"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, August 2, 2010

Puasa

Assalamualaikum anak kesayangan Ummi, Anas...

Anas sayang, lebih kurang seminggu je lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak... Anas sayang, di bulan Ramadhan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Apa itu puasa ya Ummi?

Puasa dari segi bahasa (lughah) maksudnya ialah menahan diri.
Dari segi istilah pula, menahan diri dari lapar dan dahaga (makan dan minum) pada satu jangka masa tertentu.

Ada juga agama lain yang menganjurkan puasa ni. Tapi, apa yang membezakan puasa kita orang Islam dengan puasa agama lain ialah, kita menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, iaitu dari habis waktu imsak sampai la ke Maghrib.

Kalau di Malaysia, kita akan berpuasa di siang hari selama lebih kurang 14 jam. Kalau di negara lain plak, bergantung la pada kepanjangan atau kependekan waktu siangnya...

Ramadhan kali ni ada lah Ramadhan ke-3 Ummi bersama Anas. Yang first tu, masa tu Anas baru 2 bulan lebih dalam kandungan Ummi. Masa tu Ummi alah teruk, tak lalu makan. So, Ummi tetap berpuasa. Cuma bila balik Arau, 2 kali, kedua2 hari tu la Ummi tak puasa sbb Tok Wan & Mak Tok suh Ummi buka puasa jugak2... Huhu... Ditakdirkan Ummi kena demam campak masa Anas genap 3 bulan. So, 6 hari Ummi tinggal puasa sbb Ummi banyakkan minum air kelapa, makan sup ayam kampung bagi campak keluar...

Kali kedua berpuasa dengan Anas, masa tu Anas 5 bulan dah. Masa tu jugak Anas masih lagi dlm peringkat exclusive BF. Alhamdulillah, Ummi mampu puasa penuh tanpa kekurangan susu walaupun sedikit dan Ummi dapat maintainkan stok EBM utk Anas walaupun tak terusik sgt pun stok itu...

Bagaimana pulak perjalanan yang ke-3 ni kan? Ummi harap Ummi dapat puasa penuh jugak dan susu Ummi tetap cukup utk Anas... Ummi dah prepare macam2 utk sambut puasa kali ni.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat Ummi... Bukan sahaja dari segi breastfeeding malah dari segi amal ibadah Ummi...

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"


Niat berbuka puasa:

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"



PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Perkara yang membatalkan puasa:

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
Muntah dengan sengaja
Keluar mani dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja
Berbuka sebelum sampai waktu
Murtad
Datang haid atau nifas
Bersalin

Makruh semasa berpuasa

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
Merasa makanan
Mengeluarkan darah seperti berbekam
Berlebihan berkumur-kumur

Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

1 comment:

kakyong said...

Insya ALlah.. semoga sempat kita mengecap nikmat Ramadhan yg bakal hadir bebrp hari lagi...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi