"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Bubur Lambuk Ramadhan Anas...



Salam Ramadhan, bulan Al-Quran... Berapa juzuk Al-Quran dah habis setakat hari ni, 5 Ramadhan? Ummi sempat habiskan 3 juzuk before Cik P dtg bertandang waktu Asar petang ke-2 Ramdhan... Lepas ni mmg kena pulun la...
Sebelum Nenda berangkat menunaikan umrah hari Jumaat lepas, Ummi sempat la tanya Nenda camna nak masak bubur lambuk. Nenda cuma ajar teori ja. Tak sempat nak belajar praktikal & amali, hehe... Tapi, ni bubur lambuk cara kami la, mmg tak taruk santan... Kami mmg kurang sikit makan santan. Gulai pun mmg tak taruk santan...

Ummi tade amik gambar sbbnya tanak letak gambar makanan di bulan posa ni, risau gak ade org terliur, haha... (bajet cam sedap sgt la bubur lambuk hari tu sampai orang nak terliur kan...)

Bahan-bahan: (Ummi masak mmg tak ikut sukatan, pakai agak je... So, sukatan yg diberikan ni utk memudahkan dan sbgai panduan je. Kalian agak2 jugak ek...)
(Untuk 4 orang makan)

1 cawan Beras
2 1/2 cawan Air (utk masak bubur)
1/2 sudu kecil Halba
3 batang Serai -dititik
1 ketul Halia (sebesar ibu jari kaki) - dihiris halus
1 genggam Udang kering
500g Udang basah/Ayam/Daging (ikut suka, ada orang guna ikan kembung jugak)
1/2 sudu kecil Biji lada hitam
Garam/Gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Masak bubur macam biasa. Campurkan dengan halba siap2... (Ummi masak guna slow cooker. Pagi2 before gi ofis, Ummi letak utk masak bubur siap2, auto mode. So balik petang dah boleh masak dah...)
2. Masukkan serai dan halia. Kacau.
3. Masukkan udang kering. Kacau.
4. Masukkan udang basah/ayam/daging. Kacau.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
6. Lastly baru masukkan biji lada hitam. (Ummi tak masukkan awal2 sbb nak asingkan part for Anas makan jugak)
7. Kalau nampak bubur tu agak pekat, tambahkan air sikit. Then, siap lah!

**Kalau nak taruk santan pun boleh, Ummi mmg tak berapa sangat makan santan ni...

Alhamdulillah, ptg tu masak untuk kami berempat makan, semua cakap sedap... So, petang ni nak masak lagi untuk berbuka puasa dengan Family-In-Law... Untuk Ucu Maya bawak balik ke asrama jugak...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Friday, August 13, 2010

Cerita puasa Ummi Anas...

Assalamualaikum anak Ummi sayang. Hari ni dah masuk hari ke-3 kita dalam bulan Ramadhan al-Mubarak... Rasa tenang je sekarang. Syaitan pun kena ikat. Dah lama bumi Kedah ni tak hujan, Alhamdulillah, hujan rahmat Ramadhan turun hari2 sejak hari pertama Ramadhan...

Hari ni Nenda, Bunga & Achik Anas akan bertolak menunaikan umrah for 2 weeks... Maka dengan itu, tinggal lah Ummi, Abah & Anas menjaga rumah ini... Sunyi la pasni... So, bulan puasa tahun ni tetap mcm puasa tahun lepas, Ummi berdikari, hehe...

Tahun pertama puasa lepas kawin, masa tu still stay ngan Nenda. Pulak tu Ummi alah yang sangat teruk masa tu. 2nd year puasa, Anas dah lahir. Kita stay sendiri kat Taman Bunga Raya. Masa tu Abah pun baru mula kerja ngan Atuk & dah mula berulang ke Kulim. So, tahun ni dgn tahun lepas, puasanya agak tak banyak beza. Berdikari, siapkan juadah sahur & berbuka sendiri. Kalau tak sempat, beli je. Nenda ckp, kalau tak sempat masak & beli, gi la buka puasa kat masjid, hehe...

Tahun lepas puasa Anas baru 5 bulan. Kadang2 Ummi beli lauk & air kat bazaar Ramadhan blkg ofis then masak nasi kat rumah. Kalau sempat, Ummi akan masak jugak sikit2. Weekend plak sempat la Ummi wat kuih sikit utk berbuka. Tapi Abah tak suka sangat makan kuih masa berbuka. Abah prefer makan nasi terus...

Sahur plak, selalunya Ummi masak nasi & lauk lewat malam before tido, then bangun kul 5 pagi terus panaskan lauk. Hm, Ummi belum mampu bangun awal2 utk masak, huhu... Kena cuba jugak, sampai bila kan....

Tahun lepas Ummi dapat puasa penuh 30 hari, terawih buat kat rumah. Al-Quran tak sempat khatam habis.

Tahun ni plak, br hari ke-3 puasa, Ummi cuma sempat dapat 1 hari je, huhu, terawih 2 malam & dah habiskan 3 juzuk Al-Quran... Terawih pun buat kat rumah je. Ummi pernah bawak Anas gi masjid last month masa ada ceramah dari Hj Noor Azman Shamsudin lps dia balik dr Gaza (cerita tentang serangan Zionis Israel ke atas freedom fortila Mavi Marmara & Rachel Corrie). Masa tu Anas sangat2 tak boleh duduk diam, asyik nak main tangga kat masjid tu.

So, Ummi buat terawih kat rumah je. Ummi selang seli kan dengan baca Al-Quran sbb target nak habiskan 1 juzuk 1 hari. Setelah amik kira time Cik P dtg berkunjung, Ummi kena habiskan more than 1 juzuk in 1 day... Semoga target Ummi tercapai tahun ni...

Hari ni first time la Ummi masak utk berbuka sbb Nenda tak de. Tadi Ummi dah masak sup ayam utk Anas, masak sekali utk berbuka. Then dah siap masak bubur lambuk (first time masak bubur lambuk). Dan awal2 pagi tadi dah siapkan karipap (Nenda nak bawak bekal buka puasa kat KLIA, ada lebih, tinggal kat rumah sikit).

Jap lagi nak bakar ikan terubuk, masak sayur sikit. Hm, cukup la sikit2 kan, bersederhana je bila berbuka... Kalau tak habis, membazir plak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, August 2, 2010

Puasa dan Kurma

Kurma dan puasa sangat2 lah berkait rapat. Rasulullah S.A.W turut ajar kita berbuka puasa dengan Kurma.

Dari Anas ibn Malik: "Rasulullah pernah berbuka puasa dengan ruthab (kurma basah) sebelum solah, jika tidak ada ruthab, maka baginda memakan tamar (kurma kering), dan kalau tidak ada tamar, maka baginda meminum air, seteguk demi seteguk...

Jadi, Rasulullah mengajar kita segera berbuka puasa, berbuka dengan kurma dan makan sedikit sebelum solah Maghrib...

Ummi sangat2 sukakan kurma. Lebih rasa nikmat bila makan di bulan Ramadhan ni... Ada macam2 jenis kurma...




Ada kurma basah, kurma kering, kurma yang belum betul2 masak, yang hampir2 masak, semuanya sedap di makan masa Ramadhan ni... Bila masuk bulan puasa ja, kat pasaraya, mmg penuh jual kurma ja, macam2 kan...


Ummi suka kurma basah yang dari Iran tu & kurma Tunisia mcm gambar kat bawah ni...

kurma dari Bam, Iran

Kurma Tunisia


Apepun, I Love Dates So Much! Sedap, segar, kenyang sepanjang puasa, tak letih, dan yang paling best, bagus untuk ibu yang menyusukan bayi....


Apa kurma kegemaran kalians ek? Kongsi la...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Puasa

Assalamualaikum anak kesayangan Ummi, Anas...

Anas sayang, lebih kurang seminggu je lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak... Anas sayang, di bulan Ramadhan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Apa itu puasa ya Ummi?

Puasa dari segi bahasa (lughah) maksudnya ialah menahan diri.
Dari segi istilah pula, menahan diri dari lapar dan dahaga (makan dan minum) pada satu jangka masa tertentu.

Ada juga agama lain yang menganjurkan puasa ni. Tapi, apa yang membezakan puasa kita orang Islam dengan puasa agama lain ialah, kita menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, iaitu dari habis waktu imsak sampai la ke Maghrib.

Kalau di Malaysia, kita akan berpuasa di siang hari selama lebih kurang 14 jam. Kalau di negara lain plak, bergantung la pada kepanjangan atau kependekan waktu siangnya...

Ramadhan kali ni ada lah Ramadhan ke-3 Ummi bersama Anas. Yang first tu, masa tu Anas baru 2 bulan lebih dalam kandungan Ummi. Masa tu Ummi alah teruk, tak lalu makan. So, Ummi tetap berpuasa. Cuma bila balik Arau, 2 kali, kedua2 hari tu la Ummi tak puasa sbb Tok Wan & Mak Tok suh Ummi buka puasa jugak2... Huhu... Ditakdirkan Ummi kena demam campak masa Anas genap 3 bulan. So, 6 hari Ummi tinggal puasa sbb Ummi banyakkan minum air kelapa, makan sup ayam kampung bagi campak keluar...

Kali kedua berpuasa dengan Anas, masa tu Anas 5 bulan dah. Masa tu jugak Anas masih lagi dlm peringkat exclusive BF. Alhamdulillah, Ummi mampu puasa penuh tanpa kekurangan susu walaupun sedikit dan Ummi dapat maintainkan stok EBM utk Anas walaupun tak terusik sgt pun stok itu...

Bagaimana pulak perjalanan yang ke-3 ni kan? Ummi harap Ummi dapat puasa penuh jugak dan susu Ummi tetap cukup utk Anas... Ummi dah prepare macam2 utk sambut puasa kali ni.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat Ummi... Bukan sahaja dari segi breastfeeding malah dari segi amal ibadah Ummi...

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"


Niat berbuka puasa:

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"



PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Perkara yang membatalkan puasa:

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
Muntah dengan sengaja
Keluar mani dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja
Berbuka sebelum sampai waktu
Murtad
Datang haid atau nifas
Bersalin

Makruh semasa berpuasa

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
Merasa makanan
Mengeluarkan darah seperti berbekam
Berlebihan berkumur-kumur

Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan tahun ini

Alhamdulillah, Ummi bersyukur sangat2 sbb Allah masih beri peluang untuk Ummi berada di Madrasah Ramadhan sekali lagi tahun ni... Dan Ummi seronok sangat coz ni la Ramadhan pertama Ummi dengan Anas... Ni Ramadhan kedua Ummi dengan Abah tau tp ni la first time kami sambut Ramadhan sendirian kat rumah sendiri... Last year still Ramadhan kat umah Atuk & Wan kat Bukit Indah... Berdikari la kita tahun ni... Apa yang best sangat, 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, hari yang Ummi & Abah sama2 cuti... So, boleh la Ummi masak special untuk berbuka...

Memang dah niat nak masak special untuk Abah Anas tau... Abah dah request tengahari td... Ummi cakap nak masak sweet sour lah... Abah cakap, mmg kena dengan selera Abah nak berbuka... Pagi td Abah tak sempat gi market coz ada kawan Abah dtg umah... So, petang td baru Abah gi cari barang2 kat pasar malam... Abah beli ikan siakap untuk masak sweet sour... Tapi Ummi buat Siakap Masak 3 Rasa... Pastu buat sayur sawi goreng ja... Cukup la 2 lauk kan... Sengkak plak karang kalau masak, makan banyak2 berbuka ni... Then Ummi buat Puding Caramel... Hm, yummy...

Tengah masak2 tu, Mak Ngah & Ateh datang hantar juadah lagi... Wan kirimkan kueyteow goreng & lepat pisang... Huhu, terharu... Smlm de call Wan ckp Ummi sedih tahun ni puasa sendiri, takut tak reti nak buat sendiri... ekeke... manja tul... Tapi Ummi boleh je kan... Kite tgk plak hari Ummi keje nanti cmne... Minggu pertama ni mungkin terpaksa 'tunjuk2' dulu coz Abah sampai umah lewat... Anas plak selalu tak bagi Ummi masuk dapur tinggal Anas sorg2 kat depan... Nangis kuat je bila kena tinggal... Dah tu cmne Ummi nak masak petang2...

Start minggu kedua, bila Abah dah keje sama ngan Ummi leh la Abah tolong jaga Anas sementara Ummi masak kat dapur kan... Suke2... Hihi...

So, ni la juadah berbuka tadi...

...kesemua hidangan...

...ikan siakap 3 rasa & sayur sawi goreng...
Ikan tu Ummi buat sekor terus coz Abah Anas ni sangat suka meratah... Sayur tu plak Ummi buat sikit, bajet utk Ummi sorang je makan coz Abah Anas kurang makan sayur...

...kueyteow goreng & lepat pisang...
Yang ni tak sempat makan lagi, boleh simpan utk sahur esok, kan...

...puding caramel & kurma...
Ummi wat puding ni main agak2 je... sekali manis daa... tapi licin gak coz lepas tarawih tadi Atuk, Wan, Ateh & Ucu datang... Hehe...

Tapi, masa buka puasa, Ummi makan kurma sebiji, puding 1 slice & air je... Then Ummi solat Maghrib dulu. Lepas Maghrib baru makan nasik, tu pun makan sorang2 je... Sedih2... Nak tahu nape... Sebabnya Abah Anas tak sihat plak... 2 jam before berbuka tadi, Abah dah muntah2... Masuk angin la tu, seharian puasa... Tak pernah2 jadik camni dia kata... Mungkin sebab dah lama tak puasa... Ummi ok je coz Ummi ada puasa before masuk Ramadhan... Ummi BF Anas pun takde masalah, Alhamdulillah... Harap2nya susu Ummi masih banyak sepanjang dan selepas Ramadhan ni... Ameen...


Ummi & Abah sayang Anas

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi