Dok pikir, lepas ni kena rehat lama la. Baru 2x mengandung dan bersalin, dah ada 5 anak, 3 lelaki & 2 perempuan... Cukup dah kot, hehe... Tapi dok fikir lagi ni, camne nak nyusukan 4 anak sekaligus?

*Mesti yang dok baca pelik, baby yang lahir tak cukup bulan tak masuk inkubator ke?


Hehe, tak larat nak berselindung lagi dah... Ummi mimpi je la semalam... Huh, macam real... Sedar kul 3.30 pagi, rasa macam betul2 dah bersalin anak kembar 4... Tapi apakan daya, ia cuma mimpi... Yang best dalam mimpi pun sempat pk pasal breastfeeding, hehe...

Jangan marah na, gurau2...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, December 29, 2010

Bukan taknak update...

Setiap hari Ummi akan buka blog, konon nak update... Banyak sangat Ummi nak story... Tapi semangat nak update tu takde sebab takde gambar... Banyak sangat gambar tapi takde dalam tangan kami... Sebabnya hardisk Abah yg 1.5 tb tu rosak. Abah pun takde mood nak ngumpul semua gambar kawen Bunga tu... Harapkan Ateh je la... Tu pun tak sempat copy dari Ateh lagi...

Pendek kata, rindunya nak berceloteh kat sini... Tapi blog ni macam dah hilang seri... Dua minggu Ummi senyap sebab busy ngan kenduri Bunga... Blog ni pun macam dah hilang pengunjung, huhu....

Ummi tengah cuba nak jalan2 kat blog kawan2 ni... Banyak sangat ketinggalan rasanya... RINDU korang semua...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, November 9, 2010

Alkisah banjir di Kedah 2010

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi, Anas dan adik dalam perut nih. Abang Anas sekarang semakin macam2 keletah yang menghiburkan, adik plak semakin membesar dalam rahim Ummi.

Anak-anak Ummi sayang, baru2 ni Allah uji kita dengan macam2 ujian. Tapi seberat2 ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakyat Indonesia. Tsunami dan letusan gunung berapi berlaku serentak. Sampai sekarang pun gunung berapi masih meletus lagi. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.

Kita di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak la berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat2 yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam. Berhari2 rumah2 di kawasan Jitra, Titi Gajah, Kepala Batas, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Derang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Kubang Rotan, Sg. Baru, Jalan Gunung Keriang, Alor Janggus, Pantai Johor dan banyak lagi tenggelam.

Boleh dikatakan first time jugak la Ummi terlibat dengan banjir besar sepanjang 26 tahun hidup Ummi nih. Masa banjir besar 2005 dulu, Ummi masih di UIA, masih bergelar student. So, tak la merasa banjir masa tu.

Kali ni Ummi dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir, masya'Allah rasa simpati sangat2 kat mangsa2 banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang2 rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider saja. Masak kat situ, makan kat situ. Nak membuang hajat? Wallahua'alam. Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung kat pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, kesian sangat.

Banjir di Jitra bermula sejak Selasa (2/11/2010). Kat Perlis awal lagi kot, Ummi pun tak pasti. Tapi hujan tak berhenti 2 hari sejak hari Ahad. Bila hujan dah berhenti hari Selasa tu, banjir pun bermula dan kembali reda hari ni, Selasa (9/11/2010). Seminggu kan?

Jalan dari rumah Ummi di Bandar Darulaman ke Pekan Jitra mula ditutup pagi Selasa rasanya. Air naik kat depan Pasaraya Yawata. Malam tu dalam kul 12 malam, Abah lalu kat sungai, air dah penuh sama paras dengan jalan. Dalam pukul 1 air dah melimpah ke taman2 berhampiran. Dalam pukul 2 semua yang dilanda banjir dah mula berpindah. Pukul 3 pagi air di Taman Bunga Raya dan kawasan2 berhampiran termasuk Pekan Jitra dah tenggelam sampai pinggang orang dewasa. (Banjir 2005 air naik ke paras pinggang dalam masa 20 minit je). Kali ni air naik lambat tapi air datang sangat kuat, bergulung2.

Hari Selasa Ummi masih ke office. Tapi balik awal sebab jalan highway dah tutup kat susur keluar Bandar Darulaman. Kawan Ummi dan Nenda called, diorang cakap kalau nak balik, kena balik awal sbb jalan kat Kepala Batas pun dah naik air. Jalan Hutan Kampung dah tutup. So, pukul 4 petang kami dah balik. Masa lalu kat Kepala Batas, air sungai Padang Terap tu dah melimpah. Alhamdulillah kami cepat sebab pukul 6 petang jalan tu dah tutup. Kawasan Titi Gajah pun dah tenggelam cuma jalan belum tenggelam lagi masa tu.

Hari Rabu, semua jalan dari Jitra-Alor Setar ditutup. So, kami takleh pi office. Hari Khamis kami terpaksa jugak redah banjir nak ke office sebab ada kerja. Atuk plak ada meeting kat Kulim. So, Atuk memberanikan diri bawak kami redah banjir naik Pajero office. Tempat yang paling menyeramkan kat depan simpang Taman Aman, Anak Bukit. Huhu, Serrramm..

Jalan Titi Gajah, berhampiran Airport

Berhampiran simpang ke airport, airport nampak cam laut je

Bila sampai office, banyak tempat kat Alor Setar dah naik air. Air sungai dekat stadium pun dah nak melimpah. Pukul 10 am, Ummi keluar ke Mergong, nak amik Mak Njang Anas and nak hantar ubat kat kawan Ummi yang dah jadi mangsa banjir. Masa tu air sungai belakang stadium dah melimpah. Kuil Hindu dekat situ dah banjir. Kawasan stadium pun dah banjir. So, Atuk tak jadi pi meeting, hantar wakil je. Kami cepat2 kemas2 barang kat office sebab air makin datang.

Jalan Anak Bukit, banjir sepanjang turun flyover sampai sebelum Istana Anak Bukit. Jalan yang paling mencabar dan menakutkan

Jalan dekat stadium, muzium negeri. Dalam masa sejam je air dah naik

Then, kami bersiap2 nak balik. Tapi semua laluan balik dah ditutup. Jenuh kami pusing cari jalan keluar. Satu2nya jalan yang masih boleh di redah oleh pajero ialah jalan Anak Bukit. Tapi Atuk dah fobia. Masa datang tadi air paras betis je. Masa kami balik tu air dah paras paha. Kami doa banyak2, redah jugak. Diizinkan Allah, enjin pajero mati di tengah2 banjir. Atuk hidupkan balik, then dia pegang starter sambil jalan. Sampai je kat tempat kering, Atuk berenti jap, buang ketaq. Huhu, memang serrrammm la. Bayangkan kalau pajero tak leh jalan, mmg la kami terpaksa randuk banjir berjalan kaki, huhu...

Sebelah balik, jalan hospital lama (kawasan tak pernah banjir walaupun dekat dengan sungai)

Detik mencemaskan dalam video ini. Enjin mati di tengah2 banjir.
Kalau tengok dari mula, ni dari Pantai Johor nak ke flyover dekat bangunan2 pejabat kerajaan. Depan Istana Anak Bukit mmg kering, kat simpang Taman Aman paling dalam, kat situ la enjin pajero mati. Kami macam naik bot je, bunyi enjin pun macam bunyi enjin bot

Kami keluar dari office pukul 12.40, 2 jam lps tu balik semula ke office sebab tak jumpa jalan keluar. Solat Zohor dan kemas lagi office bagi betul2 selamat segala dokumen penting. Then sambung balik perjalanan lepas Asar, cuba jalan Hutang Kampung. Tapi jalan tu dah tenggelam paras pinggang, patah balik ke office tengok air dah menghampiri kawasan office, tinggal 50 meter je lagi. Then sambung balik perjalanan, sampai kat rumah waktu Maghrib, fuh!

Lagi cerita banjir selepas ni... Kenapa kerajaan negeri salahkan projek landasan keretapi berkembar jadi punca banjir? Nanti Ummi kongsikan ya...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Monday, November 1, 2010

Shanghai Day 4 (Last day)

Friday, 15 Oct 2010

Last day kami kat Shanghai, kami 'panjat' menara yang tertinggi di Shanghai, Oriental Pearl Tower (468 m). This is a TV Broadcasting tower yang tertinggi di Asia.

Masa dok tunggu Tina pi beli tiket, tibe2 Ummi diserbu oleh orang2 China (bukan dari Shanghai). Diorang pakat nak bergambar dengan Ummi sorang. Pelik jugak. Rupenye diorang ni terpikat ngan Ummi, haha... Diorang ingat Ummi Cina Muslim. Ayoo... Mata tarak sepet pun la... Hehe... Tapi Ummi ni dari kecik lagi ramai orang ingat Ummi anak Cina. Tambah plak dulu, sorang sedara Ummi ni suka tocangkan and buat dandan rambut Ummi ni jadi cam amoi. Pakai baju merah plak. Memang la orang ingat amoi.

Bergambar ramai2 before 'memanjat' ke atas...
Kami 'panjat' sampai ke 2nd sphere tu, ketinggian @ 263 m. Sphere ni utk sightseeing la. Bawah die plak, ketinggian @ 259 m sightseeing floor yang lagi mantap. Lantai die glass je tau...

Ni sape yang gayat ni, memang la takleh pijak glass ni. Tapi alhamdulillah Ummi tak gayat. Abah Anas gayat kot... Hihi...
ada yang gayat gak ni, tapi nak gambar ramai2, cantik2, sanggup berkorban, thanks. semoga dah tak gayat dah pas nih, hehe...


suke gambar kaki & tangan ni....

ni sebenarnya jejantas pejalan kaki tau... Ha, siap roundabout lagi tu... Jangan main2 dgn China ni... Sebenarnya jejantas ni pun baru je siap sblm Shanghai Expo diorang tu. Diorang kena la wat jejantas camni sbb diorang ni lagi ramai pejalan kaki. Lagipun jalan kat bawah tu sangat sibuk dan luas. So, alternate nye, diorang wat la cam tu...

Oh ya, kat bawah ni view dari atas tower ni @ 263 m height

Yang ni plak bukti kami dah sampai ke Great Wall... Haha, acah je... sekadar gambar hiasan je...
Piramid @ Egypt
Sydney Opera House
Yang ni sapa tau kat mana?

Lepas turun dari tower ni, kami pi shopping plak kat The City God Temple. Tempat ni bekas temple tapi dah jadi tempat shopping. Macam Petaling Street la kot kalau nak digambarkan tu. Masa diberi hanya sejam. Memang tak sempat beli apa2 sangat. Amik gambar pun tak, sbb masa ni mmg simpan kamera dlm bag. Kalau tak jenuh la nak mengangkut barang2 kan...

Lepas tu pi lunch, then gi naik ferry pusing2 Huangpu River. Tengok keindahan Shanghai di waktu petang (hingga ke senja).

~tiket nak naik 'cruise'~

~view from the ferry~

~ferry yang kami naik~

~sebenarnya, Ummi banyak jadi photog je, hehe...~

~terpaksa la mintak tolong orang amikkan gambar kite, kalau tak sure takde kenangan langsung, hehe...~

~Tina cakap, kalau naik cruise malam2, lagi cantik tengok view Shanghai terutamanya Oriental Pearl Tower ni, kan Shanghai ni bandar yang kaya dengan limpahan cahaya lampu~

~Hanya kami ber3 je 'bunga' dalam group kami ni. Tapi semuanya dah berpunya ye, hehe...~

~bergambar dgn cruise ship yang lagi besar dari Amsterdam~

Sampai senja pelayaran kami ni. Cantik sangat tgk sunset ni. Masa ni baru pukul 5.00 pm...

Lepas tu kami ke People's Square @ Nanjing Road, the most popular shopping street kat Shanghai. Masa ni la, bleh perabih lagi sket duit yang tak sempat digunakan siang tu. Belum habis beli souvenir lagi, hehe...

Ummi ade gak amik gambar suasana malam yang penuh cahaya di Nanjing Road ni. Tapi gambar nye tak berapa cantik la. Susah nak bersesak2 dgn orang2 yang sangat.sangat.sangat.sangat ramai tuh.

~masing2 dok termenung, pikir nak makan apa for the last time ni. pakat dah jemu & tak confident dengan makanan di Shanghai. tu semua pakat dok rindu nasi lemak, roti canai, teh tarik, nasi kandar~

Pehtu, dengan kurang bersemangatnya kami berjalan2 nak ke van kami, ingat nak terus ke airport, cari makanan kat sana je. Tiba2 Ummi nampak satu restoran yang ada cop halal ini
So, Ummi cakap kat kawan2 lain, dan kami pun dengan penuh semangat masuk ke restoran tu. Sejuk hati tengok yang pelayan lelaki pakai kopiah & pelayan wanita pun pakai tudung. So, yakin la sket kan. Apepun, Ummi tetap takleh nak makan sangat sbb mmg tengah takde selera langsung. Takmo gak boh gambar makanan sebab loya lagi, huhu...

~Bergambar dengan salah seorang pelayan kat situ~


Sejurus selepas itu (skemanya ayat) kami terus ke airport. Flight ke Singapore pukul 12.10 pagi. Huhu, malam tu cuaca memang kurang baik. Banyak kali kena air pocket. Menjerit gak la dalam flight, takut seh... Pastu Ummi asyik muntah sampai la ke Penang, hadoi...

Sampai kat Penang (16.10.2010 @ 9.30 am), Anas dah tunggu Ummi. Rindunya kat Anas. Anas terus panggil 'ummi' pastu bila Ummi dukung dia, dia tengok je muka Ummi. Heran kot lama tak nampak Ummi. Mesti dia nak tanya kenapa Ummi tinggal dia, Ummi pi mana...

P/S: Kat Abah Anas pun rindu jugak... hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi