"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, April 24, 2011

Blog kecil ini telah di review oleh kakyong.. Thanks!

Masih sempat nak update blog, hehe... Ummi ok lagi ni... Tak sakit lagi pun... Takde turun tanda lagi, so, boleh 'berfoya-foya' sekejap before menyerah diri ke labor room...

Hm, seperti tajuk entry ni, Ummi nak bagitau, gara2 tepat meneka saiz kasut kakyong @ kakyong.com, kakyong bagi hadiah review blog kecil Ummi ni... Thanks sangat2 kat kakyong atas penghargaan itu...

So, kawan2 boleh la jengah2 blog kakyong utk baca review kakyong ttg blog Ummi ni ya...

Ops, tetibe mai rasa sakit plak....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sudah hampir masanya?

Masya'Allah, lama sungguh blog ni tak berupdate. Ade yg sampai msg Ummi tanya bila nak update? Huhu... Ntah la, banyak je story sebenarnya... Tapi agak kurang mood sejak akhir2 ni. Tambah plak makin busy dengan kerja-kerja kat ofis sbb tak lama lagi nak cuti bersalin plak. Audit pun masuk awal bulan hari tu dan sekarang tgh nak bincang draft audit. Kat rumah pun kurang ada masa nak menaip sbb tgh memberikan tumpuan sepenuhnya kat Anas. Makin dekat nak dapat adik ni, semakin sangat la manja si Along tu...

Sebenarnya Ummi baru balik dari jumpa gynae ni kat KMC sbb nanti plan nak bersalin kat situ. Hari ni kandungan dah masuk 36w 4d. Lagi 25 hari je lagi sebelum due date... Masa check up tadi, doc ckp nak cek jalan sbb dah masuk 36w. Guest what? Dah buka 2cm rupanya... Doc tanya nak tunggu or nak percepatkan je? Ummi pilih nak tunggu.

Sbbnya:
  • Macam belum bersedia la plak...
  • Masih berbaki lagi wishlist Ummi nak makan puas2 before bersalin. Ye la, nnti dah berpantang, banyak benda taleh makan kan...
  • Nenda Anas nak ke Vietnam next week...
  • Ummi  nak gi kenduri kawan2 baik Ummi kat Penang 7 Mei ni...
  • Belum hujung bulan, gaji belum masuk...Dan Ummi la yang uruskan gaji staff ni...
Tapi ade gak rasa cam tak sabar nak bersalin sbbnya nak cepat2 habis pantang, nak ganti puasa ada lagi 3 hari.

Oh ya, nak cite sket pasal Anas. Dia pun skrg cam dapat rasa dah kot yang adik dah nak lahir. Sekarang ni tanak berenggang langsung dgn Ummi atau Abah. Nak masuk bilik air pun susah sangat. Kalau dia nak minum susu pun, Ummi kena baring sebelah dia sampai dia tido. Kerap sangat mintak n***n.

Semalam dia nangis2 pukul 4.30 pagi. Mula2 ngadu sakit kaki. Tengok2 gak kaki die, takde pape. Tapi urutkan jugak kot2 la die sejuk sangat sbb pasang aircond baru kt dalam bilik tu. Lepas dia diam jap, kami sambung tido. Then die merengek sikit2 lama2 nangis kuat2 mcm takut kena tinggal tu... Lama gak Abah die pujuk, bagi n***n tamau, angkat letak kat bahu tamau. Pastu tergerak hati nak buka lampu, terus senyap dan n***n sampai tido balik.

Ummi cakap kat Abah, agaknya Anas dah rasa kot makin dekat adik dia nak lahir...

Td wat CTG skali. Contraction ada tapi tak kuat sangat. So, better Ummi balik dulu, prepare lagi ape yang patut selagi tak sakit kan... Nak kemas rumah sambut baby. Birth plan pun tak print lagi...

Doakan Ummi selamat ya... Apa2 salah Ummi yang sengaja atau tak sengaja, Ummi minta maaf sangat2 kat kawan2 semua...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, April 14, 2011

Bila dapat main air banyak2

Begini lah jadinya... Excited sungguh Along Anas nih!

Dah lama sangat Ummi & Abah tak bawak dia gi mandi kat swimming pool or any kolam kecik2 pun. Kolam yang lama tu pun dah rosak...

Baru2 ni gi Tesco, Ummi berkenan nak beli kolam kecik ni sebab dapat sekali balls kecik2 tu. Tapikecik sangat la plak kolam ni. Tak pe, nanti Ummi beli yang lain. Beli yang besar punye. Boleh Abah, Ummi & adik mandi sekali, hehe...








Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, April 6, 2011

Cycling with Achik

Jika dilihat pada aksi2 di bawah ini, bukan Anas yang cycling ya. Tapi Anas sedang menolak Achik yang cycling, haha... Achik xdapat naik basikal ni kecik2 dulu... ye tak Achik, hehe... Jgn mara ha, nnti lekas tua...



....Suka sgt moment gambar ni....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, April 4, 2011

Majlis Ulangtahun Kelahiran Anas yang ke-2

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak Ummi & Abah buat sedikit majlis untuk meraikan Anas sebelum kelahiran adik. Ummi dah sarat dah ni, dah letih. Tapi demi Anas sayang, Ummi berkorban jugak sebab Ummi dah niat lama dah nak wat kenduri ni.

Alhamdulillah, petang Jumaat hari tu, terlaksana jugak niat Ummi. Terima kasih kepada tetamu yang sudi memenuhi undangan. Terima kasih atas hadiah2 buat Anas. Terima kasih kerana menggembirakan Anas...

Mula2 Ummi nak masak semua sendiri. Tapi bila fikir2 balik, larat ke Ummi ni? Dah la dah sarat, doc suh banyak rehat plak. So, tempah la yang lebih baik. Pinggan mangkuk pun guna yang pakai buang je sbb tak sanggup nak berdiri lama2 kat sinki utk membasuh plak, huhu...

Ok lah, tanak cite panjang2 sbb tak bape ade idea nak membebel, hehe... So, nak tayang sikit2 gambar sekitar majlis.

Mula-mula tayang birthday cake dulu. Tempah dari Kak Rani @ bakedecorate2u.com . Luckily Kak Rani dok kat Changlun. So, dekat je la ngan kami. Cantik kan cake hasil tangan Kak Rani. Boleh tengok kat blog & fb die, mmg cantik dan kemas sangat cakes yang Kak Rani buat. Sedap pun sedap. Puas hati la.

Ni Buttercream Figurine Cake. Theme die Airplane & Helicopter sbb Anas suka sangat dua benda ni selain lori, bas dan backhoe.

Pastu nak tayang plak adik2ku yang berpenat lelah menolong kakak mereka yang sudah sarat ini. Thanks ya adik2 sume....

Menu:

Laksam -tempah-
Mee Goreng -my mom-
Bihun Goreng -my MIL-

 

Kuih Seri Muka -tempah-
Kuih Karipap -tempah-
Kuih Abuk-Abuk -tempah-
Dadih -my mom-
Agar-agar -my MIL-
Fries -my adik2 tolong goreng-
Crabstick Popia -Ummi balut, adik2 tolong goreng-
Mashed Potato -Ummi masak, guna yang instant punya je-

Nak tahu, Ummi cuma makan Mee Goreng, Bihun Goreng dan sedikit kuih muih je... Yang lain tak sempat makan pun, huhu... Laksam pun tak rasa padahal feveret & teringin nak makan before bersalin.

Cupcakes ni free dengan cake Kak Rani

Potong kek time. Tapi susahnye lah nak ajak budak tecik ni potong kek sbbnya dia nak amik helicopter tu je

Setelah dipujuk beberapa kali, boleh jugak potong kek tu. Tu pun Abah tak sempat snap betul2. Bila nak berlakon balik, Anas dah tanak dah...

Cute sangat helicopter & airplane tu. No wonder la Anas nak amik tu je.

Lastly, Ummi tolong cabutkan la jugak

Bila dah dapat die macam frust sbb helicopter tu lembut je, takleh nak main2 mcm helicopter Abah dia, haha...

Alhamdulillah, ramai tetamu yang datang. Ni antara tetamu yang terawal. Majlis start lepas Asar sampai la ke malam. Meriah jugak la majlis hari tu. Happy sangat walaupun keletihan.

Ni saja pasang lilin sbb Abah nak try amik shot asap lepas tiup lilin tu. Nk try la. Tapi Anas takmo tiup la plak masa Abah nak amik gambar tu, haha... Apepun, Ummi suka sangat gambar ni...

Ni adik susuan Anas, Akifah Solehah. Seronok tgk adik beradik ni main sama2. Mula2 Anas buka kamera kt iPhone Abah, konon nak amik gambar sama2 la. Pastu Akifah pun nak join tgk sama, hehe... Comel sangat keletah budak2 berdua ni...
Apa yang diborakkan tu, Ummi pun tatau. Tapi cute kan....

Anas ni penyayang rupanya. Beria nak peluk adik Akifah tapi Akifah rimas bila orang peluk dia. Haha...

 Ni masa awal2 majlis lagi. Muka ngantuk sebab belum tido siang. Masa dia merengek nak tido, tetamu dah nak datang. So, tak jadi la nak tido kan dia. Kesian sangat sbb dari pagi Ummi sibuk kat dapur, ngemas rumah lagi... Terabai sudah waktu tido Anas...

 Kawan2 Anas dah sampai, nasib baik mood dia ok je nak main walaupun tak nak senyum sangat. Ngantuk la katakan...

Ni abg Faiz bagi hadiah kat Anas, buka & main sama2...



Dah dekat Maghrib ni. Kesian Anas dah nampak ngantuk tapi dia masih bertahan sbb masih ramai tetamu.

Family portrait. Wajib la ada kan...
Kenangan Ummi @ 33 weeks pregnancy

Ni masa tetamu terakhir baru sampai @ 9pm. Anas dah tak tahan mengantuk. Terus Ummi tidurkan dia. Sian birthday boy ni....

Cerita sudah habis...
(Betapa takde idea nak menulis, huhu....)


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Saturday, April 2, 2011

Sangat Happy!

~test lens baru, 85mm 1.8~
~photoshoot gambar Anas hari Khamis petang lepas balik kerja, malam terus gi cuci, framekan~
~hari Jumaat, gantung kat dinding sbb petang tu majlis kesyukuran sempena ulangtahun Anas yang ke-2~
~nak dapatkan gambar terbaik ni, 100 shots la jugak~
~nak suh Anas posing camni, Ummi kena meniarap sama sebelah dia dan suh dia tiru gaya Ummi~
~bayangkan la mak buyung meniarap camne, haha...~

Alhamdulillah, semalam dah selesai buat majlis untuk Anas sempena ulangtahun dia yang ke-2. Dalam sarat Ummi ni, Ummi berusaha jugak nak buat majlis untuk anak sulung Ummi nih... Hari ni baru selesai mengemas dan membasuh pinggan mangkuk. Puas rasanya buat sendiri semua tu. Orang dah bising2 dah suh Ummi rehat sbb nampak perut Ummi dah turun... Tapi Ummi tak reti dok diam la, huhu...

More cerita & gambar sekitar majlis, later on k... Nak layan Anas jap...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi