"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, February 1, 2011

Hargailah wanita mengandung

Suami-suami, bapa-bapa, kaum lelaki, anak-anak... hargai lah ibu mu yang mengandungkan mu...


Anak2 Ummi sekalian, hargailah dan kenang lah jasa Ummi... Kini Ummi merasa betapa peritnya mengandung... Ummi dah rasa camne sakitnye bersalin... Sakit wahai anak2ku... Sakitnya hanya Allah yang tahu, memang Ummi tak dapat nak gambarkan dengan kata2....

Huhu, Ummi tak tahu nak coretkan macam mana ni. Bercampur aduk dah perasaan Ummi. Antara sakit, insaf, nak sedarkan orang dan sedih - sedih dgn kes2 pembuangan bayi sekarang ni...

Kandungan Ummi dah masuk 6 bulan. Dah 24 weeks dah... Perut pun dah semakin besar. Nak makan banyak2 pun dah tak selesa sangat sekarang ni... Ummi kena makan sikit2 je kalau tak perut rasa sengkak sangat.


Beza sangat pregnantkan adik kali ni dengan Abang Anas dulu... Dulu masuk 8 bulan baru Ummi rasa sakit2. Sekarang ni masuk 5 bulan pun Ummi dah sakit2. Sangat tak selesa nak bergerak. Cepat sangat rasa sakit pinggang kalau duduk lama2... Kalau berbaring lama plak, susah nak bangun. Sakit sangat nak angkat punggung. Nak buat kerja rumah pun rasa susah sangat nak bergerak ke sana ke mari...

Walau camne pun sakit, Ummi gagahkan diri. Berjuang dan kuat semangat, demi mu anak... Bukanlah Ummi nak merungut susahnya mengandung. Tapi bila Ummi rasa sendiri, Ummi insaf sangat... Jadi kalian perlu lah hargai jasa dan pengorbanan ibu2 kalian. Tanpa mereka, tiada kita di dunia ini...

Ibu2 sekalian, didiklah anak kita kenal dan cinta Allah sejak mereka masih di alam rahim. Terangkanlah lampu syurga buat anak2 kita. Semoga kita mendapat redha Allah... Saya insaf sangat dan rasa kerdil di sisi Nya... Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mendidik anak-anak kami mencintaiMu Ya Rabb....


Buat anak2 gadis yang masih mencari keseronokan bersama pasangan masing2 di luar sana. Sedarlah bahawa keseronokan yang kalian cari tu hanyalah sementara. Derita yang akan kalian tanggung selamanya... Insaflah adik2 ku...


Tak kasihankah adik2 pada bayi yang tak berdosa ini. Mereka tak mintak pun dilahirkan di dunia ni. Malah mereka tak mintak pun untuk wujud di dunia mahupun dalam rahim adik2. Kalianlah yang bertanggungjawab. Kalianlah yang menghasilkan benih itu. Kemudian kalian buang macam tu je tanpa sikit pun rasa belas di hati kalian, Masya'Allah...

Dosa apakah lagi yang kalian nak tanggung? Cukuplah dengan dosa maksiat dan penzinaan! Cukuplah dengan dosa menggugurkan kandungan! Sekarang kalian buang anak kalian sendiri tanpa peri kemanusiaan! Zalimnya kalian! Cukuplah adik2 ku! Hentikanlah semua dosa2 ini. Jangan ulangi lagi! Bertaubatlah! Kembalilah pada Allah. Mohon lah keampunan padaNya!

Adik2ku, jagalah maruah dan kehormatan dirimu. Serahkan hanya pada yang layak, hanya pada yang halal untukmu. Kebahagiaan menantimu dik jika kamu menjadi hamba Allah yang taat dan patuh... Insya'Allah... Sama2 kita mencari Mardhatillah.....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

3 comments:

Zaidah said...

kerana hendak menutup malu diorang sanggup membuang baby n menggugurkannyer....

yatie chomeyl said...

btul tu shira, kdg2 hairan tgk yg pregnant dan beranak luar nikah tu sbb diorg mcm x rasa sakit mcm yg kita rasa ke eh sbb senang2 je ngandung 9 bulan dan senang 2je bersalin di toilet pastu saapi hati pulak gi buang anak tu isk3x

Nurul Izza said...

kata ustaz (lupa dh nama ustaz tu)..org yg berzina mmg senang bersalin, sbb dosa tu Allah kumpul.
mcm kita, azab nya rs bersalin sbbnya...sakit tu penghapus dosa.

tapi betulla lain benar pregnant kali kedua ni..cepat rasa sakit.nak tido mlm payah, susah..nak gerak payah.sakit sana sini.bukan merungut tapi memberitahu =)

p.s: tgk gmbr bayi kena buang tu betul2 teringat saat2 iman br keluar.jerit perih br dpt Iman.huhuhu

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive