"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Milestones Anas. Show all posts
Showing posts with label Milestones Anas. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Kisah Anas dan Adik


Lama tak story pasal anak bujang Ummi yang sorang nih... Anas ada hobi baru tau sekarang. Hobi dia main iPod Touch Ummi. Selalu datang kat Ummi mintak 'iPod, iPod' sambil tangan buat gaya dok tekan2, hehe... Dulu gaya tangan dia buat 'twinkle twinkle little star' sbb dulu Ummi selalu pasang lagu tu kat iPod. Sekarang ni iPod Ummi lebih banyak kat tangan die la. Suka2 hati die je nak buat apa pun, huhu...

Banyak gak application yang Ummi installed untuk Anas belajar. Selain dari guna buku, applications dalam iPod ni pun sedikit sebanyak membantu Ummi dan Anas untuk belajar.... Thanks Abah sbb hadiahkan iPod Touch ni untuk Ummi...

My First Iqra' - Ni feveret application Anas. Dari sini Anas dah kenal sikit2 abjad Arab. Best guna application ni. Anas suka tekan2 kat gambar tu sebab nanti die bergerak2... Anas tahu sendiri kat mana nak tekan for next page, previous page dll...


Kat atas ni, page khas untuk applications for Anas semata2. Banyak jugak kan. Nak cerita satu2 mau penuh entry ni plak. Ummi story yang mana paling Anas suka je lah.

Sound Touch - dalam ni ada banyak bunyi2 binatang, vehicles, music instruments & household. Setakat ni, dah banyak binatang dan vehicles yang Anas kenal, Alhamdulillah...


Ni tekan2 je kat gambar tu, akan keluar 4 gambar yang berlainan dengan bunyi sekali.

Pendek kata, every time iPod Ummi kat tangan die, sume die cari sendiri ape yang die nak. Bab main games plak, die bukak, pastu suh Ummi tunjuk camne nak main, pastu die main sendiri...


Anas sedang khusyu' menelaah iPod
  • Lagi satu hobi dia, tengok cite Upin & Ipin. Sekejap2 mintak pasangkan Upin & Ipin. Kalau dah ngadap tu, khusyu' betul. iPod Ummi jugak la selalu jadi mangsa dia tengok Upin & Ipin. Nak tido je, 3 benda wajib ada: n***n, iPod & Upin & Ipin...
  • Oh ya, 1 thn 9 bln ni, Anas masih bf. Alhamdulillah, susu Ummi tak kering, masih ada untuk Anas. Cuma Ummi la sedikit tak selesa sekarang ni. Pelan2 Ummi cakap kat die. Bile die leh faham tu, Alhamdulillah la. Tapi kalau dia nak tido, memang takleh ganti dgn apa2 pun. Tetap nak Ummi jugak... Sekarang, siang2 dgn Ummi pun, dia banyak mintak susu. Time nak tido je die tetap nak n***n. Takleh berenggang langsung.
  • Cite pasal cloth diapers plak, Ummi tak tahu la nape tetibe je die tanak sangat pakai CD kecuali CD Spongebob die. Ade 1 je plak tu. CD yg lain die tanak. Siap pilih sendiri nak pakai DD. Hadoi! Pastu siap suh Ummi pakaikan bedak, siap tunjukkan kat Ummi suh taruk bedak kat mana, haha... Baju2 die pun, semua dia pilih sendiri oke~~ Ummi pilihkan je, 'amau!'
  • Hoho, perkataan baru die - 'amau' means takmau. Dah pandai say tamau pi umah tok (his pengasuh). Pagi2 nak hantar je, 'amau umah tok...' hoho... tapi sampai sana, die masuk je umah tok die...
  • Sekarang ni tengok Anas, semua benda nak buat sendiri. Kadang2 je, ada la time die nak bermanja. Manja die tak boleh tinggal sorang2 langsung. Ummi Abah gi mana pun, mengekor je, sampai melalak2 depan pintu bilik air kalau Ummi atau Abah masuk bilik air.
  • Kalau naik kereta plak, dah pandai mintak nak duduk kat belakang. Lebih bebas kot dok kat belakang sorang2. Oh ya, kalau kat umah tengok Upin & Ipin tu, dia suka duduk atas kerusi komputer. Pastu kan, jangan la ada sapa2 nak numpang, hatta nak tumpang dagu sikit pun dia tak bagi tau! Haha....
  • Sangat suka gosok gigi (lebih kepada hisap ubat gigi tu sebenarnye... Camne nak buat ek?) Nak kumur2 pun dah pandai, ade la bunyi tapi air yg diluahkan balik tu, sikit je... Hadoi, die telan sikit, haha...
  • Anak Ummi ni rajin tolong Ummi tau! Suka tolong Ummi sapu sampah, mop lantai. Tapi tolong cara dia la kan. Takpe la, asalkan dia rajin dan cuba jugak nak tolong Ummi... Thanks sayang!
  • Dah cekap memanjat, berlari dan mencapai benda2 atas tempat tinggi... Part ni memang kena berhati2 sangat. Takut gak die tercapai kettle... Bab berlari tu sangat laju, macam lipas kudung. Comel tengok die lari...
  • Sudah pandai guna kamera hp Ummi untuk amik gambar Ummi. Sgt cepat2 budak2 sekarang belajar guna gadgets kan... Risau plak Anas ni 'gila gadgets' cam Abah die, huhu...
  • Copier yang sangat berjaya. Huhu... Suka dan cepat sangat tiru gaya orang. Cakap orang pun cepat sangat dia dapat tangkap dan tiru balik. Dan sangat suka ikut apa yang orang cakap. So, please, please... Behave & jaga percakapan anda depan Anas dan juga kanak2 yang lain ya...

ni la aksi dia, tiru cara abang tu duduk landing di tengah2 tetamu. Masa ni family meeting pasal nak kenduri Bunga Anas tu....


Hm, cukup kot cite pasal Abang Anas nih... Ummi nak update cite Adik plak... Adik dah masuk 20 weeks dah skrg. Ummi pun dah rasa makin cepat letih. Makan pun cepat kenyang. Last week gi scan. Alhamdulillah, Adik sihat. Dah dengar bunyi jantung Adik. Jantina Adik? Belum nampak. Hm, memang la harap baby girl plak. Tapi ape pun Allah nak bagi, Ummi & Abah terima ja.


sedang train Anas sayang Adik. Baby ni anak lecturer UiTM. Anas boleh jadi Abang yang baik kan?

Kali ni Ummi nak prepare betul2 untuk breastfeeding Adik sepenuhnya. Ummi dah banyak belajar dari kesilapan Ummi masa mula2 nak bf Abang Anas dulu. Yang penting, keluarga dah dapat terima Ummi nak fully bf anak2 Ummi. Hope diorang terus support Ummi bila Adik lahir nanti... Tu je yang Ummi harapkan...

Perut dah nampak dah sikit. Belum sempat nak amik gambar buat kenangan lagi... Nanti lah, tunggu Abah lapang sikit. Kesian kat Abah kerja teruk sekarang ni... Dah hitam kot Abah berjemur tengah panas je...

Perbezaan pregnant kali ni dan dulu:

  • Dulu tak suka makan masam2, tak suka mencicah, tak suka asam & jeruk. Padahal tu la feveret masa zaman anak dara. Sekarang ni suka plak mencicah, nak benda masam.
  • Dulu sangat malas nak masak. Sekarang hari2 teringin nak masak tapi tak boleh nak masak plak, sebabnya masak makan sorang2 buat apa? Abah selalu kena balik lewat. Weekend pun Abah keje tau! Tapi bila ada peluang nak masak, Ummi suka masak special utk Abah.
  • Dulu masa preggy kat Anas, langsung takde masalah keguguran rambut. Sekarang, hari2 kena vacuum bilik. Tapi takde la rajin nak angkut vacuum tu hari2... Huhu...
  • Dulu, masa preggy Anas, walaupun tak suka mekap, walaupun muka nampak sememeh, Ummi tetap rasa cun sebab muka tak berminyak. Cik jerawat pun tak menyinggah. Sekarang, rasa comot je muka. Muka tak berminyak, Cik jerawat pun takde la meriah sangat tapi Ummi rasa comot je. Nak mekap, Abah tak kasi, huhu...
Bila cite kat orang, orang cakap mungkin kali ni baby girl kot... Wallahua'alam... Kalau keluar lelaki jugak? Kesimpulannya, setiap kali mengandung tu, lain rasa dia... Betul tak?


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Monday, October 11, 2010

Anas dah boleh buat apa ye sekarang?


Huhu, dah lama tak story pasal hero Ummi ni... Assalamualaikum anak kesayangan Ummi... Kesian, malam tadi anak Ummi cirit birit. Susah dia nak tidur semalam. Alhamdulillah, pagi tadi nampak macam dah ok...

Ramai yang dok tanya Ummi, 'Anas dah boleh buat apa sekarang?' Baru la Ummi perasan, Ummi tak story lagi pasal perkembangan terkini Anas kat sini... Sempat la Ummi update sikit sebelum Ummi berangkat ke Shanghai esok... (sedihnya nak tinggal Anas 4 malam.....)

Hm, kalau ditanya, apa Anas boleh buat sekarang, jawapan Ummi is, 'macam2'....

Ye, Anas dah macam2 ragam sekarang. Memanjat, berlari, suka berjalan sendiri, berjalan sorang2. Tambah pulak laman rumah sekarang dah luas, lagi la dia sgt riang ria berlari ke sana ke mari. Kalau gate terbuka, lagi la laju keluar je ke jalan besar... Huhu, mmg gate tu kena sentiasa tertutup... Kami dok risau dia main kolam ikan Atuk kat umah. Tapi setakat ni sikit pun dia tak teruja nak terjun dlm kolam tu, Alhamdulillah... But kena berhati2 gak all the time... Takut dia nak mencuba plak kan...

Yang paling Ummi seronok dengan Anas, dari dulu sampai sekarang, bangun tido pagi2 tak pernah nangis. Anas bangun dengan senyuman. Sekarang ni buka mata je, terus panggil Ummi & Abah, ataupun dia cakap, 'cak!' haha....

Words dia makin banyak dah. Boleh dah diajak bersembang. Sometimes keluar gak bahasa Korea dia tu. But understandable la, hihi... Nak kena buat kamus bahasa Anas nih.... (",)

Hm, cite pasal Ummi dok mabuk2 ni kan, ada sekali tu Ummi nak termuntah, dia boleh ajuk Ummi, 'uwek!' hadoi... Pastu gelak2...Pandai nye lah anak Ummi tu... Pastu kan yang Ummi terharu sangat bila Ummi dok muntah2 kat rumah, dia pun nak tolong Abah picit2 Ummi jugak. Bila Ummi dok muntah2 tu, dia pun mai tepuk2 belakang Ummi walaupun tangan dia sampai kat pinggang Ummi je... Tapi, terharunya Ummi anak Ummi nak tolong tenangkan Ummi, thanks sayang....

Anas dah semakin memahami dia akan jadi abang tak lama lagi. Hari2 Ummi cakap kat dia adik ada dalam perut Ummi. Walaupun tummy Ummi belum nampak lagi, tapi Ummi nak Anas sayangkan adik dari awal. Ummi suh dia sayang adik, dia pun cium kat perut Ummi, mmmuahh! Good abang la...

Bab breastfeeding plak. Anas sekarang dah mula selesa dgn FM di waktu siang. Masa Ummi bekalkan EBM dulu, dah habis minum dia punya, dia dok nak amik susu kawan dia jugak. Mula tu Ummi pening gak. Ummi anggap dia nak mencuba. Tapi sungguh2 dia teringin tengok org punya susu. Bila dia minum, jadi rashes plak. Lastly, Abah suh try Dutch Lady 1 2 3 sbbnya Anas minum fresh milk Dutch Lady ok je. Bila try, alhamdulillah, takde rashes...

So, siang dia dah campur FM, malam tetap bf dia... Selain bf, apa pun tanak. Means, kalau ada Ummi, yang lain2, NO! Nak ngempeng je. Kalau dah ngantuk & nak tu, siap tarik2 Ummi, 'jom mi, jom mi...' haha... Dia malu minum depan orang. Sebab tu tarik Ummi masuk bilik, nak landing atas katil...

Skrg ni kalau dia belum ngantuk, sambil minum dia akan suh Ummi tutup. Sambung main jap dulu. Bila nak lagi baru dia buka balik. Apa pun Ummi harap Anas dapat terus menikmati susu Ummi selagi ada ni. Terasa masih belum bersedia nak hadapi saat2 kekeringan susu bila dah pregnant ni. Tapi Anas ni kalau susu kurang pun, dia tetap nak ngempeng. Dah biasa agaknya. Tu yang kesian sangat... Sayu je tgk dia time dok bf tu...

Anas boleh dikatakan sedang cuba dan boleh berdikari. Baju kotor, dia letak sendiri dalam bakul baju kotor dia. Kami ada 3 bekas, satu utk baju kotor Ummi & Abah, satu untuk yang Ummi nak basuh by hand dan satu lagi utk baju kotor Anas. Dia tahu which one is dia punya bakul baju kotor. Lepas buka baju, terus menuju ke bilik air, nak mandi. Lepas mandi, amik pampers dan baju sendiri.

Hm, bila time yang sesuai nak ajar anak membuang sendiri ye?

Apa2 yang kami nak mintak tolong Anas sekarang, sangat senang. Dia boleh terima arahan dan tolong dengan baik. Dan kalau handphone kami bunyi, dia la yang paling kalut tolong pi amik handphone tu utk kami...

Hm, sikit2 dulu la kot... Entry takde gambar ni takut orang bosan plak... Boleh la buat update sblm Ummi bercuti 5 hari ni... (bukan la bercuti pun, cuti blogging ja tapi masih bekerja cuma jauh dari Shanghai... Doakan Ummi & 'adik' selamat pergi dan balik ya...)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Friday, August 6, 2010

Anas dah berjalan...


Assalamualaikum anak kesayangan Ummi dan Abah... Alhamdulillah, genap 1 tahun 4 bulan dan 1 minggu usia Anas, Anas berjalan akhirnya... Walaupun sedikit lambat tapi Ummi syukur sbb anak Ummi usaha sungguh2...

Dalam entry ni kan Ummi ada cerita yang Anas dah boleh berdiri sendiri tanpa sokongan.


Anas mula berdiri sendiri 10/7/2010, masa tu kat SGM yg ke-3 di Alor Setar. Excited Ummi bagitau Kak Hana (PC) yg Anas baru leh berdiri sendiri. Lama jugak dia berdiri tapi kat situ je la. Balik rumah dah tanak berdiri. Mgkin sbb masa tu ramai budak2 lain lagi, so, die sedikit nak show-off (sayang, tak baik tau camtu...)


Then lepas tu ada la dia menapak sikit2... Paling banyak pun cuma 5 langkah, tu pun dah lama sangat & Anas mcm malas/takut nak cuba lagi...

Tapi tadi, Anas tetibe leh berdiri sendiri tanpa apa2 sokongan (cuma depends kat lantai je) & dia mula berjalan lebih dari 10 langkah. And he kept walking sampai dia penat... Lama la jugak... Untuk permulaan ni, Ummi & Bunga latih dia pergi & patah balik... Bila dia jatuh, dia akan bangun sendiri & akan habiskan perjalanan dia menuju ke destinasi... (Silap tak videokan tadi....)



P/S: Awal pagi nanti kami akan bertolak ke KL... Ada surprise... Tunggu entry lepas balik KL ya... Hihi... takut tak jadi sebenarnya, tu yg tanak cite awal2...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Tuesday, June 29, 2010

Genap 15 bulan...


Assalamualaikum putera Ummi sayang... Alhamdulillah, hari ni Anas genap 15 bulan. Semakin banyak keletah Anas yang menghiburkan hati Ummi dan Abah... Semoga Anas terus membesar jadi anak yang soleh ya sayang....


anak soleh Ummi & Abah

Anas sekarang dah sangat cekap tiru apa orang buat... Apa saja orang buat, dengan pantasnya dia copy & paste... tapi paste cara dia la...

Bila kita angkat kening, dia pun nak angkat kening jugak, sekali ngan dahi pun dia angkat gak, haha... hm, nnti ummi rakam... kenangan nih...

Dulu ummi ajar 'this your eyes, ..... nose, ..... ears & etc', skrg kalau ummi sebut mata/eyes, Anas akan kedip mata dia, cute sangat!

Ummi suka ajar Anas 3 bahasa sekaligus (selagi Ummi mampu & tahu la... Malay, English & Arabic)

Bila Ummi suruh Anas berdiri, Ummi akan sebut 'stand up, bangun & qiyam'... Skrg kalau sebut semua tu, Anas dah faham & berdiri...

Mcm tu jugak dgn duduk, 'sit down, duduk, ijlis' so, Anas akan duduk...

Kalau ajar numbering pun mcm tu, 'Malay, English & Arabic'... Sama jugak la dgn yang lain2...

Yang Ummi kagum sangat dgn Anas is bila part nak pakai baju, seluar, stokin & kasut... Anas akan hulurkan tangan dan kaki kanan dia dulu... Good boy! Ummi selalu sebut dr kecik lagi, nak pakai baju, kena mula dgn tangan kanan... Alhamdulillah, ilmu itu serap dlm minda Anas...

Kalau Ummi sebut, 'jom mandi', cepat2 dia angkat tangan dia, suh bukakan baju... So, clever!


bersiap sedia nak mandi

Kalau orang gelak (padahal bukan gelak utk Anas pun), dia pun akan ikut gelak... Hahaha...

Kalau menguap, dah pandai tutup mulut sendiri, Alhamdulillah...

Dah semakin banyak words baru, tapi sekadar bunyi hujung2 ja... Ummi mmg tak cakap pelat ngan Anas sbb Ummi tanak Anas pelat...

Everything yg dia nak, he will point to that thing & buat bunyi utk attract perhatian orang. Selagi tak dapat, dia akan kuatkan volume dia. Kalau kita amikkan dia benda yang salah, dia akan tolak tangan kita. Dia akan tunjuk ke benda yang dia nak tu, sampai dapat... Huhu, bab ni kalau pi kedai, mmg problem... Ummi mmg tak ajar beli apa saja yang dia nak... Alhamdulillah, Anas mudah dipujuk...


melaram dgn moto besar idaman Abah

Hm, Anas belum dapat kaki lagi... Selalu gak Ummi mimpi dia dah boleh berjalan... Takpelah belum berjalan lagi skrg ni... Ni pun Ummi dah tak larat nak ngejar tau! Syok tgk dia explore dunia dia dgn cara dia sendiri. Dia happy, dia aktif, dia sihat... Ummi shouldn't be worried lah...

Berat badan still a problem pada kebanyakan orang... Tapi Ummi dah tak risau kot sbb Anas sihat, aktif, ceria & bab makan pun takde masalah. Minum susu pun takde masalah gak...

Anas reject FM.... Susu Ummi tetap menjadi pilihan utama... Other than that, Ummi bagi gak Anas minum Examo Koko for Kids..

Anas kan skrg suka sangat makan nasi yang ada rasa such as, nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, nasi tomato. Makan nasi saja pun ok dah...

Always muncungkan mulut bila main sorang2...

Sudah pandai nak bebai, merajuk - tekup muka kat lantai, tilam & bantal...

Mulut sangat pok pek2... Every aktiviti dia pasti ada suara dr mulut dia...

Pandai tadah tangan baca doa, every time jumpa orang or nak balik, mesti salam cium tangan & sayang kat pipi...

Kalau Ummi amik dia dr orang, terus akan babai orang tu...

Selalu nak makan sendiri, takpe la Ummi kasik can... Tapi apa jadi bila makan sendiri?


makanan yang atas meja kosong je, habis semua dibuang ke lantai... tapi skrg, dah agak pandai nak pegang sudu, suap sendiri...


Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, May 31, 2010

Happy 14-months-old Anas & Happy 2nd Anniversary Ummi & Abah!


Assalamualaikum Anas sayang... Lama sudah Ummi tak mencoret di sini kan... Dah besar dah putera Ummi sekarang... Dah macam2 ragamnya, dah macam2 yang Anas pandai...


29/5/2010 hari tu, genap lah usia Anas 14 bulan bersamaan setahun 2 bulan.... Masih belum boleh berjalan tapi dah mula nak berdiri sendiri... Kalau dah boleh berdiri tu, sekejap je... Hari tu Anas dah menapak tapi 2 langkah je, pastu terus takmau dah... Hehe...

Hm, gigi Anas dah masuk 6 batang... Cepat kan gigi Anas dah 6... Masa umur setahun, baru sebatang gigi.... Uniknya, gigi pertama Anas kat bawah,yang kedua pun kat bawah... Yang ke-3 dan ke-4 tumbuh serentak kat atas, tapi bukan kat tengah2, dia tumbuh apit kiri dan kanan... Yang ke-5 tu baru kat tengah... Sekarang tgh nak keluar gigi yg ke-6, kat tengah jugak... Sangat susah nak tayang gigi dia okey...Huhu....

Banyak jugak vocabs baru... Dah semakin memahami apa yang orang cakap dengan dia... Yang lawaknya sangat excited bila nampak balloon... Tapi dia akan jerit "Ballooh (belluuuh)" haha.... Dah tahu camne nak buka baju dan seluar sendiri...

Sangat ringan mulut... Kadang2 nak tergelak dengar dia dok membebel sorang2... Bebai pun dah pandai tau! Yang sedihnya, bila Anas bebai, suka sangat menghempas badan ke belakang... Risau Ummi kalau terhempas kepala tu....

Anas kan sangat suka dengan orang lelaki je... Dengan orang perempuan ni, mmg slow sket... Cmtu gak, antara Ummi dgn Abah, Abah tetap menjadi pilihan pertama dia... Hehe... Kalau time die tanak kat sesape tu, nak kat Ummi je, maknanya dia mengantuk, nak nyusu la tu...

Hm, makanan yang Anas suka makan... Nasi + Sup Ayam atau any makanan berkuah cair mcm sup, masak pindang/singgang, Mushroom soup, Cheese Omelette, Roti, Buah: betik, pisang, anggur, Fresh milk (Anas tak suka yang berperasa coklat/strawberry). Every day, Ummi akan masak sendiri makanan Anas & bekalkan ke nursery. Ummi taruk dalam bekas tahan panas... Ummi mmg nak sediakan sendiri makanan untuk Anas... Kalau boleh, hari2 Ummi nak Anas makan masakan dari air tangan Ummi sendiri... Dan hari2 Ummi sediakan makanan yang berkhasiat untuk Anas... Hari2 Ummi akan pelbagaikan makanan Anas dan Ummi akan pastikan setiap apa yang Ummi masak, terkandung semua khasiat dan diet yang seimbang untuk tumbesaran Anas...
Cerita pasal tumbesaran kan, Anas semakin tinggi... Seronok Ummi tengok Anas dah boleh capai tangan atas meja solek Ummi... Sebelum2 ni mmg tak sampai, hehe... Tapi Ummi harus jaga2 lebih sikit la sbb Anas dah suka memanjat & akan capai apa saja... Electrical items kat kitchen pun Ummi kena make sure takde wayar2 yang berjuntai, kalau tak Anas akan tarik kan...

Ya, semua orang akan tegur Anas makin kecik... Ummi tak kisah sbb Ummi nampak tumbesaran Anas melalui ketinggian, Ummi tahu selera makan Anas, Ummi sedar betapa aktifnya anak Ummi nih, mmg taleh dok diam... Orang lain plak tgk tumbesaran Anas melalui ketembaman dan berat badan.... Takpe la Anas kan, bukan semua orang faham mcm kita faham... Paed Anas cakap Anas sihat, aktif, so no worries! Nurse kat Klinik Kesihatan Jitra pun tak pernah sound Ummi pasal berat badan Anas walaupun mmg dah masuk line merah... Diorang cakap as long berat badan naik, anak sihat, aktif, ok la... Cuma kena jaga pemakanan bagi cukup zat la... Diorang mmg sangat2 support Ummi, nasihat Ummi macam2... Ummi dah start campur susu... Kat nursery Anas minum 3 jenis susu, EBM, Fresh Milk dan susu BioLac (rumusan homeopathy Dr.Azizan Ismail, Era Edar Marketing). Kiranya dalam sehari Anas akan minum sekali je susu formula dan fresh milk. Selebihnya mmg Anas akan dengan Ummi lagi...

Hm, cukup tak cerita pasal Anas? Ummi nak cerita pasal Ummi & Abah plak ni....

Semalam genap 2 tahun usia perkahwinan Ummi & Abah... Happy Anniversary Ummi & Abah! Abah hadiahkan Ummi perfume Japanese Cherry Blossom dari Body Shop. Ummi nak perfume sbb perfume Ummi baru je habis, hehe... Wangi, lembut je bau die... Abah suka sangat...



Abah plak, die nak handphone Nokia yang jenis biasa2 tu as 2nd handphone die... Hm, Abah ni kalau die nak ape2 kan, die akan dapatkan secepat mungkin. So, Ummi memang pening la hadiah ape nak bagi kat Abah tau... Kalau nak bagi hadiah kat Abah pun, mmg jgn tunggu time special event cmni la... Bila2 pun mmg kena bagi dah... Haha...

Malam semalam Ummi belanja Abah makan special kat D'Jitra Seafood. Memang sedap makanan kat situ. Tapi sayang, tak amik gambar la... hehe...

Apa yang special masa Anniversary kami tahun ni? Kami ngemas bilik sama2... Seronok sangat... Kena plak hari cuti kan (Kedah cuti ganti Hari Wesak smlm, ganti Hari Wesak yg jatuh pada hari Jumaat lepas)... Pagi tu kami gi Hot Air Balloon Festival kat Taman Jubli Emas... Dah last day kami pergi, dah tak meriah dah... Gambar? next entry lah... Tak larat la, sakit pinggang sangat2 dah ni, ingat nak gi KMC la...


Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, April 22, 2010

Milestone Anas 1 year


Assalamualaikum Anas yang amat2 dikasihi... Permata hati Ummi dan Abah kerap demam kebelakangan ni... Ummi risau sayang... Esok Ummi nak bawak Anas gi jumpa Dr.Sharifah sekali lagi... Semoga Anas cepat sihat dan terus ceria macam selalu. Berat Anas pun susut sikit sbb Anas tak bape ade selera nak mamam, kesian Anas Ummi sayang...

Hari ni Ummi curi masa sikit nak update achievement Anas sbb Ummi langsung tak sempat nak update sebelum2 ni. Ummi cite seringkas yang boleh ya. (Ye ke Ummi ni? Bukannya org tak tahu Ummi kalau dapat keyboard, berjela2 Ummi akan taip. Orang pun malas baca kan. Abah pun malas baca, nak tgk gambar je, hihi...)

Milestone Anas:

  • Setakat baru sebatang gigi yang baru tumbuh, ada 5 lagi yang nak keluar tu, masih belum habis tumbuh lagi, dok nampak putih2 je... (Gambar? Susah la nak amik gambar. Anas tanak buka mulut, segan nak tayang gigi die yang lambat tumbuh tu...)
  • Anas dah pandai cium Ummi dan Abah. Bila Ummi cakap 'sayang Ummi cket!' Anas pun rapatkan bibir dia kat pipi Ummi, pekup lama2 sambil bunyi 'mmmuahh!' cute sangat. Pastu nak bagi fair, lps cium Ummi, Anas akan cium Abah plak, pehtu cium Ummi balik, pehtu cium Abah balik sampai dia penat, haha... (ada la video yg Ummi rakam ni, mesti ada kat komp kat umah, huhu...)
  • Masih belum boleh berjalan lagi. Orang cakap, baby kalau lambat berjalan, dia cepat bercakap. Alhamdulillah, Anas dah boleh sebut beberapa perkataan. Anas boleh tiru apa yang orang cakap. Antara words yang keluar dari mulut Anas: -mam (makan)--dap (sedap)--Abah--mmii (Ummi)--yak (berak)--nak- (kdg2 bunyi nanana, sambil nangis minta nenen kt Ummi)--auk (refer kpd Atuk, TokWan & MakTok)--de (Nenda)--aye (air)--di (mandi)--nga (Bunga)--iow (buat bunyi kucing)--nah (bile die bagi something kat org)--juk (sejuk)-eyo (Hello, sambil bergaya cakap tepon)
  • Dan Anas pun dah boleh faham cakap kami. Bila Ummi say sit down, duduk, Anas akan duduk. Bila Ummi cakap nak, Anas pun bagi kat Ummi apa yang dia tengah pegang tu... Ummi tanya Abah mana, dia tunjuk Abah. Ummi ckp, 'angkat tangan, buka baju' Anas pun angkat tangan... Kalau Ummi londehkan seluar Anas, Anas pandai angkat kaki untuk buka seluar...
  • Anas sekarang dah boleh duduk sendiri dengan stabilnya. Sebelum ni, boleh duduk tapi Ummi yang duduk kan la. Dan, Ummi dah train Anas makan sendiri. Tapi belum train betul2 la. Lambatnya Ummi train Anas mamam sendiri... Hehe, sebabnya, Ummi tak suka Anas comot2, Ummi rela suapkan tapi tu la, Anas lambat berdikari la nanti, huhu...
  • Hobi baru Anas sekarang, 'ngemas'... Apa2 yang boleh dikemas, habis 'dikemas' nye... Yang selalu jadi mangsa, handbag buruk Ummi tuh. Pantang terbuka, habis diselongkarnya.

~ni masa Anas ngemas meja Ummi kat ofis, habis dia main Ummi nye cop. Kan dah tercop nama Ummi kat betis Anas tu. Senang orang tahu Anas anak Shaakira Uzir, haha~
  • Suka muncungkan mulut macam 'Pinggu' tu. 'UUUU' bunyi dia...
  • Mulut dah bising dah sekarang ni. Lebih2 lagi kalau dapat 'telefon'. Handphone ke, telefon biasa ke, bersembang macam betul2 pandai bersembang je... Kadang2 betul2 ada orang cakap kat sebelah sana, kadang2 berlakon je... (tak sempat lagi rakam aksi Anas yang ni)
  • Dalam keta (dalam car seat Anas), mulut asyik pok pek2 je... Ape yang dibebelkan pun Ummi tak faham, hehe... Kalau keta baru bergerak, Anas pun buat bunyi, 'uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu', ikut rentak bunyi keta bergerak tu...

dok pok pek2 sorg2 tu sampai la terlelap sendiri, huhu... sian anak Ummi letih main kat skool ya?
  • Kalau makan, dah pandai jilat bibir, pendek kata, bersihkan mulut sendiri...
  • Ha, 1 lagi. Kalau Ummi sebut 'takdak dah / habih dah / sampai dah / (apa2 yang ada 'dah' kt blkg tu) tangan Anas pun pusing2kan. Padahal Ummi ajar pusing2 tangan tu bila Ummi sebut 'habih dah' & takdak dah' ja... Anas plak, ape yang ade 'dah' kt belakang tu, tangan pun pusing skali... Hehe...
  • Anas kan, kalau 'ngemas', kadang2 dia pandai sembunyikan barang. Pastu nnti dia cari balik & konon2 excited bila jumpa, haha...
  • Hm, ni yang sedikit tak best. Anas kalau dah taknak sesuatu barang tu, bila dah boring, Anas akan baling cmtu je... Hm, tak soleh la sayang...
  • Anas suka suap orang lain makan sama.. (Tu yang Ummi boleh tergigit jari Anas hari tu. Anas suap fries, Ummi ingatkkan Ummi dah gigit fries la, rupenye Ummi dah tergigit jari Anas, huhu... Pe lagi, meraung la kawan sbb Ummi gigit sepenuh hati, hehe... Sori Anas sayang..)
  • Sekarang Anas dalam proses bertatih. Ummi tengah train Anas untuk berdiri sendiri. Tapi Anas belum yakin dgn diri dia sendiri lagi...
  • Anas dah pandai nak tarik perhatian Ummi & Abah. Pandai sapa & panggil orang... Kadang2 bila Ummi & Abah tak layan Anas, Anas akan berdiri dlm playpen Anas tu, pastu jatuhkan diri sendiri... Melayang ke belakang dan bub! Pastu bila Ummi & Abah kelam kabut gi tengok, Anas akan gelak suka. Pastu buat sekali lagi.... Hadoi hai... hehe...
Sekian dulu untuk entry kali ni...
On weekends, slalunya Ummi tak sempat nak update blog or buat scheduled entry utk minggu seterusnya... Hari ni, ingatnya nak cuba buat scheduled entry byk2... Lama Ummi tak berblogging, blog Ummi sunyi je rasanya. At least, bila slalu ada entry, tak la sunyi sgt kan...

Ummi & Abah sayang Anas!

Sunday, March 14, 2010

Anas new achievement


Assalamualaikum, Alhamdulillah Anas semakin cerdik dan sangat2 cergas skrg... Keaktifan Anas kadang2 membuatkan Ummi penat sampai tak terlayan. Tapi Ummi faham Anas tengah meng'explore' dunia baru Anas, that's why Ummi biarkan aje. If ada yang membahayakan Anas, baru Ummi cepat2 ngejor Anas...

Nursery Anas terpaksa ditutup ekoran masalah penyakit berjangkit (chicken pox) sejak Selasa lalu sampai la habis cuti sekolah nanti... So, sepanjang cuti ni, Anas dok kat ofis Ummi je lah,sbbnya dah takde tempat nak hantar Anas... Alhamdulillah boss a.k.a Atuk faham & ramai uncle2 & auntie2 nak tolong Ummi ngasuh Anas...

Hm, sejak dok kat ofis Ummi ni, banyak sangat pencapaian baru yang Anas buat...
  • Anas dah semakin kerap 'jawab telefon'. Bila dengar 'hello' je cepat2 Anas angkat tangan letak kat telinga. Then kalau ada orang tgh bcakap kat telefon, Anas pun angkat tangan letak kat telinga, pastu mulut dok 'pot pet' sorang2
  • Anas dah semakin becok sekarang... Ada la keluar sikit2 perkataan yang Ummi faham. Contoh kalau Anas nakkan something, Anas akan jerit, 'nakkk'. Kalau Ummi lambat sikit bagi nenen, Anas akan jerit, 'mmpaaaat'.Teruja Ummi dengar. Pastu Anas dah pandai sebut 'MMiii' tapi mmg lebih kerap 'Abah' la... Jelas plak tu sebut perkataan 'Abah'
  • Anas semakin manja dengan Abah. Pantang nampak kelibat Abah, mmg tanak berenggang dengan Abah. Kalau Abah tak amik, mesti nangis... Ye lah,dah seharian dengan Ummi, malam2 nak kat Abah la plak kan...
  • Anas dah semakin cekap me'ghagaih' (meragas a.k.a memanjat). Anas dah pandai panjat tangga kat ofis Ummi nih. Panjat dari bawah sampai atas plak tu, dan sangat2 laju...
  • Anas dah pandai bawak diri sikit2... Ummi paling kagum dengan Anas sbb Anas tak masuk dlm mulut benda2 kecik yang Anas ngutip... Kalau Ummi mintak, Anas akan kasik Ummi. Tapi tak bermakna Ummi boleh biar camtu je... Ummi tetap kena beware takut tetibe Anas dapat 'hidayah' nak masukkan dalam mulut kan...
  • Anas dah pandai baca buku. Bila pegang buku je, sambil selak2,mulut dok ngomel2 sendiri, haha... Alhamdulillah, nanti jadi seorang yang suka membaca ya sayang...
  • Anas mmg sangat suka2 dengar kalimah2 Allah macam azan, zikir, bacaan Al-Quran etc... Anas akan diam, tengok dan hayati... Alhamdulillah, semoga Anas jadi anak yang beriman pada Allah... Ummi senang sangat sebab sekarang Anas akan ikut bila Ummi berzikir kat Anas... Contoh: Ummi akan dodoikan Anas dengan zikir masa nak tidurkan Anas, Anas akan ikut Ummi berzikir gak, amik yang belakang2 je, janji ada Anas sebut 'wah,wah,wah' (Allah,Allah,Allah) ikut rentak Ummi berzikir tu, pandainya...Alhamdulillah...
2 minggu lagi Anas akan genap setahun. Semoga Anas terus membesar dengan sihat, cerdik dan cergas dengan khasiat susu Ummi sepenuhnya... Target Ummi untuk susukan Anas selama setahun dah tercapai, dan semoga Allah masih mengizinkan Anas terus dapat minum susu Ummi untuk setahun lagi... Next target, sampai Anas 2 tahun, Insya'Allah...

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, March 1, 2010

A month going to One Year Old...


~scheduled post~


Assalamualaikum sayang Ummi dan Abah... Dah masuk 11 bulan dah permata hati Ummi dan Abah ni. Dan Anas semakin sihat, ceria, aktif and so lasak la sekarang... Ummi penat tapi Ummi terhibur sangat sangat sangat sangat tau!

Allah izin, kesihatan Ummi tak begitu baik kebelakangan ni, Ups! Anas belum nak dapat adik lagi la, hehe... Tekanan darah Ummi sangat2 rendah, Ummi kerap pitam dan jatuh... Sangat2 pening kepala, kadang2 sesak nafas... Selalu Ummi jadi camtu bila Ummi stress, banyak sgt hal kat ofis, nursery Anas lagi alhamdulillah dah setel last week...

Selalunya kan Ummi akan tunggu 29hb setiap bulan dan akan update bertambahnya usia Anas setiap bulan, Tapi February ni ada 28 hari je la...Tapi Anas tetap dah genap 11 bulan... Wah, tak lama dah Anas dah nak setahun kan... Tak sabarnya Ummi...

Tika usia Anas 11 bulan ni:

  • Anas masih belum cekap merangkak, hehe... Kadang2 laju, kadang2 merangkak sikit, sambung dengan menyusur plak... Maleh praktis ni...
  • Anas dah cekap meniti ya sekarang... (kerap jatuh, sian Anas...) Hm, Ummi nak belikan Anas step walker la sbb Anas cekap sangat meniti, tak lama lagi jenuh la Ummi ngejor Anas ek... Hehe...
  • Anas belum ada walau sebatang gigi pun lagi... Hm, lambatnya gigi Anas tumbuh ni... Wan cakap Anas macam Ucu,lambat tumbuh gigi, nanti gigi susu lambat salin la... Ucu masa form 2 still ada gigi susu, Wau!
  • Anas pandai mengajuk orang tau! Lebih2 lagi kalau de budak2 kecik menangis, Anas akan ajuk dia nangis, kelakar Ummi tengok, haha... huh, mentang2 la Anas ni tak kuat nangis, ajuk orang ye, tak baik tau! Alhamdulillah, Anas memang tak banyak ragam, baik je kat mana2 pun, senang Ummi bawak berjalan, tak kisah orang pegang2 Anas, tak nangis langsung, kecuali kalau lapar dan mengantuk, harus cari Ummi la, nak nyusu... Gi mana2 pun orang cakap, susah nak dengar suara Anas, baik, diam je... Hehe, anak Ummi soleh, Alhamdulillah...
  • Anas dah pandai tiru gaya orang... Abah Ummi harus well behave, hehe... Pastu kadang2 tu pandai2 sendiri je, or tiru kawan2 kat nursery... Anas suka sangat menyembur skrg ni, Ummi & Abah tak ajar pun...

~Anas sedang menyembur2 air liur, habis comot, eiiii... tanak kawan la ngan Anas~
  • Anas dah pandai 'pok amai-amai', kalau dengar Ummi nyanyi, terus tepuk tangan... Pastu suka sangat lagu "hokey dokey", Mak Njang An bagi video clip lagu tu, terkedek2 Anas menari ikut lagu tu...
  • Kalau nak turun dari tempat tinggi, Anas dah pandai turunkan kaki dulu... Then kalau nak capai sumting kat kaki Anas, Anas dah pandai tunduk, duduk dulu baru amik benda tu... Masa ni Ummi perhatikan Anas... Mula2 tu Anas tak pandai, Ummi biarkan je Anas fikir sendiri... Lama2 Anas dah boleh fikir camne nak amik barang yang ada kat belakang kaki Anas... Sejak dari tu Anas dah mula pandai lepas tangan masa berdiri, tu yang jatuh kat nursery tu...
  • Kalau naik kereta, tempat faveret is kat stereng... pastu suka main lampu & wiper... Pandai carik tau! Kalau duduk ngan Ummi, Anas lebih suka kaki kat bawah, sambil2 explore apa yang ada kat tgh2 keta tu, habis main radio n gear, hadoi!
  • Bab makan, kuat sungguh makan... Kalau kat depan Anas tu ada makanan org dewasa dan makanan Anas, Anas prefer orang dewasa punya... Botol susu berputing tu dah tanak langsung2 dah, minum pun dari cawan...
  • Kat nursery mmg tanak EBM Ummi... Ummi just tinggalkan bubur masak sendiri 3 bekas (dalam termos pemanas makanan), biskut, buah2an for desert, air masak dan nestum... Balik umah petang tu, Ummi harus bersiap sedia, Anas akan minum susu the whole night tau! Selang 1-2 jam sekali... Mmg betul2 cover for siang punye susu la...
  • Anas dah tanak ditinggalkan kat nursery, kuat sangat nangis bila kena tinggal, sedih Ummi tengok... Kat mana2 pun Anas well behaved, tapi kat nursery Anas memang tanak ditinggalkan... Dulu ok je.... Hm?
  • Kalau kasik Anas HP, dan bila Ummi sebut 'hello', Anas terus letak kat telinga... hahaha... Pandai anak Ummi nih!
  • Kalau tido, memang kena kepung dgn bantal, kalau tak mesti dah bergolek jatuh katil, huhu...


Ummi & Abah sayang Anas!

Wednesday, February 3, 2010

Sape name Anas angkat tangan!

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...

Ummi & Abah sayang Anas!

10 months of your journey, sayang...


Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Sayang Ummi dah 10 bulan dah on 29 January 2010 hari tu... Sekejap je kan masa berlalu... Ummi selalu belek2 balik gambar dari Anas baru lahir sampai sekarang, perubahan yang begitu ketara Ummi nampak dari bulan ke bulan sayang Ummi membesar... Sebenarnya, Ummi takde la nampak sangat perubahan tu sbb hari2 Ummi tengok Anas membesar sihat, cergas dan ceria depan mata Ummi... Cuma bila Ummi tengok gambar je, baru nampak perbezaan Anas dari lahir sampai la sekarang... Masa Anas chubby dulu, masa takde rambut lagi... Hehe, comel sangat... Rindu la wajah Anas yang dulu... Huhu...

wajah yang suci bersih masa baru lahir

wajah mulus yang masih belum mengerti apa-apa

wajah yang membuatkan Ummi rindu selalu

ketembaman pipi montel gebu dan rambut yang masih malu2 nak tumbuh masa ni

Sungguh Ummi rindu... Sekejap je tak lama lagi Anas nak setahun dah... Gigi pun masih malu2 nak keluar lagi, macam rambut Anas dulu, malu2 gak nak tumbuh... Takpelah, lambat tumbuh gigi, lambat la salin gigi kan...

Anas sekarang memang dah sangat cekap memanjat sana sini, habis sume tempat Anas panjat, tak kira tinggi rendah... Cuma baru nak belajar merangkak... Hehe...

Bila orang gelak, dia pun tumpang gelak sekali macam faham apa yang orang gelakkan ye... Bunyi Anas ketawa kelakar tau, semua orang akan gelak kuat bila dengar Anas ketawa, hehe... Wan cakap, bunyi buat2 gelak je tu, haha...

Anas dah pandai tak nak kat orang, tak nak kena tinggal kat nursery, pagi2 Ummi hantar, mesti nangis nak ikut Ummi... Then, bila Ummi datang time lunch tu, macam dah bau Ummi datang je Anas ni tau, kalau tido, terus bangun tido... Kalau berjaga, terus tunggu depan pintu... Amboi, pandai anak Ummi ni ek, sangat2 peka kehadiran Ummi ye...

Oh ya, Ummi dah belikan Anas exersaucer tau! Ummi beli 2nd hand je, tapi puas hati la, berbaloi2... Anas pun excited dok dalam tu... Layang gambar & video ek....



Yang ni plak aksi Anas tengah malam, masih aktif lagi padahal Ummi memang dah sangat2 mengantuk tau! Anas memanjat kepala katil sambil bermain2, aduh, letih Ummi... Dua malam Ummi bawak Anas gi ofis Ummi teman Ummi buat OT, tu pasal la yang Anas sampai malam pun tak letih lagi, asyik nak main je... Ummi yang letih, hadoi!


Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi