"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, August 11, 2011

Anas & Aliff in action






Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff

us-kecik

My Lil Aliff sudah 3 bulan

Salam sayang buat semua. Ummi rindu sangat nak mencoret di sini tapi skrg sgt2 la sibuk. Rasa bersalah kat Aliff sbb jarang dapat coretkan perkembangan dia kat sini macam Anas dulu.


Anak2 Ummi dah semakin besar. Along Anas pun dah semakin lasak sgt skrg, semakin garang? ya... Anas garang la skrg, huhu.... Tanggungjawab Ummi sebagai ibu semakin mencabar menangani tantrum Anas, jenuh melayan karenah dia, adakalanya menggugat kesabaran. Bila tangan pukul dia sbb geram, cepat Ummi menyesali diri. Maafkan Ummi sayang, tak berniat nak pukul Anas. Kadang2 Anas terlalu agresif. Bulan Ramadhan ni banyak ajar Ummi erti kesabaran. Semoga Ummi lebih sabar melayan karenah Anas. Ummi sudah mulai faham, itu adalah lumrah budak yang sedang membesar. Ummi janji akan didik Anas jadi anak yang soleh, biarpun berbuih mulut Ummi, Ummi akan sabar... Insya'Allah...

Ummi tahu Anas nakkan perhatian. Pendek cite, Anas sengaja buat Ummi marah sbb nak Ummi pay more attention kat dia. Hakikatnya begitulah sbb bila Ummi marah, Anas akan mendiamkan diri, cebik muka, buat muka sedih. Then, Ummi akan kesian dan panggil Anas Ummi nak hug, Anas akan datang peluk Ummi kuat2... Sayu sangat rasa... Die jeles kat adik... Ummi perlu belajar banyak lagi nak memahami Anas...

Back to Aliff. Aliff ni semua orang cakap dia sangat chubby. Sangat beza dgn Anas dulu yang kecik molek je masa baby dulu. Aliff 3 bulan ni, berat dah 5.9kg. Anas pulak, masa 3 bulan dulu, baru 4.8kg. Sekarang Ummi dah tak dengar lagi dah bising2 mulut orang cakap baby Ummi kecik macam tak cukup zat makanan, Alhamdulillah. Dulu orang dok bercakap Anas kecik sebab minum susu Ummi. Hakikatnya, Anas bulan pertama, minum susu Ummi + fm. Masuk bulan ke-2, susu Ummi sahaja, minggu pertama Ummi masuk kerja Anas minum fm siang dan Ummi bf Anas malam2, dan selepas hampir 70 hari usia Anas, baru lah Anas minum susu Ummi sepenuhnya. Sedangkan Aliff, fully & exclusive bf sampai sekarang. Walaupun ada cubaan2 dr org luar yg nak bg fm kat Aliff, Ummi syukur sangat sbb Aliff reject 100%... Pengalaman ni Ummi akan cerita kemudian (harap2 leh update cepat2).

Milestone Aliff...
Aliff dah pandai senyum seawal usia 4 hari dan mula ketawa masa 33 hari. Sekarang Aliff sudah pandai nak bersembang, lebih2 lagi dgn TokWan dia. Suka sangat senyum kat Ummi, hilang letih Ummi balik kerja tengok senyuman Aliff sayang nih. Buat Ummi rindu hari2...


Sekarang dalam percubaan nak iringkan badan. Kalau Ummi tiarapkan dia, kepala dah tegak elok, tulang dah kuat, Alhamdulillah...

Oh ya, Aliff dah fully berCD. CD kat rumah tu dah ada 40pcs, Alhamdulillah, boleh guna utk along sekali. Hm, masih belum berjaya nak potty training Anas nih. Sejak die minum fm sepenuhnya, kerap plak die membuang. Rasanya macam kena amik cuti seminggu nak potty training Anas ni, haha...

Ummi hantar Aliff & Anas kat bs yang sama. Alhamdulillah, makcik ni boleh handle EBM dan CD. Hari2 Aliff minum almost 20oz sepanjang Ummi tinggalkan kat umah bs. Lega sangat sbb Anas dulu xmo minum EBM kat nursery.

Aliff baby yang baik, tak banyak ragam, Alhamdulillah. Ummi nampak Aliff ni dari kecik pandai berdikari. Kadang2 bila jaga dari tido, langsung tak menangis, pastu kalau Ummi tinggalkan sekejap pun ok, main sendiri, dan tido sendiri. Tapi kalau mai time nak bermanja tu, mmg Ummi tak leh nak buat apa, hehe...


Kalau Anas manja dgn Abah, Aliff plak manja dgn Ummi, fair & square la kan, hehe... Mai time nak bermanja tu, nak kena pegang je... Kalau letak nangis. Kalau nangis meragam plak, dgn orang lain xmo, nak Ummi je... Yang si along plak, pantang nampak adik dok diam, ade je nak kacau bagi adik nangis...

Ummi tahu Along sayang adik. Tapi belum pandai nak zahirkan rasa sayang tu lagi, ke terlebih jeles? hihi... Kadang2 die nak dodoikan adik tido, lepas tu, bila agak2 die dah bosan, terus adik dicepuknya... Sabor je lah... Kalau die marah orang lain pegang adik dia, dia tak pukul orang tu tapi adik jugak yang kena pukul, hadoyai....

Huhu, Anas ni tak boleh orang lain pegang or nak amik adik dia. Cukup marah suh letak balik, haha... Lagi satu, kalau adik tido atas tempat die, die tak bagi jugak. Tu tempat die je, adik cannot, huhu... Anas sayang, kena la share dgn adik...

Ada tak mommies yang boleh bagi suggestion cmne nak handle Anas yang sedang cemburu dgn adik?

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi