"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Anas and Toys. Show all posts
Showing posts with label Anas and Toys. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Kisah Anas dan Adik


Lama tak story pasal anak bujang Ummi yang sorang nih... Anas ada hobi baru tau sekarang. Hobi dia main iPod Touch Ummi. Selalu datang kat Ummi mintak 'iPod, iPod' sambil tangan buat gaya dok tekan2, hehe... Dulu gaya tangan dia buat 'twinkle twinkle little star' sbb dulu Ummi selalu pasang lagu tu kat iPod. Sekarang ni iPod Ummi lebih banyak kat tangan die la. Suka2 hati die je nak buat apa pun, huhu...

Banyak gak application yang Ummi installed untuk Anas belajar. Selain dari guna buku, applications dalam iPod ni pun sedikit sebanyak membantu Ummi dan Anas untuk belajar.... Thanks Abah sbb hadiahkan iPod Touch ni untuk Ummi...

My First Iqra' - Ni feveret application Anas. Dari sini Anas dah kenal sikit2 abjad Arab. Best guna application ni. Anas suka tekan2 kat gambar tu sebab nanti die bergerak2... Anas tahu sendiri kat mana nak tekan for next page, previous page dll...


Kat atas ni, page khas untuk applications for Anas semata2. Banyak jugak kan. Nak cerita satu2 mau penuh entry ni plak. Ummi story yang mana paling Anas suka je lah.

Sound Touch - dalam ni ada banyak bunyi2 binatang, vehicles, music instruments & household. Setakat ni, dah banyak binatang dan vehicles yang Anas kenal, Alhamdulillah...


Ni tekan2 je kat gambar tu, akan keluar 4 gambar yang berlainan dengan bunyi sekali.

Pendek kata, every time iPod Ummi kat tangan die, sume die cari sendiri ape yang die nak. Bab main games plak, die bukak, pastu suh Ummi tunjuk camne nak main, pastu die main sendiri...


Anas sedang khusyu' menelaah iPod
  • Lagi satu hobi dia, tengok cite Upin & Ipin. Sekejap2 mintak pasangkan Upin & Ipin. Kalau dah ngadap tu, khusyu' betul. iPod Ummi jugak la selalu jadi mangsa dia tengok Upin & Ipin. Nak tido je, 3 benda wajib ada: n***n, iPod & Upin & Ipin...
  • Oh ya, 1 thn 9 bln ni, Anas masih bf. Alhamdulillah, susu Ummi tak kering, masih ada untuk Anas. Cuma Ummi la sedikit tak selesa sekarang ni. Pelan2 Ummi cakap kat die. Bile die leh faham tu, Alhamdulillah la. Tapi kalau dia nak tido, memang takleh ganti dgn apa2 pun. Tetap nak Ummi jugak... Sekarang, siang2 dgn Ummi pun, dia banyak mintak susu. Time nak tido je die tetap nak n***n. Takleh berenggang langsung.
  • Cite pasal cloth diapers plak, Ummi tak tahu la nape tetibe je die tanak sangat pakai CD kecuali CD Spongebob die. Ade 1 je plak tu. CD yg lain die tanak. Siap pilih sendiri nak pakai DD. Hadoi! Pastu siap suh Ummi pakaikan bedak, siap tunjukkan kat Ummi suh taruk bedak kat mana, haha... Baju2 die pun, semua dia pilih sendiri oke~~ Ummi pilihkan je, 'amau!'
  • Hoho, perkataan baru die - 'amau' means takmau. Dah pandai say tamau pi umah tok (his pengasuh). Pagi2 nak hantar je, 'amau umah tok...' hoho... tapi sampai sana, die masuk je umah tok die...
  • Sekarang ni tengok Anas, semua benda nak buat sendiri. Kadang2 je, ada la time die nak bermanja. Manja die tak boleh tinggal sorang2 langsung. Ummi Abah gi mana pun, mengekor je, sampai melalak2 depan pintu bilik air kalau Ummi atau Abah masuk bilik air.
  • Kalau naik kereta plak, dah pandai mintak nak duduk kat belakang. Lebih bebas kot dok kat belakang sorang2. Oh ya, kalau kat umah tengok Upin & Ipin tu, dia suka duduk atas kerusi komputer. Pastu kan, jangan la ada sapa2 nak numpang, hatta nak tumpang dagu sikit pun dia tak bagi tau! Haha....
  • Sangat suka gosok gigi (lebih kepada hisap ubat gigi tu sebenarnye... Camne nak buat ek?) Nak kumur2 pun dah pandai, ade la bunyi tapi air yg diluahkan balik tu, sikit je... Hadoi, die telan sikit, haha...
  • Anak Ummi ni rajin tolong Ummi tau! Suka tolong Ummi sapu sampah, mop lantai. Tapi tolong cara dia la kan. Takpe la, asalkan dia rajin dan cuba jugak nak tolong Ummi... Thanks sayang!
  • Dah cekap memanjat, berlari dan mencapai benda2 atas tempat tinggi... Part ni memang kena berhati2 sangat. Takut gak die tercapai kettle... Bab berlari tu sangat laju, macam lipas kudung. Comel tengok die lari...
  • Sudah pandai guna kamera hp Ummi untuk amik gambar Ummi. Sgt cepat2 budak2 sekarang belajar guna gadgets kan... Risau plak Anas ni 'gila gadgets' cam Abah die, huhu...
  • Copier yang sangat berjaya. Huhu... Suka dan cepat sangat tiru gaya orang. Cakap orang pun cepat sangat dia dapat tangkap dan tiru balik. Dan sangat suka ikut apa yang orang cakap. So, please, please... Behave & jaga percakapan anda depan Anas dan juga kanak2 yang lain ya...

ni la aksi dia, tiru cara abang tu duduk landing di tengah2 tetamu. Masa ni family meeting pasal nak kenduri Bunga Anas tu....


Hm, cukup kot cite pasal Abang Anas nih... Ummi nak update cite Adik plak... Adik dah masuk 20 weeks dah skrg. Ummi pun dah rasa makin cepat letih. Makan pun cepat kenyang. Last week gi scan. Alhamdulillah, Adik sihat. Dah dengar bunyi jantung Adik. Jantina Adik? Belum nampak. Hm, memang la harap baby girl plak. Tapi ape pun Allah nak bagi, Ummi & Abah terima ja.


sedang train Anas sayang Adik. Baby ni anak lecturer UiTM. Anas boleh jadi Abang yang baik kan?

Kali ni Ummi nak prepare betul2 untuk breastfeeding Adik sepenuhnya. Ummi dah banyak belajar dari kesilapan Ummi masa mula2 nak bf Abang Anas dulu. Yang penting, keluarga dah dapat terima Ummi nak fully bf anak2 Ummi. Hope diorang terus support Ummi bila Adik lahir nanti... Tu je yang Ummi harapkan...

Perut dah nampak dah sikit. Belum sempat nak amik gambar buat kenangan lagi... Nanti lah, tunggu Abah lapang sikit. Kesian kat Abah kerja teruk sekarang ni... Dah hitam kot Abah berjemur tengah panas je...

Perbezaan pregnant kali ni dan dulu:

  • Dulu tak suka makan masam2, tak suka mencicah, tak suka asam & jeruk. Padahal tu la feveret masa zaman anak dara. Sekarang ni suka plak mencicah, nak benda masam.
  • Dulu sangat malas nak masak. Sekarang hari2 teringin nak masak tapi tak boleh nak masak plak, sebabnya masak makan sorang2 buat apa? Abah selalu kena balik lewat. Weekend pun Abah keje tau! Tapi bila ada peluang nak masak, Ummi suka masak special utk Abah.
  • Dulu masa preggy kat Anas, langsung takde masalah keguguran rambut. Sekarang, hari2 kena vacuum bilik. Tapi takde la rajin nak angkut vacuum tu hari2... Huhu...
  • Dulu, masa preggy Anas, walaupun tak suka mekap, walaupun muka nampak sememeh, Ummi tetap rasa cun sebab muka tak berminyak. Cik jerawat pun tak menyinggah. Sekarang, rasa comot je muka. Muka tak berminyak, Cik jerawat pun takde la meriah sangat tapi Ummi rasa comot je. Nak mekap, Abah tak kasi, huhu...
Bila cite kat orang, orang cakap mungkin kali ni baby girl kot... Wallahua'alam... Kalau keluar lelaki jugak? Kesimpulannya, setiap kali mengandung tu, lain rasa dia... Betul tak?


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Thursday, July 1, 2010

Anas & 2010 FIFA World Cup


Assalamualaikum, Wahai anak kesayangan Ummi, Anas.... Riadhah tu sunnah Rasulullah. Sebagai Muslim, kita digalakkan beriadhah untuk menyihatkan jasmani... Bila Anas dah besar, Anas kena rajin beriadhah ya... Jangan jadi mcm Ummi & Abah, haha...

Ikut mcm Sir Ummi & Abah kat MATRI dulu,Sir Abduh a.k.a Sir MAZA. Dah 70-an pun masih kuat. Kalau lumba lari dengan dia, sure kalah... Malu kat Sir Abduh... Kata2 dia yang membuatkan Ummi tertunduk malu,

"Jangan risau tentang berat badan antum tapi risau lah tentang riadhah antum!"

Aduh! Terkedu.....

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas. Ada satu hadith Rasulullah yang mengatakan, "Al-'Aqlussaliim fil Jismissaliim" maksudnya, Akal yang sihat berada dalam badan yang sihat. Sebab tu, kita digalakkan beriadhah untuk menyihatkan badan dan akal fikiran kita.

Kita harus kuat untuk menentang musuh2 Islam, Kafir laknatullah terutamanya, kita harus membela nasib saudara kita di Palestine! Semoga Allah memusnahkan Israel dan selamatkan Palestine! Allahu Akbar!


Ummi, Anas nak gi ganti tempat Fernando Torres la. Apasal ntah tahun ni dia main teruk sangat...


Anas Torres, haha...


Jabulani for Anas...


Anas nak main, tapi Anas nak tido dulu, ngantuk la Ummi...


Anas nak tido dengan Jabulani...


Replika Jabulani Size 1 (kecik), ada logo Real Madrid


Ni kes dia lapar+ngantuk, tapi Ummi paksa dia posing, haha...


Ada peluang Ummi amik gambar gigi Anas...


Gigi Anas dah 6 batang....

the real JABULANI, Officiall Match Ball for the 2010 FIFA Word Cup South Africa.

Nama ”JABULANI” berasal dari bahasa isiZulu, salah satu daripada 11 bahasa rasmi Afrika Selatan yang digunakan oleh 25% warga negara itu, ”JABULANI” bermaksud “to celebrate” dalam bahasa Inggeris. Bola ini melambangkan penyatuan semua negara dalam kejohanan piala dunia. -link-


JABULANI telah dilancarkan sebagai bola rasmi World Cup South Africa 2010. Sebelum Piala Dunia bermula, ramai pemain bintang mengkomplen tentang ketidakbestan bola ni. Tetapi pihak Adidas menegaskan bola tersebut adalah yang 'paling stabil pernah dicipta'. So, terpaksa la pemain-pemain ni sepak jugak bola tu walaupun tak best katanya.

About the Jabulani
  • Perkataan 'Jabulani' bermaksud - 'untuk meraikan' dalam Bahasa Zulu.
  • Direka oleh ADIDAS, peneraju sukan bolasepak terkemuka dunia.
  • Jabulani adalah telah dinaiktaraf dari segi rekaannya berbanding Teamgeist™.
  • Bola biasa mempunyai 32 hexagonal panel, Teamgeist ada 14 panel manakala Jabulani ada 8 panel.
  • Dilengkapi dengan tekstura 'grip and groove' bagi membolehkan bola tersebut melayang dengan lancar.


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, February 3, 2010

10 months of your journey, sayang...


Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Sayang Ummi dah 10 bulan dah on 29 January 2010 hari tu... Sekejap je kan masa berlalu... Ummi selalu belek2 balik gambar dari Anas baru lahir sampai sekarang, perubahan yang begitu ketara Ummi nampak dari bulan ke bulan sayang Ummi membesar... Sebenarnya, Ummi takde la nampak sangat perubahan tu sbb hari2 Ummi tengok Anas membesar sihat, cergas dan ceria depan mata Ummi... Cuma bila Ummi tengok gambar je, baru nampak perbezaan Anas dari lahir sampai la sekarang... Masa Anas chubby dulu, masa takde rambut lagi... Hehe, comel sangat... Rindu la wajah Anas yang dulu... Huhu...

wajah yang suci bersih masa baru lahir

wajah mulus yang masih belum mengerti apa-apa

wajah yang membuatkan Ummi rindu selalu

ketembaman pipi montel gebu dan rambut yang masih malu2 nak tumbuh masa ni

Sungguh Ummi rindu... Sekejap je tak lama lagi Anas nak setahun dah... Gigi pun masih malu2 nak keluar lagi, macam rambut Anas dulu, malu2 gak nak tumbuh... Takpelah, lambat tumbuh gigi, lambat la salin gigi kan...

Anas sekarang memang dah sangat cekap memanjat sana sini, habis sume tempat Anas panjat, tak kira tinggi rendah... Cuma baru nak belajar merangkak... Hehe...

Bila orang gelak, dia pun tumpang gelak sekali macam faham apa yang orang gelakkan ye... Bunyi Anas ketawa kelakar tau, semua orang akan gelak kuat bila dengar Anas ketawa, hehe... Wan cakap, bunyi buat2 gelak je tu, haha...

Anas dah pandai tak nak kat orang, tak nak kena tinggal kat nursery, pagi2 Ummi hantar, mesti nangis nak ikut Ummi... Then, bila Ummi datang time lunch tu, macam dah bau Ummi datang je Anas ni tau, kalau tido, terus bangun tido... Kalau berjaga, terus tunggu depan pintu... Amboi, pandai anak Ummi ni ek, sangat2 peka kehadiran Ummi ye...

Oh ya, Ummi dah belikan Anas exersaucer tau! Ummi beli 2nd hand je, tapi puas hati la, berbaloi2... Anas pun excited dok dalam tu... Layang gambar & video ek....



Yang ni plak aksi Anas tengah malam, masih aktif lagi padahal Ummi memang dah sangat2 mengantuk tau! Anas memanjat kepala katil sambil bermain2, aduh, letih Ummi... Dua malam Ummi bawak Anas gi ofis Ummi teman Ummi buat OT, tu pasal la yang Anas sampai malam pun tak letih lagi, asyik nak main je... Ummi yang letih, hadoi!


Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, August 3, 2009

Aksi-aksi Anas

Penyakit M telah melanda... Semalam, Ahad Ummi amik cuti coz mmg bcita2 nak amik cuti awal Ogos.... Awalnya plan nak jalan2 kat Penang... Nak la gi 2 3 mlm, bcuti la kiranya... Tp, wabak H1N1 ni merisaukan la plak... So, ttp amik cuti, stay kat umah je... Dah lama rasanya tak stay kat umah di siang hari dgn Anas & Abah... Walaupun cuti, smlm gi ofis sekejap coz de appoinment ngn consultant yg akan tolong kami dptkan ISO... Lps habis jumpa En. Razali tu, kami pun balik la, singgah Giant jap, beli baby carrier utk carry Anas la...

Hari ni malas sgt nak update blog, cuma nak tayang koleksi2 gelagat anak Ummi nih...
Anas tgh syok isap jari jemari Anas tu...

Anas tengah ralit main... Sume dh nak masuk mulut... Last2 jari gak jadi pilihan...

Puas Ummi cari jalan nak buat Anas senyum... Tapi anak Ummi nih memang suka senyum, tp susah Ummi nak rakam tau... Bila Anas senyum, Ummi cepat2 pegang kamera, terus Anas tak jadik senyum... Mahal ke senyumanmu tu sayang?

Ralit betul Anas main Playgym yang Ummi belikan tu...

Anas, dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, Ummi bahagia sangat Anas adir melengkapkan hidup Ummi dan Abah... Seronok dan rasa bahagia sangat tengok Anas membesar sihat, cergas, sempurna depan mata Ummi dan Abah... Rasa bersyukur sangat Allah anugerahkan Ummi dan Abah anak yang comel, cerdik, cergas... Dan Ummi rasa bertuah sangat sebab Anas dapat khasiat susu Ummi sepenuhnya... Setiap titis air susu yang Anas minum, Ummi halalkan dan Ummi doakan Anas jadi anak yang Soleh, patuh pada Allah, Rasul dan agama ISLAM... Jadilah MUSLIM QAWI... Ingat anak Ummi sayang, ALlah sentiasa melihat kita, Malaikat sentiasa mencatat amalan baik dan buruk kita... Dan Ummi & Abah tak pernah lupa mendoakan kesejateraan Anas...

Ummi & Abah sayang Anas

Thursday, July 2, 2009

ape citer Anas?

Dua tiga menjak ni, asyik story pasal Ummi je, mana citer Anas Ummi? Dah 3 bulan dah anak Ummi sayang ni... Sekejap je masa berlalu kan... Rasa macam baru je lagi melahirkan Anas... Hm ms mengandung dulu masih terasa lagi... Tup tup, anak Ummi dah besar dah sekarang... Baru sekarang Ummi ada masa nak coretkan semua perkembangan Anas since 2 bulan ke 3 bulan...
Gambar-gambar di atas menunjukkan Anas dah pandai bermain... Ummi belikan Anas playgym & 'vibrate tail' hippo untuk Anas... Dah nampak development die... Masa awal2 beli hippo tu die wat dunno je, tak pandai pegang lagi... Masa tu jugak die belum realize tangan dia...
And then Ummi belikan playgym untuk Anas... Nampak die excited sangat... Die suke dengar melody dr bear yg kat tengah2 tu, playgym tu plak colourful & die suke agah2 benda2 yang bergantungan tu... Lepas dia main playgym tu br nampak, rupanya anak Ummi ni dah pandai main... Then, tengok dia baru realize kewujudan tangan dia... Lepas tu kan, nampak dia asyik belek tangan dia je... Nampak Anas uka jari Anas satu persatu & tarik gi kat mata dekat2... Masa Ummi perasan tu, Ummi rasa happy sangat coz Ummi dapat tengok perkembangan anak Ummi...
Lepas tu baru dia boleh pegang hippo tu... Ummi suka tarik ekor hippo tu bagi Anas pegang then letak hippo atas perut Anas... Hippo tu vibrate, Anas geli... Haha...
Yang ni plak Anas tengah main mainan Abg Faiz nye... Mak Cik Has bagi coz Abg Faiz dah besar... Seronok tengok dia belek2 bende alah tu...
Anas sekarang kalau bersembang suara dia kuat betul... Macam faham je ape yang disembangkan... (Dah faham sebenarnya cuma tak jelas apa yang dia nak sebut) Paling kuat bersembang dengan Abah dia... Agaknya sebab dr pagi sampai ke petang tak jumpa Abah dia, ada la bende yang die nak cite kat Abah dia tu... Bangun pagi plak, terus senyum kalau kita tegur dia... Setiap kali bangun tido la macam tu... Kalau dia bangun Ummi atau Abah takde kat sebelah, nganga la jawabnye... Mule cebik dulu, dengar suara die pelan je, makin lama makin kuat... Huhu... Sayang anak Ummi nih...
Ummi & Abah sayang Anas
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi