"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Showing posts with label Potty Training. Show all posts
Showing posts with label Potty Training. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Alkisah Anas potty training

Percubaan pertama

Ummi order training pants ni 2 minggu lepas. Baru dapat last week, hari Ahad. Sangat tak sabar tunggu hari Jumaat untuk bagi Anas pakai. Bila tiba je hari Jumaat, lepas Anas mandi pagi terus tunjukkan dia training pant baru dia yang ade gambar giraffe kat  belakang. Dia pun nak pakai tapi dia tunjukkan CD dia dulu. Ummi cakap, 'today, no diaper for Anas...' Dia pun jawab 'No', Ummi cakap 'ok', dia pun jawab 'ok'.

Ulang kali  Ummi cakap, 'Anas this is seluar not pampers tau!' Die balas, 'tau!' (sebenarnya copy Ummi tp amik perkataan belakang je)

'If Anas nak kencing, cakap ape?' Anas balas, 'ape'
'Cakap, Ummi, Anas nak kencing' Anas balas 'Ummi, nak encing'
'Kalau nak berak, cakap Ummi Anas nak berak' Anas balas 'Ummi, Anas rak'
'Good boy!' Anas jawab 'Bo Boy!

Berdebar gak la Ummi hari tu. Gulung semua karpet, lipat & simpan. Mula2 tanak pakaikan dia baju tapi cam kesian plak tengok dia togel, hehe... Pastu pakaikan la jugak. Tapi masa nak pakai seluar, dia nak bukak training pant dia. Tahu plak taknak pakai seluar 2 lapis. Means dia faham yang tu bukan diaper.

Ummi keep asking dia every 5-10 mins samada dia nak kencing or berak. Dia cakap, 'amau!' Lepas tu breakfast. Lepas breakfast tanya lagi, still die jawab 'amau!'

Then dia nak tengok Upin Ipin kat PC. Bukak la bagi dia tengok. Dalam dok tengok Upin Ipin tu, dia ralit dan lupa yang dia pakai training pant bukannya diapers. Baru je Ummi nak tanya, tetibe dau bau busuk. Alamak, dia dah poo poo dulu... Hadoi! Cepat2 bawak die gi toilet....

Bila bukak training pant tu nampak celah kangkang & paha dia cam melecet. Alamak, tak sesuai kah training pant ni untuk dia? Kena basuh banyak kali jugak kah bagi lembut lagi? Kesiannya anak Ummi. Lepas tu asyik ngadu pedih dan susah nak jalan.

So, hari tu tak jadi nak potty training. Tetibe rasa mcm tak perlu training pant kot sbb die mcm terlupa yang tu bukan diaper. Tapi tak berani la plak kalau takde training pant. Huhu... Dilema nih! Anyone nak share?

Bergaya dgn training pant baru. Macam pesalah plak pose camtu sayang oi... Haha...
Sbnrnya time nak amik gambar tu tangan dia tutup training pant tu. So, Ummi suh la dia angkat tangan. Sudahnya, camtu la plak gaya dia, haha....

Training pant gambar giraffe kat 'montot'


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, February 21, 2011

Peringkat pertama potty training Anas

Anas akan masuk 23 bulan hujung bulan ni. Dan sekarang Anas dah mula sesi pertama untuk potty training. Ummi dah start training sikit2 sejak dia 1 tahun 9 bulan.

Mula-mula ajar dia sebut 'nak kencing' or 'nak berak' bila rasa nak pee pee or poo poo tu, then ajar dia cepat2 berlari ke toilet if rasa nak membuang. Awal-awal dulu memang susah sebab apa yang dia faham, bila dah buang baru cakap, hihi... Ummi belum diaperless dia lagi setakat ni, belum bagi dia pakai training pants lagi. Cuma lepas mandi tu, biar dia relaks jap tak pakai diaper. Dulu memang selalu terbabas, dah kencing baru cakap, "Ummi, cing..." Tapi sejak last week, dia akan sebut, "nak cing, nak cing" sambil cepat2 lari ke toilet if tak pakai diaper. Mula2 tu jatuh gak setitik dua tapi dia cepat2 tahan. Means dia dah tahu la kan... Dia dah leh control sendiri...

Ummi belikan Anas mangkuk tandas comel dan ajar die guna bowl tu. Tapi most of the time dia suka berdiri dalam tu atau main 'masak-masak' ketuk-ketuk je, huhu... Dia lagi suka nak guna toilet bowl org dewasa. So, nak kena beli pelapik tandas yang kecik tu plak la.

Setelah banyak kali Ummi ajar dia nak buka seluar sendiri, sekarang ni Alhamdulillah, dah 3x dia berjaya buka seluar sendiri tanpa bantuan Ummi atau Abah! Good Job Anas!

So, sekarang nak mula ajar dia pakai training pants plak... Hope Anas boleh diaperless sebelum adik lahir...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, December 16, 2010

Bersediakah Anas untuk potty training?

Salam semua. Lama tak update blog, lama jugak tak blog walking dengan tenang. Sebenarnya Ummi sedang agak sibuk dengan persiapan majlis walimah adik kedua Ummi, Bunga kepada Anas... Maaf la tak dapat update banyak tentang persiapan majlis.

Sekarang pun Ummi cuba luangkan sikit masa kat blog sementara Anas tengah tido. Tak dapat nak ke rumah Nenda Anas lagi sebab Anas sedang tido nyenyak atas katil dia, kat rumah Nenda plak semua tengah busy. Mak Long (Kakak sulung Nenda Anas) dari KL baru sampai pagi tadi. Esok adik2 Nenda pun akan sampai. Abah Anas kena tido kat site plak malam ni. Esok Atuk suh balik awal, keje Abah akan diganti oleh staff lain.

Berbalik pada tajuk entry, sebenarnya Ummi nak mintak pendapat dari kawan2 yang berpengalaman dalam nak siapkan anak untuk potty training...

Bilakah diorang dah bersedia untuk potty training?
Bagaimana nak mula potty training?
Berapa lama nak potty training?
Bagaimana keberkesanan potty training?
Dan banyak lagi la yang Ummi nak tahu ttg potty training ni...

Ummi terfikir tentang ni sejak baca blog kak Yatie Chomeyl dalam bulan lepas kot tentang nursery Baby SN kat Jepun tu mmg train budak2 sebaya Nazhan untuk potty training. Nazhan pun dah ada training pants.

Alhamdulillah, Ummi tgk CD byk gak membantu Ummi dalam hal ni sebabnya Anas kadang2 tanak pee pee dalam diapers die... Poo poo je la... Die dah tahu cakap kat Ummi dia nak kencing (cing) or nak berak (berak). Kadang2 bila dah sudah mandikan die, die tanak kuar dari bilik air. Rupenye die nak pee pee dulu...

Sekarang ni malam die memang tak pee pee dalam diapers. Bangun pagi nak salin je, tgk memang kering je diapers die... Pastu bila dia nak kencing, dia sebut la, 'nak cing'. Ummi suruh je die pee pee dalam diapers tu sebab mmg nak salin pun. Dan kadang2 tu bila buka je diapers, cepat2 die gi kat lubang sebab nak qada hajat.

Sometimes die sangat tak selesa dengan diapers die bila dia dah pee pee, cepat2 die suh tukar... Bila poo poo pun camtu, cepat2 die cakap...

Banyak artikel2 yang boleh membantu Ummi. Yang paling Ummi suka artikel2 dalam BabyCenter.com. Ibu2 yang lain pun leh baca kat sini, (Potty Training Readiness Checklist, Successful Potty Training for Boys, Potty Training for Girls) dan banyak lagi!

Yang kat bawah ni plak antara checklist utk potty training

It probably seems like just yesterday that you changed your baby's first nappy, but before you know it she'll be ready to start potty training. While there's no magic age at which a child is ready to start using the potty, most toddlers will develop the necessary physical and cognitive skills between 18 and 24 months of age (though some aren't ready to start until they're as old as four). Use the checklist below to keep track of your toddler's progress toward readiness. You don't have to wait until you've checked off every item to start training; rather, look for a general trend toward independence and an understanding of what it means to go to the bathroom like a grown-up. Your child may be ready to start potty training if she: • Has regular, soft, formed bowel movements • Can pull her pants up and down • Imitates others' bathroom habits (likes to watch you go to the bathroom, wants to wear underwear, and so on) • Makes a physical demonstration when she's having a bowel movement (such as grunting, squatting, or telling you) • Has words for stool and urine • Can follow simple instructions (such as "Give me the toy.") • Understands the physical signals that mean she has to go and can tell you before it happens • Dislikes the feeling of being in a dirty nappy • Has "dry" periods of at least three or four hours (this shows her bladder muscles are developed enough to hold her urine in and store it) • Isn't negative about everything • Understands the value of putting things where they belong • Demonstrates a desire for independence • Can walk and sit down
Juga disediakan maklumat ttg buku2 utk potty training.

Lepas baca semua articles tu, rasa semangat plak nak beli benda alah ni:

yang ni comel kan, biasa digunakan

both kat atas ni pun common use kat Malaysia ni...

Kat bawah ni plak, Ummi lum pernah jumpe lagi. Tapi cute sangat. Kalau dapatkan untuk Anas satu, best nih!

Yang penting, keselamatan perlu diutamakan bila nak start potty training ni. Elakkan tandas yang jenis mencangkung tu. Kalau tak dapat elakkan, jangan letak sabun kat tepi2 tu, jangan letak sebarang objek yang boleh dicapai or menarik perhatian anak2, bila cuci toilet, make sure takde kesan sabun, takut tergelincir plak...

Better guna tandas duduk, tapi jgn jadi cam kat bawah ni, sudahlah! Jenuh! Hahahaha....


all picas, credit to babycenter.com dan google.com

Boleh ke mula beli training pants ya?

ni hak milik Nazhan a.k.a Baby SN punye, hihi... pinjam dari blog mummy die yang chomeyl


*Kepada mommies semua, sudi2 lah share info dengan Ummi Anas...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi