Lafaz niat puasa yang sempurna:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"
Niat berbuka puasa:
Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA
Perkara yang membatalkan puasa:
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul) Muntah dengan sengaja Keluar mani dengan sengaja Bersetubuh dengan sengaja Berbuka sebelum sampai waktu Murtad Datang haid atau nifas Bersalin
Makruh semasa berpuasa
Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk Merasa makanan Mengeluarkan darah seperti berbekam Berlebihan berkumur-kumur
Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:
Orang yang sakit Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km Orang tua yang sudah lemah Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak
Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Monday, August 2, 2010
Puasa
Happy Breastfeeding!
My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family
Blog Archive
-
▼
2010
(158)
-
▼
August
(19)
- Ummi jatuh cinta.......?!
- Happy 17th month Anas sayang!
- Hasil perahan yang luar biasa...
- Patut la takde orang komen...
- Tolong Ummi buat pilihan boleh?
- Tips hadapi kecemasan di rumah
- Teknik hadapi kecemasan bila anak jatuh
- Ummi takkan lupakan sampai bila-bila...
- Blog khas untuk contest & GA
- Buat semua bf mommies!
- Bubur Lambuk Ramadhan Anas...
- Cerita puasa Ummi Anas...
- Whizchini Shoppe
- Jumpa Wardina
- We're back!
- Anas dah berjalan...
- Harus tempek sblm bertimbun...
- Puasa dan Kurma
- Puasa
-
▼
August
(19)
1 comment:
Insya ALlah.. semoga sempat kita mengecap nikmat Ramadhan yg bakal hadir bebrp hari lagi...
Post a Comment