"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, September 26, 2011

First attempt menaip blog guna blogger iPhone application

Ummi pun baru nak cuba ni... Tatau la keluar jadi cmna nanti...

Try upload gambar jap. Ni gambar terkini Anas & Aliff, buat mereka yg rindukan dua hero Ummi ni...

Kami pun rindu kalian semua...

Monday, September 5, 2011

Anas hilang kat shopping complex, Aneka, Jitra malam raya...

Alkisah bermula, kami tak sempat nak shopping raya awal2 sbb sibuk buat persiapan kenduri kawen adik ipar Ummi hari raya k-5. Tambah plak hujung2 Ramadhan kan hujan aje, susah nak keluar bawak baby sekali. So, malam raya la baru kelam kabut nak cari baju anas. Baju aliff Ummi beli online je.

Malam tu plak kami guna baby carrier biasa je utk kendong Aliff sebabnya Abah yang nak kendong. Abah tak nak pakai ring sling. Lepas parking kereta kat basement km naik atas guna lif. Sampai kat level 2 baru la nak pakai baby carrier tu. Salah kami jugak memproses baby carrier kt depan lif. Masa tgh tolong Abah pakai baby carrier, kebetulan salah satu pintu lif terbukak. Mula2 nampak Anas tgk je pintu lif tu. Lif kosong, takde orang. Lps tu, elok pintu lif tu nak tertutup, die gi masuk dalam lif tu. Pintu lif terus tertutup, Ummi & Abah tak sempat nak tahan or tekan apa2 nak bukak pintu lif tu. Abah terus turun bawah, Ummi plak naik atas. sbb kami tak tau lif tu pergi mana. Jantung Ummi macam nak tercabut dah. Kami tak jumpa Anas. Pintu lif terbukak tapi kosong.

Rasa mcm nak menangis kat situ jugak tp control... Abah suruh Ummi pusing2 kat kedai2 kat dalam Aneka tu cari Anas. Abah plak pegi bilik security cari kat CCTV. 15 minit jugak la kami cari dia. Ummi dengar bunyi suara budak menangis, suara Anas. Tapi taktau dtg dari arah mana sebab terlalu ramai orang malam raya kan... Ummi naik tingkat atas, gi kat centre cuba cari kat bawah tapi tak nampak jugak.. Panik sangat.

Tak lama lepas tu ade salesgirl masuk dlm bilik security suh buat announcement de budak hilang. Abah terus bangun ikut budak tu. Ummi masa tu tengah melilau lagi. Mata mmg dok cari Anas je. Tak perasan dah selisih dgn Abah. Abah terus panggil Ummi ajak gi amik Anas. Masa tu lega la 50%. Lagi 50% tak lega lagi sebab Anas belum ada depan mata...

Bila dah nampak Anas, nampak die tengah nangis tersedu2. Ya Allah, syukur sangat dah jumpa Anas. Dia peluk Ummi kuat2. Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah....

Masa Anas hilang tu, fikiran ni dok fikir yang bukan2. Takut sangat2... Dah la malam raya... Apepun syukur sangat. Allah bagi pengajaran kat kami... Anas bukan faham apa2, die syok nak main je. Tak tau serik... Huhu....

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi