"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, October 30, 2010

Shanghai Day 2 - Suzhou 2

Last entry Ummi story pasal siang hari di Suzhou kan. Ni sambung citer malam hari plak. Huhu, menulis entry hr tu pun, terasa penat mcm berjalan kat sana hari tu. Haha...

Sebenarnya Ummi agak malas nak tayang gambar foods. Sebab dok rasa loya lagi... Plak tu Ummi bukannya makan sangat kat sana sbb loya 1 hal, sbb tak yakin pun 1 hal jugak... Memang susah berjalan kat negara yang minoriti Muslim ni. Beijing lain, tak sama mcm Shanghai. Kat Beijing agak mudah dapat halal food sebab kat sana ramai Muslim...

So, Ummi tayang yang ni je. Shark Fin Soup ni je yang Ummi boleh makan malam tu. Hidangan lain, tak menepati selera Ummi dan banyak mutton la..

Lepas dinner, tourist guide bawak kami tgk LED Show terpanjang dan terbesar di Suzhou. Menariknya LED show ni dipaparkan di bawah jejantas je.

~The LED Show. Ummi de amik video, tp besar sgt la plak nk upload kat sini... Sebenarnya panjang lagi, tapi dlm gambar boleh tunjuk yang ni je la...~

Lepas tengok show ni, kami ke Jinji Lake plak. Selalunya ada show kat tasik ni. Tapi weekend je la. Kami plak pegi time weekdays, so, tak dapat la nak tengok. Show ape? Water show kot kalau tak salah... Pertunjukan air yang disinari dgn cahaya2 lampu. Ummi search kat Youtube, mmg cantik sangat2 show tu, sayang tak dapat tengok...

Apa yang Ummi boleh cakap tentang Suzhou dan Shanghai ni, mmg la negara China ni kaya dengan lampu di waktu malam. Bermacam2 jenis lampu ada. Pendek kata setiap bangunan tak lengkap kalau tak pasang lampu. Lampu2 yang sangat2 cantik... Tak percaya, tengok gambar2 ni...

~menyelit jap dlm the giant cage ni~

~unik tak trafiic light diorang ni? Hanya terdapat di Suzhou~

~Gambar2 kat bawah ni kat Jinji Lake, Suzhou~
~basikal utk 3 orang, kat Malaysia jumpa utk 2 org je... Ni boleh disewa di siang hari je...~

p/s: Ummi belum cekap amik gambar di waktu malam. Ni banyak kali cuba baru dapat hasil seperti di atas. Belum puas hati lagi. Luckily ada Mr.Koay tu, dia pun guna DSLR jugak. So, Ummi banyak la belajar dari dia kat sana...

Lepas bersantai di Jinji Lake, kami terus ke Nanya Hotel, check-in, solat, pam susu, bergayut dgn Abah Anas sekejap dan terus tido...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, October 27, 2010

Shanghai Day 2 – Suzhou 1

Urusan kami di KONE Elevators Co. Ltd di Kunshan selesai dalam pukul 2.45 pm. Kami terus bertolak ke Suzhou. Perjalanan Kunshan-Suzhou amik masa lebih kurang 45 minit la jugak. So, ramai yang amik peluang rehat dan tido dalam perjalanan.

Kami sampai kat Suzhou around 3.30 pm, terus ke Humble Administrator’s Garden. Kalau kat Beijing terkenal dengan Summer Palace. Kat Suzhou plak, ni la garden yang paling popular and jadi attraction ke Suzhou. Luas taman ni lebih kurang 5 hektar (menurut tourist guide kami, Mr.David). Ummi kagum sangat dengan lanskap, batu batan & pokok2 kat situ. Yang menariknya, pelancong boleh menikmati view yang berlainan pada setiap 4 musim yang berlainan. Means, masa winter, view die lain, summer lain, spring & autumn pun lain2. Masa kami pergi tu baru masuk musim autumn. Bunga2 masih banyak lagi. Daun2 je yang mula berubah ke warna kekuningan, belum la gugur lagi mcm dalam cite Autumn In My Heart tu...


Cite panjang2pun tak syiok gak. Layan gambar ek...


~Selangkah ke dalam Humble Administrator's Garden~

~Bunga-bungaan yang masih segar di awal Autumn~

~Suka landscape camni~

~Pokok tertua di sini, more than 100 years old~

Merentasi sungai ke bahagian ke-2 taman ini~

~the other side yang telah ditinggalkan~


~Moon door~

~alamak, lupa plak kat belakang ni rumah apa...~


~ni pun lupa gak~

~tangga utk naik ke rumah di atas, cantik kan...~

~my kenangan~

~suka sgt rekabentuk canopy ni~

~my team~

~mencuba aperture besar F2.8~

~ada rahsia di sebalik gambar ni tau.... hm, nampak tak pagoda kecik tu? pagoda ni hanya boleh dilihat melalui lubang ni je tau! kalau dari tempat lain, mmg susah nak nampak, or mmg tak nampak langsung. itu lah rahsia pembinaan frame ni, unik kan....~

~Roof untuk walkway yang sangat2 cantik~

~terasa macam kat umah Snow White lak~

~sangat cantik kan?~

~sebelum keluar, bye, nak balik dah...~

Elok2 masuk Maghrib masa kami keluar tu. Letih jugak la berjalan sakan dalam taman tu. Lepas tu, diorang bawak kami dinner kat restoran yang owner die Muslim. Confirmed die memang tak de masak pork dalam dapur die. Keliling tu pun ada orang Islam berniaga. Tapi ntah lah, Ummi ni dok ragu2 jugak nak makan daging. So, makan sayur je. Tapi shark fin soup die sangat2 sedap2...

Gambar tayang next entry la ek. Sebabnya lunch for the next day tu makan kat restoran yang sama jugak... Till then...

p/s: lupa lak, lepas dinner kami jalan2 kat tasik, tengok Suzhou di waktu malam. Lepas tu check-in kat Nanya Hotel. So, next entry jugak lah... Busy sket dgn payroll ni...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, October 26, 2010

Shanghai Day 2 - Factory Visit

Sebelum sambung entry Shanghai Day 1, Ummi nak tunjukkan sikit lagi gambar yang belum masuk dlm entry sebelum ni. Ummi baru amik dari kamera kawan Ummi pagi smlm.

@ Changi International Airport, Singapore - tengah tunggu skytrain nak ke T3

dalam skytrain nak ke T3

Changi International Airport mmg terkenal dgn tanaman orkid kat dalam dia. Kami tak sempat nak bergambar sangat pun sbb rushing ke boarding gate

keletihan bila sampai kat boarding gate. baru 10 minit duduk, dah kena panggil masuk perut kapal terbang. Sempat la guna wifi hantar msg kat Abah Anas guna facebook, dah hp tak buat roaming

Kat luar Putong International Airport, Shanghai. Cuaca tak la sejuk sangat. 21°c je kot malam tu.

air mineral Kongfu Spring

fokus kat belakang tu ek. ni la yg Ummi cerita dlm entry sblm ni, org Tibet ni dok berkaraoke. Mmg sgt tak tenang makan situ mlm tu.
Yang kata diorang sembang mcm bergaduh tu sbbnya diorang sembang dengan nada suara kasar dan kuat.


Wednesday, 13 Oct 2010

Kami breakfast seawal 6.00 am kat hotel. Banyak pilihan tp pilihan utk makanan yang kita leh makan sgt limited. Kami cuma amik buah2an, cereal, egg & minum jus. Ha, gelas kat hotel ni unik sket tau. Tengok gambar kat bawah ni ha...


Lepas breakfast, kami bertolak ke Kunshan @ 7.00 am. Perjalanan Shanghai-Kunshan ada la dalam 1 jam 1/2. Kami sampai kat Kone Elevators Co. Ltd. (KONE China, Kunshan) @ 9.00 am sbb driver kami sesat.


Sedikit info tentang Kunshan. Kunshan ni terbahagi kepada 2 bahagian. Old Kunshan & New Kunshan. Kedua2 bahagian ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Old Kunshan is Kunshan yang lama la, New Kunshan plak, Kunshan yang baru la... Hehe... Takde la. Gini, Old Kunshan adalah bandar asal Kunshan manakala New Kunshan plak bandar baru di daerah Kunshan dan pembinaan dia lebih terancang macam Putrajaya tu. Kat New Kunshan ni plak kira macam kawasan perindustrian la.

The 2nd day tu la tujuan asal kami ke Shanghai ni. Ummi mewakili kontraktor, menemani client and M&E Engineer projek kami buat testing di kilang lif tu sendiri. Kami dibawa pusing2 melawat kilang, best jugak tengok proses pembuatan elevator & escalator ni. KONE ni syarikat besar. So, rasa excited & bangga sangat bila melawat kilang depa.

Prosedur biasa, kami takleh amik gambar proses tu. So, just bergambar kat tempat2 lain je la...

ni masa baru sampai, amik gambar dulu, then kami dpt souvenir yg comel, gambar ni dh siap di frame kan...

dalam lif buatan diorang gak, atas tu de cermin... comel kan?

briefing ttg KONE China before melawat satu kilang

elevator's accessories. sangat cute dan menarik, tertarik mmg da bomb!

pilihan pintu lif

KONE Tower

Di atas KONE Tower

group lelaki

We're visitor

Kenangan~~

Lepas penat 'jalan2 pusing kilang' KONE jamu kami lunch plak... Ummi ragu2 gak nak makan. Korang tengok dulu lauk2 yg Ummi sempat snap ek...

ikan sweet sour kot, hehe...

ikan tamban goreng

sayur ni mcm sayur ape ek, lupa nama, tp ade byk gak kat Malaysia

ni tiram ek? Ummi pun tak pasti... hehe...

Ada lauk lain lagi yang Ummi tak sempat snap. Chinese people ni jenis hidang sikit2. Nasi pun hidang kemudian, last sekali baru hidang sup. Sup yang famous, sup tomato + telur tp sgt sedap. Hidangan diorang banyak sayur la. Paling mesti ada ialah sayur Pak Choi, batang sadri (celery) & brokoli. Sayur Pak Choi selalu dimasak dgn Shitake Mushroom. Memang sedap!

So, apa yang Ummi makan? Makanan sume takde unsur2 daging (lembu/ayam) apatah lagi pork. Diorang ni concern la jgk ttg apa yang kami leh makan. Apa yang Ummi risau, adakah diorang taruk wine dalam masakan? Adakah kuali yang digunakan sama dgn kuali utk masak pork?

Ummi doa banyak2, tawakkal kepada Allah, mudah2an Allah bantu Ummi, minta Allah permudahkan...

Kebetulan Ummi memang tgh tak berapa ada selera nak makan. So, ini je la yang Ummi makan..

makanan Ummi yang tiada dalam gambar, sayur pak choi, sup tomato + telur.

Atuk pun pernah datang sini 2 tahun lepas. Die ade la pesan kat Ummi bawak sambal ikan bilis. Tapi ikan bilis pun Ummi taleh bau, huhu... Ummi mmg tak boleh makan apa jenis ikan pun. So, Ummi banyak makan sayur je la... Nasi pun makan 1/4 je...

wakil KONE China & KONE Malaysia

Selepas habis tujuan utama ke Shanghai ni, bermula la cite kami jalan2 plak. Tapi sambung next entry ya, kami ke Suzhou plak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi