"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, April 29, 2009

Welcome to the world



Kalau dikutkan, saya dijangka bersalin on 2nd April 2009... Tapi hati saya kuat merasakan saya akan bersalin hujung March...

Kebetulan, Angah akan bertunang 28 March 2009... So, semua org berharap saya tak akan bersalin on that day la... Takut kelam kabut plak kan...

Alhamdulillah, majlis pertunangan Angah berlangsung dgn selamat without any incident yg mencemaskan... Malam tu pun saya masih tidor lena tanpa sebarang gangguan...

Pagi 29 March tu plak, Kak Chik & Nazim nak balik, flight diorang kul 8.35 am... So, kul 7.15 am diorang dah pergi airport, Abang yang hantar... Before keluar, Kak Chik sempat bergurau... "Sombong la baby hampa Along, tak mau jumpa kami lagi..." Haha...
Saya sambung tido balik coz rasa letih sgt... Abang plak lepas hntr adik2 ke airport, dia terus pegi jogging kat tasik...

Pukul 9.oo am, saya dah mula rasa lain mcm... Tapi tanak layan sgt coz dah kerap sgt jadi false contraction... Tapi, ada turun tanda la plak... Sakit dia pun bertambah kuat & kerap, 5 minit skali... Call ummi, ummi suh gi Pusat Rawatan Mahsuri (PRM)... Takpe lah, rehat dulu lah, tunggu Abang balik... Masa Abang balik, dah kul 9.30 am dah... Saya ckp kat Abang, dah rasa sakit lain mcm... Abang suh mandi dulu... Lps tu, Abang plak mandi..

Bila dah siap, Abang tanya sakit lagi tak? Sakit la... Tapi Abang kata tunggu sekejap lah... Mesti Abang pun tanak pergi lagi coz takut false contraction lagi... Tapi, mmg rasa sakit sgt dah. So, saya ajak jgk Abang pergi...

Sampai PRM, terus masuk labour room... Bukaan serviks baru 2cm, so diorang ckp kena stay kat ward dulu, tp nak tunggu doktor dtg cek dulu... Kurang sejam, doktor dtg cek n bukaan serviks dah 3cm.. So, stay kat labour room tu je lah... Sejam sekali nurse dtg cek bukaan. Masa awal2 tu lmbt jugak la nak buka. Contraction makin kuat (sbb masuk ubat bg kuat contraction la) n sakit sgt... Byk kali nurse dtg offer suh amik epidural, tapi saya tanak...

Kul 2.45 pm, saya rasa sakit yang teramat sgt n contraction stiap 1 minit tp bukaan masih 3cm.. Nurse dtg offer lagi epidural dan saya masih berkeras tanak... Saya tahan menjerit... Abang sentiasa berada di sisi saya.. Dia pesan, "Abang nak sayang senyum je, jgn nangis walaupun sakit sgt..." Abang pegang tgn saya... Saya balas tapi genggaman saya kuat sangat... Saya nmpak Abang kerut muka tahan sakit... Kesian Abang... Saya dah tak boleh nak senyum, dan akhirnya saya menangis juga... Sekali lagi nurse dtg offer epidural sbb doktor bius ada kat situ... Dalam serba salah saya setuju sbb dah tak tahan sakit... Saya setuju sbb bukaan masih 3cm sdgkan nak bersalin, kena tunggu bukaan 10cm... Saya takut....

Tapi kan, lepas je masuk epidural tu, setiap jam bukaan serviks bertambah 1 cm... Tapi jantung baby semakin lemah... So, nurse suh saya sedut oksigen untuk bagi pada baby (saya pun tak faham). Dua kali jadi camtu...

5.50 pm, saya rasa mcm nak buang air besar. Nurse cek, kepala baby dah sampai tp bukaan br 6cm... Cepat2 diorang buat persiapan utk sambut baby saya... Saya plak dah panik sbb saya lgsung tak rasa sakit... (tu la keburukan amik epidural) susah rasa nak teran coz lgsung tak rasa sakit... Doktor terpaksa sedut (vacum) kepala baby coz takut baby lemas...

Akhirnya, tepat jam 6.08 pm, saya dah selamat bersalin... Lega rasanya... Lega tengok baby sihat... Bila tgk baby, rasa mcm tak percaya je baby keluar dari rahim saya... Rasa bersyukur sangat pada Allah... Abang datang peluk saya... Lengkap sudah perkahwinan kami...

Sebenarnya saya risau jugak Abang pengsan masa temankan saya masa proses bersalin tu... Tapi yang terkejutnya, Abang yang takut tgk darah tu boleh tunggu n tengok sampai habis tanpa rasa pening sikit pun... Abang siap boleh rakam lagi masa doktor potong tali pusat... Caya lah Abang!

Baby kami lelaki n berat 2.8kg... Welcome to the world!



Ummi & Abah sayang Anas

Saturday, April 25, 2009

Khas buat Anas

For the first entry.... Assalamualaikum....
Tetibe je rasa nak create a special blog for my family especially for my beloved newborn son, Anas. Anak sulung kami dan juga cucu sulung ummi dan ayah juga mak dan abah... Saya nak kongsi semua perkembangan anak saya dan juga pengalaman kami dgn semua viewers blog ni... hope korang pun boleh share any info dgn saya dan Ashraf...
Wassalam...


Ummi & Abah sayang Anas
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi